Total Pageviews

Wednesday, October 16, 2013

Kegilaan

Semperna cuti Raya Korban ni ramai yang ambil kesempatan pulang ke kampung halaman termasukla aku. Malam tadi aku memandu pulang semula ke Pulau Pinang. Disebabkan bertolak agak lambat dan menggagau ikut jalan lain, aku tiba di Jambatan Pulau Pinang agak lewat iaitu sekitar 9.30pm.

Sesampai simpang susur keluar Jambatan Pulau Pinang, aku nyaris langgar sorang pembonceng motosikal yang berani mati dan merasakan amalnya sudah cukup untuk membawanya ke syurga. Begini ceritanya.............................~

Masa kat simpang susur keluar dari bridge aku nampak ada sorang pembonceng motosikal yang agak berumur berbangsa India berhenti kat pinggir lorong 1. 
Jangan komplen drawing aku plis
Tanpa menghiraukan beliau aku dan kereta2 lain teruskan pecutan. Kereta yang keluar dari bridge dan E-Gate agak laju dan keadaan agak busy. Dengan tiba-tiba dan tak disangka oleh sekelian makhluk di awana, motor yang berada di bahu jalan lorong 1 tadi bergerak merintangi arus dengan kelajuan siput sedut untuk ke lorong 3. Aku yang kat lorong 2 terus tekan brake dan control steering sambil tekan hon tak puas hati dan rasa nak maki. Ikut hati mau je aku langgar tapi kang panjang lak kesnya. Lagi 1 inci je aku rasa nak langgar si uncle gilak tu tapi boleh dia buat2 macam takde perkara cemas berlaku lalu buat muka toya dia teruskan perjalanan. Kalau tayar aku haus rasanya memang dah melambung uncle tu atau dengan aku jugak melambung (nauzubillah). Grrr rasa nak lempar selipar kat kepala dia 100x. Aku rasa uncle tu silap lorong pastu nak ke lorong 3 dia main redah dan redho je kot. Tak pon beliau mabuk or cubaan bunuh diri. Habis tayar aku.. Hoho.  

No comments:

Post a Comment