Total Pageviews

Thursday, November 15, 2012

Pendakian Gunung Rinjani, Indonesia (3726m)

April 2012


Setahun dulu aku ada ajak umi Kalsom pergi naik gunung Bromo, Surabaya Indonesia. Tapi umi Kalsom prefer Gunung Rinjani di Lombok. FYI, Lombok terletak di sebelah Bali dengan penduduk majoritynya Islam. Bali, majoritynya Hindu. Pernah ada kumpulan pendaki yang maut di sana.. Boleh cek you tube.
Setelah termakan pujuk rayu beliau aku buat risikan lalu jumpa pakej Uncle Karat. Kami pon join. Sebelum ke sana, aku bersiap2 beli kelengkapan pendakian macam hiking boot, walking stick, headlamp, windbreaker, beg55L dll. Cuak jugak la sebab first time nak mendaki.

Penang-Bali
Dari Penang aku naik bus ke KL. Esoknya dari LCCT naik flight jam 4pm ke Bali. Sampai Bali jam 7pm tak silap. Dalam flight boring gak la.. Di tambah ada budak nangis kuat2..
Sampai di Bali kami pon dinner dgn nasi padang. 
Seminggu kat sini menunya nasik goreng, meggi, nasik padang -makan sampai naik 'cemuih'
Lepas tu kami lepak2 situ sebab kena tunggu lagi 2 org mamat. Sambil tunggu sempat gak lah aku beli buah.. Al maklum, nak kasi lawas.. hehe.. Uniknya mereka masih guna penimbang lama..

Day 1: Bali-Lombok (Kg Sembalun)
Lepas 2 mamat tu muncul, kami pun gerak ke jetty untuk naik ferry ke Lombok. Jam 12am gerak, sampai Lombok 5am. Ferrynya agak selesa walaupun aku n Umi terpaksa melipat tulang belakang untuk tidur.
Dalam ferry ni ada shower, tandas, musolla dan cafe.
Sesampai, keadaan mamai dan selekes kami pun turun dari ferry dan van bawak kami ke kampong pendakian iaitu Kg. Sembalun.

Sebelum itu kami singgah di pekan kecil bernama Masbagik untuk breakfast di kedai yg aku kira agak horror. Keadaan pekan tu agak busy. Banyak kereta kuda.. Ming, guard gunung tu kata tambang kereta kuda di caj ikut kilo.. Dengan yakin boleh lak aku tanya kilogram ke? 1 van jerit kat aku 1KM laaaa.. Haha mestila kilometer..LOL.. takkan la sebelum naik kuda kena naik atas penimbang dulu tgk berat.. ahh x pa la.. nama pun pelancong :P
Wanita di sini banyak berkain batik yg dipakai kat luar baju mcm 'mbak' atas keta kuda tu
Perjalanan kami dihidangkan dgn permandangan indah, udara fresh dan dingin. Banyak masjid dibina kat situ. Jalan kejap jumpa masjid dan ia dibina atas dasar gotong royong. Diorang banyak bercucuk tanam cth kentang, bawang, bela lembu gemuk2 dll..

Day 1: Kg.Sembalun-Post 3
Lepas register kami pon ke tempat mula pendakian.. 
View depan kantor pendaftaran. Osem gak kan.. hehe

Map kesengsaraan yg bakal dilalui: Sembalun-Pos 3-Plawangan-Summit-Danau-Semeru


Masing2 siapkan diri, asingkan beg utk porter bawak dan beg utk tinggal dan makan tengahari. Menunya ayam goreng(agak liat sbb ayam kampong kot) dan tomyam. 














