Total Pageviews

Wednesday, August 28, 2013

Caving & Water Rafting, Gopeng

Gua Tempurung yang letaknya di Gopeng, Perak adalah gua batu kapur terpanjang di Semenanjuang Malaysia. Ia telah ditemui pada tahun 1887 dan mempunyai rock formation yang unik di dalamnya yang berusia kira2 250-400 juta tahun. Jika ingin ke sana melalui highway, bolehlah exit di tol Gopeng dan lokasinya lebih kurang 15 minit perjalanan dari tol tersebut. 


Terdapat 4 pekej ditawarkan untuk jelajah ke dalam gua tersebut:
Pakej lawatan 1: Golden Flowstone-40 minit. Bayaran RM6 (dewasa)
Pakej lawatan 2: Top of The World-45 minit. Bayaran RM9 (dewasa) 
Pakej lawatan 3: Top of The World & Short River Adventure. Bayaran RM11 (dewasa)
Pakej lawatan 4: Grand Tour-3jam. Bayaran RM22 (dewasa)

Kami ambil pekej yang paling machow iaitu Grand Tour. Kami yang dimaksudkan kat sini adalah 4 orang gadis pingitan dari Penang (aku, Jannah syurga, Nasira & Intan) dan 2 dari Johor (Umisan & Hengsan). 


4 gadis pingitan bertolak dari Penang jam 5 ptg terus ke Gopeng dan bermalam di sebuah homestay. Nak ke homestay tu agak mencabar sebab kena masuk ke pelusuk kampung dalam gelap malam. Takut sesat jauh aku dan Jannah tunggu Umisan ambik kat simpang. Tak semena2 lak masuk kampung orang asli kang huh.


Homestay
Overall, homestay tu selesa. Ok la sebab boleh tidoq nyenyak. Sebelum pergi aku pesan kat diorang bawak bantal masing2 sebab takut tak ada bantal. Sampai2 je homestay tengok berlambak bantal disediakan. Kami tidoq macam orang tamakkan bantal.. haha

Esoknya lepas bekpes, kami berpusu-pusu ke Gua Tempurung. Di sekitar gua tempurung tu ada beberapa ekor kucing yang berkeliaran tanpa tujuan. Masa cuba nak manja2 ngan sekoq kucing ni, jari Intan kena gigit..kihkih.. Ingatkan cerita dah tamat, rupanya jari dia bengkak pulak. Tak pernah aku jumpa kucing ada bisa. Dah macam ulaq. haha. Kasihan si mangsa.
Kucing yang tak mesra 
Lupakan citer kucing tadi, sekitar jam 9pagi kami mula menjelajah gua itu. Agak besar dan banyak tangga. Tour guide iaitu Bro Mustapha menunjukkan rock formation yang sangat unik di dinding gua. Ada berbentuk perempuan yg sedang menyikat rambut, chicken drumstick, jellyfish dll. Tour ini agak mencabar sebab kena gelungsur, menyusuri sungai kecil dalam gua dll. 


Ihsan google
Aktivit ini tamat sekitar jam 12.30tengahari. Kami kemudian dipelawa makan tengahari dengan lauk-pauk yang osem. Jannah syurga paling berselera aku tenguk hihi.

Jam 2.30petang pula kami dibawa menaiki van untuk ke tapak rafting. Ini adalah aktiviti rafting pertama untuk aku, Jannah syurga, Nasira dan Intan. 

Yeahhh~
Sebelum aktiviti bermula, kami diberi penerangan keselamatan oleh instructor. Ada beberapa perkara yang kami perlu tahu contohnya kalau instructor kata  "paddle up" haa ko takyah nak rajin pegi kayuh. Kalau "bum-bum" plak semua kena masuk dalam raft sebab ada 'drop'. Kalau tak ikut arahan boleh jatuh dalam sungai atau raft terbalik.



Buat pengetahuan, sungai ni agak deras airnya, banyak batu dan banyak 'drop'. Walaupun sungai ini Gred 2 tapi bagi aku ia still lagi bahaya dari Sungai Padas Gred 3.


Keganasan melanda
Kira2 jam 6 aktiviti tamat. Oh masa balik tu aku dok memeruk kat belakang van macam pendatang harem. Macam best je tanguk Intan & Umisan dok situ tadi. Lepas tu nyesal plak sebab pening.. lol.


hoyeah yeh yeh
Instructor bersama gadis2 hot haha
Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan aktiviti ini. Bayaran untuk aktiviti caving & rafting beserta lunch RM155 kalau tak silap. Biasa tempat lain rafting saja mau RM180. TQ to Bro Mustapha!

