Total Pageviews

Sunday, November 11, 2012

Berpeleseran di Kota Kinabalu


-March 2011-

Sampai KK Airport pagi tah jam berapa pun x igt.. Yg paling ingat sampai2 je cari toilet.. kehkeh.. lepas selesai urusan duniawi ittew baru fikir nak pegi mana.. 1st me and jannah decided untuk ke 'bus station'.
Sesampainya di bus station kami masih blur2 kemana nak d tuju.. sama ada round KK town dulu atau terus ke Ranau utk check-in. Setelah bermusyawaroh kami decided utk terus ke Ranau sbb xsabar nak tau ada surprise apa di sana.
KK town-Ranau ambil masa lebih kurang 2 jam dengan kelajuan yg bisa memutuskan jantung. Keadaan jalan agak berkabus dan hujan. Bersama dalam perjalanan seorang minah saleh yg agak tua yg sgt fasih berbahasa indonesia.. Di dalam beg beliau ada seekor anak kucing yg di bawak bersama.. sebab apa dia bawak pun x igt dah.. yang pasti beliau sgt syg dgn kitty itu..
Sesampai nya di Zen Graden resort kami pun check-in. Err jarak dari jalan besar ke Zen Garden agak jauh jika berjalan kaki. Keadaan jalan pun agak berlopak. Tak pe lah yg penting selamat check-in dan tadaaaa.. biliknya agak selesa dgn permandangan yg indah.. dari dlm bilik dah bleh nampak gunung ganang dan tumbuhan yg menyegarkan.. sangat nyaman.. honeymoon best gak kan.. berangan jap.LOL



Zen Garden Resort: View dari bilik.. Sambil golek2 boleh tengok gunung
Yang best tentang Zen Garden Resort ni adalah landscape nya.. Damai.. Tapi landslide pun dengarnya ada jadi kat sini sebab ia terletak di lereng bukit.. Yang bestnya lagi penginapan ini kami dapat FREE!! 
Zen Garden Resort: Time org nak ambik gambar la dia nak angkut batu.. 
Jalan jauh2 xkan nak lepak bilik je kan.. So kami pun keluar menerjah lobi resort. Selepas menyelidik map, menginterview receptionist, kami decide utk ke 'Desa Cattle' dulu. Seperti biasa jalan nak ke situ juga agak berlopak. Sesampainya di sana kami di sambut oleh gerombolan lembu2 New Zealand. Bukan saja lembu New Zealand bahkan padang ragutnya juga persis New Zealand. Sangat nyaman. Namun keadaan yg hujan tak mengizinkan kami untuk guling2 di padang ragut itu. Setelah berposing dengan lembu2, kami pun berangkat ke Rose Garden. 
Desa Cattle (boleh tahan busuk la..haha)
Padang ragut NZ Desa Cattle.
Di Rose Garden ada bunga2 dan kaktus. Boring gak la..hehe.. Habis menarik pun layan 2 ekor burung yg pandai cakap 'Hello & Phewwwit'.
Lepas boring2 di Rose Garden kami ke Strawberry Farm. Cuaca masih hujan. Sempat juga berborak dengan pekerja di situ.. Beliau sdg dalam usaha menanam pokok anggur. Sebelum berangkat pulang sempat kami merembat sepeket dua stoberi.

Sampai di resort sudah agak dinihari.. Igt nak layan malam kat beranda tapi banyak nyamuk la plak. So masuk bilik tdo sbb cuaca sgt dingin ^.^.
Esoknya selepas melantak brekpes yg agak osem kami pun bertolak ke Sabah Tea Garden. Sesampainya di sana kami di sambut oleh seorang guard yang sering panggil kami sumandak. LOL. sumandak adalah bahasa dusun yg bermaksud hot girl ♥. Sebelum memulakan serang hendap, kami diberi briefing mengenai Sabah Tea.. Lepas mengantuk dengar briefing itu kami dibawak naik van utk ke tapak trekking utk melihat bunga terbesar iaitu Rafflesia. Perjalanannya xda la susah sangat tapi yg mak lemah tu pacatnya ganas2.. geli woo.. sesampainya d tempat kejadian, bunga plak tak kembang..untuk tak terus rasa hampa, kami tangkap je la dgn bunga kuncup tu.. sesampai di van, aktivit membuang pacat sambil terjerit2 mcm mak lampir pun bermula.. 


