Assalamualaikum & Hello..
Alhamdulillah, weekend lepas aku telah menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu
buat kali yang ke-3. Pertama kali ke sana tahun 2011 berdua dengan si Jannah
syurga, kali ke-2 tahun 2012 bersama si
Jannah syurga lagi dan Nasira untuk menawan Kinabalu Peak dan yang terbaru 2013
bawak family.
Disebabkan trip kali ini ada kanak-kanak, ibubapa dan ibu
mengandung aku cadang kat abang aku untuk sewa 1 keta. Senang nak move dan
angkut barang. Google punya google aku rasa ini paling murah "sewa kenderaan dan pemandu".
Aku telepon no tertera lalu terjadilah perbulan dengan Mr Bull (owner
keta) macam ni:
Gadis: Salam. Saya nak sewa Exora pada june 5-june 7 jam
3pm. Available tak?
Mr Bull: Wsalam. Ya ada.. Saya rasa ada.
Gadis: Rasa? Boleh confirm betul2 dak? (ada ketegasan di situ)
Mr Bull: Ya ada. Customer lain akan return kereta jam 12pm
so awak sempat lah nak amek.
Gadis: Ok good. Macam mana nak book? Nak bayar DP berapa?
Mr Bull: Tak payah book online. Nanti time ambil kereta
bayar full terus.
Gadis: Errkk verbal je.. ermm ok la jangan tak jadik pula. Tq
Disebabkan abang aku akan sampai dulu airport KK, aku suruh
dia ambil dulu keta tu. Malangnya sesampai di airport abang aku kata dia
pergi hotel naik teksi sebab Bull kata tak ada online booking dibuat.. Haisss
nak kena katuk si Bull ni.. Hari tu kata tak payah buat online booking.
Aku, parent dan sorang adik pun senasib, amek teksi ke Tang Dynasti Hotel. Sesampai di sana, nampak abang aku borak dengan sorang
lelaki sambil gelak2.. Rupanya lelaki tersebut lah makhluk bernama Bull.
Rupanya dia lupa aku punya booking tuh. Cet! Disebabkan rasa bersalah yang
mendalam, dia bagi diskaun sebanyak RM20 beserta 2 bar petrol.
Masa di sini, tak banyak sangat tempat yang kami pergi atas
beberapa sebab. Dipendekkan cerita kami hanya pergi ke:
1.
Philippine Market: Ada menjual makanan2 laut
seperti lobster, udang, sotong, pari, ikan merah, ikan kekek dll. Bersebelahan
dengan pasar ini ada orang jual mutiara/souvenir dan juga makanan laut yang
kering seperti ikan kering, udang kering, sotong kering.. (hati kering tiada
dijual disini bah)
Pasar yang menjual semua bahan kering |
Menjual pelbagai cenderamata |
Isi ikan & lobster yang keras.. (overcook mungkin =.=) |
2.
Tunku Abdul Rahman Marine Park: Boleh buat
Island Hoping di sini. Total ada 4 pulau iaitu Manukan, Sulug, Sapi dan Mamutik
tapi pengunjung boleh buat pilihan untuk pergi berapa bulau dan bayaran
bergantung pada bilangan pulau.
Jesselton Jetty |
Manukan Island |
Kami hanya berkesempatan melawat Pulau Manukan. Keadaannya ku kira tidak berubah sejak 2 tahun lalu. Sampah masih kelihatan di dalam laut dan tidak crystal clear pon wuwu.. Sedih. Kebersihan actually tanggungjawab bersama. Pengunjung harus diberi kesedaran & undang2 perlu dikuatkuasa bagi menjaga alam ni.. Bak kata nenek angkat jiran sebelah rumah aku, “We do not inherit the earth from our ancestors, we borrow it from our children”. Susah lah kalau semua orang tak nak peduli.
Teringat dulu si Jannah syurga duduk termenung tepi laut ni sebab boring dah nak snorkle. Tapi pulau yang terakhir iaitu Pulau Sulug agak best sebab coral masih banyak, ada nemo dll. Tak ramai pengunjung akan habiskan 4 pulau rasanya.. Kami je excited time tuh. XD
3.
Tanjung Aru: Kami ke sini hanya berehat-rehat
sambil tunggu departure pada sebelah malam. Lokasinya sangat hampir dengan KK
Airport Terminal 2.
Di Tanjung Aru pulak aku teringan si Jannah syurga
Flight 10.15pm kami delay ke 10.55pm. Sedang boring tunggu ternampak seorang uncle terus ke kerusi depan. Rupanya Dr Zaid. Kehadirannya di sini memang diketahui oleh seantero dunia tapi tak sempat nak roger beliau. Last2 jumpa kat airport. Sempat lagi cucuk soh pegi Mount Kongri..hoho.. Tak apa lah, tinggi sangat tuh kaki tak cukup panjang ..lul. Ada umur, jumpa lagi. daa~
pulau2 sekitar kk banyak tercemar dan tak dijaga. mmkin hari makin teruk. sampai masa nt dah takda lagi keindahan tu semua.lamanya tak ke kk. suppose after raya ni nak naik gunung tapi terpaksa batal plak. adeh..
ReplyDeleteya.. tapi mabul still ok lagi kut.. lagipun nak kesana ada quota juga rasanya..
Deleteawat batal? elok cari time bukan musim hujan.. kalau hujan mencabar sikit.. sejuk.
batal sebab tarikh naik gunung tu hari raya ke-3.tak sesuai plak. awk naik gunung pakai jaket water proof? brand apa sesuai?
Deleteok gak.. angkut lemang ketupat rendang naik peak.. hehe. pergi dgn group mana eh? saya pakai jackwolfskin windbreaker.. brand outdoor banyak je.. ada northface, salomon, mammut, karrimor, lafuma, colombia dll..
Deleteuncle ni ada kiosk di KL.. bleh lawat dia.. saya beli windbreaker dgn dia tapi beli online la https://www.facebook.com/karat.adv.3
group? rakan tempat kerja yang ajak. tak sure pakej dari group mana. sy dah beli long john UT, jaket columbia dan windbreaker di world of outdoor. tapi tak jadi naik plak. pakej awak pergi tu berapa bayarannya?
Deleteooo.. rm850 exclude flight tiket.. tp dia bwk g snorkle n jalan2 kat kundasang sikit la..
Deletexpa nanti bleh naik lain... barang dah beli tu rugi x naik.. barang2 outdoor mahal yop.. haha..
awk kalau nak view yang osem sy cadangkan pegi gunung rinjani kat lombok.. rm850 gak asenye.. tp 1 week.. nnti dia bwk bnyak tempat gak.. berbaloi2.. :D
gunung rinjani? boleh bagi cadangan travel agen yang sesuai tak untuk ke sana?
Deletecik ayu..nk tnye nk plih windbreaker camane yg sesuai utk kinabalu?perlu tebal ke nipis cukup sbab da pkai bju 2 3 lapis?
ReplyDeletesusah nak cakap sebab bergantung pada ketahanan gak.. setengah orang tahan sejuk.. tapi kalau dah pakai 2/3 lapis tu windbreaker yg biasa2 pn ok dah kot.
Delete