Thursday, August 22, 2013

Aku Pulak Bercerita..

Semalam negara digemparkan dengan kemalangan maut terburuk sejak 17 tahun lalu iaitu pabila bas pelancong dari Genting Highland terjunam ke dalam gaung ketika menuruni puncak. Kecelakaan ini meragut kira2 37 nyawa termasuk pemandu bas. Punca kemalangan tidak lah aku ketahui. Takziah diucapkan kepada waris mangsa. 
Takziah~
Bila baca news ni aku teringat plak kat cerita "Bunian" karangan Ramli Awang Musyid (RAM) dalam novel "Aku Bercerita". Novel ni sebenarnya mengandungi kompilasi 5 cerita yang berbeza. 5 cerita ini yang didapati dalam laptop peribadinya menimbulkan kebingungan bila dia rasa karya tu bukan dia punya. Dia tak pernah buat tapi tetiba ada file tu dlm laptop dia. Aku pun bingung gak baca cerita dia haha. 
RAM
Personally cerita "Bunian" tu aku rasa paling best. Macam biasa cara penceritaan dia akan buat pembaca konfius pada mulanya. Ringkasnya cerita ni pasal sorang pemuda bunian (Jailani) telah jatuh hati dengan perempuan manusia (Sari Mayang). End up berlaku konflik di mana Jailani dan Sari Mayang sebenarnya adik-beradik. Bapak Jailani adalah manusia tapi maknya bunian. Bapak Jailani telah kembali ke alam manusia manakala maknya Mak Banun tetap di alam bunian. Walaubagaimanapun, mereka masih berdamai.

Dipendekkan cerita, kuarge bunian ni terpaksa berpindah sebab manusia lain buat pembangunan kat kawasan diorang. Tak cukup dengan itu manusia mencemari kawasan tersebut dengan dosa dan noda (peh ayat!). Akibat amaran wakil bunian yang tak diendah manusia, bunian2 tersebut telah merobohkan bangunan di situ. Itulah petaka yang menimpa manusia.
sekadar hiasan~
Aku bukanla nak tuduh bunian atas kejadian bas terjunam tu. Tapi ada sesuatu yang perlu kita renung2kan sebenarnya. Benda2 mistik ni memang kita tak boleh nak lari tambah2 kat hutan/gunung2. Cthnya keajaiban Umaisarah yang sesat 19hari di Gunung Tahan pada tahun 2008 tak silap aku. Walaupun keajaiban beliau terselamat itu dikaitankan dengan kekuatan badan, minda dan jiwa (body,mind,soul) yang digunakan, ada juga cakap2 yang mengaitkannya dengan bunian (Yazid yang citer lol). Survive seorang diri dalam hutan tebal dengan ketiadaan makanan dan keperluan asas lain bukan suatu yang mudah ye.
Sapa ada buku ni kasik aku pinjam cpt!
Apapun time kasey sebab sudi baca cerita karut-marut aku haha. tata

Wednesday, August 21, 2013

Jenayah Kini

Kalau kita tengok jenayah yang berlaku sekarang ni amat menakutkan ye tuan2 dan puan2 di rumah. Bukak TV ada jenayah, bukak newspaper ada jenayah, pegi petrol station ada jenayah, pegi kedai mamak ada jenayah.. Malah jenayah dahsyat yang melanda negara aman kita adalah bunuh membunuh dengan pistol. Oh ini bukan perkara main2 tuan2 dan puan2 di rumah. Ini perkara siryus. 
Mari kita berdiri dan beri tepukan gemuruh atas kejayaan PDRM

Kita sebagai rakyat marhean perlu mengambil langkah berjaga2. Kalau anda seorang perempuan, tak perlulah meng'show off' segantang emas di badan. Itu mengundang jenayah. Selain itu, handbag seeloknya carilah yang boleh sling dan bukan yang bawak macam mak datin. Safety lagi penting dari gaya yang elegen itu ya tuan2 dan puan2. Mengira duit di khalayak umum walaupun duit yang kau kira hanya not seringgit juga bisa mengundang padah. Ada juga eloknya para perempuan di luar sana menyimpan pepper spray dalam beg. In case apa2 berlaku ada jugak la senjata. Pepper spray boleh didapati di Jusco atau Guardian berhampiran ok. 
RM10 each

Nah makan dia~
Perempuan2 juga perlu alert dengan keadaan sekeliling. Mungkin anda menjadi perhatian penjahat yang memerhati jadual harian anda. Contoh jam berapa anda pergi dan pulang kerja. Itu bahaya. Jangan lupa juga perempuan di luar sana untuk menyimpan nombor2 pejabat polis berdekatan. 

