Taiping yang letaknya di utara Perak adalah bandar ke-2
terbesar selepas Ipoh. Disebabkan tak pernah merewang ke sana, aku telah
mengumpul 7 jelitawan untuk menerjah bandar ini. Aktiviti2 kami di sana ialah:
1.Main ATV
Harga untuk mainan ini adalah RM100/person dalam masa lebih
kurang 3 jam kot. Actually 1 person 1 ATV tapi ATV tak cukup so kami naik 2
orang untuk 1 ATV.
The entrance |
Sebelum aktiviti bermula kami kena isi form dulu, kendian
breafing tentang cara-cara nak guna ATV dan try bawak 2 round sebelum ke trek
yang sebenar yang lebih mencabar. Aku naik ngan Nurul. Macam biasa la aku macam
gayat2 sket so aku bagi la dia bawak dulu hihi..
Belum apa2 dah masuk semak haha |
XD |
Kami di bawak melalui trail
yang sempit, berlopak dan curam yang
bisa menggugurkan jantung. Kami stop kat 1 sungai dan rehat2 disitu
sebelum patah balik. Masa balik aku plak try bawak.. yuhhuu best kot XD.
Sungai~ |
Yey! |
2.Picnic at Burmese Pool
Lepas melumpurkan diri, kami terus ke Burmese Pool untuk
penyucian diri. Burmese Pool hanya terletak bersebelahan dengan ATV park ini.
Best jugak la sebab kawasan tu kami yang conquer.. hihi
Kami pulang semula ke ATV park untuk menumpang mandi dan
menukar pakaian. Seterusnya bersolat di surau Zoo Taiping.
3. Equine Park
Lepas solat dan lunch, kami ke Equine Park yang hanya
terletak di sebelah ATV Park. Tiada bayaran masuk dikenakan. Cuma jika ingin
berkuda, RM10 dikenakan untuk 1 round. Selain berkuda, boleh juga membeli
carrot 1 bucket berharga RM5 untuk diberi pada kuda. Ada
jugak haiwan lain seperti arnab yang gebu untuk disantuni.
Kami sempat berborak dengan penjaga kuda di situ. Menurutnya
kuda boleh merasai perasaan orang yang berhampiran dengannya so dinasihati
untuk memiliki jiwa yang tenang semasa berkuda. Kuda jugak pandai express their
feelings & mohon perhatian. Cute kan?
Volunteer boleh juga datang ke situ untuk kerja2 mencuci
tahik kuda dll.
4. Taman Tasek Taiping
Menjelang petang, kami membuang mengambil angin di Taman Tasek
Taiping. Taman Tasek Taiping ini agak luas dan mempunyai permandangan yang
mendamaikan.
Taman Tasek Taiping |
Jogging memang best tapi yang tak best nya banyak pulak pasangan2
harem. Aku rasa pihak berwajib perlu buat pemantauan sebab ia
menimbulkan rasa kurang selesa pengunjung apatah lagi kalau ada kanak2.
Love the reflection |
Tempat2 menarik yang lain yang tak sempat kami pegi ialah
Zoo Taiping dan juga Bukit Larut. Kesemua tempat2 ini terletak berhampiran
antara 1 sama lain so agak menjimatkan petrol.
tempat macam ni yang rakyat malaysia perlu. tempat riadah. lamanya tak ke taiping. btw best atv dan kuda tu. menarik!!
ReplyDeletetrue! ATV tu kena book dulu.. hehe.. skang maybe ada trail baru yg lebih best.. try lah
Deletebaru perasan pic kat atas tu. ATV terbalik? LOL haha. susah ker nak pandu ATV untuk newbie? tak pernah cuba.
ReplyDeletehaha ya.. kawan tu memang kelakar.. paling banyak masuk semak dia tu.. alasan handle tak align.. mudah je nk bawak.. xdak lesen moto pn bleh bawa :D
DeleteKasihan arnab ittew..
ReplyDeleteCuba melarikan diri dari orang yang expired bau badannya -_-'
eh mangkuk bertingkek-tingkek ni.. arnab itu berjaya membesar sebagai juara kerana mendapat kasey syg yang x bebelah bagi dr jelitawan ittew
Deleteadakah ini adalah penyebab kepada arnab yang tertidur akibat pening dan loya dan gagal menamatkan perlumbaan serta kalah kepada kura-kura dalam perahu?
Deleteitu sume tahyul.. haha
Delete