27 Sept lepas aku dan Jannah Syurga terbang dari Penang ke KL untuk menyertai Standard Chartered Marathon. Kalau ikutkan hati memang kak bedah malas tapi atas dasar ukhuwwah fillah (eceh) dan penyertaan yang disponsor kami gigihkan diri.
Ada beberapa katogori yang dipertandingkan iaitu full marathon 42km, Honda half marathon 21km, Ekiden 21km dan lain2. Katogori yang paling unik adalah Ekiden 21km sebab ia adalah lari berganti2 dalam kumpulan. Setiap kumpulan ada 5 orang runner iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan. Pecahan larian adalah 5km-3km-3km-5km-5km. Perempuan melayu terakhir ambik 3km sorang manakala lelaki 5km.
Aku group ngan Jannah Syurga manakala 3 lagi runner lelaki adalah dari KL yang baru kami kenal. Runner pertama adalah Hamdan, ke-dua Jannah, ke-tiga aku, ke-empat dan ke-lima aku tak ingat lak namanya hehe. Sebelum larian bermula kami telah dihantar dengan bus ke tapak larian masing2. Disebabkan runner pertama mula lari jam 5.45am, maka sempatlah aku dan Amy bersolat subuh dulu di tepi jalan. Best gak solat tepi jalan sebenarnya. Heh.
Lepas solat kami pun tunggu pelari yang ke 2 dengan penuh debaran. Matahari dah mula terbit tapi bayang Jannah aku tak nampak lagi. Gelisah dan sikit psiko bila ramai runner lain yang dah sampai.. Sekitar jam 6.40am baru bib no aku dipanggil dan aku nampak Jannah tengah termengah2 lari. Sian aku tenguk haha.
Jam 7+am sampai ke runner yang ke 4 dan terus naik bus yang disediakan untuk ke Dataran Merdeka. Sesampai di Dataran Merdeka terus pergi kat Jannah yang tengah queue untuk amek gambaq free.. holala~ Panjang gila queue tapi Jannah dah kat depaaan nun. Pandai Jannah beratoq hihi. Masa beratoq ada jugak yang berminat nak tahu kami dari persatuan apa oleh kerana keunikan mesej2 yg Islamic di belakang baju. Banyak jugak muslim dan non muslim yang tertarik nak baca mesej2 tu sebenaqnya. Aku ingat tak da sapa nak peduli. hehe
Kami kendian dipelawa untuk makan dim sum bersama ahli2 RSC lain di Hotel Quality. OTW menapak ke Hotel Quality terserempak pulak dengan segerombolan kanak2 comel berlari lintang pukang bagai dikejar Sang Kelembai. Rupanya diorang tengah lari untuk 700m competition.
Tengah syok bagi sokongan tetiba sorang budak jatuh tersungkur depan kami. Bibirnya sikit berdarah lalu beliau menangis wuwuwu~ Semua panic tapi yang paling panic kat sini Amy. Siap dukung lagi budak tu. Lepas dukung dia letak balik sebab tak tau nak bawak budak tu pegi mana haha. Ramai jugak yang cuba pujuk budak tu selain amek kesempatan untuk bergambar. Kami pujuk budak tu dengan M&M dan sebotol ayaq. Budak tu makan dengan bersungguh kemudian bangun dan terus lari sambil bawak lesap sepeket M&M tu. Semua bersorak bagi sokongan tapi aku tenguk Jannah tengah lap ayaq mata. Terharu pulakkk dia haii.. haha.
Sampai di Hotel Quality kami dihidang dengan pelbagai makanan cina yang halal lagi yummeh. Kami makan dengan penuh kesyukuran dan gelojoh tanpa rasa malu. Kami mula memperlahan kunyahan pabila menyedari perut tidak tumpah bagaikan ular sawa yang baru menelan seekor buaya (perumpamaan yang extreme) . Selepas kenyang kami pun bersalam2 dan mengucapkan selamat tinggal dengan ahli2 lain lalu pulang semula ke rumah makcik Jannah dengan menaiki LRT dan kereta Amy.
Tak sempat nak rehat Jannah dah paksa aku pack semua barang dan keluar berambus dari rumah makcik dia. Aku terkesima dan terkilan. Oh rupanya kami akan ke rumah Tok Jin beliau di PJ pula. Sesampai di rumah Tok Jin Janah, kami dipelawa makan lagi. Ingin menolak tak manis pula rasanya tapi perut sudah kenyang. Nak tak nak aku gagahkan diri makan kuew tiaw tomyam, pasemboq dan red velvet. Ambik kau haha.
Lepas makan aku duduk2 diruang tamu. Angin sepoi2 bahasa menerpa diri membuatkan mata semakin memberat. Akhirnya pakcik Jannah cakap "eh ni ada bantal kat sini". Wah2.. Bila aku tenguk Jannah dah landing aku pon join dan melelapkan diri dengan gembiranya sampai la Jannah kejut, "oi2 bangun nak balik dah". Aku bangun dengan keterpaksaan dan tudung yang renyuk seribu. Disebabkan masih awal, kami pulang semula ke rumah makcik Janah dan aku sambung tidoq kat situ sampai petang. Bangun tidoq, solat dan terus ke LCCT untuk ke Penang. Tak sempat flight take off aku dah tidoq semula sampai la landing. Pastu gopoh gapah turun flight nak balik sambung tidoq kat umah plak. haha. Inilah kisah marathon, makan dan tidoq aku yang panjang berjela dan membosankan.. harhar. bYE.
Ada beberapa katogori yang dipertandingkan iaitu full marathon 42km, Honda half marathon 21km, Ekiden 21km dan lain2. Katogori yang paling unik adalah Ekiden 21km sebab ia adalah lari berganti2 dalam kumpulan. Setiap kumpulan ada 5 orang runner iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan. Pecahan larian adalah 5km-3km-3km-5km-5km. Perempuan melayu terakhir ambik 3km sorang manakala lelaki 5km.
Pelari pertama untuk Ekiden |
Batman & Flintstones |
Penang & KL Reverts Sport Club |
Terserempak :D |
Alolooooii |
Not bad :) |
Makan tak padan langsung dengan jarak larian haha |
Mesyuarat tingkap Tok Jin |
arsem! bestnya. eh competition tu masuk by invitation ker?
ReplyDeletenop.. open to all :) tapi ada la sikit fee kena bayar
Deletekadar makan melebihi kadar larian..
ReplyDeletehempeh
hehe betul la tu
Delete