In case ada jenayah berlaku di depan mata anda atau anda sendiri alami (nauzubillah), sebolehnya ingat nombor plate kenderaan penjenayah, jenis kenderaan, rupa, body figure dll yang mana ia dapat membantu polis mengesan penjenayah bedebah itu. Apapun janganlah lupa untuk berdoa setiap kali keluar rumah supaya terhindar dari sebarang petaka. Allah itu sebaik2 pelindung ok. tata.   

Thursday, August 15, 2013

Bestke Taiping?

Taiping yang letaknya di utara Perak adalah bandar ke-2 terbesar selepas Ipoh. Disebabkan tak pernah merewang ke sana, aku telah mengumpul 7 jelitawan untuk menerjah bandar ini. Aktiviti2 kami di sana ialah:

1.Main ATV
Harga untuk mainan ini adalah RM100/person dalam masa lebih kurang 3 jam kot. Actually 1 person 1 ATV tapi ATV tak cukup so kami naik 2 orang untuk 1 ATV.

The entrance
Sebelum aktiviti bermula kami kena isi form dulu, kendian breafing tentang cara-cara nak guna ATV dan try bawak 2 round sebelum ke trek yang sebenar yang lebih mencabar. Aku naik ngan Nurul. Macam biasa la aku macam gayat2 sket so aku bagi la dia bawak dulu hihi..

Belum apa2 dah masuk semak haha
XD
Kami di bawak melalui trail yang sempit, berlopak dan curam yang  bisa menggugurkan jantung. Kami stop kat 1 sungai dan rehat2 disitu sebelum patah balik. Masa balik aku plak try bawak.. yuhhuu best kot XD.
Sungai~
Yey!

2.Picnic at Burmese Pool
Lepas melumpurkan diri, kami terus ke Burmese Pool untuk penyucian diri. Burmese Pool hanya terletak bersebelahan dengan ATV park ini. Best jugak la sebab kawasan tu kami yang conquer.. hihi

Kami pulang semula ke ATV park untuk menumpang mandi dan menukar pakaian. Seterusnya bersolat di surau Zoo Taiping.

3. Equine Park
Lepas solat dan lunch, kami ke Equine Park yang hanya terletak di sebelah ATV Park. Tiada bayaran masuk dikenakan. Cuma jika ingin berkuda, RM10 dikenakan untuk 1 round. Selain berkuda, boleh juga membeli carrot 1 bucket berharga RM5 untuk diberi pada kuda.  Ada jugak haiwan lain seperti arnab yang gebu untuk disantuni.

Arnab berbulus gebus
Kami sempat berborak dengan penjaga kuda di situ. Menurutnya kuda boleh merasai perasaan orang yang berhampiran dengannya so dinasihati untuk memiliki jiwa yang tenang semasa berkuda. Kuda jugak pandai express their feelings & mohon perhatian. Cute kan?


Kuda busuk kot
Volunteer boleh juga datang ke situ untuk kerja2 mencuci tahik kuda dll. 

4. Taman Tasek Taiping
Menjelang petang, kami membuang mengambil angin di Taman Tasek Taiping. Taman Tasek Taiping ini agak luas dan mempunyai permandangan yang mendamaikan. 

Taman Tasek Taiping
Jogging memang best tapi yang tak best nya banyak pulak pasangan2 harem. Aku rasa pihak berwajib perlu buat pemantauan sebab ia menimbulkan rasa kurang selesa pengunjung apatah lagi kalau ada kanak2.
Love the reflection 
Tempat2 menarik yang lain yang tak sempat kami pegi ialah Zoo Taiping dan juga Bukit Larut. Kesemua tempat2 ini terletak berhampiran antara 1 sama lain so agak menjimatkan petrol.

