Total Pageviews

Saturday, December 19, 2015

To Do List

Halooo eh Assalamualaikum..
Memandangkan final exam dah habis, marking paper pun dah habis, markah pun dah key in dalam sistem, cuti umum pun mula berderet2 maka terbit mcm2 aktiviti tertunggak yang aku nk buat sepanjang masa lapang ni. O yeeeah..

1. Housekeeping.
Done. Spent halfday harini dgn:
a) menyapu dan mop lantai.
b) lap kipas-lepas lap kipas baru rasa angin bayu yg membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkanmu eh ternyanyi plak.
c) cuci tandas termasuk sinki, dinding, lantai dan mangkuk jamban- lps cuci baru la shining and selera sikit nk lepaskan hajat hikhik.
d) lap habuk dan sapu kapet.
e) cuci baju dan suruh hasben jemoq.
f) lipat serimbun baju- ini kerja mlm td tapi 2nd batch menanti.

2. Lengkapkan portfolio.
Ini portfolio subjek yg aku ajar. End of semester kena submit portfolio pada section head utk evaluation. Tinggal beberapa item yg tak lengkap.

3. Menjahit.
a) jahit seluar Umar. Hari tu aku nampak ada koyak sikit kat kangkang seluar dia. Dah la seluar baru. Ganeh betei.
b) jahit bengkung. Haritu aku beli bengkung tradisional sbb ada promo tapi besar gila sampai tak boleh nak pakai. Maka kena la aku gunakan kemahiran menjahit yg dipelajari dlm subjek kemahiran hidup form 3 untuk mengecikkannya. Kalo jadi benda lain aku hantar kedai je la haha.

4. Cari kain ela.
Dulu pergi Bali ada beli kain songket tapi sampai sekarang masih tak jadi baju sebab kain untuk baju tak de. Tak de masa nak cari. Hopefully boleh la aku cari dan hantar stok kain2 lain untuk buat baju. Baju pun lama dah tak berganti. Kerja pun banyak guna baju kurung.

5. Baca buku.
Ada la 3 4 buah buku yg tengah tunggu giliran untuk dibaca. Almaklum lepas jadi mak ni masa jadi limited. Fokus pun kurang.

6. Buat busyboard.

Ni pengaruh FB la ni. Haritu aku dh beli selak pintu, suis dll untuk di tampal kat board so Umar boleh la main benda tu. Tapi board masih tak dapat dicari lagi. Hope kat DIY ada.

7. Jogging.
Wah jogging pn nak masuk list haha. Ye lah hari2 aku berangan nak jogging tapi ada je hal nya., hujan lah, balik lewat lah, rasa nak masak lah. So utk permulaan pagi td aku mula jogging. Hope lemak2 pergi tak kembali.

8. Spend more and quality time with Umar.
Tetiba cakap omputeh lol. Maafkan beta. Erm selalu balik kerja kejap je la dapat main dengan Umar sebab dah petang2 dia sibuk nak tidur dan kadang aku lak sibuk nak masak.
Once dia tidur memang sampai pagi lah jawabnya. Bangun pagi sibuk masak dan siapkan beg dia dll. Pas tu siap2 dia dan hantar taska.. Sian dia.

6. Urusan perbankan.

Haritu ada orang pinjam aku RM2.6b. Aku ckp tak payah pulangkan.. Anggap je sebagai derma. Tapi dia taknak so dia pulangkan balik. Maka aku kena letak la balik RM2.6b tu ke akaun asal huhu.

10. Ambik barang pre-loved.
Aku ada beli baju sejuk pre-loved dari ex coursemate untuk Umar. 3 ke 4 helai total less than RM100. Murahkan? Baju nya pun elok lagi dan nak pakai kejap je. So nanti nak kena ambil lah kat kakak seller.

Banyak juga to-do list aku nih.. Hope boleh setel satu2. Huhu. Tu je la nak merepek hehe

Monday, November 30, 2015

Mimpi

Sejak minggu lepas sampai ke hari ini tidur malam sering didatangi mimpi kematian orang2 yang dikenali. Kenal rapat dan kenal gitu2 je. Orang kata kalau mimpi seseorang tu mati bermaksud dia panjang umur. Harapnya begitulah. Panjang umur dan baik amalannya. 

Apapun mimpi ni boleh jadi mainan syaitan dan boleh jadi kurnia Ilahi. Sebagai orang biasa yang penuh dosa kita tak berdaya dan sukar untuk bezakan yang mana dari syaitan dan yang mana dari Ilahi maka senang cerita simpulkan saja ia sebagai mainan tidur. 



Mimpi terkadang boleh dijadikan peringatan. Mungkin nak bagi peringat kat kita hidup ni tak lama. Kematian semakin hari semakin mendekat. Adakah ingin terus leka. Bila nak baiki amal? Bila nak baiki waktu solat? Bila nak baiki kualiti solat? Bila nak konsisten baca quran? Bila nak bangun malam bertahajjud? Bila nak bersungguh-sungguh minta Syurga dengan Tuhan?

Dan hari ini kita dikejutkan dengan kematian seorang pelawak yang dikenali sebagai "yus jambu". Aku tak kenal pun sebenarnya tapi dah dihebahkan tiba2 jadi kenal. Apapun mari sedekahkan al-fatihah moga2 Allah limpahkan kasih-sayangNya kepada beliau. Esok2 masa kita pula. huhu 

Friday, November 20, 2015

Saat Yang Sukar di Bendung

Minggu lepas aku keluar makan lunch di Bangi Gateway. Selesai makan aku bercadang untuk solat di tingkat 2 bangunan. Masa on the way ke surau ada lah jualan baju di tengah dataran. Tiba2 aku ternampak longgokan baju budak2 dari harga RM3 hingga RM15 camtu. Eh eh murah ni. Secara otomatik kaki melangkah ke sana. Saja lah nak tengok. Teringatkan tujuan utama aku tadi untuk ke surau dan tengkuk aku pun dah lenguh dok pilih satu-satu maka aku pun buat pembayaran dengan segera. Eh terbeli pulak. Ingat tadi nak tengok2 je haha. 

