Total Pageviews

Saturday, March 30, 2013

Swimming Lesson: Part 3 & 4

Assalamualaikum & Helloooooo 

Pejam celik dah masuk kelas yang ke-4.. Cepat masa berlalu.. Kelas yang ke-3 tu aku dah pamerkan skill kicking dekat instructor. Berkat berenang kat Pantai Beras Basah hari tu akhirnya aku dah boleh kick dan move forward (bukan kick setempat yang digembar-gemburkan media barat). Happy la jugak. Lepas tu instructor suruh ambil nafas sambil kicking.. Haaaa ni yang masalah.. Lepas ambil nafas badan jadi huru hara dalam air dan kaki start tenggelam.. Nak naik balik dah struggle.. (aku tahu time ni Jannah gelakkan aku.. redho haha)
Gelanggang latihan
At last aku cakap nak blajar breastroke lah sebab ikut mitosnya breastroke lagi mudah. As a beginner eloklah amek yang mudah dulu kan.. hehe banyak alasan.. 

Breastroke ni macam berenang katak.. Tangan dan kaki kena synchronize jugak.. Macam biasa lepas tu kena belajar ambil nafas.. Ni yang masih tak pass.. Hope next week ada improvement (mengharap improvement tanpa latihan bagaikan mengharap bulan jatuh ke riba)

Btw tahniah pada Jannah sebab dah master freestyle.. Boleh nangis Micheal Phelps tengok. Kagum aku wei :D

Monday, March 18, 2013

Malakoff Run


March 17
Assalamualaikum  & hello..

Malam ni kena tidur awal sebab esok ada run. Dari jam 11pm golek kiri golek kanan sampai jam 12pm.. Golek-golek lagi dah jam 1am.. Kelawar dah lama keluar terbang, bulan dah lama menyinar, langsuir dah boring mengilai tapi mata tak boleh lelap. Aneh. Nak qiam memang tak sah la sebab syarat kena tidur dulu walau sekejap ye tak? (alasan kukuh.. haha). Nak baca quran malas pulak.  Mari salahkan iblis dan syaiton.. haha. So the best thing is.. pura-pura tidur dengan harapan akan tertidur. Tapi harapan tinggal harapan sampailah alarm bunyi jam 5am terus bangun dan makan energy bar sebab kebuluran..
1 bar dah masuk perut hewhew 
Dengan keadaan terawang-awangan aku siap dan terus ambil Jannah untuk ke Malakoff Run. Dengan terkocoh-kocoh kami singgah Shell untuk solat dan ke tandas.. Rupanya Fun Run start at 7.30am. Penat je keluar awal-awal.
 I like the t-shirt sebab material ringan dan cepat kering -dry fit
Larian bermula dan tamat di depan Townhall Padang Kota Lama, Penang. Katogori 17km dilepaskan dulu dan yang terakhir kami lah ahli jemaah Fun Run 7km. Macam biasa lari memanglah penat tapi insyaAllah badan sihat :). Dah kilometer terakhir ada disediakan air mineral dan Gatorade. Yeay!
Semua tengah sibuk bergossip sebelum larian mula
Walaupun 17km lagi jauh, tapi banyak jugak peserta-peserta 17km veteran yang sampai cepat. Dengar bunyi tapak kaki dah tau dah depa tengah kejar kat belakang. Langkah besar,  laju dan mantap. Diri hanya mampu memerhati sambil hati kecil berkata “hangpa makan apa sampai laju camtu, adui”.
Sebelum dan semasa larian
Sampai finish line jam 8.20am dan diganjari dengan pelbagai barang seperti goodies beg, aiskrim, power bar, nasik lemak, tembikai dll yang menggemukkan...hehe
Larian tamat

Alhamdulillah done
*Sihat itu anugerah Tuhan dan tidak boleh dibeli dengan wang maka jaga lah ia.. :)


Tuesday, March 12, 2013

Langkawi Trip


Assalamualaikum  & hello..

Tanggal March 8 jam 5.30 aku dan Jannah berlepas ke Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi. Trip ini di organized oleh Jannah.. Disebabkan dia paksa pergi maka semua urusan book tiket flight, kereta, aktiviti, resort semua dia yang buat. Yes! Haha.

Sampai Langkawi jam 6pm+ dan terus ambil kereta sewa BMWX6 Viva dan ke Pantai Chenang untuk check-in.
Tropical Resort
Bersih, selesa dan tak bising
Lepas check-in kami rehat barang 10minit lalu bersiap keluar dari kepompong ke  pekan kecil jalan-jalan tengok barang dan makan malam. 


