Alhamdulillah pada 12 Ramadhan, untuk ke sekian kalinya kami berjaya mengadakan Iftar bersama ahli mesyuarat tingkap yang hot. Walaupun ahli mesyuarat semakin berkurang, majlis tetap diadakan apa adanya. Majlis telah dianjurkan oleh diri sendiri dengan dibantu oleh AJK makanan iaitu Jannah syurga di Nurul Ikan Bakar, Penang.
Kerang bakar yang tak menepati standard piawaian Jannah syurga
Tujuannya majlis ini hanyalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli mesyuarat tingkap. Walaupun tinggal dalam satu pulau yang aman ini kami sangat jarang bersua muka akibat kesibukan masing-masing. Tambahan pula ada yang sudah pindah jauh dari kelompok kerukunan maka lagi sukar untuk bergossip bertemu.
Jannah syurga tiada dalam gambar
Terimasss diucapkan kerana sudi hadir dan selamat menjalani ibadah puasa... Raya nanti hope boleh terjah rumah Nasira beramai2 sambil membawa perut yang kosong.. Love you frenssss xoxo.
meriahnya menu :)
ReplyDeleteboleh la.. hehe
Delete