Total Pageviews

Saturday, January 05, 2013

Bergayutan di Escape, Teluk Bahang

Tanggal 29 Dec 2012 5 gadis melayu terakhir telah ke Escape, Teluk Bahang Penang. Escape ni sepupu pada Skytrex kat Shah Alam. Ada tempat gayut macam monyet. Bayaran masuk RM48. Ini adalah aktiviti terakhir untuk tahun 2012.


Sampai kat sana around 9++pagi dan homo sapiens memang ramai gila. Lepas masuk, kami simpan beg di locker. Macam biasa la nak locker mesti kena bayar lain pulak -.-. Sebelum mulakan aktiviti masing2 ke tandas untuk termenung. Dalam tandas meriah dengan bunyi katak. Bunyi tu dari speaker yg sengaja dipasang untuk menimbulkan suasana desa.. huihui
The entrance 
Aktiviti pertama adalah meniti cabaran dari tiang/pokok ke pokok. Sebelum tu terpaksa tunggu turn hampir 1 jam.. Rasa nak gave up je sebab queue sangat panjang. Dah la pagi tu ada kejadian yg takbest berlaku kat henpon aku.. Memang dukacita jugaklah.

Actually benda gayut2 ni ada 3 stages. Stage 1 paling kacang dan stage 3 paling tinggi dan mencabar. Memula kami try stage 1 pastu tros naik stage 3. Stage 3 baru rasa kacak sket.. hehe.. Hah layan je la pic kat bawah ni:
Sebagai perempuan melayu terakhir kami hanya pilih laluan yg sopan saja. 
This is Stage 1
This is Stage 3.
The girl was hanging at the middle for a few minutes before a hero came to save her..  how sweet  LOL
Lepas penat bergayut kami rehat jap sambil makan ABC hambar mahal tergedik berharga RM5.
Kami kendian mencuba Atan’s Leap ala2 bungee jumping tapi bukan sebab still pakai harness ikat badan. Ketinggian hanya 20m tapi still ketar lutut.LOL. Actually takda la takot sangat sebab ada spring yang perlahankan terjunan.. So sambil terjun tu leh la relax2 sambil cungkil gigi (bongkak betul ayat..haha). 
Macam pilot heh :P
Atan's Leap
Aktiviti terakhir adalah tubby racer. Yang ni cam menarik jugak la.. Tapi yang takbest nya kena tarik donat yg berat tu naik sampai atas tapi bila gelungsur turun tak  sampai 1 minit pun.. Kami try skali je sebab tak kuase nak tarik lagi skali nyah..
Penat kak?
Get set and go!
Yeah
Sebelum balik sempat gak lawat souvenir shop sambil sepah2kan barang kat situ tanpa membeli..kehkeh.. Hanya cermin besar je yg menarik perhatian kami..
Perempuan dan cermin ibarat aur dan tebing
The escapees
 The End.

No comments:

Post a Comment