Januari 2011
Semperna cuti umum tahun baru, Umi Kalsom telah terbang dari JB ke Penang semata-mata nak melawat aku ke Pulau Payar. Buat pengetahuan, Pulau Payar adalah pulau milik Kedah. Kami menaiki ferry kecil dari Port Swethenham, Penang jam 8.30pagi untuk ke Pulau Payar. Jarak perjalanan tidaklah diketahui tapi ia ambil masa 2 jam untuk sampai.
|
Payar Island |
Sesampai, kami ditempatkan disebuah platform yang dilengkapi dengan shower dll. Lepas diberi penerangan kami pun mula membuat terjunan bebas untuk melihat keriangan ikan di sekitar platform. Ini 1st time aku snorkel secara siryus dan Umi telah mengajar aku macam mana nak gerak2 dalam air dan berdiri tegak. Kalau nak gerak tu kacang ja, (belagak..haha) gerakkan kaki dan tangan macam katak. Kalau nak berdiri tegak dalam air pulak gerakkan kaki macam kayuh beskal.
|
Platform
|
Ongbak rindu agak kuat di sekitar platform ini |
|
Lepas penat snorkel kami naik platform untuk makan tengahari. Makanan dia sedap gak la..
|
tamak haloba haha |
Jam 2.30 petang kami dibawa menaiki bot untuk snorkel di tepi pantai pulak. Kat sini kami jumpa black tip shark. Tak gigit orang punya.. Di persisir banyak jugak matsaleh ikan2 macam kat sekitar platform tu tadi.
|
Payar Island |
|
Pesisir pantai |
|
Black Tip Shark katanya
|
Selepas puas bersama2 ikan ittew kami pun berjalan sekitar pulau ini.. Untuk pengetahuan, tiada resort atau tempat penginapan di pulau ini. Dah snorkel syuh syuh balik semua. Ini semua untuk menjaga keaslian pulau dari dicemari (aku agak la).
|
Sejuk oiii |
Jam 4.30pm tak silap kami pulang ke platform dan bersiap2 untuk pulang ke Penang. Ada juga pengunjung yang akan terus ke Langkawi. Semasa di dalam shower, kami tak dibenarkan memakai sabun atau syampoo. Nak syampoo bagai balik umah la.. hehe kesian ikan2. Coral tak banyak sangat disini sebenarnya. Banyak juga yang dah mati :'(
|
Platform |
Apapun kami agak berpuas hati dengan trip ini. Harga trip ini RM200/person all in. Sekian terima kasih.
wah. best la pulau payar. kau ke sana dengan travel agency apa ya?
ReplyDeletex igt plak.. sebab dah lama ni.. tahun 2011.. travel agency tu awk bley google
Delete