Total Pageviews

Wednesday, April 24, 2013

Tiba-tiba Layan Teater

Assalamualaikum...

Malam tadi aku, Jannah dan Ema ke Dewan Budaya USM untuk menonton teater bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh. Para pelakonnya semua student USM. Ini kisah penawanan Constantinople (Istanbul) oleh Sultan Muhammad Al-Fateh tapi kami banyak gelak sebab lakonan diorang kelakar. Sepatut kena serius. haha
Sebelum tayangan bermula, ada sikit ucapan, bacaan doa dan alunan asma ul-husna (sejuk perut mak aku kalu tenguk ni.. hehe)

Oh kalau tak silap 600 tahun sebelum kelahiran Sultan Muhammad Al Fateh ni Nabi ada bersabda:

“...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...” (HR Ahmad)

Sejak dari itu percubaan demi percubaan dilakukan untuk menawan Kota Constantinople sebab semua orang nak jadi insan yang dimaksudkan Nabi dalam hadis tu. Malangnya percubaan depa depa depa depa semua gagal. 
Sultan Muhammad Al Fateh
Dipendekkan cerita, Sultan Muhammad Al Fateh masa kanak2nya agak nakal dan malas belajar. Lepas kena rotan dengan seorang ulama tu dia terus berubah. Peristiwa di rotan beri kesan kat jiwa dia.
Dipendekkan cerita lagi, beliau naik takhta lepas ayahndanya mangkat iaitu masa umur dia 19tahun dan berjaya menawan Constantinople semasa umurnya 21tahun. Hebat bukan? Nak dibanding dengan remaja umur 21tahun zaman sekarang ni macam langit dan bumi je (termasuk diri sendiri LOL) 

By the way, nak tawan Constantinople tu bukan perkara mudah. Setelah hampir 1 bulan mencuba baru mereka berjaya menawannya. Itupun sebelum serang pelbagai persediaan dibuat termasuk meng'explore' teknologi senjata baru (meriam). Kat sini kita boleh ambil pengajaran yang kejayaan tu datang bukanlah bergolek.. Selain doa, usaha tanpa putus asa juga sangat perlu.  

Insan penting di belakang Sultan Muhammad Al Fateh ialah seorang ulama iaitu Sheikh Shaharuddin Al Wali. Apa-apa keraguan beliau akan rujuk Sheikh Shaharuddin. Sultan Muhammmad Al Fateh juga seorang yang tidak pernah meninggalkan solat fardu, rawatib dan tahajjud. Errk alamak tak solat Asar lagi lah.. Ok thanks reading bye hehe.. 


2 comments:

  1. syok kan layan teater...
    tapi tak pernah layan teater islamik camni
    nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok2x sebab depa berlakun live..
      kalau depa salah boleh gelak ramai2.. kira lawak spontan la.. haha

      Delete