Ayam goreng dan tomyam. Dari sini dah  nampak keriangan bijik cili dalam tomyan.. whoah seram!
Lepas Zohor kami mula gerak.. Lalu tepi rumah depa.. Bersih gak halaman umahnya. Sebab tau ada org nak mai kot..hehe..Di tepi2 rumah depa adala kebun2 bawang bagai.. Pastu kami dihidangkan dengan hutan savanna yg memukau mata.. Dalam hati memuji2 ciptaan Tuhan..Ewah beriman sgt la plak. Dari kejauhan ada la geng2 lembu gemuk gila yg tgh happy makan rumput.. Ckp banyak pn x guna.. Bek layan gambar2 ni..
Hutan Savanna.. sesekali angin akan bertiup menderu.
Ni apahal la plak.. 
Pancit gak lah time ni..
Uncle kata lepas naik kita turun pastu naik balik pastu turun balik naik lagi bla2.. arghh histeria aku dengar.
Gini la gaya porter angkut barang2 naik.. No hiking boot! Kesian gak tengok..
Daki punya daki sampai la kami kat Pos 3 jam 5pm kalau x silap.. Sesampai khemah dh siap pasang. Yahooo bleh landing terus.. Kami dihidangkan dgn teh panas dan nasik oleh mas2 joko. Time ni actually kaki dah mula melecet. (pemilihan kasut dan socks sgt penting)
Ini post 3.. Mas2 joko akan tidoq kat pondok tu tp kami tidoq dlm tent. 
Suhu rasanya sekitar sekitar 10degree.. Mas2 joko akan berselubung dlm kain pelikat masing2. Aku?Gigil jugak la tido dalam sleeping bag. Bangun pagi lagi la superb sejuk.Gosok gigi macam kumur dengan air batu.. nak mandi? Oh jangan harap. Basuh muka dan gosok gigi je nak.. Nak melakukan proses penyahtinjaan? Oh pegi cari semak >.<. Actually tak expect pun pendakian pertama ni sgt mencabar mental dan fizikal.. Telan je lah.. Dah terlajak jauh ni.. Oh ya, khemah kami ada 3 org. Aku, Umi dan Norsi.
View dari Post 3 time senja..
Day 2: Post 3-Pelawangan
Siap breakfast dan lipat khemah semua (mas joko yg buat..hehe) kami pon start jalan menuju ke Pelawangan. 
Ni di Post 3 sebelum gerak ke Plawangan.. Yg duduk tu Mas Stuk namanya.
Kami melalui lembah pergunungan yg damai.. time naik dapat dengar deruan angin berzikir memuji Sang Pencipta. Kabus berkepul2 lalu dan menghilang.. Beberapa meter ke Pelawangan tu agak mencabar sebab curam.
Hasil tangkapan lain

Sampai pelawangan jam 3pm rasanya.. Mcm biasa khemah dah siap pasang.. Walaupun kendong barang yg banyak, mas2 joko dapat sampai dengan cepat, relax2 sambil cungkil gigi. Ah dengki!
Baru naik ke Plawangan.. Panjat dari blakang tu nyah oi
Ni Plawangan, beberapa meter lagi sampai la ke campsite.
Kat sini ada tandas. Kaler hijau, xda pintu tapi menghadap gaung. Dalamnya hanya dikorek lubang..Jangan risau hasil penyahtinjaan akan ghaib begitu saja. Tapi aku tak pernah guna sebab tak lalu.. hoho.. Ahh napa lak aku citer detail sgt tempat favorite syaiton tu. Ok lupakan tempat jijik tu..
Campsite kat Plawangan..Kebanyakan pendaki akan bermalam di sini.. Yang hijau comel tu tandasnya..
Kami ambik kesempatan yg ada untuk ambik2 gamba kat situ.. 
Dari atas kami bleh nampak tasik/danau dan ditengahnya ada volcano yang masih active, Gunung Baru Jadi. Pernah meletus 2/3 tahun lepas.
View dari Plawangan time senja.. Gunung Baru Jadi tak nampak sbb ada awan.
Mas2 Joko yg membantu angkut barang, masak, pasang khemah.. 
Cuaca sini sekitar 10degree dan lembap.. So baju basah jangan berangan nak jemur. Lepas makan kami perlu tidur sebab esok kena gerak ke summit jam 2am.
Walaubagaimana pun kami tidur2 ayam ja sebabnya ada group dari Malaysia baru sampai, dok borak kuat2 bincang pasai plan depa utk esok.. adoi kenapa x pakai microphone je bagi rakyat jelata kat situ tau plan hangpa. 

Day 3: Pelawangan-Summit
Bangun2x! suara uncle kejut penghuni khemah jam 2am. Dengan penuh debaran kami persiapkan diri.. Sejuk bukan main.. Sebelum jalan mas joko hidangkan biskut dan teh. 

