Total Pageviews

Friday, July 19, 2013

Alam Itu Masih Rahsia

Assalamualaikum & Hello..

Ternukil sebuah kisah berlaku semasa gadis berada di bangku sekolah rendah. Gadis telah kehilangan datuk yang baik akibat serangan angin ahmar. Setelah segala urusan kenduri-kendara selesai gadis dan keluarga pulang ke rumah untuk menjalani kehidupan seperti biasa.. Yang pergi akan tetap pergi dan tak mungkin hidup kembali.

Selang beberapa hari, gadis pulang dari sekolah lalu diceritakan sesuatu oleh ibunya:

Ibu: Tadi adik cakap atuk datang..
Gadis: Errkk
Ibu: Lepas tu mak tanya adik, mana atuk? Adik kata tuuuu..sambil tunjuk arah pintu...
Gadis: Pastu mak cakap apa?
Ibu: Mak cakap ajak lah atuk masuk
Gadis: Errkk..

Akibat merasa sedikit seram tiadalah gadis mandi pada hari itu. Haha. Mahu saja rasanya disalahkan adiknya yang belum mumayyiz itu. 


Adapun berkenaan dengan alam barzakh sangatlah sikit pengetahuan manusia tentangnya. Luasnya alam barzakh itu seperti luasnya dunia berbanding alam rahim. Kebolehan roh untuk pulang menjenguk jugak tiada kesahihannya. Boleh jadi betul boleh jadi tidak. 
Sekadar hiasan
Apapun sediakan saja bekalan secukupnya. Lebih kurang macam nak pegi travellah senang citer.. Kau akan bawak megi, biskut, energy bar, coklat, ayaq dan segala macam makanan yang mana dipercayai dapat menghindar dari lapar dan dahaga.. Macam tu jugak kematian, kau kena sediakan amal soleh supaya terhindar dari siksa kubur. Ok lah bye.. Malas lak nak ceramah haha

 “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.” -Syair Arab-

2 comments:

  1. rakan zaman sekolah saya baru kehilangan isterinya awal pagi tadi. kadang-kadang hidup ni memang suprise. tambah2 bila diri tak bersedia.

    ReplyDelete