Mei 2012
Selepas berjimba di 2 waterfall kami bertolak ke Pulau Gili Trawangan. Untuk pengetahuan,
ia adalah pulau cantik kepunyaan Lombok. Ada 3 gili/pulau
semuanya iaitu Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. Tapi selalu pelancong
akan menginap di Gili Trawangan.
|
3 pulau ini terletak bersebelahan antara 1 sama lain. |
Dengan boat kami sampai sana jam 12pm dan terus menapak ke Sunrise Chalet. Dan tadaa... inilah Sunrise Chalet.. Bukan tepi pantai tapi selesa la..
|
Tengah senamrobik bahagikan bilik |
Bilik
yg aku dapat boleh dikatakan ok. Siap ada bath-up bagai. Bleh gak la aku berendam
sambil2 minum fresh oren. Meh layan pic ni dlu~
|
Bilik kami :D |
|
Ada wifi :D |
Pulau ni hanya ada kereta kuda dan basikal. Petangnya
apalagi kami berkayuh mengelilingi pulau sambil menikmati syurga dunia :)..
|
Lepas makan semua tertukar basikal.. hehe
|
Kesian kuda :( sob sob |
|
|
Abaikan keseksian yg berlaku... |
View memang cantik. Tambah lagi resort2 yang berada di tepi pantai memang superb. As usual, di mana ada tempat peranginan di situ ada mat saleh. So kat sini mat saleh memang ramai.
|
Tu tempat 'dating' |
|
Salah 1 resort tepi beach. |
|
Lorong2 basikal, kuda dan pejalan kaki |
Kami berbasikal sampai senja iaitu tatkala syaiton mula berkeliaran. Kami ambil kesempatan makan seafood kat situ tapi taste dia biasa2 saja buk. Mungkin tempat murah. hehe
|
Ingat nak try lobster tapi rupiah lak makin menipis.. :'( |
Esok paginya kami pun bersiap2 untuk snorkel di Gili Air dan
Meno. Coralnya ada yang sudah mati :( .. Ikan pulak, kat certain spot je banyak.
|
Coral
|
Ni ikan apa pun xtau la.. Out of nowhere muncul. |
Selepas perut berdangdut, kami
singgah lunch di Gili Air. Aku makan bolognaise macam semalam.. hehe.. macam
xda makanan lain dah kat dunia ni.
|
|
Singgah lunch di Gili Air |
|
Gili Air
|
Gili Air |
Lepas lunch kami sambung snorkel di tempat lain dan terus
pulang ke Gili Trawangan semula. Jangan kata nak berbedak, nak tukar baju pun tak sempat.
|
Dengan muka bergaram kami terus checkout untuk ke Lombok semula dgn boat. Kami menuju ke
Bandar utama Lombok iaitu Mataram. Sesampai Mataram kami terus pekena Mekdi
dengan lahapnya. Terpaksa break the boycott's law sbb xda restaurant lain dah..:(..
|
Mataram Mall
|
Selepas ini kami akan terus ke Bali dengan menaiki feri untuk misi seterusnya.. jeng jeng...:D
No comments:
Post a Comment