Lepas baca doa kami pun jalan dalam keadaan gelap bertemankan headlamp. Memula aku jalan depan gak la.. Rasanya tak sampai setengah jam aku dah mula lembik.. Sorang2 potong aku termasuk la mat saleh yg jalan sgt laju!.. Trail dah mula curam, pokok2 dah mula takda..
Pokok2 ni menemani perjalanan aku.. Bila disuluh dlm gelap nampak macam kristal sbb embun.
Keadaan gelap, angin terkadang tiup kuat, bintang penuh kat langit. Aku dan Umi je kat belakang. Uncle pun temankan jugak. Time tu rasa sgt tak larat dan tengah fikir possible tak kalau aku patah balik.. Disebabkan aku takut nak cakap kat uncle maka aku layan je pendakian..  

Jalan 10 tapak aku stop, ambil nafas. Time tu rasa nak pitam, loya, pening, mengantuk, rasa nk stop tido kat tepi batu, semua ada.. Mula rasa menyesal napa la sibuk2 ambik leave. Kalau dtg ofis kan bahagia.. Ada gak terfikir kalau jadi apa2 kat aku mesti kecoh 1 malaysia.. haha.. Mungkin helicopter akan datang selamatkan aku..Macam2 lah aku fikir. Tapi terkenangkan dah 2 malam aku kat sini so x berbaloi kalau tak sampai summit.  Actually bila dah penat kita sebenarnya banyak bermain dengan mental. Bak kata uncle kalu x larat tapi mental ok x apa lagi.. Tapi kalau mental tak ok tu susah.
Laluan penderitaan.. Close up pic kat bwah ni 
Laluan penderitaan
Tanah poros ni la buat aku rasa nk nangis.. Naik setapak, melurut balik turun habis bila nak sampai nya..T__T
Perjalanan mcm siput sedut diteruskan.. Suhu sangat sejuk dan glove plak nipis.. Glove tebal malas bawak. Padan muka aku. Uncle cakap kalau jatuh belah kiri ok lagi tapi kalau belah kanan mmg xdapat selamat sebab gaung @_@.. Pipi, hidung dan hujung jari tangan dan jari kaki mula kebas sebab sejuk.

Jalan punya jalan sampai terbit fajar.. Bila matahari mula menunjukkan wajah, aku rasa sebak.. Air mata dah nak menitis.. Sebabnya? Aku berhempas pulas nak naik summit, tapi Allah menaikkan matahari yg besar tu dengan sangat mudah. So aku rasa sgt kerdil dan terharu dgn kebesaran Tuhan yg menjadikan alam ni dgn mudah..T_T.
Uncle ni dari Singapore. Macam mai sorang.. Cayalah Uncle!! 
Hari dah terang. Mat saleh ada yg dh mula turun..lagi 100m, aku stop kat batu jap ambik nafas tapi air mata tak dapat diseka lagi.. Berderailah ia bagai mutiara.. Depa dok heran napa aku nangis.. haha.. Sorry lah ‘touching’ lak. 

Sesampai di summit lagi la x leh nk stop nangis.. Sebab x sangka bleh sampai.. Nak tak nak kena stop jugak sbb nak tangkap gambar..hihi.. Habis la sepeket tisu Abg Sam aku rembat.. Mohon di halalkan.. Abg Bad lak paksa aku makan gula2 hacks dia. Depan dia je aku makan.. Dia tengok tempat lain terus aku buang.. haha.. Hope dia x baca cerita karut ni kalo tak pecah rahsia aku.
Oh masa jalan tadi pon uncle paksa makan gula2 berangin dia tapi kantoi dia nampak time aku buang..hehe.. Ok layan dlu la wajah2 kejayaan ni..
Yeah! we made it!!
Summit! Katanya mat salleh pernah jatuh dari atas ni sebab ditolak angin

Weewit :P
View from summit: Gunung Baru Jadi yg masih aktif (esok kami akan bermalam tepi tasek tuu)

Close up view of Gunung Baru Jadi


Adeii x jadi plak!

Day 3: Summit-Pelawangan-Danau
Jam 9am kami mula turun, 12pm sampai di Pelawangan. Rehat jap, makan dan terus turun ke tasik/danau..Hujan, kaki dh melecet dan cramp tp terpaksa turun batu2 yg curam.. Mak aku tengok ni mesti nangih.. 