Sempat pulak lagi dia stop cari signal time2 banyak pacat nii....

Ini bukan Pau Kaya tapi Refflesia time dia x da mood nak kembang.

Kendian, guard membawa sumandak ke sungai apatah.. ada ikan besar2 lengan yg akan bagi lovebite kat kaki sampai merah.. ah gatal sungguh ikan tu.. bayar masuk rm5 je kot..

Gambaq blur menunjukkan keadaan cemas semasa kejadian 
Lepas dapat banyak awanlarat kat kaki, kami pon ke Poring Hostpring.. tak mandi, cuma rendam2 kaki sambil cuci2 mata tgk pak2 arab kot ada yang macam Maher Zain.. haha.. kami cuma try canopy walk nya.. menarik!
The Canopy Walk

HotSpring: Sampai matahari terbenam baru penuh itu kolah bah~
Bila matahari mula mengundurkan diri dan syaiton mula berkeliaran, kami pun pulang ke resort.. dinner hanya minum milo n makan roti n biskut n tah hapa lagi (brapa banyak n lah).. sebenarnya x lapar pon. sempat gak lah meng'upload' beberapa keping gambar di FB utk tatapan rakan taulan di semnanjung yg kerinduan walaupun internetnya sgt slow tahap dewa merangkak.

Esok paginya kami mula lah check-out menuju ke KK Park. kat sini udaranya nyaman sekali pak.. dingin gitu.. masa dihabiskan dgn berjalan melihat pokok2 dan menghayati zikir alam sambil diri sendiri berzikir..

Kinabalu Mount dari kejauhan

KK Park: Sebelum tempurung lutut longgar boleh la nak sengih2 lagi 
Lepas tempurung lutut longgar, kami pun ambil van ke KK Town terus ke hotel utk check in.. lepas mewangikan diri, kami pon ke Green Connection.. ini macam zoo.. ada marine life and ular dll.
Anak Shark boleh la nak buli.. cuba abah dia.. hoho
Hasil tangkapan di Green Connection. (masak rendang Tok lagi senang dari pegang ular!)
Esoknya plak, kami ke Jesselton Jetty utk snorkel sampai lebam di Tunku Abdul Rahman Marine Park (TAR)..Ke Jetty dgn menaiki bus dgn tambang hanya BR1M RM1.. Kami pergi dalam 5 pulau x silap.. pulau yg last tu terbaik.. coral dia masih cantik dan ikan nya masih montel2.. ada plak diver yg rajin nak melayan sumandak mcm kami.. siap tolong tangkap 'nemo' utk kami manjai nya.. kami agak, 'nemo' itu berjaya membesar sebagai juara sbb dapat kasih sayang dari kami..walaupun beberapa minit cuma.

Jesselton Jetty


TAR Marine Park

Banyak2 pulau, yang last tu je la yang boleh tahan. Yang lain sederhana je.. Kebersihan kurang memuaskan emosi pencinta alam seperti kami..Yang marah tu bila snorkle jumpa pampers budak la, plastik gula2 la, guni beras la..(emo tetiba haha)..Jagalah alam dengan baik.. Malaysia kaya dengan khazanah alam tapi kdg2 x mau jaga elok2.. Allah SWT ada berfirman, kerosakan2 di bumi ini akibat tangan2 manusia..(lupa ayat yg mana)
Hasil snorkeling Y__Y

Sebelum balik ke hotel sempat jua singgah di Philippine Market melihat2 apa yang patut.
Philippine Market
*notakaki:pilihlah kedai yg bersih+yakin 
Esoknya kami pun checkout utk terbang pulang ke semenanjung dengan 1001 kenangan di bumi Sabah.. plan seterusnya-->menawan itu gunung bah..

No comments:

Post a Comment