Total Pageviews

Tuesday, March 12, 2013

Langkawi Trip


Assalamualaikum  & hello..

Tanggal March 8 jam 5.30 aku dan Jannah berlepas ke Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi. Trip ini di organized oleh Jannah.. Disebabkan dia paksa pergi maka semua urusan book tiket flight, kereta, aktiviti, resort semua dia yang buat. Yes! Haha.

Sampai Langkawi jam 6pm+ dan terus ambil kereta sewa BMWX6 Viva dan ke Pantai Chenang untuk check-in.
Tropical Resort
Bersih, selesa dan tak bising
Lepas check-in kami rehat barang 10minit lalu bersiap keluar dari kepompong ke  pekan kecil jalan-jalan tengok barang dan makan malam. 


Oh dikesempatan ini, Jannah ajar aku cara nak bawak kereta auto dan aku telah berjaya membawanya dengan cemerlang dan angkuh. Jazakillahukhairan friend! :D Lepas tu sambung ronda kejap dan terus balik resort tido.
Salah satu azam tahun 2013 dah tercapai. LOL
Esoknya lepas breakfast, kami ada Island Hoping. Van ambil kami jam 9.30am dan terus ke jetty naik boat menuju ke Tasik Dayang Bunting. Kat tasik ni kami sewa life jeket RM5 dan mandi. Akibat pergaduhan dan kekasaran yang berlaku antara aku dan Janah masa dalam tasek tu, kepala jam Jannah telah hilang bersemadi di dasar tasik.. haha. 100 tahun lagi mungkin ia akan jadi artifak. hihi
Tasik Dayang Bunting
Lepas tu kami di bawa ke Dataran Helang untuk tengok helang.
Dataran Helang
Lepas helang-helang tu kenyang dan bosan, kami pun ke Pantai Beras Basah. Pantainya cantik dan sesuai untuk mandi-manda.
Pantai Beras Basah
Jam 2pm kami balik ke resort, solat dan siap-siap ke Langkawi Cable Car. Bayaran masuk RM5 kot. Cable car tu akan bawak sampai ke puncak dengan ketinggian kurang 1000m dari aras laut.
Cable Car
Kemudian kami berkejaran ke Telaga 7. Tiada bayaran dikenakan. Cuma perlukan tulang empat kerat untuk menapak ke atas.
Air Terjun sebelum Telaga 7.
Tak lengkap kiranya tak melihat beras terbakar. Kami ke sana lalu mendapati beras terbakar cuma tinggal sepiring. Ok lah tu.. hehe

Beras Terbakar
Selepas itu kami ke Museum Mahsuri. Malangnya museum dah tutup.
Kami ke Pekan Kuah dan seterusnya ke Dataran Helang. Selepas dinner di Restoran Saji, kami pun pulang dan tidur bagaikan ular sawa..
Dataran Helang
Esoknya plan nak bangun awal tapi dua-dua malas.. Beteri dah weak.. kami check-out jam 10am dan terus ke Laman Padi untuk lihat hasil padi kami.. 
Laman Padi
Lepas tu kami ke Pekan Kuah borong coklat di kedai Haji Ismail Group. Kami kemudian mencari semangkuk laksa untuk menggembirakan perut sebelum pulang ke Penang.
Sekian.

6 comments:

  1. Ayat tak boleh blah,hahahaha
    berbakat jugak cik yu jadi blogger ye
    kenapa lah dolu-dolu lagi tak blogging eh?

    mana ole-ole dari Langkawi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab taktau pun ada bakat terpendam neh.. hehe..
      igt saja la nak citer pasai pendakian..

      oleh2 kena mai penang la nuar..
      btw aktive ko skang eh.. bagus2.. minda sihat badan cergas!

      Delete
    2. aktif tu time weekend je
      at least dapat release tension
      duk terperap je dlm opis 5 hari,haha

      Delete
    3. betul2x..
      btw nanti end of june me n jannah p KL..
      kami join KL marathon standard chartered..
      mai lah kasi sokongan.. hihi

      Delete
    4. join kategori mana?
      saya pun join kak,haha
      see u there

      Delete
    5. ler.. kami join ekiden.. amek 3km je cukup ah.. haha..
      ko join kategori mana lak?

      Delete