Total Pageviews

Monday, December 03, 2012

Fobia?



Apakah itu fobia?
“Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya. Bagi sebahagian orang, perasaan takut seorang penghidap fobia sulit dimengerti.”-Wikipedia


Ni antara cth2 fobia :
Bibliophobia - takut pada buku<--ni alasan baik kalau malas baca buku hehe
Japanophobia - takut pada org Jepun<---apa punya fobia la ni
Venustraphobia - takut pada perempuan yang cantik<---apakah?

Dalam hidup aku rasa pernah berlaku fobia yg agak kronik masa form 2. Yg tau kwn2 asrama je aku rasa dan mungkin depa tak anggap siyes. Bagi yang mengalaminya, ia adalah perasaan yg x best.

Ok mari flashback (ilusi hitam putih saja). Tak silap time tu hari jumaat, dalam kelas cikgu tgh ajar maths. Di luar awan sangat mendung  dan tiba2 hujan turun sangat lebat beserta angin yg sangat kencang. Tiada pandangan diluar tingkap melainkan putih dan ribut ganas membadai. Cermin tingkap pecah sebab kena pokok tumbang, cikgu lari ke bawah kelas dapatkan anaknya sebab hari tu dia bawak anak dia. Kami girls semua menyorok bawah meja sambil berdoa. Ribut itu agak lama dan dalam hati memang tgh fikir eh kiamatkah? Maakk abaahhh L… Memang igt dah nak kiamat dan rasa sgt takut. Huhu..
My school :D
Alhamdulillah selepas beberapa lama tiada lagi ribut. Yang ada hanyalah kemusnahan. Kami girls sempat berkongsi kerisauan dan mohon doa. Bila balik ke asrama, ada sebahagian bumbung yg dah terbang melayang. Disebabkan banyak kebocoran yang berlaku dan ‘blackout’, kami semua tidur beramai2 di surau asrama sampai la keadaan pulih seperti biasa.

Tak sangka kejadian tu sebenarnya bagi kesan mendalam kat aku. Sejak dari itu aku tak bleh tengok pokok start goyang2 angin tiup. Jantung akan start berdegup kencang. Takut kalau2 kejadian sama berulang. Kalau di asrama,bila angin bertiup kencang tengah malam atau hujan terlalu lebat aku akan terus terjaga dan takut. Paling teruk aku akan jadi atlet lompat jauh.. melompat  ke katil kawan dan menyempit tidoq kat dia.. Pada kawan terlibat yg membaca sy mohon maaf.. Ada sekali tu, esoknya kena marah sebab menyempit kat dia.. (Rusidayu marah kat aku.. hehe)

Kalau di rumah pulak, paling teruk pernah aku menyorok dalam almari besar. Dah la time tu rumah depan padang so sgt ’expose’ pada angin kencang. Fobia tu aku rasa agak lama jugak la then tak ingat bila ia pulih. Yg pasti time PMR dah tak da fobia tu.. hehe Alhamdulillah.. 

2 comments:

  1. hahahaha.. sampai melompat ke katil member tu..heheh. tapi memang betul pun... kalau kita fobia memang akan jadi macam tu..saya dulu pernah fobia kat baldi.. saya terbayangkan dalam baldi tu ada ikan jerung.. ni cerita betul ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu lah.. nak wat caner.. fobia kat baldi tu cam aneh je cik boni. haha

      Delete