Total Pageviews

Tuesday, November 13, 2012

Water Rafting di Sungai Padas, Sabah

May 2012


Keesokannya selepas melalui penyiksaan di Gunung Kinabalu, kami berpusu2 pula ke Sungai Padas untuk water rafting. Lepas solat subuh kami pun duduk berwirid melangut kat bilik tunggu van datang ambil. Tunggu punya tunggu at last kami call van. Rupanya dia dah lama tunggu kami kat bawah. Bukannya nak call bagitau dah sampai.. Hampagas tol.
Lepas kami turun sempat lagi dia kata kami lambat sebab tido.. Haha.. Tuduhan palsu di situ bah..

Perjalanan kami menuju ke stesen keretapi Beaufort mengambil masa 1 jam.. Disebabkan keadaan masih gelap maka kami pun habiskan masa dengan tido tanpa mempedulikan umpatan orang sekeliling (sebab depa pun tido.. hehe).

Sesampainya di stesen keretapi kami geledah kedai utk makan sebelum mengambil gambar2 bagaikan org jakun. Actually memang lah jakun sikit sebab tak pernah jumpa bullet train keretapi lama yg masih guna arang.


Stesen Keretapi Beaufort

Kami memilih gerabak yg paling dekat dengan kepala keretapi utk dapatkan lebih 'feel'.
Perjalanan kami menuju ke Pangi mengambil masa 2 jam dengan kelajuan sederhana dan berhenti2 untuk mengambil penumpang lain. Keretapi adalah pengangkutan utama penduduk setempat untuk ke Beaufort. Kalau keretapi rosak duduk di rumah saja bah.

Dalam perjalanan sempat juga kami berborak dengan staff BUSAT. BUSAT adalah bumiputra company yang mengendali aktiviti rafting di Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei). Pendek kata, jika mahu ber’rafting’ di Borneo boleh memilih BUSAT selain dari RIVERBUG.
Sesampainya di Pangi, kami perlu menyimpan harta karun disini sebab raft akan stop kat sini.. Lepas tu kami di bawa ke tempat mula rafting dengan menaiki keretapi lagi skali.. 

Staff BUSAT bersama peralatan rafting mereka
Sesampai di tempat mula, kami diberi briefing macam mana nak pegang pedal dengan selamat, apa nak buat kalau raft terbalik, macam mana nak naik semula atas raft, macam mana nak tarik kawan yang jatuh dan sentiasa mendengar arahan2 instructor.

Walaupun ini kali ke dua main rafting, ada jugak la rasa cuak..Kot la ada buaya.. Sungai Padas agak lebar, kurang berbatu dan banyak ‘turbulent’.

Setiap raft ada 2 instructor yang akan mengawal raft tu.. Kalau diserah bulat2 kat kami sampai malam pun tak habis rafting.. Bersama kami adalah 4 pelancong dari Taiwan. Meh layan keadaan huru-hara kat bawah neh dlu.

Are you ready?? Yeahhh.. Ready to swim?? NOOOO!!!
Aku rasa amoi kat tengah tu paling happy kot.. Gambaq dia semua masa tengah ternganga.. hehe

Selepas melalui segala jerih perih kehidupan, kami pun dibawa ke tempat persalinan.. Kat situ kami tukar baju, mendengar tazkirah solat dan makan. Sempat jugak kami membeli CD cetakrompak yg ada video dan gambar semasa rafting untuk dibuat kenangan..


Tempat persalinan dan makan.
Klinik kesihatan yang dijumpai.. Auchh! mana wakil rakyat ni.. huhu
Oh masa tunggu keretapi terkagum dgn kekhusyukan 2 pemuda  membaca  kalam2 Tuhan.
(Insap saat itu jugak.)
Kami pulang dengan dengan sijil penyertaan dan kegelapan kulit melampau yang bisa mengelirukan rakan taulan..
Yeah :D
Pon Pon…Ok keretapi dah sampai… Insyaallah jumpa lagi.. tata :P
Suke hati kau je nak keluarkan kepala.

 p/s: Sabah negeri yg damai, penduduknya ramah dan sopan berbicara.




No comments:

Post a Comment