Assalamualaikum…
Kira-kira 10 tahun dulu aku ada adik lelaki diberi nama Muhd
Nabil. Masa kecik dia suka menangis mcm kak dia. Sikit2 nangis sikit2 nangis. Aku ingat dia
nangis sebab nak perhatian. Almaklum baru dapat adik lagi sorang. Rupanya dia
sakit. Adik yang sangat baik, comel dan bijak itu dipinjamkan pada kami hanya
6 tahun lebih iaitu semasa umurnya menginjak 7 tahun. Anak ke 7 yang lahir pada
7 Januari itu telah pulang ke rahmatullah pada 7 Syawal sebelum subuh (saje nak
kaitkan dgn nombor 7 :P) akibat jangkitan pada jantung. Actually sakitnya hanya
dikesan lepas dia meninggal dunia Y_Y.
Masa Ramadhan terakhirnya, dia tetap berpuasa walau dihalang.
Matanya dilihat sangat sayu dan selera makan berkurang. Satu hari dalam bulan
itu, parents tak ada kat rumah so aku lah yang kena sediakan juadah berbuka.
Macam biasa aku tunjukkan skill masak megi kari je lah time tu..kihkih..
Anehnya dia makan sangat banyak sampai aku naik risau. Mungkin megi kari aku tu
sedap sangat kot. Terbit sekelumit riak.
Suatu subuh mak aku suruh kejut dia sahur. Masa nak kejut
aku tengok cara dia tidur sangat straight lantas terbayang dirinya berada di
atas tanah. Oh cepat2 aku lenyapkan bayangan itu T_T.
Sekadar hiasan |
Pernah sekali kami lalu depan sekolah dia pastu mak aku
cakap cenggini:
Mak: Nanti tahun depan Nabil sekolah kat sini dengan Mazlan.
(Nabil dan abangnya Mazlan masa tu agak close)
Nabil: Nabil taknak sekolah selama-lamanya…
Mak: Eh tanak sekolah nanti nak jadi apa.
Adik aku tu kendian diam je.. Aku ni terkejut jugak lah..
Apasai budak ni tetiba tanak sekolah.. Bukannya dia malas belajar pun sebelum
ni.
Di pagi 1 Syawal dia langsung tak mahu pakai baju baru.
Seluar dan baju lusuh menjadi pilihannya T_T. Dia kelihatan sangat weak tapi
masih boleh berjalan seperti kanak2 lain. Cuma sudah tak ada selera untuk makan, tengok cartoon dll. Dia hanya banyak termenung dan menyendiri. Terkadang dia hanya
tersenyum sambil memandang sayu masa aku main2 dengan adik kecik. Ada juga suatu
ketika tiba2 rasa nak hug dia tapi aku tak tahu kenapa aku nak hug dia. Aku
fikir nanti tetiba aku hug dia tak ke dia hairan maka aku hanya biarkan perasaan
aneh itu berlalu pergi T_T. Sampaila 7 Syawal dia pergi selama2nya meninggalkan
mak, abah, abang2, kakak2 dan adik nya T__T
Lepas pemergian dia, makin hari rasa makin rindu. Aku rasa
semua ahli keluarga rasa macam tu kot cuma kami tak zahirkan. Kadang2
tersyasyul panggil nama dia. Padahal nak panggil orang lain.
Satu hari tak lama lepas dia pergi, aku mimpi main lari2
keliling rumah dengan Mazlan dan arwah. Lepas penat kami stop then dia kata dia
perlu pergi. Aku dan Mazlan pujuk dia supaya jangan pergi tapi balik ke rumah
kami. Tapi dia berkeras taknak. Tempat dia dah berbeza katanya dan dia perlu
pergi. Lantas aku dan Mazlan menangis2 pujuk dia. Dia kata jangan nangis tapi
banyakkan zikir lepas tu terus aku terjaga sebelum azan subuh berkumandang. Lepas
terjaga hati ini rasa sangat sedih tapi rindu sikit terubat. Ada jugak aku
tanya si Mazlan ada tak mimpi Nabil. Dia kata ada. Nabil datang tapi tak ada muka.
Ahh karotlah. Haha. Ada jugak nenek aku tanya ada mimpi Nabil tak tapi aku tipu
cakap tak. Malas nak cakap ya. Kang ada yang nangis sambil bercerita.. hewhew~
Ikut sebahagian ulama roh orang yang sudah meninggal boleh
bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka tidur iaitu dalam mimpi (Ibn
Qayyim). Aku rasa sekali tu je lah mimpikan beliau.
FarshyThurab
Apapun urusannya sudah selesai. Dia sudah merasai sakitnya sakaratulmaut. Tempatnya insyaAllah di syurga. Tapi diri ini masih belum pasti tempat di syurga atau neraka (nauzubillah).
*ketahuilah diri ini merinduimu :'(