Tapi tu semua duluuuu...(muncung sket mulut). Sekarang dah jadi salah satu tempat tarikan pelancong. Ada resort dan macam2 outdoor aktiviti. Bagi yang dah boring pegi Penang Hill, Batu Feringgi dll korang boleh cuba ke Pulau Jerejak.
Pulau Jerejak |
Jetty ke Pulau Jerejak |
1. Jungle Trekking.
Aktiviti ni ambik masa lebih kurang 1 jam termasuk masa kecederaan. Untuk aktiviti ni, akan ada guard yang lead. Mengikut kata guard, trekking malam baru adventure sebab macam2 bunyi bley dengar.. heeeeeeeee (mengilai sket).
Aktiviti ni menarik sebab tak dak pacat. hih
Bergambar bersama guard dan pengunjung lain |
Lepas jungle trekking kami pergi archery. Untuk pengetahuan, bow tu agak berat sebenarnya. Tapi bow untuk lelaki lagi berat berbanding perempuan. Selain kena tahan berat bow sambil tarik bowstring, kau jugak kena fokus pada sasaran. Kadang2 angin akan menyebabkan arrow tersesar selain dari faktor memang tak reti main.
BooOo.....tak kena |
Ada 2 benda tak best untuk aktiviti
1. Rantai basikal aku asek tertanggal >.<
2. Tak dapat sampai ke penjara lama sebab ada construction.
Yang bestnya plak basikal tu guna gear Shimano dan kami dapat membakar kalori.. wehhey.. Jarak ke penjara lama tu agak jauh sebenarnya.. Aku dah pernah sampai kat penjara lama tu sebelum ni.. Yang ada hanyalah tinggalan gambar2 wanita/artis di dinding2 penjara. Peneman tidur sang banduan aku rasa.
Muzek sakit pinggang |
Menjelang tengahari kami bagi kegembiraan pulak pada perut dengan buffet lunch yang agak nyam2..kruk2..glup2..
Lahap level 8 |
Bukan reti main pon haha |
Lepas berehat panjang dan solat kami menapak sikit ke atas bukit.. Menapak banyak sebenarnya..ehehe.. Kat atas tu ada suspension bridge yang tak begitu panjang.. Kami perlu melalui suspension bridge tu untuk ke tempat flying fox.
Sebelum aktiviti bermula kami semua kena pakai safety helmet dan harness. Jarak laluan tak terlalu jauh cuma agak cuak sebab lalu dam.. Yang kelakar ada lelaki ittew jerit ketakutan macam pompuan.. haha.. sebut nama jatuh mengumpat plak kang.
Selesai semua kami pun menapak turun untuk aktivit terakhir. OTW back jumpa plak ular daun.
Aktiviti terakhir adalah wall climbing. Seperti biasa sebelum aktiviti bermula, harness perlu dipakai sebagai langkah keselamatan. Semua, baik lelaki atau perempuan berjaya sampai ke atas dengan bergayanya kecuali aku.. hehe. Malas lak nak try :P
BoOooo~ |
No comments:
Post a Comment