Wednesday, August 14, 2013

Melanun ke Pulau Payar

Januari 2011

Semperna cuti umum tahun baru, Umi Kalsom telah terbang dari JB ke Penang semata-mata nak melawat aku ke Pulau Payar. Buat pengetahuan, Pulau Payar adalah pulau milik Kedah. Kami menaiki ferry kecil dari Port Swethenham, Penang jam 8.30pagi untuk ke Pulau Payar. Jarak perjalanan tidaklah diketahui tapi ia ambil masa 2 jam untuk sampai.
Payar Island
Sesampai, kami ditempatkan disebuah platform yang dilengkapi dengan shower dll. Lepas diberi penerangan kami pun mula membuat terjunan bebas untuk melihat keriangan ikan di sekitar platform. Ini 1st time aku snorkel secara siryus dan Umi telah mengajar aku macam mana nak gerak2 dalam air dan berdiri tegak. Kalau nak gerak tu kacang ja, (belagak..haha) gerakkan kaki dan tangan macam katak. Kalau nak berdiri tegak dalam air pulak gerakkan kaki macam kayuh beskal.
Platform
Ongbak rindu agak kuat di sekitar platform ini
Lepas penat snorkel kami naik platform untuk makan tengahari. Makanan dia sedap gak la.. 
tamak haloba haha
Jam 2.30 petang kami dibawa menaiki bot  untuk snorkel di tepi pantai pulak. Kat sini kami jumpa black tip shark. Tak gigit orang punya.. Di persisir banyak jugak matsaleh ikan2 macam kat sekitar platform tu tadi.
Payar Island

Pesisir pantai

Black Tip Shark katanya

Selepas puas bersama2 ikan ittew kami pun berjalan sekitar pulau ini.. Untuk pengetahuan, tiada resort atau tempat penginapan di pulau ini. Dah snorkel syuh syuh balik semua. Ini semua untuk menjaga keaslian pulau dari dicemari (aku agak la).
Sejuk oiii
Jam 4.30pm tak silap kami pulang ke platform dan bersiap2 untuk pulang ke Penang. Ada juga pengunjung yang akan terus ke Langkawi. Semasa di dalam shower, kami tak dibenarkan memakai sabun atau syampoo. Nak syampoo bagai balik umah la.. hehe kesian ikan2. Coral tak banyak sangat disini sebenarnya. Banyak juga yang dah mati :'(
Platform
Apapun kami agak berpuas hati dengan trip ini. Harga trip ini RM200/person all in. Sekian terima kasih.


Monday, August 12, 2013

Oh myShawl~

Ramadhan lepas aku telah berjaya mencari  LailatulQadr tudung untuk dipadankan dengan sehelai baju kurung dan sehelai jubah kat Bukit Jambul. Pencarian aku ditemani oleh Jannah-syurga. Actually aku suka keluar beli barang dengan dia sebab dia boleh bayarkan parking ingat kedai dan bagi pendapat yang bernas. Walaupun sometimes taste aku ngan dia lari sikit tapi ia sikitpun tak menggugat hubungan simbiosis kami. 

Lepas ke hulu-hilir dapatlah aku sehelai tudung maroon-putih dan biru-putih. Tiba2 terdetik rasa nak pakai shawl pulak. "Dah beli ko jangan tak pakai pulak" warning si Jannah syurga kat aku.. haha. 

Btw, 2 tahun lepas Jannah syurga paksa aku tukar penampilan dengan memakai shawl di hari lebaran. Tuntutan beliau aku penuhi dengan jayanya. Disebabkan shawl tu jenis tebal dan agak lebar, 2x je aku pakai. Rasa macam pakai kain selimut pun ada. At last aku buat tutup washing machine. lolz.

Berbalik pada cerita shawl tadi, sebelum beli Jannah-syurga dan pekedai telah menunjukkan sikit demo melilit tudung. Bak kata Jannah-syurga "there is no right or wrong.. terpulang cara ko gayakan.." ayat dah mcm profesional fashion designer. Terngiang-ngiang ayat keramat tu masa aku melilit tudung haha.
Hasil didikan Jannah syurga
Adapun shawl yang dipakai menyebabkan aku rasa kepala tak boleh dipusing 180degree. Nanti rasa shawl senget. Aku rasa shawl sesuai untuk aktiviti santai saja. 
Aktiviti dibawah mungkin tidak sesuai:
1. mendukung bayi yang hyperactive- shawl akan jadi tempat gayut mereka
2. jogging- shawl yang beralun2 akan menambah rintangan angin sekaligus mengurangkan kelajuan si pelari
3. berenang/snorkel- mengelirukan ikan2
4. masuk hutan/naik gunung- keberangkalian tersangkut kat ranting2 pokok sekaligus membahayakan si pemakai
5. ketika menyelamatkan diri dari kebakaran dll- api dah marak kau hegeh2 lagi nak lilit tudung? haha

Akhir kata, apapun jenis tudung perlulah ianya patuh Syariah iaitu must coverrr what need to be covered okeh ;). 

