Semalam negara digemparkan dengan kemalangan maut terburuk sejak 17 tahun lalu iaitu pabila bas pelancong dari Genting Highland terjunam ke dalam gaung ketika menuruni puncak. Kecelakaan ini meragut kira2 37 nyawa termasuk pemandu bas. Punca kemalangan tidak lah aku ketahui. Takziah diucapkan kepada waris mangsa.
Bila baca news ni aku teringat plak kat cerita "Bunian" karangan Ramli Awang Musyid (RAM) dalam novel "Aku Bercerita". Novel ni sebenarnya mengandungi kompilasi 5 cerita yang berbeza. 5 cerita ini yang didapati dalam laptop peribadinya menimbulkan kebingungan bila dia rasa karya tu bukan dia punya. Dia tak pernah buat tapi tetiba ada file tu dlm laptop dia. Aku pun bingung gak baca cerita dia haha.
Personally cerita "Bunian" tu aku rasa paling best. Macam biasa cara penceritaan dia akan buat pembaca konfius pada mulanya. Ringkasnya cerita ni pasal sorang pemuda bunian (Jailani) telah jatuh hati dengan perempuan manusia (Sari Mayang). End up berlaku konflik di mana Jailani dan Sari Mayang sebenarnya adik-beradik. Bapak Jailani adalah manusia tapi maknya bunian. Bapak Jailani telah kembali ke alam manusia manakala maknya Mak Banun tetap di alam bunian. Walaubagaimanapun, mereka masih berdamai.
Dipendekkan cerita, kuarge bunian ni terpaksa berpindah sebab manusia lain buat pembangunan kat kawasan diorang. Tak cukup dengan itu manusia mencemari kawasan tersebut dengan dosa dan noda (peh ayat!). Akibat amaran wakil bunian yang tak diendah manusia, bunian2 tersebut telah merobohkan bangunan di situ. Itulah petaka yang menimpa manusia.
Aku bukanla nak tuduh bunian atas kejadian bas terjunam tu. Tapi ada sesuatu yang perlu kita renung2kan sebenarnya. Benda2 mistik ni memang kita tak boleh nak lari tambah2 kat hutan/gunung2. Cthnya keajaiban Umaisarah yang sesat 19hari di Gunung Tahan pada tahun 2008 tak silap aku. Walaupun keajaiban beliau terselamat itu dikaitankan dengan kekuatan badan, minda dan jiwa (body,mind,soul) yang digunakan, ada juga cakap2 yang mengaitkannya dengan bunian (Yazid yang citer lol). Survive seorang diri dalam hutan tebal dengan ketiadaan makanan dan keperluan asas lain bukan suatu yang mudah ye.
Apapun time kasey sebab sudi baca cerita karut-marut aku haha. tata
Takziah~ |
RAM |
Dipendekkan cerita, kuarge bunian ni terpaksa berpindah sebab manusia lain buat pembangunan kat kawasan diorang. Tak cukup dengan itu manusia mencemari kawasan tersebut dengan dosa dan noda (peh ayat!). Akibat amaran wakil bunian yang tak diendah manusia, bunian2 tersebut telah merobohkan bangunan di situ. Itulah petaka yang menimpa manusia.
sekadar hiasan~ |
Sapa ada buku ni kasik aku pinjam cpt! |
No comments:
Post a Comment