Hari ini hari Sabtu dengan sukarelanya aku bangun awal dari
waktu kerja sebab ada kerja-kerja sukarela iaitu menjaga kaunter pendaftaran
semperna sambutan Tahun Baru Cina.
Dedikasi sangatttt semuanya.. hehe |
Acara tahunan ini di anjurkan oleh MACMA,
IKRAM, Hidayah Center dengan kerjasama MPPP. Matlamatnya untuk memperkenalkan Islam kepada not-yet
Muslim.
Pebagai aktiviti di adakan dan sambutan agak menggalakkan. Secara peribadi, saya rasakan masyarakat sekarang lebih terbuka dalam menerima maklumat. Maksudnya kalau ada 'islamic talk' tu ada jugak la not-yet muslim ni willing nak dengar. Cuma cara approach dan penyampaian kena menarik kut.
Kat bawah ni antara aktiviti yang di adakan.
Lion Dance dan persembahan gendang |
Perkongsian dari saudara Jumaat (Chinese revert dari China & pelajar phD USM) dan menamakan pokok oleh YB Sim |
Ada jugak pertandingan mewarna, susun limau, teka kacang, cek blood dan booth2 pameran. Dalam sibuk jaga kaunter terjumpa bayi super comel ni. Sempat jugak la main lambung-lambung anak orang.. LOL. Mak Malay dan ayah Cina maka bayi yang terhasil boleh jadi macam anak orang korea..
Comey sangat rambut tempurung tu.. gegegegege |
Atau boleh jadi jugak macam anak Tom Cruise, Suri tu.. Eh sama tak?eheh
Subhanallah! adorable & cekci lah ;) |
Oh sebelum balik sempat jugak beli benda ni.. Flag tu memang dah lama cari.. Ehh nak buat apa dengan flag tu?? Jeng jeng.. adalah :P.
Badge RM3, Flag RM20 |
*Masuk Islam itu bukan bermaksud masuk Melayu. Nama saya sebelum Islam adalah Khaw Lek Ming dan selepas Islam Khaw Lek Ming jugak. -Bro Khaw
apa nama pokok tu? tak gitau ponn
ReplyDeletepokok mahogany.. awat? ko nak tanam ka? haha
Delete