Terpaksa wat entry sebab terlalu mengantuk.. Orang kata tak elok buang masa sebab masa tu emas.. hehe.. Padahal semalam pun mengantuk gak.
Ok la tanak mengarut panjang.. Minggu lepas aku, Jannah dan Ema ke Teluk Segadas.. Bertolak dari Penang almost 6am.. Malas punya pasal pagi tu jugak packing barang.. Lepas berhenti solat dan bekpes di RnR Juru kami teruskan perjalanan ke Teluk Batik sampai jam 9am. Tak sangka, ketibaan kami disambut mesra oleh MB Perak Dato Dr Zambri dari pelbagai penjuru kehidupan (poster je..heh).
|
Zambri yang kontroversi.. uhuu |
Dari pantai Teluk Batik kami naik boat plak ke Pantai Teluk Segadas yang ambik masa dalam 15 minit. Disebabkan air surut dan boat tersangkut kat coral kami terpaksa plak membasahkan diri redah laut dan coral untuk ke pesisir pantai Teluk Segadas. Redho je la.. Siapa suruh pegi? hehe
Sesampai, kami tolong tiup dan isi air dalam belon untuk sukaneka kejap lagi.. Ema dan Jannah sangat dedikasi dengan tugas yg diberikan.. Syabbasss Mr Sahab..
|
Stay young girls! wohoh |
Kami diganjari dengan makan tengahari beserta lauk kampung yang osem!
|
TQ pada tukang masak! Pandai gila masak.
|
Khusyuk gila makan.. senyaaaap je..LOL |
|
Selesai solat, kami mengularkan diri dalam khemah dan sukaneka pun bermula.. Dibahagi pada 4 kumpulan. Dan aktivitinya jalan sambil kepit belon air, bawak belon kosong, bawak bola ping-pong dan muzik sandal (ala2 muzik chair). Banyak jugak aksi spontan pecah perut terjadi.. layann.. hehe
Lepas sukaneka, aktiviti bebas.. Time ni trio gadis melayu amek kesempatan berenang di pesisir pantai.. Jannah dan Ema sempat menceduk ilmu renang dari instructor tak terlatih..
Malamnya, kami amek kesempatan celebrate birthday cik Jannah dan Cikyu ;) dalam khemah.. Cik Jannah lahir awal sket iaitu Dec 1984 meanwhile me Jan 1985.. Tak sabar2 si Jannah ni keluar.. Kalu tunggu sat bleh sama ngan aku.. LOL
|
Gigih angkut donut redah laut |
|
Bakat melukih terserlah.whoah |
Lepas habis 18 ketuls JCo donut kami pon keluar khemah.. Tenguk2 orang tengah bakar ikan.. So kami pon join lah buat2 rajin.. Ikan pari telah menjadi rebutan malam tu.. Ikan kembung terus dipandang sinis.
|
BBQ |
Lepas tamat sesi membakar dan memakan, kami gosok gigi (gosok gigi pon nak bagi tau.. haha) dan terus tido.. Untuk stay young, memang kena ikut jadual tidur bayi. hihi
Esoknya lepas bekpes, kami trekking pulak ke atas bukit tu.. Tak jauh pun tapi view cantik.. Pacat ada jugak tapi kali ni depa tak berminat dgn aku.. Fouhh naseb!
|
Jumpa buah unik! |
|
Tiadalah Tuhan jadikan langit dan bumi itu sia-sia. |
Lepas trekking kami masuk khemah borak2.. Lepas dah habis isu keluar balik pegi jalan2 tepi laut.. Air tengah surut so semua coral terpamer kat situ.. Inilah hasil jumpaan kami:
|
Itu org Sabah bah |
|
Coral |
|
Coral hidup |
|
Gamat yg menggelikan |
Lepas jalan2 kami kemas2 barang dan makan lunch.. Lepas makan lunch kena kutip sampah lak.. haha.. Bagus.
Akhir skali tunggu boat untuk pulang ke Teluk Batik semula. Yang cemasnya, boat tu dah macam sardin.. Rasa macam nak tenggelam.. Kalau tenggelam mungkin aku jadikan Ema sebagai pelampung. Sebab? Sebab dia duduk sebelah aku dan dia pandai berenang macam memerang.. haha (jgn mare Ema maniss)
|
Sayonara Teluk Segadas.. |
*kEnapa hati damai bila teNguk Laut, Awan DaN pOkok2?? SebaB dIOrANG sEntiasa BerTasbih MeMuji TUhan. ManUsIA pLaK serIng LeKA+bERdosa :')
No comments:
Post a Comment