Assalamualaikum…
Last few weeks AMD Penang telah mengadakan program melawat Orang
Utan dan tanam bakau.
Bertolak dari
Penang dalam jam 10pagi dan sesampai di Bukit Merah, kami dibawa menaiki bot ke
Pulau Orang Utan. Sebagai anak Perak, saya agak berbangga kerana Perak ada
tarikan sebegini.. kehkeh
Ini sedikit info
mengenai Orang Utan:
1. Mempunya 97%
kesamaan DNA dengan manusia.
2. Tak pandai
berenang sebab tangannya lagi panjang dari kaki
3. Ada 2 spesis iaitu dari borneo (bulu hitam) dan sumatera (bulu coklat)
4. Tiada peti suara macam manusia (kalau ada mesti banyak memebebel.. haha)
3. Ada 2 spesis iaitu dari borneo (bulu hitam) dan sumatera (bulu coklat)
4. Tiada peti suara macam manusia (kalau ada mesti banyak memebebel.. haha)
5. Boleh makan
urine dan najis sendiri..eeeeeeee yek
Jam 2.30pm kami
terus ke Nibong Tebal untuk tanam bakau. Disebabkan air tengah pasang maka kami
terpaksa tunggu air surut sampai jam 5.30pm.
Sambil menunggu,
kami diberi taklimat oleh tok ketua dan sedikit kuiz oleh EHS Manager kami
EL Ong. Didapati semua berebut-rebut nak jawab nampaknya.. mehmeh
Berikut sedikit
kepentingan penanaman bakau:
1. Boleh elak
hakisan.
2. Jadi pelindung
dari taufan
3. Memberi
oksigen 10kali ganda dari hutan biasa
4. Ada hampir 50
spesis pokok bakau
5. Ada hasilnya
yang boleh dimakan
6. Getah pokok ‘bakau
buta’ boleh menyebabkan buta jika terkena mata
Selesai mencomotkan diri dengan lumpur dan perut pun sudah mula bergwiyomi, kami membersihkan diri lalu menjamah makanan yang tersedia dengan penuh lahap tanpa lupa untuk bersyukur kepada Tuhan.
Besar harapan untuk melihat pokok bakau yang ditanam dengan penuh kasih sayang itu membesar dengan sihat dan dapat memberi faedah kepada manusia sejagat.
Sekian :)
No comments:
Post a Comment