1. Bunyi bising.
Bunyi bising ni termasuklah makhluk yg kurang 'sense' yang ketawa mengilai bak mak lampir kurang kasih sayang. Tambah2 lagi kalau ia berlaku di hening subuh.
Ataupun bunyik motor.. Umah aku kat simpang so kekadang mat2 moto suka preng kuat2 mohon perhatian gadis2 jelita.
Ataupun jiran yang suka main piano kuat2 sambil berharap ada syarikat yang akan mempelawa dia buat konsert jelajah 1Malaysia.
Ni slalu jadi time balik kampung. Sweating habis. Bangun2 rasa mcm nak bertukar jadi 'incredible hulk' kaler ijau.. Tapi xtau lak nk marah kat sapa...grrrrrr(bertukar)
Oh ada lagi 1 perkara yg menjengkelkan samaada time aku tido atau masih sedar iaitu orang yg suka main campak2 barang atau hempas pintu macam hantu Kak Limah. Eh Hantu Kak Limah suka main campak barang ke? Hehe apa2 je la kan.. Bagi aku, itu agak kurang adab. Mohon si pelaku mengkhatamkan kitab Al-Adab terbitan Pustaka Salam. hewhew
Btw beberapa hari lepas aku ada mimpi kena kejar dgn org utan.. Ustat kata kalu mimpi buruk jgn citer kat org tp ni aku citer sbb dh lebih 3 ari. Plus kalu terjaga kena trus mohon dilindungi syaiton dan puh ke kiri 3x tak silap.
Orang utan tu besar then aku sempat la nyorok. Pastu ada sorang bawak orang utan lain naik moto dia. Membonceng. Then orang utan besar tu pun kejar mereka guna motor gak. Mana dia dapat motor tu pun tak tau la.. Mereka berkejaran sampai la aku terjaga. he2. Lepas jaga aku wat kesimpulan orang utan mungkin boleh bawak motor kalau dilatih.
Naik basikal pun pandai.. |
No comments:
Post a Comment