Latest catch
Sejak masuk group mak-mak ni aku tak boleh tengok jualan baju budak2 yang murah2. Dia akan jadi meroyan sekejap hehe. Bukan apa, bila compare harganya aku rasa ianya lebih murah dari baju2 yang dijual di kedai2 bayi. Lagipun kualitinya ok je dan comel jugak. Contoh kat atas tu rompers kuning tu RM5, long sleeve and short sleeve t-shirt tu RM10 each and socks tu RM3 each. Murah bukan?Macam mana la mudah terjebak. kehkeh.

Tuesday, November 17, 2015

Asal Usul Bayan Lepas

Masa aku bermastautin di Bayan Lepas dulu pernah terlintas difikiran apakah yang dimaksudkan dengan Bayan. Persoalan itu menerpa sekejap lalu hilang ditelan kesibukan kota.

Namun persoalan itu terjawab lepas aku baca buku anak aku. Haha. Rupanya Bayan itu adalah sejenis burung. Burung Bayan.


Nama Bayan Lepas diambil semperna kisah burung bayan yang dilepaskan si isteri petani yang miskin. Diringkaskan cerita, isteri petani yang miskin telah melepaskan burung2 bayan yang dikurung oleh si kaya yang sombong. Burung2 bayan itu makan padi2 si kaya lalu si kaya menjadi miskin. Si kaya yang jatuh miskin ini pergi ke rumah si miskin yang telah menjadi kaya untuk mintak kerja. Si kaya menyesal dengan sikapnya dulu. Tamat. Hehe

Friday, November 06, 2015

Mak Tak Faham

Mak tak fahamlah kenapa golongan mak2 ni suka gaduh-gaduh. Buruk benar mak tengok. Masing2 kata busy uruskan keluarga tapi bab gaduh2 ni ada pulak masa nak layan. Ada sesapa yang boleh fahamkan mak tak? haha. 

Contohnya:
1. Stay at home mom vs working mom. 
Eh kamon la takkan benda ni pun nak isu. Stay at home or not itu pilihan masing2. Tak perlu nak buruk2 kan sesiapa dan merasa diri lebih mulia. Yang penting jalankan tanggungjawab masing2 dengan baik sudah. Duk sibuk gaduh kalau dapat hamper barang mainan baby ke pempes untuk setahun ke berbaloi gak. Haha. Ni tak dapat apa2 pun. Just buang masa. Setiap benda ada pro and cons nya.  Kita ambil contoh Abu dan Ali. Abu ambil course Architecture dan Ali ambil Engineering. Masing2 rasa course dia lah yang terbaik di dunia tapi time belajar dua-dua pemalas ya amat. End up resultnya ke laut jugak kan. Sama jugaklah kalau masing2 rasa diri lebih mulia dengan pilihan masing2 tapi tanggungjawab tak buat, hasilnya...? 


2. BF mom vs FM mom.
BF mom kena support FM mom untuk bagi baby BF. Support bukan PAKSA or KUTUK. Tak elok. Ada banyak sebab mak2 lain bagi anaknya FM. Cuba selami perasaan mereka. Jangan dok kecam ja. BF mom jgn bangga sangat anak fully BF. Hati kena jaga. Jangan riak. Semua tu Allah tahu. Fully BF or fully FM itu semua ujian Tuhan. Nak uji hati manusia. 

3. Normal delivery vs C-section.
Normal or csec sebenarnya ikut nasib. Ikut rezeki. Setahu aku tak ada mak yang senang2 mintak csect kan. Kita tak berada dalam kondisi orang tu saat dia melahirkan so better to shut up our mouth. Tak perlu rasa eee teruknya dia tu eee eee eee.. haaa Tuhan tahu.

4. Natural vs Epidural.
Ni pun satu. Jangan nak samakan kondisi kita dengan orang lain. Memang TAKKAN sama. Diameter kepala anak orang tu besar mana nak dibanding diameter kepala anak kita. Baby orang tu besar mana, waterbag orang tu pecah bila, orang tu mula contraction bila bla2.. Banyaaaak sangat faktor yang kita kena tengok sebelum nak judge orang.

5. Vaccine vs anti-vaccine.
Kecik besar kecik besar je mak tengok 2 golongan ni bergaduh dalam FB haha. Urmm.. Ini pilihan masing2 sebab masing2 punya anak. Tapi personally, apa juga yang kau pilih make sure tak menyusahkan orang lain kemudian hari. Bukan apa, anything happen nanti akan susahkan pihak hospital.  Lain cerita kalau kau rawat anak dengan bomoh.


Nak disenaraikan lagi memang banyak sampai mak naik mengantuk dah ni haha. Yang mak hairan golongan bapak2 tak de pulak nak gaduh. Contoh bapak yang basuh berak anak vs bapak yang tak basuh berak anak. kehkeh. Mak fikir, kita ni jadi judgmental sebab kita rasa pilihan kitalah paling baik di abad ini. Kan?

Tuesday, September 22, 2015

"Comfort Zone" Yang Memusnah

Nak key in data system pulak down. Maka ada baiknya aku bukak blog keh keh. Erm sejak tukar profesyen 4 bulan lalu hidop lebih banyak menghadap manusia. Baru 4 bulan tapi aku rasa macam dah lama. hu hu. 

