Total Pageviews

Saturday, September 21, 2013

Altitude Can Kill

"Every year, people die of altitude sickness. All of these deaths are preventable. If you are travelling above 2500m (8000ft), read this information and tell your companions about it - it could save your life."

Baru2 ini kita dikejutkan dengan kematian seorang pendaki di Gunung Kinabalu akibat AMS. Kematian akibat AMS bukanlah sesuatu yang asing tapi adalah elok jika kita mengambil langkah berjaga2. Maka tujuan entri ini adalah untuk educate diri sendiri dan sahabat2 tentang AMS.

Apakah AMS?
Acute Mountain Sickness atau AMS adalah penyakit mabuk gunung yang berlaku akibat kekurangan oksigen. Bila pergi ke altitude tinggi (above 2500m), udara jadi makin nipis dan tekanan jugak kurang. Kedua2 faktor ni jadi penyebab kurang oksigen supply ke dalam badan.
% Oxygen mengikut ketinggian (3000-4000m=12000-13000ft)
AMS tak bergantung pada jantina, saiz badan, berat or ketinggian. Ia bergantung pada body acclimatization atau kebolehan badan untuk adapt dengan keadaan. Ada orang boleh adapt dengan cepat dan ada orang adapt lambat. Tiada cara untuk kenalpasti kebolehan badan anda acclimatize melainkan anda sendiri ke tempat ber-altitude tinggi dan mengesannya.

Simptom2 AMS
AMS ada banyak stage iaitu mild, moderate & severe AMS. Simptom2 mild AMS adalah pening, mual, hilang selera makan, letih, susah tidoq dan malas berkomunikasi dengan orang. Eh macam banyak pulak. 
Symptoms
Simptom AMS yang aku pernah alami adalah susah tidoq. Kerisauan untuk ke puncak jugak menyumbang pada susah tidoq aku. hoho. Semasa mendaki ke peak iaitu pada ketinggian >3000m, aku mengalami keletihan, kemengantukan yang melampau dan loya. Bila perkara ini menerjah diri, kita akan rasa malas untuk berkomunikasi dengan orang sebab tengah fokus untuk acclimatize. Eceh poyo. 

Cara Atasi AMS
Cara terbaik untuk atasi AMS adalah dengan mendaki perlahan2 mcm siput. Bagi masa pada badan untuk adapt dengan new environment. Minum (keep hydrated) dan makan (take more carbo) secukupnya juga penting. Cara lain adalah dengan mengambil cetazolamide (Diamox®), steroid atau dexamethasone tapi ia tidaklah digalakkan.

Jika anda mengalami AMS, anda perlu berehat. Ya berhenti dan rehat pada altitud yang sama. Jika keadaan masih sama atau bertambah teruk, anda perlu turun ke bawah sedikit ke altitude yang lebih rendah dan rehat. Dah recovered baru naik semula. Kalau tak nak, boleh turun semula ke kemah/hut dan sambung tido or makan megi, kihkih. 

Masa AMS dulu si Amad pesan kat aku kalau berhenti jangan duduk nanti lagi penat. Habis je nasihat ikhlas tulus mulus dia, terus aku duduk kat batu. harhar.. Sorry mak memang tak larat. Nasihat dia bagai angin lalu yang sekali sekala menyapa dedaunan. hih..

Few meters to Snow Mt's Peak
Kalau anda bawak beg, mungkin boleh paksa minta orang lain bawakkan (kalau ada yang sanggup sudi) sebab beg yang berat boleh menyebabkan oxygen lambat sampai ke otak (ni uncle Karat yang cakap kat aku haha.. bukan reka :P). Tapi tips ni macam banyak cekadak plak sebab kau menyusahkan orang. Lenkali bawak ringan2 sudah.

Moga perkongsian ini berguna untuk saya dan sahabat2 sejagat. Untuk maklumat lanjut boleh lah tanya Prof Gugel. BTW apa pasai cari penyakit panjat gunung? Dok umah main candy crush la.. Ehehe ia suatu hobi tapi tarikan utama adalah untuk melihat ciptaan Tuhan yang sentiasa menyihir manusia dengan keindahanNya.

Thanks reading & jaga diri kawan.:)


No comments:

Post a Comment