Total Pageviews

Sunday, July 28, 2013

Bila Rindu Bertandang..

Assalamualaikum…

Kira-kira 10 tahun dulu aku ada adik lelaki diberi nama Muhd Nabil. Masa kecik dia suka menangis mcm kak dia. Sikit2 nangis sikit2 nangis. Aku ingat dia nangis sebab nak perhatian. Almaklum baru dapat adik lagi sorang. Rupanya dia sakit. Adik yang sangat baik, comel dan bijak itu dipinjamkan pada kami hanya 6 tahun lebih iaitu semasa umurnya menginjak 7 tahun. Anak ke 7 yang lahir pada 7 Januari itu telah pulang ke rahmatullah pada 7 Syawal sebelum subuh (saje nak kaitkan dgn nombor 7 :P) akibat jangkitan pada jantung. Actually sakitnya hanya dikesan lepas dia meninggal dunia Y_Y.

Masa Ramadhan terakhirnya, dia tetap berpuasa walau dihalang. Matanya dilihat sangat sayu dan selera makan berkurang. Satu hari dalam bulan itu, parents tak ada kat rumah so aku lah yang kena sediakan juadah berbuka. Macam biasa aku tunjukkan skill masak megi kari je lah time tu..kihkih.. Anehnya dia makan sangat banyak sampai aku naik risau. Mungkin megi kari aku tu sedap sangat kot. Terbit sekelumit riak.

Suatu subuh mak aku suruh kejut dia sahur. Masa nak kejut aku tengok cara dia tidur sangat straight lantas terbayang dirinya berada di atas tanah. Oh cepat2 aku lenyapkan bayangan itu T_T.
Sekadar hiasan

Pernah sekali kami lalu depan sekolah dia pastu mak aku cakap cenggini:
Mak: Nanti tahun depan Nabil sekolah kat sini dengan Mazlan. (Nabil dan abangnya Mazlan masa tu agak close)
Nabil: Nabil taknak sekolah selama-lamanya…
Mak: Eh tanak sekolah nanti nak jadi apa.

Adik aku tu kendian diam je.. Aku ni terkejut jugak lah.. Apasai budak ni tetiba tanak sekolah.. Bukannya dia malas belajar pun sebelum ni.

Di pagi 1 Syawal dia langsung tak mahu pakai baju baru. Seluar dan baju lusuh menjadi pilihannya T_T. Dia kelihatan sangat weak tapi masih boleh berjalan seperti kanak2 lain. Cuma sudah tak ada selera untuk makan, tengok cartoon dll. Dia hanya banyak termenung dan menyendiri. Terkadang dia hanya tersenyum sambil memandang sayu masa aku main2 dengan adik kecik. Ada juga suatu ketika tiba2 rasa nak hug dia tapi aku tak tahu kenapa aku nak hug dia. Aku fikir nanti tetiba aku hug dia tak ke dia hairan maka aku hanya biarkan perasaan aneh itu berlalu pergi T_T. Sampaila 7 Syawal dia pergi selama2nya meninggalkan mak, abah, abang2, kakak2 dan adik nya T__T

Lepas pemergian dia, makin hari rasa makin rindu. Aku rasa semua ahli keluarga rasa macam tu kot cuma kami tak zahirkan. Kadang2 tersyasyul panggil nama dia. Padahal nak panggil orang lain.

Satu hari tak lama lepas dia pergi, aku mimpi main lari2 keliling rumah dengan Mazlan dan arwah. Lepas penat kami stop then dia kata dia perlu pergi. Aku dan Mazlan pujuk dia supaya jangan pergi tapi balik ke rumah kami. Tapi dia berkeras taknak. Tempat dia dah berbeza katanya dan dia perlu pergi. Lantas aku dan Mazlan menangis2 pujuk dia. Dia kata jangan nangis tapi banyakkan zikir lepas tu terus aku terjaga sebelum azan subuh berkumandang. Lepas terjaga hati ini rasa sangat sedih tapi rindu sikit terubat. Ada jugak aku tanya si Mazlan ada tak mimpi Nabil. Dia kata ada. Nabil datang tapi tak ada muka. Ahh karotlah. Haha. Ada jugak nenek aku tanya ada mimpi Nabil tak tapi aku tipu cakap tak. Malas nak cakap ya. Kang ada yang nangis sambil bercerita.. hewhew~

Ikut sebahagian ulama roh orang yang sudah meninggal boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka tidur iaitu dalam mimpi (Ibn Qayyim). Aku rasa sekali tu je lah mimpikan beliau.

FarshyThurab


Apapun urusannya sudah selesai. Dia sudah merasai sakitnya sakaratulmaut. Tempatnya insyaAllah di syurga. Tapi diri ini masih belum pasti tempat di syurga atau neraka (nauzubillah). 

*ketahuilah diri ini merinduimu :'(

4 comments:

  1. salam takziah. aku tak boleh baca cerita kematian. aku jadi paranoid. rasa takut mati. lebih-lebih lagi orang-orang yang care pasal aku, disekeliling hidup aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. napa jadi camtu?
      dulu pas adik meninggal, ayah sy x bley sembelih haiwan.. dia kesian

      Delete
    2. ada satu teori tentang manusia. aku lupa pioneernya. progres manusia by age. sampai satu tahap, manusia tu dalam keadaan tepu dan mula merosot tahap pemikiran dan penaakulan. sisi pandang dunia menjadi sempit. walaupun ada yang menyebut manusia mula menjadi matang ketika itu. tapi bagi aku, usia begitu hakikatnya manusia sudah hilang sifat idealis yang mana banyak di miliki anak muda. aku punya ayah di usia emas. aku pernah berbual dengan golongan senior yang menunggu hari-hari akhir di dunia. dorang ni dah kehilang rakan-rakan. ada yang kehilangan isteri tersayang. anak-anak dengan haluan sendiri. aku dapat faham perasaan menunggu kematian tu sangatlah sunyi tanpa orang tersayang disisi. sebab tu kali morrie buat funeral ketika dia masih hidup. dihadapan isteri dan rakan-rakannya.(rujuk:tuesday with morrie)

      Delete
    3. sedeh la plak.. huhu tetiba teringat ayh saya :(

      Delete