Total Pageviews

Monday, January 28, 2013

Penang Run 2013

27 Jan 2013


Assalamualaikum..
Hari ini bangun seawal 5.10pagi tapi sambung tido 10minit lagi so kesimpulan aku bangun jam 5.20pagi.. :P Bangun2 terus SMS Farah sebab jap lagi kena ambek dia.. SMS tersebut berbunyi "I dah bangun". Tapi dia tak reply pun. Rupanya lupa nak tekan ‘send’.. ok mamai.

Lepas ambik Farah jam 5.50 melilau cari coklat dan roti untuk lapik perut.. Banyak kedai yang tak buka termasuk kedai di petrol station. Sepatutnya bukak la kan.. Berpagi2 tu kan membuka pintu rezeki.. haiss...

Kemudian memecut laju ke stadium USM. Di sebabkan azan subuh dah berkumandang dan surau pun tak tau kat mana, aku decide utk solat kat sebelah keta je.. Hampar je ‘sun shade cover’ ikut kiblat kompas. Islam itu mudah. Jangan sempit2 dan jumud2 kan ia :D.
Dulu ingat nak buang sun shade tu rupanya ada kegunaan dia.. hee
Selesai solat dengan terkocoh2 pegi ke trek larian kat stadium sebab situ starting point.. Alhamdulillah sempat menelan 2 gigitan roti. Jadilah..

Basically ada 2 katogori iaitu Competition dan Fun Run. Untuk Competition, jarak larian ialah 17km dan bermula seawal 6am manakala Fun Run 4km bermula 6.30am.
Ini laluan untuk 'Fun Run'
Medal disediakan pada 17km runners yang berjaya habiskan larian dalam masa 2jam30minit tak silap.. Untuk Fun Run dapat sijil, mineral water dan roti jek.. huhu..
Fun Runners tak sabar nak lari dah

Collect certificate, bun and mineral water.
17km runners gigih habiskan larian.. Tengok pun dh tau penat gila.

Mohon kaunter tu ejas kasi rendah sket..huhu
Habis run kami terus balik. Malas nak tunggu lucky draw sebab selalunya harapan tinggal harapan.. huihui..  Lagipun si Farah nak print tiket flight dia.. Gigih dia lari walaupun tengahari dah nk fly.. 
Bye friend! Jgn lupakan scandal mu di sini..LOL

2 comments:

  1. awalnya competition ni mula. atau memang standard eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah standard. Kalau Full marathon penang bridge (42km) lagi awal.. around 2.30am x silap.

      Delete