Total Pageviews

Wednesday, August 28, 2013

Caving & Water Rafting, Gopeng

Gua Tempurung yang letaknya di Gopeng, Perak adalah gua batu kapur terpanjang di Semenanjuang Malaysia. Ia telah ditemui pada tahun 1887 dan mempunyai rock formation yang unik di dalamnya yang berusia kira2 250-400 juta tahun. Jika ingin ke sana melalui highway, bolehlah exit di tol Gopeng dan lokasinya lebih kurang 15 minit perjalanan dari tol tersebut. 


Terdapat 4 pekej ditawarkan untuk jelajah ke dalam gua tersebut:
Pakej lawatan 1: Golden Flowstone-40 minit. Bayaran RM6 (dewasa)
Pakej lawatan 2: Top of The World-45 minit. Bayaran RM9 (dewasa) 
Pakej lawatan 3: Top of The World & Short River Adventure. Bayaran RM11 (dewasa)
Pakej lawatan 4: Grand Tour-3jam. Bayaran RM22 (dewasa)

Kami ambil pekej yang paling machow iaitu Grand Tour. Kami yang dimaksudkan kat sini adalah 4 orang gadis pingitan dari Penang (aku, Jannah syurga, Nasira & Intan) dan 2 dari Johor (Umisan & Hengsan). 


4 gadis pingitan bertolak dari Penang jam 5 ptg terus ke Gopeng dan bermalam di sebuah homestay. Nak ke homestay tu agak mencabar sebab kena masuk ke pelusuk kampung dalam gelap malam. Takut sesat jauh aku dan Jannah tunggu Umisan ambik kat simpang. Tak semena2 lak masuk kampung orang asli kang huh.


Homestay
Overall, homestay tu selesa. Ok la sebab boleh tidoq nyenyak. Sebelum pergi aku pesan kat diorang bawak bantal masing2 sebab takut tak ada bantal. Sampai2 je homestay tengok berlambak bantal disediakan. Kami tidoq macam orang tamakkan bantal.. haha

Esoknya lepas bekpes, kami berpusu-pusu ke Gua Tempurung. Di sekitar gua tempurung tu ada beberapa ekor kucing yang berkeliaran tanpa tujuan. Masa cuba nak manja2 ngan sekoq kucing ni, jari Intan kena gigit..kihkih.. Ingatkan cerita dah tamat, rupanya jari dia bengkak pulak. Tak pernah aku jumpa kucing ada bisa. Dah macam ulaq. haha. Kasihan si mangsa.
Kucing yang tak mesra 
Lupakan citer kucing tadi, sekitar jam 9pagi kami mula menjelajah gua itu. Agak besar dan banyak tangga. Tour guide iaitu Bro Mustapha menunjukkan rock formation yang sangat unik di dinding gua. Ada berbentuk perempuan yg sedang menyikat rambut, chicken drumstick, jellyfish dll. Tour ini agak mencabar sebab kena gelungsur, menyusuri sungai kecil dalam gua dll. 


Ihsan google
Aktivit ini tamat sekitar jam 12.30tengahari. Kami kemudian dipelawa makan tengahari dengan lauk-pauk yang osem. Jannah syurga paling berselera aku tenguk hihi.

Jam 2.30petang pula kami dibawa menaiki van untuk ke tapak rafting. Ini adalah aktiviti rafting pertama untuk aku, Jannah syurga, Nasira dan Intan. 

Yeahhh~
Sebelum aktiviti bermula, kami diberi penerangan keselamatan oleh instructor. Ada beberapa perkara yang kami perlu tahu contohnya kalau instructor kata  "paddle up" haa ko takyah nak rajin pegi kayuh. Kalau "bum-bum" plak semua kena masuk dalam raft sebab ada 'drop'. Kalau tak ikut arahan boleh jatuh dalam sungai atau raft terbalik.



Buat pengetahuan, sungai ni agak deras airnya, banyak batu dan banyak 'drop'. Walaupun sungai ini Gred 2 tapi bagi aku ia still lagi bahaya dari Sungai Padas Gred 3.


Keganasan melanda
Kira2 jam 6 aktiviti tamat. Oh masa balik tu aku dok memeruk kat belakang van macam pendatang harem. Macam best je tanguk Intan & Umisan dok situ tadi. Lepas tu nyesal plak sebab pening.. lol.


hoyeah yeh yeh
Instructor bersama gadis2 hot haha
Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan aktiviti ini. Bayaran untuk aktiviti caving & rafting beserta lunch RM155 kalau tak silap. Biasa tempat lain rafting saja mau RM180. TQ to Bro Mustapha!

5 comments:

  1. wow, syoknye
    lama dah tak buat xtvt outdoor nih
    gian dah ni

    ReplyDelete
  2. hai boleh i dapt contact orng tu tak,berpe hengit packge awak ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, kalu tak silap caving, rafting and lunch RM155..
      You can contact Bro Mustapha at 0175263522@0125459062

      Delete
  3. bole dpt kan nama n nombor homestay ? tq .

    ReplyDelete