T_T
Aku jalan dengan mas apa nama pun x igt.. Umi plak Mas Stuk temankan. Disebabkan kaki sgt sakit aku jalan berkaki ayam tapi still ada socks.. 5pm baru sampai danau.. Yang lain sedap je tgh borak2 n relax.. 
Campsite tepi danau/tasik... Tengah tasik tu active volcano(Gunung Baru Jadi)
Masuk khemah siapkan diri. Masa tepi tasek nak gosok gigi ada penemuan yg ‘menakjubkan’.. haha.. mls nk citer

Air ni akan ke tasik tu.. Ni port aku gosok gigi.. Tandas kiut tu pon ada tp takda la aku ziarah .. hii
Ada jugak hotspring kat sini tapi x sempat nak pegi sebab kena bertolak awal esoknya.. 

HotSpring
Aku n Umi tido awal.. Jam 3am terjaga sebab dengar benda ‘sniffing’ tepi khemah.. Aku agak musang or babi hutan..

Eh sebelum trlupa jom layan gambar Mas2 Joko memasak jap..

Gitu la gaya depa berselubung

Kapan mau masaknya mas?
Day 4: Danau-Kg.Senaru
Kami berdua ditemani Mas Stuk dan mas apa nama tah start jalan dulu sebab kami jalan lambat.. Yg lain2 akan jalan kemudian. 1st kami rentas tasik.. Basah! Kendian lalu tepi2 tasik terus naik bukit.. Dari atas bukit, danau n gunung Baru Jadi tu sgt cantik.. Bateri kamera lak habis.. Kacau!
Ni rembat gambar org je.
Kali ni laluan boleh tahan mencabar gak sebab lalu lereng2 gunung.. Ada batu besar jugak yg perlu di panjat.. Aduhh memang bahaya dong.. Terpaksa mohon kasih sayang porter utk tarik.
Laluan maut di lereng2 gunung.
Lepas stop lama utk lunch, kami start jalan lagi.. Sampai la hujung2 tu dah mcm hutan kat Malaysia je.. Kalu bertembung dgn mat saleh slalunya kami akan say ‘Hi’ or Hello.. Ada satu point tu lepas aku said “Hi” tak semena2 aku jatuh terjelepuk kat depan dia..Tak sakit langsung! Tapi malu gila. Haha! Nasebla mat saleh tu tua, bukan muda dan kacak mcm David Beckham atau Owen..LOL.

Jam 7pm.. Hari dah gelap.. 1 jam lagi nak sampai hujan lebat gila.. Tanah becak, sejuk. Mas plak jalan menonong je kat depan.. Takut gelap lettew.. Yang aku ni terpaksa ikut pace dia.. Terkejar2 wooh.. Alhamdulillah jam 8pm sampai kantornya… :D
Pintu keluar (Senaru).. pinjam gambar Yazid je la.. bateri camera dh kong.
Sempat salin baju kat situ sebelum ke tempat penginapan jam 11pm. Kesengsaraan telah berakhir dengan 1001 pengalaman…:)

P/S:
1. Selain fizikal, kekuatan mental itu sangat penting untuk menentukan tindakan.
2. Pendapat aku la,bersihkan harti sebelum, semasa dan selepas naik gunung.. jgn ada riak, ujub, dll sebab anything can happened.
3. Niat naik gunung sebab nak lihat kebesaran ciptaan Tuhan.. insyaAllah ada pahala disitu.
4. Sebolehnya jgn tinggal solat sebab tak berbaloi tinggal solat hanya kerana naik gunung. :)

29 comments:

  1. salam..ada pacat tak masa mendaki? hihihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. takde.. hihi pacat taksuke duduk kat volcano XD

      Delete
    2. hehehhe okeh..daki gunung suke tapi pacat tak suke...hahahah penakut

      Delete
    3. hihi memey le.. kat mesia je bnyak pacat.. XD

      Delete
    4. ayu...klu solo backpacker....nak inform dorg join another foreigner kasi cukop korum boleh ke? ade konteks x....

      Delete
    5. maksud sedara, sedara nak join mana2 group dari malaysia?.. try contact uncle karat 012-2097756 or shahizan 019-739 6598

      Delete
    6. lebih kurg.....so klu sy book di bali lg murah x.....so sy join other foreigner dr ngara lain....

