Total Pageviews

Thursday, December 27, 2012

Blood & Urine Test Yang Ngeri


Pagi itu, dengan perut yang berdangdut lapar dan semangat berkobar2 aku dan sorang kawan ke Wolleson Hall untuk mempersembahkan sample darah dan urine kepada BHP staff. Sebenarnya kami buat health check bersemperna “Safety and Health week”. 

Selain darah dan urine, RM100 telah dilaburkan untuk ujian yang julung kali aku buat. Untuk test ni, kami perlu berpuasa sekejap iaitu dari malam sampai sample darah dan urine diberi supaya kandungan glucose dalam darah stabil.
vampire.. heeeeeeee~ ngeri!
Yucks
Setelah beberapa minggu, semalam resultnya keluar. Sebenarnya aku tak da la faham sangat apa yang ditulih sbb bukan medical background  tapi mana2 yang below atau over normal range tu akan di ‘bold’. Maksudnya perkara tu perlu diberi perhatian parlimen 1Malaysia.

Layan je la result kat bawah ni.. 

1.Haematology Examination
Berdasarkan pembacaan, tujuan test ni untuk meneliti 3 jenis sel darah iaitu;
>red blood cells (tell if our blood is able to carry enough oxygen or not)
>white blood cells (as an indication of the presence of infection and show how good body is at fighting infection)
>platelets (may tell how good blood clotting process is)

Yang kurang sikitttt kat sini adalah MCH dan MCHC. Apakah itu MCH dan MCHC?? Tengok lah kat bawah ni. Penat copy paste :P

MCH (Mean Corpuscular Hemoglobin) - Hemoglobin amount per red blood cell.

Normal MCH adalah 27-33 pg

MCHC (Mean Corpuscular Hemoglobin Concentration) - Hemoglobin concentration (hemoglobin amount relative to the size of the cell) per red blood cell.

Normal MCHC adalah 310-350 g/L

"Low MCH & MCHC is due to inadequate iron for daily needs.
Eat more iron-rich foods such as:
eggs, meat, leafy green vegetables, dried fruits, beans, peas and iron-fortified foods such as bread, cereals and pasta."
Belagak lah cik kambing ni
2.Renal Function test
Sodium, Potassium dan Chloride semua within normal range BUT urea is too low. Female adult’s urea supposed to be in range 2.5-6.7mmol/L.

Low levels usually indicate: Malnutrition (inadequate protein in diet) or kidney problems.

"Eat protein rich foods such as:
-meats, milk, fish, and eggs, as well as in plant sources such as soy, beans, legumes, nut butters, and some grains (such as wheat germ)."

However, ‘plant sources’ is better coz eat too much meats, eggs etc will increase cholesterol level and other diseases.

3.Liver Function test
Hah apebende lak ni.. Yang ni malas nak komen banyak sebab semua jelita seperti biasa je.. Albumin, Globulin Alkaline phosphatase bla bla..ZzZZZzz
Thank you my liver..love you!muah!
4.Hepatitis B Screening
Yg ni pun alhamdulillah ok je tapi ada note lak advice for vaccination sbb tak immune.. 
Cet duet lagi..

5.Others
Blood glucose, T4, Calcium, Phosphorus semua dalam keadaan sopan dan tertib. Tak sesia ikut nasehat Michelle Yeoh amek Anlene. Tp tak amek tiap hari pun sbb malas.. hehe.. Btw Anlene ni bagus gak sebab ia ada nano calcium yg mudah menyerap ke dalam tulang. Perempuan mudah kena osteoporosis. Kesian pompuan..sob sob.
Tenkiu tenkiu (terharu)
6.Lipids Studies   
Yg lain2 ok cuma yang perlu diberu perhatian adalah………….. Cholesterol level iaitu Triglyceride dan LDL-cholesterol aka bad cholesterol. These 2 things can lead to "heart disease" 
 Note:"Belly fat is associated with higher Triglyceride levels." (so kalau boncit tu maybe Triglyceride high)

Erghhh tensen!  Ok tenang2.. Cholesterol level sebenarnya tak ikut saiz badan actually.. Ada setengah org dilihat kurus tapi kolestrol level tinggi.. Yg gemuk mungkin lagi tinggi. 

So how to control them?There are 2 main ways to deal with it:-

1. Eat right food
Reducing saturated fat, trans fat, and cholesterol.
Eating less carbohydrates
Eating more KFC Nasik Lemak RotiCanai fish high in omega-3s (Fish like mackerel, lake trout, herring, sardines, albacore tuna, and salmon are high inomega-3s)

2. Exercise regularly
Five or more days each week can help lower triglyceridelevels.
Losing 5%-10% of your weight

Disebabkan keciwa dengan tahap cholesterol yang tak cun tu, pas balik keje tros belasah Garrett pop corn yg berjaya diseludup oleh Jannah dari Key El. Padan muke cholesterol. Alang2 dah tinggi tu kita kasi tinggi lagi lah. Lepas tu aku tros pegi jogging untuk menutup rasa bersalah itu. Kahkah.

Makan dia.. nomnom
Kepada kengkawan yg sudi baca entry ini dengan penuh syahdu, disarankan buat health check sekali setahun sekurang2 nya untuk tahu tahap kesihatan. Walaupun mati tu bleh datang bila2 tapi kesihatan yg Allah bagi kena jaga kan ;).. Mat salleh sebelah umah aku slalu cakap "Prevention is always better than cure". 