Untuk permulaan aku kena ajar subjek Entrepreneurship dan Process Technology. Kat sini aku mula belajar pe'el manusia yang rata2nya Melayu. Orang kata Melayu sinonim dengan penyakit malas. Setengah Melayu mungkin marah dengan kenyataan ni tapi bagi aku ada betulnya. Contohnya dulu masa kerja ada jugak aku rasa malas. Tapi bila tengok semangat dan kesungguhan labmate aku yang dah berusia 40++ bernama Heng buat analisis aku tetiba jadi rajin balik. So bila malas datang aku tengok Heng terus jadi rajin ha ha.



Sebenarnya malas tu ada pada semua orang. Yang membezakan ialah macam mana kita control malas tu. Dan sebenarnya kat sini aku nak cakap pasal student yang pemalas haha. Raja segala pemalas bagi seorang student ialah bila dia malas datang kelas. Bila tak datang kelas bermakna dia tak bertanggungjawab langsung pada diri sendiri. Bila dah kena barr esok jangan cakap TTO tak payung. Owh TTO adalah panggilan untuk tenaga pengajar kat sini. Makasudnya Technical Training Officer. 

Peringkat malas yang ke 2 adalah malas buat revision. Kita dah siap bagitahu sebijik2 soalan apa yang akan keluar test masih jugak tak boleh jawab. Seolah2 tak pernah diajar dalam kelas. Bila tak tahu nak jawab mula la soksek-soksek dengan kawan sebelah. Apalah guna meniru kawan kalau jawapan kawan pun salah hu hu. Jadi, aku harus bagaimana untuk menolong?

Peringkat malas yang ke-tiga adalah malas buat tutorial. Eh bukan buat sendiri tau. Ni tutorial yang kita bincang dalam kelas dan TTO dah bagi jawapannya sebijik2. Bila kita cek balik tah hapa2 la jawapannya. Main tangkap muat aje. 

Takat ni aku jumpa 3 peringkat malas ni je la. Kalau jumpa lagi in-future aku tambah ha ha.Attitude macam ni kalau diteruskan dan tak diubah agak sukar untuk kita compete dengan bangsa lain. Kita ni banyak ketinggalan. Ketinggalan dari banyak segi. Aku pikir kebanyakannya (bukan semua) bersikap macam ni sebab kita berada dalam keadaan yang terlalu selesa. Bila terlalu dimanjakan dalam cmfort zone kita jadi malas. Malas berusaha dan malas belajar lalu jadilah kita bangsa terkebelakang dan terus ditinggalkan. Ini cuma pendapat aku dan aku menulis atas dasar kasih dan kasihan hu hu~~

Thursday, August 20, 2015

Panggilan Haji

"Dari padang Arafah lalu ke Muzdalifah.. Bermalam di Mina melontar 3 jamroh.. Syarat rukun Haji sempurna la sudah.. Moga ibadah Haji Mabruro... MasjidinNabawi terletak makam Rasul, taman Raudhah tempat himpun doa.." la la la.. ah nyanyi la sendiri ye.. hehe. Ni lagu femes yang akan berkumandang bila menjelangnya musim haji. Tiap kali dengar lagu ni hati rasa membuak2 nak ke sana. Tapi bila dipikirin amalan harian pun macam tahpape je. Rasa tak layak le pulop.

Tajuk lagu = Panggilan Haji

Teringat dulu masa belajar di UTM, ada sorang pensyarah yang agak muda (aku agak awal 40an umurnya) baru pulang dari mengerjakan haji berpesan supaya buat haji masa muda sebab bila dah tua banyak kepayahan katanya. Itu berdasarkan pengalaman beliau la. Yang tua banyak yang sakit2 katanya. Bila dah sakit susah nak tumpukan pada ibadah. Kesian. Ibadah haji ni banyak guna fizikal. Tempat tu pun tempat berkumpul umat dari seluruh pelusuk dunia. So kena beramai2 tawaf, melontar, ulang alik safa-marwah dll semua guna fizikal. Bila dipikirin memang ada benarnya. Maka sejak tu aku berharap dapat mengerjakan haji pada usia yang muda. Usia muda tu aku target sebelum sampai 40an. Haa melampau tak target aku ha ha. Aku pilih usia tu sebab kudrat masih ada, maka harapnya dapat buat yang terbaik.Tapi itu cuma target aku, perancangan aku. Target dan perancangan Tuhan untuk aku, aku pun tak tahu he he. Harap Tuhan sudi menjadikan aku sebagai tetamuNya suatu hari nanti. Mohon aminkan beramai-ramai. 

Advantura Pulang Ke Malaya

1 bulan 1 buku. Itu target aku. Tapi target tu bergantung pada ketebalan buku dan masa lapang wah kahkah. Al maklum lepas jadi mak orang "me time" tu sangat limited. Senang cakap macam takde je. "Me time" aku cuma mandi je la kot. Tido tak termasuk "me time" lah sebab tu keperluan asasi manusia. hehe. 

Nak tak nak kena lah juga cari masa. Baca sikit2 lama2 habis lah. Alasan "takde mase" tu memang sampai kiamat la buku tak di baca. Ok lah tak payah membebel sangat. Ini buku ke 2 (rasanya) aku berjaya habiskan lepas jadi mak orang. Buku pertama adalah "Amoi Berhijab". Dua2 nya buku nipis dan banyak gambar ha ha.
Ihsan Google
Buku ni menceritakan tentang sorang pelajar Malaysia yang belajar di Sheffield berhasrat pulang ke Malaysia dengan berbasikal. Mamat tu yang mulanya tak ada pengetahuan langsung pasal basikal berjaya mencapai impian gila dia. 