      Delete
    7. Better awak contact dulu team lead iaitu Uncle Karat atau Shahizan. Diorang memang bawak group Malaysia ke sana. Tak campur foreigner. Awak boleh tengok tarikh mana yang sesuai dengan awak.
      Lepas pilih tarikh awak tanya diorang boleh turun Bali atau Mataram, Lombok?
      Harga tiket bergantung pada promo AirAsia jugak. Kena alert or boleh minta diorang book kan tiket sekali.

      Delete
    8. ok tq...per pax 4 hari 3 mlm... bpe rate yup.....tgk kt intenet byk sgt price....

      Delete
    9. 4hari 3 malam saya tak pasti. Pakej saya pergi ni lebih kurang seminggu. Lepas turun gunung ni kami pergi Pulau Gili Trawangan 1 malam. Lepas tu ke Bali naik gunung Batur dan bermalam lagi 1 malam.
      Total untuk pakej ni RM950/pax termasuk makan di gunung.

      Delete
    10. sy da try cl...xdpt....leh bg fb dorg x...itupun klu ada la.....thanks

      Delete
    11. ok ni fb uncle karat https://www.facebook.com/karat.adv.3?fref=ts
      ni fb shahizan https://www.facebook.com/shahrizan.rosdi?fref=ts

      Delete
  2. tahniah...seronok membaca..terima kasih atas perkongsian..sy dlm perancangan utk ke sana..tq

    ReplyDelete
  3. thanx for sharing...in shaa allah 14/9 nanti akan ke sana..blh x sharing brg2 yg sgt perlu dibawa ke sana based on ur experince? tqvm..;)...nervous

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. bwk la jajan sket kot xbley masuk dgn makanan depa.. coklat ke energy bar ke.. botol ayaq.. first aid yg simple2..

      Delete
  4. nanti 14 sep 2014 giliran saya nak naik rinjani..doa kan kami...ada apa2 pesanan..

    ReplyDelete
  5. masa nak sembahyang..selalu ambik wuduk ka tayyamunn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuduk sbb salu solat masa dh sampai post rehat

      Delete
  6. salam sis, nak tanya. saya ni first time nak naik kesana. tapi takde pengalaman mendaki langsung sebelum ni. ada pon sekali, gunung ledang 5 tahun lepas. tapi saya aktive bersukan. jogging, hari2 workout di gym. sis rasa, saya mampu tak utk smpi ke puncak rinjani ni? saya nak cabar diri saya sebenanrnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. tu daki gunung ledang tu kira pengalaman le jugek hehe.. Saya ke sana dengan zero pengalaman.. wuwu~
      sampai Pelawangan saya rasa treknya leasure je.. Berdasarkan gaya hidup sedara/ri ni saya rasa insyaAllah boleh.. Yang penting practice kaki..
      ikut trip siapa ye?

      Delete
  7. sedang mencari teman untuk kesana sebenarnya. kawan2 saya kebanyakannya tak minat nak hiking. jadi saya umpama terpinngir keseorangan mencari teman yg blh hiking sama. saya perasan uncle syed di group hiking & camping around msia dia FB ada buat trip ke sana bulan 4/5 tahun hadapan. saya ingat nak join dia je. berapa total kos sis habis masa pergi sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo skali dah join nanti ramai la kawan.. pakej seminggu tu RM900 (exclude tiket flight & mkn luar dari pendakian)

      Delete
  8. salam wbt. menarik cerita awak, thanks berkongsi. :) nak tanya, if kita beli tiket dulu then baru book untuk naik rinjani boleh ke? thanks in advance ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Thanks for your visit.
      Better book naik Rinjani dulu sebab ada bulan Rinjani tutup. Tak ingat dari bulan berapa ke berapa sebab faktor cuaca.
      Kalau nak pergi sendiri mungkin boleh pm FB MingLombok Rinjani Trekker

      Delete
  9. Assalamualaikum , interisting ur wtiting. Can I hve ur email, I hve few question to ask u (:
    Or u can email me ikazaini94@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum , interisting ur wtiting. Can I hve ur email, I hve few question to ask u (:
    Or u can email me ikazaini94@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. sorry i just read your comment.
      this is my email ayusan1001@gmail.com

      Delete