Al-kisahnya masa form 5 kami ada pertandingan rekacipta.
Sebenarnya ada katogori lain tapi taktau la mimpi apa nak masuk rekacipta. So
aku, Nasira dan C-Yat pun formed satu grup. Grup kami ada nama tapi dah tak
ingat nama apa..
Aku, Nasira & C-Yat (rinduuu semua...^.^) |
Fikir punya fikir, bincang punya bincang akhirnya kami buntu
tak tau nak buat apa.. Tiba2 muncul 1 mentol atas kepala aku.. Aku baru
teringat yang atuk aku ada 1 device yang menarik iaitu alat pengesan kilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat
(tolong buat suara doremon).
Atuk aku ni walau tak belajar sampai U atau masuk
matrikulasi, dia pandai bab2 letrik.. Kepandaiannya mengenai bidang letrik ni
membuatkannya dikenali sebagai ‘Majid Api’ di seantereo kampong. Nama atuk aku
bukan Majid tp xtau la napa org panggil Majid. Apa2 je la asal atuk aku hepi dgn
nama tu.
Bila balik kampong, dengan tersipu2 nya aku tanyakan alat
pengesan kilatnya tu.. Alat tu memang akan berbunyi kalau ada kilat. Beliau
pasang kat tiang dalam rumah. Aku rasa dalam hati beliau ada sekelumit bahagia
bila produknya mula memasuki pasaran antarabangsa. Lepas dia bersetuju untuk
buatkan aku 1 set lain aku pun bagi la alamat asrama aku kat dia utk dia pos
nanti.
Aku pon bagitau la berita gembira ni kat Nasira dan C-Yat
dan nyata mereka lega. Di saat kumpulan lain berhempas pulas menyiapkan projek
kami hanya buat slumber je.. maklum lah tunggu barang sampai je kan. Nak kalut
apa.. hari pertandingan makin hampir tapi barang atuk aku tu masih tak sampai.
Kami mula panic. Aku tak ingat masalah teknikal apa yg atuk
aku hadapi tapi rasanya ada part yang dia tak dapat cari.. keadaan ini tak
boleh dibiarkan. Maka kami perlu mencari alternative lain andai pengesan kilat
itu masih tak sampai.. tiba2 C-Yat teringatkan solar cap abangnya. Tanpa
berfikir panjang kami terus bersetuju. Sebenarnya solarcap itu dibeli oleh
abangnya di kedai serbaneka kalau tak silap. Ia berwarna biru dan di atasnya
ada kipas yg digerakkan oleh panel suria.
Solar Cap |
Tiba hari kejadian, pengesan kilat atuk masih tak sampai
maka kami guna je solar cap tu.. Kami melantik Nasira utk jadi presenter alat
‘rekacipta’ kami.. padahal beli je.. haha..nakal gila!
Tiba saatnya aku tgk Nasira dpt present dgn penuh yakin
depan cikgu. Siap explain secara teknikal mcm mana sambungan wayar tu.. dalam
hati mmg aku rasa kagum dgn kebolehan dia temberang.. haha.. actually ada jugak
rasa bersalah tapi nak buat macam mana.. darurat.
Lepas present semua lega.. Time pelajar lain datang melawat
ada juga yg berbisik2 dgn kwn2 depa. Ada jugak tanya macam2 then ada jugak yg berani
ckp korang beli kan topi ni?? Haha.. siapa nak mengaku.. mestila kami deny
sekeras-kerasnya..
Aku memang harap solarcap kami ni tak menang sebab kalau
menang kena masuk peringkat MRSM pulak.. habessss… tengok2 solarcap kami berjaya mendapat tempat
ke-3. Aduiii.. haru.. Tapi nasib baik projek lain yg dipilih untuk mewakili
maktab. Aku rasa cikgu pn dh boleh agak.. hehe..
Itu je la penipuan yg aku pernah lakukan secara berjemaah.
:P
Lepas habis pertandingan baru lah alat pengesan kilat atuk
aku sampai.. hehe.. nasik dah jadi bubur..:p
No comments:
Post a Comment