Dalam buku ni dia cerita pengalaman2 di negara yang dia singgah dan cabaran2 yang dilalui termasuklah basikal rosak, dirompak, kelaparan, kepenatan, cabaran suhu melampau dan satu pengalaman aneh yang berlaku di pergunungan Turki yang menguatkan lagi keyakinan kepada rukun iman iaitu percaya kepada benda ghaib. 

Ihsan google
Ihsan Google
Di pendekkan cerita masa tidoq dalam khemah di pergunungan Turki dia terjaga tepat jam 10 malam. Lepas tu dia berzikir untuk manfaat masa yang ada. Tengah dok berzikir tiba2 "fushh" ada sesuatu bersayap landing tepi khemah. Bunyi derapan kaki "benda" tu macam manusia. Bukan haiwan biasa. "Benda" tu ke hulu ke hilir di luar khemah dan ke ruang memasak membuat tinjauan tanpa menyentuh apa2 barang/makanan. Kalau haiwan dah pasti makanan yang tinggal akan dilahap habis. Mamat ni berdoa bersungguh dengan Tuhan agar diselamatkan dari malapetaka dan sempat bersyahadah. Mana tahu kut nyawanya sampai di situ dibaham "benda" tu. Lepas 1 jam "fushh" benda tu terbang pergi. Alhamdulillah nyawa Allah panjangkan lagi. Itu la pengalaman anehnya. Sebenarnya semua pengalaman yang dia lalui tu menarik cuma yang ini "rare" sikit so aku citer lah he he. 

Buku ni Nora bagi 4 bintang. 1 bintang kurang sebab gambarnya kecik dan sikit sangat bagi aku he he. Kesimpulannya "impian biar setinggi langit. Sekurang2nya kalau jatuh dia jatuh atas pokok". Ni kawan penulis cakap. Bukan aku. Lepas tu kena berani, ada ilmu dan perancangan yang baik. ok lah babai.

Thursday, July 23, 2015

Beraya di Rantau Orang

"Hai selamat hari raya.. kami semua ucapkan.. " Eh raya dah habis lah. Erm ok2. Raya tahun ni lain dari yang lain sebab mak tak raya kat kampung sendiri. Tahun ni mak kasi can kat hasben untuk beraya bersama keluarga besarnya di Singapura.

Perjalanan mak dan keluarga mertua mula jam 1+pagi Khamis dari Bangi dan singgah di Larkin jam 5+ pagi untuk bersahur dan solat subuh. Lepas tu kami terus menyusup masuk ke Singapura melalui tambak Johor. Sampai situ sekitar jam 7 pagi dan keadaan agak sesak sebab bersaing dengan warga Johor yang mencari rezeki di Singapura. Kami tiba di depan rumah nenek mertua ku (nenek mertua?) yang dipanggil "Nyai" sekitar jam 9 pagi. 
Baru sampai masih mamai
Selepas bersalaman kami berehat sebentar di rumah "Nyai". Sekitar jam 2 petang kami bergerak dari rumah "Nyai" di Bedok ke Hotel Le Peranakan di East Coast Rd, Katong. Disebabkan ahli keluarga yang kian mengembang dan space rumah yang limited kami yang sudah berkeluarga perlu menyewa hotel penginapan. Mak menginap di situ 3 malam bermula dari malam hari raya. 
East Cpast Rd, Katong


Tahun ni mak tak dapek solat raya sebab menjaga si kecik Umar. Kang kalau bawak mesti dia merayap jauh2 masa mak solat huh. Hasben solat raya di masjid berhampiran hotel iaitu Masjid Abd Aleem Siddique. 
Orang raya dia tidoq
Selesai solat, kami mulakan jelajah raya ke rumah "Nyai". Rumah Nyai adalah lubuk makanan haha. Pelbagai juadah disediakan seperti sambal goreng, lontong, rendang, lemang, sambal udang mabeles, daging satay yummeh, sambal sotong dan ayam masak merah (perut mak tetiba berkeroncong ni). Kebanyakannya di masak oleh "Nyai" dengan tulang 4 keratnya. Mak yang kelaparan makan dengan penuh kesyukuran dan lahap sekali. Menu yang best mak rasa sambal goreng dan daging satay. Akibat terkejut dengan kepelbagaian makanan, perut mak meragam di sebelah petangnya keh keh.. Asek ke tandas je. Sadis.


Rumah Nyai
Juadah pagi raya

Selepas lama di rumah "Nyai" kami balik ke hotel untuk berehat. Jam 7 malam kami ke rumah "Mak Nana" iaitu kakak kepada bapa mertuaku di Holland Avenue. Sampai saja rumah Mak Nana kami kena cari ruang sebab rumahnya penuh dengan tetamu. Kami duduk di rumah Mak Nana sambil makan kueh raya sampai jam 9 malam.
Rumah Mak Nana
Esoknya kami ziarah Yaie Arip yang sakit di Whampoa Drive. Selepas tu mak sekeluarga ke rumah Linda di Toa Payoh iaitu kawan lab masa mak kerja di AMD. Di rumah Linda kami di jamu kueh raya, lontong dan daging masak kicap kalau tak silap. Yang mak pasti daging tu sedap baq hang.. Kenyang sungguh mak. Terima kasih daun keladi kepada Linda sekeluarga. 
Hasben cakap adek Linda hemsem (hasben I bukan gay tau haha)
Terlanjur ke Toa Payoh mertuaku ziarah pula kawan lamanya di blok lain yang bernama Ustazah Huzaimah. Selesai ziarah kami ke rumah "Nyai" untuk ke sekian kali nya sampai jam 8 malam. Nyai menghidangkan mee rebus yang enak dan sup tulang merah yang dibeli hasben di Restoran Hj Kadir di Tampines. 
Sup Tulang Merah
Esoknya pulak kami kemas2 untuk check out hotel. Lepas check out kami ke rumah Nyai lagi untuk ucap selamat tinggal. Ke rumah Nyai kalau tak makan tak sah rasanya haha. Kami dijamu mee goreng,ayam goreng dan lontong goreng sebagai sarapan. Sebelum berangkat pulang sempat kami ke Geylang mencari sup tulang. "ke Geylang mencari sup tulang "eh macam pantun pulak. Malangnya sup tulang belum tersedia maka mak beli mee merah saja untuk di bawa ke Perak. Jam 1 petang kami pun gerak balik dan sampai bangi jam 7 malam. 7 jam kauu haha. Erm lepas tu pecut balik Perak terus. 
Pergi ke Geylang mencari sup tulang.. sila sambung..
Itulah cerita raya mak. Pengalaman baru raya di rantau orang. Menarik, meriah and mak gain weight. T_T. Bai.

