Total Pageviews

Monday, May 27, 2013

Budak Perempuan Yang Aneh

Satu hari, aku singgah maghrib di sebuah masjid di Penang. Sedang bersiap pakai telekung tiba-tiba didatangi sorang budak perempuan.. Aku agak dia sekolah rendah. Maka terjadilah perbualan yang lebih kurang macam ni:

Budak: Akak nak RM2
Aku: Eh nak buat apa?
Budak: Nak beli air.
Aku: Mak mana?
Budak: Mak tak da.
Aku: Ayah?
Budak: Ayah kat sebelah sana. (sambil tunjuk ke arah ruang solat lelaki)
Aku: Senggit cukup lah.. (boleh negotiate kat sini)

Aku pun hulur sengget kat budak tu dan terus solat.  Usai solat, budak tu datang lagi sambil hulur 1 kertas kecik kat aku.

Aku: Eh apa ni?
Budak: Ni nama saya dan ni no telepon saya.
Aku: Nak buat apa?
Budak: Mana tahu boleh berkenalan.
Sekadar hiasan
Dengan terpinga-pinga aku pun beredar. Apahal budak tu tetiba bagi nombor telepon dia.. Eh takkan bapak dia tengah cari calon bini kot. Haha.. Ahh aku biarkan kehairanan itu bermain di minda.
Tak puas hati punya pasal, sampai rumah aku SMS budak tu. Dah tak ingat sangat apa yang aku tanya sebab dah lama kejadian ni. Yang aku ingat dia kata nak tumpang tidoq umah aku.. Aihh jangan nak macam2x.. Dia kata orang masjid marah, tak bagi duduk lama2x.. At last aku malas nak layan sebab macam merepek je..

Perkara macam ni pernah berlaku beberapa kali kat diri aku.. 2 kali kat masjid yang berbeza tapi sekali dengan seorang makcik dan sekali dengan pakcik. Yang lain2x berlaku di luar masjid dan modus operandinya sama (macam 999 lak) iaitu mintak duit dengan alasan dompet hilang, tiada tambang dll.


No comments:

Post a Comment