Ramadhan lepas aku telah berjaya mencari LailatulQadr tudung untuk dipadankan dengan sehelai baju kurung dan sehelai jubah kat Bukit Jambul. Pencarian aku ditemani oleh Jannah-syurga. Actually aku suka keluar beli barang dengan dia sebab dia boleh bayarkan parking ingat kedai dan bagi pendapat yang bernas. Walaupun sometimes taste aku ngan dia lari sikit tapi ia sikitpun tak menggugat hubungan simbiosis kami.
Lepas ke hulu-hilir dapatlah aku sehelai tudung maroon-putih dan biru-putih. Tiba2 terdetik rasa nak pakai shawl pulak. "Dah beli ko jangan tak pakai pulak" warning si Jannah syurga kat aku.. haha.
Btw, 2 tahun lepas Jannah syurga paksa aku tukar penampilan dengan memakai shawl di hari lebaran. Tuntutan beliau aku penuhi dengan jayanya. Disebabkan shawl tu jenis tebal dan agak lebar, 2x je aku pakai. Rasa macam pakai kain selimut pun ada. At last aku buat tutup washing machine. lolz.
Berbalik pada cerita shawl tadi, sebelum beli Jannah-syurga dan pekedai telah menunjukkan sikit demo melilit tudung. Bak kata Jannah-syurga "there is no right or wrong.. terpulang cara ko gayakan.." ayat dah mcm profesional fashion designer. Terngiang-ngiang ayat keramat tu masa aku melilit tudung haha.
Adapun shawl yang dipakai menyebabkan aku rasa kepala tak boleh dipusing 180degree. Nanti rasa shawl senget. Aku rasa shawl sesuai untuk aktiviti santai saja.
Aktiviti dibawah mungkin tidak sesuai:
1. mendukung bayi yang hyperactive- shawl akan jadi tempat gayut mereka
2. jogging- shawl yang beralun2 akan menambah rintangan angin sekaligus mengurangkan kelajuan si pelari
3. berenang/snorkel- mengelirukan ikan2
4. masuk hutan/naik gunung- keberangkalian tersangkut kat ranting2 pokok sekaligus membahayakan si pemakai
5. ketika menyelamatkan diri dari kebakaran dll- api dah marak kau hegeh2 lagi nak lilit tudung? haha
Akhir kata, apapun jenis tudung perlulah ianya patuh Syariah iaitu must coverrr what need to be covered okeh ;).
Aku pakai shawl time daki gunung Stong tahun lepas. Ade satu mamat tu kate," Sorang nak pergi tesco (refer kt aku), sorang nk gi jalan2 (refer kat member aku yg pakai suar kudroy)'. lol
ReplyDelete-Dayah
haha.. ko mmg pakai Shawl kan? Masa camping kat Pantai Kerachut pun Shwal gak.. x panas ke weh.. bila nak menggunung lagik?
Delete