Thursday, July 09, 2015

Sedihnya Mak Rasa

Erm Ramadhan tahun ni sangatlah berbeza dengan tahun2 lepas sebab ada pertambahan ahli keluarga baru. Dengan adanya baby hidup aku bertambah busy. Kalau dulu nak pergi SPA urut2 badan ka urut2 kepala ka potong rambut ka senang ja. Just hello2 dan zupp terus pergi but now aku kena berkira2 masa bila boleh pergi. Bila di hitung2 lama jugak tak memanjakan diri. 

Masuk Ramadhan ni cita2 aku sama ja tiap tahun. Nak terawih, nak khatam Quran, nak qiam, nak banyak sedekah dan 10 malam terakhir nak gandakan semuanya. Tapi semuanya macam tinggal angan2. Ia tak seperti yang dicita sebab keadaan telah berubah. Dulu tak sama dengan sekarang. Dulu boleh pergi terawih di masjid tapi sekarang terawih pun lompang. Aku sering tewas akibat kepenatan duniawi yang melampau. Selalunya lepas Maghrib anak aku memang akan merengek nak tido. Jadinya sambil susukan dia dengan maknya sekali tido.  Terkadang tengah solat or baru angkat takbir dah nak kena cepat2 sebab dia dah bangun. Dia bangun memang nak susu je. Malam memang tak layan botol sangat. Manja betei.

Baca Quran guna smartphone memang mudah. Just download apps lepas tu boleh la start baca di mana jua anda berada. Disebabkan terlalu mudah tu la terkadang kita mengambil mudah untuk membacanya.. Uhuuu.. Kadang tengah baca wassap or email or apa2 lah yang masuk mesti kita nak tenguk. Lepas tu ralit. Lepas tu nak sambung baca balik tetiba anak nangis nak tido ke nak susu ke. Nampak tak permainan halus syaiton kat situ. Walaupun syaiton terjerat Ramadhan ni tapi aku salahkan syaiton gak heh.

Qiam lagi satu. Dah penat gila rasa nak qiam pun lembik. Tapi terkadang bila terjaga dan ada sekelumit kesegaran, kemalasan pulak menimpa. Tilam yang empuk, cuaca yang dingin lebih menggoda. Masa aku aktif bermarathon or memanjat gunung (aktif ke? kehkeh) dulu, kalau tiba time malas mesti ada detik hati kata "eh marathon jauh2 kau larat nak solat sikit2 kau lembik" haa dapat setepek. Lepas tu terus ada motivasi. Sekarang aku dah tak beraktiviti maka suara hati tu dah tak ada. Mungkin lepas ni aku kena susun balik jadual hidup supaya adakan masa untuk beraktiviti. Boleh tingkatkan stamina dan jadi motivasi juge.

Akhir Ramadhan ni aku rasa sedih. Sedih sebab persiakan peluang yang Tuhan bagi yang aku tak tahu tahun depan umur masih ada atau tak :(. Nampak banyak post di FB tentang 10 malam terakhir mesti aku sedih terkenang nasib diri bagai tak dipeduli Ilahi. uhuu.. Rasa tak layak nak sambut Aidilfitri sebab tak ada apa yang istimewa aku buat. 
Teringat 1 kata2.. "bila Allah tak mengkehendakki kita, Dia akan sibukkan kita dengan hal2 dunia". Ya Tuhan janganlah membenci diriku yang hina-dina ini :(. Hope lepas ni aku boleh susun balik jadual hidup supaya balance dan lebih stamina. Tak la lembik lemau gittew.

Wednesday, May 13, 2015

Jerih Perih Seorang Ibu Tinggal

Harlooo.. 

Boring betul menepek kat lab tanpa buat apa2 kerja. Al-maklum tengah tunggu saat2 pencen. luls. 

Kat sini mak nak share sikit lah jerih perih membesarkan anak sebatang kara ketika beliau berusia 2 bulan hingga sekarang sudah 4 bulan setengah. Lepas habis cuti bersalin mak balik ke Penang bersama baby untuk sambung kerja so mak kena menjaga baby bulat tu sendiri.

1. Erm apa yang boleh mak katakan it is not an easy job. I repeat not an easy job. Seperti emak-emak baru yang lain mak yang jenis tak boleh kurang tidur ni mengalami gangguan tidur yang dahsyat pada mulanya. Al maklum takde baby dulu boleh tidoq lena sampai ke negeri China tapi setelah ada baby tidur terganggu setiap 1 atau 2 jam. Masa dalam pantang dulu mak ada rasa perkara ini menyusahkan mak. Tak lama kemudian mak tersedar tak baik berperasaan macam tu huhu. Baby tu tak suruh pun dia dilahirkan. Mak yang menggeletiss. Maafkan mak ya nak sekarang mak insaf :(. Mak ingat mak sorang je berperasaan macam tu rupanya orang lain pun sama hewhew.

