Tepat jam 4.25pagi aku rasa ada ‘vibration’ kat bawah bantal.
Oh alarm rupanya. Lupa nak set dia kasik bunyi.
Sebenarnya hari ni ada Larian Valdor. Apakah itu Valdor? Ia
bukanlah syarikat menjual jongkong emas mahupun pembekal ‘durian creep’. Tapi
ia adalah nama tempat yg terletak di Sg Bakap, Penang. Larian ni anjuran bekas
pelajar SMJK(C)Valdor.
Hydrapak yg banyak berjasa (Next time nak masukkan ice blended..kahkah) |
Dengan malasnya aku snooze je alarm tu.. 4.35am bangun balik
dengan pertanyaan napa la aku masuk larian ni.. Arghh malas la plak nak lari..
Rasa macam dipaksa lari. Dah2 abaikan perasaan negative tu. Lepas bersiap2 dan amek Jannah, kami terus ke RnR Juru untuk
bersolat. Disebabkan subuh pun tak masuk lagi kami amek kesempatan utk tahajud tido
secara berjemaah di surau RnR itu.
Lepas selesai segala urusan ukhrawi kami terus masuk Tol
Juru dan menunggu jemaah larian yg lain. Tak sampai 5minit, bro Yoeh@Yusuf pun
tiba. Lebih kurang 20minit kendian, bro Yunos dan Hafiz muncul dan kami terus memecut
ke tapak kejadian.
Sesampainya keadaan agak kelam kabut sebab larian dah nak
start. Larian akan bermula dan berakhir di SMJK (C)Valdor. Tak sempat nak lekat2 mesej keamanan ka apa.. Tepat jam 7.00pagi
kami dilepaskan dan semua berlari dengan girang. Total jarak larian adalah 8km
untuk wanita dan 11km untuk lelaki.
Beberapa minit sebelum larian bermula |
Peserta |
Cabaran untuk larian ini adalah ‘bau’. Bukan bau ketiak
orang tapi bau “va alif va ya”... Allahurabbi..Baunya toksah cakap la.. Rasa
nak request 1 tank oksigen tapi mesti depa tak layan request aku.. hehe. Boleh dikatakan sepanjang larian terpaksa menahan bau
tersebut. Ada 1 point yg memang lalu dekat ‘habitat’ mereka sbb ianya hanya
terletak beberapa meter dari jalan besar… Paru-Paru termasuk alveolus tak
mampu lagi mengasingkan oxygen segar dan oxygen tercemar. Aku menasihati paru-paru agar bersabar dengan keadaan ini dan beliau menuruti.
Aku rasa penduduk kat situ dah ‘immune’ dgn bau tersebut. Balik larian je tros headache sebab bau tersebut (kesalahan diletakkan diatas bahu vavi..LOL)
Ketibaan Yang Berbahagia Nor Jannah Bahrum |
Start/Finish point |
Actually, pelbagai gelagat peserta yang boleh dilihat masa larian. Ada yang tak pakai kasut, ada yg tak pakai baju (seluar masih ada.lol), ada yg lari sambil buka buku lagu tapi peserta paling comel adalah peserta kanak2..
Semuanya atas keselesaan masing2 untuk habiskan larian. Semuanya fokus. Menarik kaki/baju peserta lain atau meletakkan batu dengan harapan peserta lain jatuh tersungkur bukanlah amalan terpuji untuk mencapai kejayaan. Pendek kata kita takleh nak halang org lain dari terus maju. Apa yg perlu dilakukan adalah memotivasi diri dan melakukan semampu mungkin untuk mencapai apa saja dlm hidup (tetiba rasa mcm Dr Fadhilah Kamsah). Itulah 1 motivasi yg aku dapat dari larian tadi.. Hope esok tros jadi rajin..hehe
Okla okla mls nk membebel lagi sebab ia memerlukan beberapa lagi Joule tenaga. Layan je la gamba2 kat bawah ni.
Ahli Revert Sport Club- Adam, Yunos, Yeoh, Hafiz (keciciran seorang lagi pelari) |
:D |
*ingat nak p basuh paru2 la*
No comments:
Post a Comment