Oh dikesempatan ini, Jannah ajar aku cara nak bawak kereta auto dan aku telah berjaya membawanya dengan cemerlang dan angkuh. Jazakillahukhairan friend! :D Lepas tu sambung ronda kejap dan terus balik resort tido.
Salah satu azam tahun 2013 dah tercapai. LOL
Esoknya lepas breakfast, kami ada Island Hoping. Van ambil kami jam 9.30am dan terus ke jetty naik boat menuju ke Tasik Dayang Bunting. Kat tasik ni kami sewa life jeket RM5 dan mandi. Akibat pergaduhan dan kekasaran yang berlaku antara aku dan Janah masa dalam tasek tu, kepala jam Jannah telah hilang bersemadi di dasar tasik.. haha. 100 tahun lagi mungkin ia akan jadi artifak. hihi
Tasik Dayang Bunting
Lepas tu kami di bawa ke Dataran Helang untuk tengok helang.
Dataran Helang
Lepas helang-helang tu kenyang dan bosan, kami pun ke Pantai Beras Basah. Pantainya cantik dan sesuai untuk mandi-manda.
Pantai Beras Basah
Jam 2pm kami balik ke resort, solat dan siap-siap ke Langkawi Cable Car. Bayaran masuk RM5 kot. Cable car tu akan bawak sampai ke puncak dengan ketinggian kurang 1000m dari aras laut.
Cable Car
Kemudian kami berkejaran ke Telaga 7. Tiada bayaran dikenakan. Cuma perlukan tulang empat kerat untuk menapak ke atas.
Air Terjun sebelum Telaga 7.
Tak lengkap kiranya tak melihat beras terbakar. Kami ke sana lalu mendapati beras terbakar cuma tinggal sepiring. Ok lah tu.. hehe

Beras Terbakar
Selepas itu kami ke Museum Mahsuri. Malangnya museum dah tutup.
Kami ke Pekan Kuah dan seterusnya ke Dataran Helang. Selepas dinner di Restoran Saji, kami pun pulang dan tidur bagaikan ular sawa..
Dataran Helang
Esoknya plan nak bangun awal tapi dua-dua malas.. Beteri dah weak.. kami check-out jam 10am dan terus ke Laman Padi untuk lihat hasil padi kami.. 
Laman Padi
Lepas tu kami ke Pekan Kuah borong coklat di kedai Haji Ismail Group. Kami kemudian mencari semangkuk laksa untuk menggembirakan perut sebelum pulang ke Penang.
Sekian.

Friday, March 08, 2013

Swimming Lesson: Part 2



Salam  1 Jumaat & Hello..

Kelas yang ke dua ni aku masih belajar ‘kicking’. Nampak mudah tapi sebenarnya tak dan sangat bergantung pada kekuatan kaki.  FYI, kalori yang terbakar semasa berenang sama dengan aktiviti berlari/jogging. Memang penat.

Badan kena float then kick untuk maintain badan supaya terapung dan bergerak ke hadapan. Instructor selalu cakap maintain.. maintain.. maintain.. Ok =.='.  

Masalah pertama aku adalah badan tak bergerak walau dah kick sepenuh hati nurani.. Sedih tau! Dalam kepiluan Jannah sempat gelakkan aku.. haha..

Ok ini ‘common mistakes’ yang orang selalu buat (termasuk diri sendiri.. hewhew).


Second problem is….my body start sinking bila kicking.. Ah aneh-aneh masalah aku ni.. haha.. End up prektis floating & balancing tepi pool.. wuwu.. 

Moga diri terus tabah.. :P


Monday, March 04, 2013

Pesan Abah

Last few days tah macam mana boleh SMS abah dengan soalan yang aneh.. hehe. Tak la aneh sangat sebenarnya.. Nak tanya face to face malu. 

Me: Kalo nak kawen kena pilih lelaki yang macam mana eh?Any advice?Haha tetiba jek.
Abah: Beriman, sabar, hormat dan bertanggungjawab.
Me: Lagi2?
Abah: Yang penting tu je. Memang kita nak semua sifat yang baik kalau boleh. Tapi mana ada manusia yang perfect.
Me: Ya2.. Ok.. Kalau gaji kecik dari perempuan?
Abah: Gaji bukan jaminan. Ramai yang bergaji banyak tapi tak kekal. Kenapa? Dah ada ke? Kabo le kat abah.
Me: Hehe.. Belum. 
Abah: K tengok pelan-pelan jangan gopoh. Ada terus kasitau abah.
Me: Ye mesti. eheh



Lepas tu tetiba rasa nak nangis.. wuwu.. Sayang abah sampai hujung nyawa.. Btw ingatkan abah akan cakap camni "cari yang mampu sara awak" atau "cari yang gaji lebat" atau "cari yang berharta" atau "cari yang kacak macam Brad Pit" atau "badan ketul2 macam Aaron Aziz" atau bla2 tapi tak ada dalam senarai pon.. Abah lebih dulu makan garam dan lagi tahu apa yang lebih baik.