2. Awal2 dulu baby kerap bangun malam. Selalunya mak baru nak masuk fasa lena baby dah nangis so kena bangun adjust2 badan sikit dan susukan baby. Bila susukan, badan selalunya tak boleh gerak banyak2. Statik je. So kat sini mak jadi lenguh la nak ui.. Lepas susukan nak taknak mak kena beralih2 tidur untuk meregangkan otot2 yang statik tadi. Mimpi baru masuk muqaddimah dah "uk ek uk ek" balik so kena bangun and repeat the same cycle sampai pukul 6pagi huh sadis. Pendek kata dah takde istilah tidur yang berkualiti. Even diganti dengan tidur siang tidaklah sama kualitinya ya tuan2 dan puan2.

3. Bila dah pukoi 6 pagi tu emak tak boleh nak melengah. Dengan perlahan masuk tandas untuk berwuduk. Namun bayi ketika umur itu sangat sensitif dengan bunyi. Sometimes, bunyi pintu "kreek" pun dah terjaga. Bunyi kereta, motor, loceng mamak jual roti semua tu buatkan baby terjaga. Bila dah terjaga I cannot do anything even ke toilet untuk melepaskan hajat. Itu semua MESTI ditangguhkan and focus on him. Emak kena susukan or dukung dia sambil puk2 buntut sampai dia tidoq semula. Lepas dia tidoq semula baru boleh ke tandas or bersolat. Sometimes dah 7 lebih pun dia tak mau tidur or tidur tapi terjaga semula. Jika ditinggalkan dia akan bertarannum ikut lenggok Nahwand dan Bayyati dengan sepenuh hati you know T_T. 

4. Tiap pagi lepas dia tidoq semula mak kena sediakan 1 botol fresh EBM untuk ke taska. Ini selalunya ambil masa 30min. Lepas tu kena mandi, pack barang taska dia, pack pump mak untuk ke office, iron baju, iron tudung, sidai baju or basuh botol2 dia. Semua ni kena buat dengan cepat. Mandi pun kena laju yo. Asal kena air sudah haha. Setiap hari mak berangan nak siapkan semuanya sebelum tidur tapi tinggal mimpi bilamana mak terus lena sama baby awal malam. Ciss! Hal2 begini membuatkan mak selalu lewat ke office terutama jika ada conference call jam 8 pagi. Wow memang tak la.. Paling awal mak masuk conference call tu jam 8.30pagi kahkah. "Fetch my son" is unacceptable reason. 

5. Dah siap semua jam 8++ pagi mak keluar bawak sebatu backpack dibelakang sambil kendong 6kg Umar. To make my life easy I put everything inside the backpack so senang just bawak beg dan Umar. Pagi akan jadi lebih lewat kalau laluan ke kereta di "block" pulak oleh anjing tak guna. Kah kah. Mak anti betul ngan anjing tu. Dia suka ikut orang. Ikut macam nak kejar. Bila dah jauh sikit dari rumah tuannya baru dia patah balik. Tapi kalau dia takde mood pandang mak pun dia tak ingin. Jiran dia pulak anjing ketot. Perangai memang macam anjing. Suka "gong" dan ikut orang. Pernah 1 pagi mak rasa nak nangis tengok anjing2 tak guna tu ganggu jalan mak. Sambil menyeka suara dan merangkul erat baby (nampak tak kasih sayang mak kat situ lul), mak mintak tolong guard apartment temankan ke kereta huhu (mak benci guard tu tapi no choice terpaksa mintak tolong dia haha). 

6. Ok lepas hantar Umar ke taska mak akan breakfast or terus ke office. Lunch time pulak mak  akan pastikan mak makan sebab bila dah balik memang tak dak chance nak makan berat2. huhu.  

7. Tepat jam 5petang mak akan kelam kabut balik macam lipas kudung."Piunggg" keluar. Dah tak boleh nak stay lama2 kat office bajet cemerlang. Keh keh. Kalau lewat trafik akan menggila dan lewat tiba di taska. Taska tu akan caj RM5 untuk 1 jam lewat dan paling lewat dia boleh tunggu sampai 7pm maka mak tak boleh la lewat2 sangat.

8. Sampai kawasan rumah kena struggle cari parking pulak. Kalau tak ada kena tawaf banyak kali mencuba naseb. Alhamdulillah sepanjang pengalaman, mood Umar baik je masa cari parking. Takde la melalak ka apa. Cuma bila dia dah mula bosan or lapar or mengantuk tunggu emaknye hegeh2 cari parking baru dia start merengek. Time tu mak akan bertukar jadi badut untuk ceriakan dia sambil mencari parking. Pheww~


Hari2 mak doa tak hujan petang. Kalau hujan mak akan kesusahan. Nak pegang payung sambil keluarkan Umar dari infant seat dan pastikan dia tak kena hujan adalah suatu yang impossibru ye. Alhamdulillah seingat mak cuma 2/3 kali je hujan lebat. Kali pertama mak tunggu hujan reda sampai 7 malam. Kali ke 2 hujan mak tak jumpa parking. Cuba nasib untuk parking kat dalam tapi guard poyo yang kecelaruan jantina tu tak bagi. Sakit plak hati ni. Sikit pun tak kesian kat mak yang ada baby kecik ni. Mak dah menyeka air mata mengenangkan macam mana nak bawak Umar keluar kereta hujan2 macam tu. Percayalah, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Tiba2 ada sorang perempuan Cina ni ketuk tingkap kereta mak. "Eh ni apa hal lak ni" bisik emak dalam hati. Sejurus mak turunkan power window perempuan Cina yang baik hati itu cakap "Mari ambil parking I, I nak keluar ni. I park dekat depan sana saja. You pusing dulu nanti I tunggu". Bersyukur mak Allah tolong mak melalui perempuan Cina tadi . Mak pun drive ke situ sambil mengelap ayaq mata. Sobss. Mak tak kenal perempuan Cina tu tapi ingat keretanya Kancil no plat PEPxxxx. Mak ingat nak balas jasanya dengan beli buah2an dan letak note "terima kasih" kat keretanya tapi sampai sekarang mak tak buat haha. Mak doakan satu hari dia terima Islam. Amin~

