Total Pageviews

Monday, July 15, 2013

Taipei Jiētóu

Assalamualaikum & Helluuuuu

Adapun aktiviti menggunung di Syueshan Mountain telah tamat, 2 remaja wanita agresive lagi disegani masyarakat tempatan masih belum mahu pulang ke pangkuan keluarga.. Mereka telah mengkhususkan 1 hari penuh untuk berjalan di sekitar negara ini. Mereka yang dimaksudkan adalah aku dan si Jannah syurga.

Lepas google, aku jumpa pekej yang agak murah dan kena dengan masa iaitu Half Day North Coast Tour ($34) dan Taipei Night Tour ($45). Untuk North Coast Tour kami akan dibawa melawat Keelung dan Yehliu.


Keelung Harbour and City
Chung Cheng Park
Queen's Head
Yehliu Park
Pagi hari kejadian, dengan penuh excited aku pun bersiap lalu turun ke bawah tunggu di hadapan GoSleep Backpacker, Ximen. Dah terbayang-bayang dapat bergambar sebelah Queen's Head dan dapat tengok laut. Ohyeah best! Malangnya semua itu hanya tinggal angan2 bila van yang ditunggu tak kunjung tiba. Aku call PIC banyak kali tapi tidak dijawab.. Adapun berjawab satu suara perempuan akan cakap "You dial wrong number".. Erkk.. Setelah hampir 1 jam tunggu aku pasrah. Balik bilik dengan hampa lalu kami tengok TV. Eh takkan nak melangut tengok TV je. Rugi lah. Si Jannah syurga lantas mengeluarkan segala peta yang dia kutip kat mana-mana tah lalu dibulat2 kan tempat yang boleh dilawati pagi itu demi mengubati kedukaan. Kami pun keluar ke tempat2 berikut membawa hati yang lara:
Taipei Police Station
Dr Sun Yat-sen statue
Zhongshan Hall

Ok bangunan kat bawah ni pulak ada nilai sejarah. Nak tahu boleh google. Malas lak nak cerita. haha
FuTai St Villa
Taipei City North Gate
Sedih tak citer kami? T_T... Jam 12tgh kami pulang semula ke bilik lalu check-out untuk ke penginapan seterusnya iaitu di Dahshin Hotel. Hotel ini terletak di daerah Zhongshan iaitu lebih kurang 40minit dari Ximen dengan menaiki MRT dan menapak.
Dahshin Hotel-selesa :D
Oh tak puas hati punya pasal aku e-mail agent itu menyatakan kehampaan kami. Tak cukup dengan e-mail aku cuba nasib call lagi. Lepas bertanyakan seorang Uncle yang boleh berbahasa Inggeris, aku berjaya call agent itu. Rupanya 2 nombor dihadapan tak perlu dimasukkan =.='. Untuk pengetahuan, agak sukar untuk mendapatkan manusia yang tahu English di Ximen Town. Tapi di Zhongshan agak mudah sebab kawasan yang agak elit.

Rupanya berlaku sikit salah faham. Alamat backpackers yang aku bagi tu adalah alamat office. Office dan backpackers terletak di lorong yang berbeza.. Ceyt! Dah pulak aku tak muncul bukan nak call. Boleh pulak kata tak ada nombor phone aku padahal baru kemarin diorang call...Apa lagi aku pun keluarkan bukti iaitu e-mail kelmarin yang disertakan no telepon. Mintak reschedule trip next morning depa tak bagi.. Huuuu hampanya. At last, aku dapat e-mail untuk reschedule the trip. Orang dah balik Malaysia baru nak reschedule..wuwu.. Tak ikhlas..

Ok lupakan kisah menyayat hati tu. Jam 6pm agent mai ambik kami untuk Night Trip. First kami ke Mongolian BBQ. Apa kaitan Al-TantuyaMongolia dengan Taiwan pun tak tau la.


Non Halal 
Lepas BBQ, kami ke Hwahshi Night Market. Kat sini ada jual makanan exotic macam sup ular, buaya, kura-kura, dll. Tak dibenarkan ambil gambar di sini. 


Hwahshi Night Market

Kami kemudian ke Mengjia Lung Shun Temple. Ni antara 5 temple terkenal di Taiwan dan mempunya 2 penganut iaitu Buddhist dan Taoist dalam 1 temple. 
Mengjia Lung Shun Temple
Lepas baju berbau asap kami bergegas pula ke 101 Tower iaitu bangunan tertinggi di Taiwan. Mempunyai 101 tingkat dengan ketinggian 508m mengalahkan Petronas Twin Tower (452m) tapi Burj Khalifa Dubai masih menjuarai (830m).
Kelajuan lif mencapai 60km/hr (7saat dah boleh sampai ground floor O_o)
Esoknya selepas bekpes kami merewang lagi sebelum berangkat pulang ke tanah air pada jam 3petang waktu tempatan.. 
Art Museum
Itik kayu kot

Spot House

Sempat membeli sedikit cenderamata
Ermm berdasarkan pemerhatian, Islam agak asing kat sini. Tak semua tahu apa itu Islam. Ada juga yang bertanya tudung yang dipakai ini mengikut adat atau agama. 

"Islam in Taiwan is a slowly growing religion with an estimated 100 converts annually, and representing about 0.3% of the population." -wikipedia

Semasa di Yilan, ada sorang Untie borak2 dengan kawan dia sambil tunjuk2 kat tudung aku. Dia cakap "chong cheng chong cheng" kat aku sambil buat thumb up dan senyum2. Aku yang tak paham ni senyum je lah sambil cakap "Xie-xie". Jannah syurga yang ada basic Mandarin habaq, untie tu suka kat tudung kau.. cantik katanya.. elok pakai... Owhhh terus terharu sambil mengkontrol hidung supaya tidak keterlaluan. Kalau ada tudung extra pasti ku hadiahkan buat untie itu. 

Rata2 depa ni agak behave dan mudah membantu walaupun ada kekangan bahasa. Semasa di Wuling Farm, kami seramai 13 orang beserta beg masing2 yang macam gajah telah ditumpangkan dengan percuma ke tapak perkemahan.. Pergi dan balik. Wang yang kami beri dipulangkan semula.. Baik gila. Kalau orang kita bukan nak bg free, lagi 'pow' pelancong ada la kut. Eh apa kutuk2 Malaysia ni. Haha.. Ok lah bye. 

4 comments:

  1. bestla taiwan. bila lah dapat pergi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee best2.. tp p lama sangat memang bleh kuruss.. hehe

      Delete
    2. kenapa? susah nak dapat makanan ker?

      Delete
    3. ya agak susah.. kami asek kuar masuk 7E je.. tu pun beli buah or seafood instant noodle.. sampai malaysia tros cari nasik lemak.. lol

      Delete