Mencari yang baik itu penting sebab sikit sebanyak libatkan nasib di akhirat kelak.. Tapi menjadi baik itu lagi penting.. Perasan baik itu lain cerita.. haha..  Walaubagaimanapun, baik sebelum kahwin tak mejamin baik selepas kahwin. Kat sini pentingnya pergantungan pada Tuhan dan doa supaya sentiasa berada dalam ketaatan dan ditambah iman.
Jodoh pon ada graf..hewhew~
Apapun moga sahabat2 semua dapat jodoh yang baik. Tujuan hidup bukan untuk kahwin tapi capai redha Tuhan.. Tak kahwin pun boleh capai redha Tuhan tapi kalau kahwin mungkin jalannya lagi mudah. Maka marilah kahwin beramai-ramai.. hoho~ bye 







Sunday, March 03, 2013

Sambutan Tahun Baru Cina


Hari ini hari Sabtu dengan sukarelanya aku bangun awal dari waktu kerja sebab ada kerja-kerja sukarela iaitu menjaga kaunter pendaftaran semperna sambutan Tahun Baru Cina. 
Dedikasi sangatttt semuanya.. hehe
Acara tahunan ini di anjurkan oleh MACMA, IKRAM, Hidayah Center dengan kerjasama MPPP. Matlamatnya untuk memperkenalkan Islam kepada not-yet Muslim. 

Pebagai aktiviti di adakan dan sambutan agak menggalakkan. Secara peribadi, saya rasakan masyarakat sekarang lebih terbuka dalam menerima maklumat. Maksudnya kalau ada 'islamic talk' tu ada jugak la not-yet muslim ni willing nak dengar. Cuma cara approach dan penyampaian kena menarik kut.

Kat bawah ni antara aktiviti yang di adakan.
Lion Dance dan persembahan gendang
Perkongsian dari saudara Jumaat (Chinese revert dari China & pelajar phD USM) dan menamakan pokok oleh YB Sim

Ada jugak pertandingan mewarna, susun limau, teka kacang, cek blood dan booth2 pameran. Dalam sibuk jaga kaunter terjumpa bayi super comel ni. Sempat jugak la main lambung-lambung anak orang.. LOL. Mak Malay dan ayah Cina maka bayi yang terhasil boleh jadi macam anak orang korea.. 
Comey sangat rambut tempurung tu.. gegegegege
Atau boleh jadi jugak macam anak Tom Cruise, Suri tu.. Eh sama tak?eheh
Subhanallah! adorable & cekci lah ;)

Oh sebelum balik sempat jugak beli benda ni.. Flag tu memang dah lama cari.. Ehh nak buat apa dengan flag tu?? Jeng jeng.. adalah :P.
Badge RM3, Flag RM20

*Masuk Islam itu bukan bermaksud masuk Melayu. Nama saya sebelum Islam adalah Khaw Lek Ming dan selepas Islam Khaw Lek Ming jugak. -Bro Khaw

Friday, March 01, 2013

Swimming Lesson: Part 1

Kelmarin aku dan Jannah dah start kelas swimming.. hehe.. Instructor kami Miss Carol yang kami kenal dari Mr Adrian yang diperkenalkan oleh Brother Khaw. hoooo panjang salah-silah. Kelas pertama ni sepatut start jam 6pm tapi disebabkan perkara keduniaan lain, ia terlewat ke 6.30pm. Total ada 10 sessions. Setelah bermesyuarat tepi pool kami decide untuk belajar 'free style'. 
Tapak kejadian
So, kat sini just nak share apa yang aku belajar. Tapi model semua orang lidi.. No perempuan sexy berbikini demi menjaga kesucian hati pembaca.. haha:

1. Breathing 
Tarik nafas ikut mulut dan keluar ikut hidung.
2. Superman->Starfish->Mushroom

First, berdiri tepi pool, luruskan tangan dibelakang kepala, ambil nafas dan tolak dinding pool dgn kaki untuk gerak jadi superman. 
Superman, Starfish & Mushroom
Masa jadi 'superman', let your body float, relax, kaki dan tangan rapat untuk kurangkan 'water resistant'. Jika vuntut kelihatan di permukaan air bermaksud anda berjaya float, jika tidak cuba lagi.. hehe

Then kembangkan tangan dan kaki macam 'starfish'. Akhir sekali tukar jadi  'mushroom' or macam baby dalam 'womb'.

3. Kicking
Lepas tahu float, takkan takmau gerak. So kena lah belajar 'kicking'. Untuk bergerak, keseluruhan kaki kena gerak atas dan bawah. 

Ini gaya 'superman' tadi tapi kaki kena gerak.

Actually part ni agak susah sebab kaki berat kot.. Banyak lemak.. haha. 'Kicking' berjaya kalau badan wave kiri dan kanan dan moving forward at the same time. Alah pendek kata macam ikan. 
Hujung kaki jugak mesti sering diluruskan (lawa gak gamba kaki yg aku lukih.. kehkeh)
Kelas hanya berlangsung setengah jam sebab Carol ada hal dan nanti dia ganti balik masa yang terhutang. Apapun kena banyak practice. 
Hope I can swim like a dolphin ;p

p/s: Berenang, Memanah dan Berkuda adalah sukan yang Nabi (SAW) galakkan :).