9. Sesampai je rumah dah 6.30 petang. Time ni orang panggil "witch hour". Balik taska Umar penat dan mengantuk so waktu ni dia akan mengamuk nak tidur. Tangisnya dah macam kena sampuk T_T. Sayup2 je. Sometimes baby at this age akan nangis for no reason. Tambah pulak masa tu tapak tangan mak ni sakit2. Tak boleh nak angkat berat2 or tekap ke lantai. Sendi2 pun ada sikit bisa2. Tensen gak mak. Gesaan ke tandas untuk melepaskan hajat masa ni terpaksa mak lupakan. 7.30pm-8.30pm selalunya dia berjaya tidur tapi belum lena sepenuhnya. So time ni kalau mak flush jamban pun dia boleh terjaga dan nangis T_T. Nak mandi or basuh pinggan mangkuk pun kena slow2 je. Shhhhh diam.. the baby is sleeping yo.. shhhh.. 

Mommy's best buddy :P

10. Dah malam mak kena cuci pulak pam dari office. Lepas tu kena mengepam sambil tersengguk2 mengantuk. Kalau penat sangat mak akan terus tidur tapi bangun la 3/4 pagi mengepam or buat kerja2 yang tergendala kemudian tidur semula. Mak rasa kalau dah bangun tu eloklah bertahajjud sekejap kan.. Tapi syaitonn di era globalisasi ni kuat betul. Tu yang buat mak terus tidur tu. hehe


Never fails to give me a warmth smile sambil menggeletis whenever I call his name once he wakes up every morning :)
Sekarang Umar dah 4 bulan 13hari. Dah makin besar makin banyak sembang pot pet pot pet, pandai meniarap sendiri, pandai tidur sendiri, pandai main sendiri, ketawa pun dah keluar suara (dulu kalau nak gelak bukak mulut luas2 ja), kurang meragam so keadaan dah makin terkawal berbanding dulu. Lebih mudah nak uruskan dia. Apapun pengalaman itu mendewasakan dan tidak bisa dibeli dengan wang ringgit atau 6 bulan bonus lul. Yang penting dalam apa jua yang kita buat sebenarnya adalah percaya pada diri sendiri walaupun orang akan cakap eh boleh ke kau ni handle baby sorang2 eh eh eh. Ada usaha adalah jalannya. InsyaAllah~

Thursday, April 09, 2015

Selamat Tinggal Kepada Hidung Tersumbat

8 April 2015
11pm 

Kelmarin ada sorang blogger citer pasal kehebatan Sterimar mencair keluar hingus bayi. Umar memang ada mcm lendir tersekat dalam hidung dia tapi tak la kronik sangat. Maka aku abaikan artikel blogger tersebut.

Ditakdirkan semalam lepas balik dari taska nampak hingus Umar dah meleleh2. Dah meleleh aku lap je la macam biasa kan. Tapi tak sangka lelehan tersebut buat maknye tak lena tidoq bak hang. Dah la semalam tetiba dia tidoq lewat. Petang semalam aku bawak dia cucuk vaksin so aku agak vaksin tu yang buat dia tidoq lewat ehehe. Malam tu rasa baru je lelap mata dia dah ook eek ook eek. Bagi susu masih tak diam. Selalu lepas susu dia akan tidoq semula. Tapi this time merengek lak. "This time"... Cakap orang putey la pulak haha.

Rupanya dia meragam sebab tak selesa hidung tersumbat. Dah hidung tersumbat macam mana nak nafas. Tak boleh nafas macam mana nak tidoq kan. Baby mana la reti bangun ambik tisu hembus keluar hingus. Nangis je la cara dia bagitahu hidungnya tersumbat. Mak nye kena main teka teki teka tekuk ular mati dalam periuk. Ekeke. So apa yang aku buat adalah sedut keluar hingus dia dengan alat ini.
*gambar ihsan google
Aku rasa tak efektif sangat benda ni. Kena sedut banyak kali sebab sikit sangat yang disedut keluar. Then baby plak tak diam so struggle juge le. Lepas lega sikit aku tidokan dia dengan tinggikan bantal so tak de la hidungnya sumbat. Hasilnya dia berjaya lena sampai subuh. Ting tong jugakla kepala ni. Rasa macam seminggu tak tido. LOL.

Lunchtime tadi aku pergi Watson beli Sterimar berharga RM20+. Sebagai tambahan aku beli plak tiub penyedut hingus. Harganya RM5+  je. Manatau kot banyak sangat hingus so kena la sedut pakai tiub. Jangan risau hingus bayi takkan sampai ke mulut sebab ia akan di kumpul dalam bekas yang tersedia. Tadi try kat Umar sekali tapi takde hingus pun. Aku sedut perlahan sangat kot or keikhlasan tu takde haha.
Sterimar


Mucus Extractor
Sebelum mula projek aku belanja dia tengok amoi berenang tepi kolam dulu. Kasi dia ralit pastu penat. Dah menguap penat baru masuk rumah dan projek penyemburan Sterimar bermula. Caranya sembur saja dalam hidung dan tunggu cecair keluar balik bersama hingus. Meraung jugakla dia sebab kena paksa :P . Macam maknya ni kejam sangat. Lepastu bagi susu terus lena bak hang. Kalau nak senang buat masa depa tidoq. 