Saturday, August 03, 2013

Mood Tiba-Tiba

Mood tiba-tiba boleh diistilahkan sebagai mood yang datang secara tiba-tiba tanpa undangan dan perancangan. Adapun mood ini bukanlah mood yang tercela malah ia boleh dikatogorikan sebagai mood yang terpuji. Aku rasa kebanyakan rakyat marhean ada mood macam ni. 

Contoh-contoh kronologi mood tiba2: 

1. Nampak helaian2 rambut bertebaran bagai roticanai di lantai. Memula sapu rambut2 tu je.. Lepas tu tetiba sapu satu rumah.. Tak cukup sapu rumah pegi mop lantai pulak. End up sampai kipas, dapoq, tingkap dan mangkuk tandas habis jadi mangsa mood tiba-tiba.. Ahaha nampak tak.. nampak tak.. nampak tak.. hasil dia haha

2. Mula2 membuih dan membilas kereta.. Lepas tu vacuum, lap habuk, taruk rain repellent, polish tayar dll. Bila dah siap rasa bangga diri yang meluap-luap haha.. Pastu tengok kereta bapak.. Euuu...Pastu terus amik paip cuci macam tiada esok bagimu.. Itulah mood tiba-tiba. Terpuji bukan? haha


Adapun di office, jika tiba2 mood rajin call vendor sana sini bukanlah dikatogorikan sebagai mood tiba2. Itu dikatogorikan sebagai keterpaksaan sebab boss dah mintak update..hakhak.. Secara realiti, mood tiba-tiba hampir tidak akan berlaku di tempat kerja.

Apapun aku harap mood tiba2 datang untuk kerja2 tanda soalan addmaths yang menggunung dan siapkan presentation slides.... Ergghhh ohhh malasnyeh!

Friday, August 02, 2013

When Analyst Get Bored


Ini 1Malaysia jari.
Jari itu nampak mulus bersih bukan?
Letak jari tadi bawah microscope dan zoom to higher magnification plak. 


High Magnification Image of Human Skin

Hoo nampak tak dirt particles kat situ. Walaupun awalnya jari kelihatan bersih tapi sebenarnya ada banyak partikel kotoran yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Kat sini pentingnya kita basuh tangan selalu terutamanya bila keluar dari tandas, pulang dari kerja dan ketika nak makan guna tangan di hariraya nanti

Partikel2 kotoran ini mungkin datang dari benda2 yang kita sentuh contohnya tombol pintu, keyboard, mouse, meja dan boleh jadi dari udara persekitaran.  Selain partikel2 kotoran, di jari kita mungkin ada bacteria pembawa penyakit seperti H1N1. Maka basuh lah tangan selalu okeh. Bye~


Rub hands for 20s (macam lama sgt jep huhu pemalas :P)

Thursday, August 01, 2013

Lagu Kesukaan

Assalamualaikum...

Sabtu lepas aku pegi Lorong Kulit sebab nak beli buah2 je tapi tetiba lak terbeli CD nasyid cetak rompak. CD nasyid tu dah macam bagus tapi cetak rompak plak.. haha.. Belasah je.. 

Dalam tu ada macam2 lagu dari penyanyi yang berbeza macam Maher Zain, Irfan Makki, Opick, Sami Yusuf, dll. Dalam banyak2 lagu aku rasa lagu Opick & Amanda bertajuk "Maha Melihat" macam ok jugak la..
Dengarkan dengarkan dengarkan.. (echo) 

Sentimental la sket lagu dia.. Aku cuma suka part "yang dicinta kan pergi, yang didamba kan hilang..n bla2.." sebab part tu masuk ngan suara aku.. haha (muntah pelangi). Actually banyak sebab seseorang suka kat sesuatu lagu.. Selain sebab kena dengan suara sendiri vokal, melodi, lirik dan penyanyi tu jugak jadi faktor penyumbang. Sometimes tak best pun lagu tu tapi sebab lirik dia best maka kita pun suka. 

Bila dah tersuka, aku akan ulang lagu tu 186 kali sampai aku rasa boring dan akhirnya lagu tu akan masuk dalam carta lagu2 biasa.. Banyak jugaklah lagu yang menerima nasib begini. hehe.. bye~
Its me.. LOL