March 17
Assalamualaikum &
hello..
Malam ni kena tidur awal sebab esok ada run. Dari jam 11pm golek kiri golek kanan sampai jam 12pm..
Golek-golek lagi dah jam 1am.. Kelawar dah lama keluar terbang, bulan dah lama
menyinar, langsuir dah boring mengilai tapi mata tak boleh lelap. Aneh. Nak
qiam memang tak sah la sebab syarat kena tidur dulu walau sekejap ye tak? (alasan kukuh.. haha). Nak baca quran malas pulak. Mari salahkan iblis dan syaiton.. haha. So the best thing is.. pura-pura tidur dengan
harapan akan tertidur. Tapi harapan tinggal harapan sampailah alarm bunyi jam
5am terus bangun dan makan energy bar sebab kebuluran..
1 bar dah masuk perut hewhew |
Dengan keadaan terawang-awangan aku siap dan terus ambil
Jannah untuk ke Malakoff Run. Dengan terkocoh-kocoh kami singgah Shell untuk
solat dan ke tandas.. Rupanya Fun Run start at 7.30am. Penat je keluar
awal-awal.
I like the t-shirt sebab material ringan dan cepat kering -dry fit |
Larian bermula dan tamat di depan Townhall Padang Kota Lama,
Penang. Katogori 17km dilepaskan dulu dan yang terakhir kami lah ahli jemaah Fun
Run 7km. Macam biasa lari memanglah penat tapi insyaAllah badan sihat :). Dah kilometer
terakhir ada disediakan air mineral dan Gatorade. Yeay!
Semua tengah sibuk bergossip sebelum larian mula |
Walaupun 17km lagi jauh, tapi banyak jugak peserta-peserta
17km veteran yang sampai cepat. Dengar bunyi tapak kaki dah tau dah depa tengah
kejar kat belakang. Langkah besar, laju
dan mantap. Diri hanya mampu memerhati sambil hati kecil berkata “hangpa makan
apa sampai laju camtu, adui”.
Sebelum dan semasa larian |
Sampai finish line jam 8.20am dan diganjari dengan
pelbagai barang seperti goodies beg, aiskrim, power bar, nasik lemak, tembikai
dll yang menggemukkan...hehe
Larian tamat
|
*Sihat itu anugerah Tuhan dan tidak boleh dibeli dengan wang maka jaga lah ia.. :)
No comments:
Post a Comment