Untuk pengetahuan Sterimar ni 100% natural. Ia hanya isotonic filtered seawater yang di ambil dari French coast Britanny. Dari French coast Britanny terus masuk hidung anak I. Canggeh you. Ahahaa~ 

Sunday, March 01, 2015

Nasib Si Ibu Gamat

Seperti yang sedia maklum gamat mempunyai banyak manfaat kepada manusia terutama sekali untuk penyembuhan luka. Ayat macam dalam Majalah 3 la pulak. Balik kampung haritu mak aku telah memperkenalkan aku dengan ibu gamat. Aku tak tahu kenapa dipanggil ibu gamat dan apa beza dengan gamat2 lain. Agaknya sebab saiznya yang besar sebab tu dipanggil ibu gamat. Ah itu semua tak penting haha. Yang aku nak share kat sini macam mana cara makan ibu gamat ni. 

Gamat hidup
Since mak aku memang ada simpan ibu gamat so dia sarankan aku makan untuk mengecutkan kembali bahagian dalaman lepas melahirkan anak. Aku ingatkan ibu gamat yang nak dimakan tu saiznya besar gedabak pastu badan kaler hitam pastu lembik2 macam jeli. Macam geli pulak kan haha. Rupa-rupanya haluuuus je.. Kurang sikit dari saiz jari sebab telah dikeringkan terlebih dulu sebelum dijual. Kalau ikut saiz sebenar memang besar sebab gamat banyak menyimpan air. Rupanya lepas dikeringkan jadi kecik cenonet dan gerutu2 ada macam jenglot sikit kehkeh.

3 ekor RM20

Cara penyediaan macam ni ye:

1. Gamat tu keluarkan dulu dari dalam peti sejuk sebab mak aku simpan dalam peti sejuk hehe. 
2. Lepas tu hiris nipis dan sangai atas kuali sampai garing. 
3. Lepas garing masukkan dalam lesung batu dan tumbuk sampai jadi serbuk. Tumbuk masa masih panas kalau tak liat plak. 
4. Masukkan serbuk gamat tu dalam minuman pada setiap pagi 3 hari berturut2. Lebih pun tak pa kut hehe. Mak aku suruh masukkan dalam kopi supaya tak rasa sangat gamat tu. Disebabkan aku tak minum kopi maka aku masukkan dalam coklat panas. Tak rasa apa pun cuma ada bau hanyir sikit macam bau laut. Tu je.

Nasib si ibu gamat
Kalau takde ibu gamat ni guna biji manjakani pun boleh. Fungsinya sama saja. Biji manjakani tu boleh didapati di kedai-kedai runcit dan ia perlu dijadikan serbuk dulu sebelum ditelan. Kalau rasa malas beli je online. Keh2. 

Saturday, February 07, 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Dah lebih seminggu aku dapat membuang secara lawas.. Lama tak update blog tetiba update keluar tajuk yang menjijikkan. Sebenarnya aku nak story pasal benda lain tapi aku ingat benda ni top priority kehkeh. 

Erm ketahuilah bahawa 'sembelit' itu amat menyiksakan. Sebelum bersalin aku ni bukan tak pernah sembelit. Tapi lepas bersalin sembelit yang dialami amat mengazabkan sehingga menerbitkan buasir. Dimaklumkan bahawa pergerakan usus akan menjadi lembab selepas wanita melahirkan anak. Mungkin akan pulih lepas beberapa ketika bergantung pada individu. Aku tidak lah begitu maklum akan hal ini. 

Ditambah dengan kurang minum air kosong, kurang makan buah dan makan tak ikut time maka terjadilah mimpi ngeri tersebut sehingga menjejaskan emoji emosi. Uh mana taknya, nak ke tandas dah rasa fobia, bila buang lak keras memberlian. Selalu orang cakap keras membatu tapi sebenarnya berlian paling keras kat dunia ni so perumpamaan keras membatu tu macam tak sesuai kan hehe.

tadaa....
Berbalik pada cerita tadi. Sakit bukan main masa nak memberlian tu. Lepas memberlian pun sakit sampai nak duduk dan bangun dari duduk pun tak selesa sebab ada benda terkeluar dari tempat pemberliaan tadi huhu. Pedih tau T_T.

Hasil google dan bertanyakan kawan2, aku mencuba Lactul (hospital bekalkan untuk melembutkan berliannajis), makan buah terutama oren dan betik (actually tak digalakkan untuk yang baru lepas bersalin tapi betik memang besfren usus aku huhu), minum air suam sekerap mungkin (tak digalakkan untuk yang baru lepas bersalin takut boyak tapi aku lebih sayangkan usus aku hoho), minum minyak kelapa dara, sapu minyak kelapa dara/minyak gamat di tempat terbabit dan berendam dalam air suam. 
Ambil Loctul semata tidak begitu membantu

Selepas mengamalkannya, najis menjadi selembut sutera dan aku rasa benda yang terkeluar tu pun dah kecut sikit. Syukur sangat. Aku harap benda yang terkeluar tu pun akan pulih tak lama lagi. (psst dengarnya serbuk manjakani sangat elok untuk mengecutkan benda tersebut). 

Akhir kata ketahuilah bahawa proses penyahtinjaan yang lancar itu adalah salah 1 nikmat Tuhan yang tidak boleh didustakan. Oleh itu mari bersyukur.