Akhir kata....
Haha

Thursday, December 13, 2012

3 Perkara Menjengkelkan

Ada 2 perkara yang menjengkelkan kalau terjadi time aku nyenyak tido atau pun baru nak tido..
1. Bunyi bising. 
Bunyi bising ni termasuklah makhluk yg kurang 'sense' yang ketawa mengilai bak mak lampir kurang kasih sayang. Tambah2 lagi kalau ia berlaku di hening subuh. 
Ataupun bunyik motor.. Umah aku kat simpang so kekadang mat2 moto suka preng kuat2 mohon perhatian gadis2 jelita. 
Ataupun jiran yang suka main piano kuat2 sambil berharap ada syarikat yang akan mempelawa dia buat konsert jelajah 1Malaysia. 


2. Keadaan yang terlalu panas. 
Ni slalu jadi time balik kampung. Sweating habis. Bangun2 rasa mcm nak bertukar jadi 'incredible hulk' kaler ijau.. Tapi xtau lak nk marah kat sapa...grrrrrr(bertukar)



Oh ada lagi 1 perkara yg menjengkelkan samaada time aku tido atau masih sedar iaitu orang yg suka main campak2 barang atau hempas pintu macam hantu Kak Limah. Eh Hantu Kak Limah suka main campak barang ke? Hehe apa2 je la kan.. Bagi aku, itu agak kurang adab. Mohon si pelaku mengkhatamkan kitab Al-Adab terbitan Pustaka Salam. hewhew
  
Btw beberapa hari lepas aku ada mimpi kena kejar dgn org utan.. Ustat kata kalu mimpi buruk jgn citer kat org tp ni aku citer sbb dh lebih 3 ari. Plus kalu terjaga kena trus mohon dilindungi syaiton dan puh ke kiri 3x tak silap. 
Orang utan tu besar then aku sempat la nyorok. Pastu ada sorang bawak orang utan lain naik moto dia. Membonceng. Then orang utan besar tu pun kejar mereka guna motor gak. Mana dia dapat motor tu pun tak tau la.. Mereka berkejaran sampai la aku terjaga. he2. Lepas jaga aku wat kesimpulan orang utan mungkin boleh bawak motor kalau dilatih. 
Naik basikal pun pandai..

Tuesday, December 11, 2012

Ya Sudahlah!

"Ya Sudahlah" adalah lagu band Indonesia iaitu Bondan Prakso. First time dengar masa dalam van ke Gili Trawangan, Lombok. Sambil layan lagu, enak menikmati permandangan indah kat luar.

So setiap kali terdengar lagu ni mesti teringat suasana ittew. Kira ada sentimental value la kat aku.. kihkih... Jemput dengar jgn memalu..



Btw aku suka sore Mraz anak pak Jason aka Jason Mraz. Dia pun minat kat aku tapi terpaksa tolak cintanya sbb tentangan kuarge.. Lagipun dia takske durian iaitu buah tradisi org Perak. Tu yang susah sket. 
Walaubagaimanapun sebelum kami 'break' JM(nama manja) buat lagu ni utk aku sambil dia main gitar (gitar tu aku hadiahkan semperna hamster dia beranak kembar).. Jgn jeles eh. Bye.




Sunday, December 09, 2012

Valdor Run 2012


Tepat jam 4.25pagi aku rasa ada ‘vibration’ kat bawah bantal. Oh alarm rupanya. Lupa nak set dia kasik bunyi.

Sebenarnya hari ni ada Larian Valdor. Apakah itu Valdor? Ia bukanlah syarikat menjual jongkong emas mahupun pembekal ‘durian creep’. Tapi ia adalah nama tempat yg terletak di Sg Bakap, Penang. Larian ni anjuran bekas pelajar SMJK(C)Valdor.
Hydrapak yg banyak berjasa (Next time nak masukkan ice blended..kahkah) 
Dengan malasnya aku snooze je alarm tu.. 4.35am bangun balik dengan pertanyaan napa la aku masuk larian ni.. Arghh malas la plak nak lari.. Rasa macam dipaksa lari. Dah2 abaikan perasaan negative tu. Lepas bersiap2 dan amek Jannah, kami terus ke RnR Juru untuk bersolat. Disebabkan subuh pun tak masuk lagi kami amek kesempatan utk tahajud tido secara berjemaah di surau RnR itu.  

Lepas selesai segala urusan ukhrawi kami terus masuk Tol Juru dan menunggu jemaah larian yg lain. Tak sampai 5minit, bro Yoeh@Yusuf pun tiba. Lebih kurang 20minit kendian, bro Yunos dan Hafiz muncul dan kami terus memecut ke tapak kejadian.

Sesampainya keadaan agak kelam kabut sebab larian dah nak start. Larian akan bermula dan berakhir di SMJK (C)Valdor. Tak sempat nak lekat2 mesej keamanan ka apa.. Tepat jam 7.00pagi kami dilepaskan dan semua berlari dengan girang. Total jarak larian adalah 8km untuk wanita dan 11km untuk lelaki.
Beberapa minit sebelum larian bermula
Peserta
Cabaran untuk larian ini adalah ‘bau’. Bukan bau ketiak orang tapi bau “va alif va ya”... Allahurabbi..Baunya toksah cakap la.. Rasa nak request 1 tank oksigen tapi mesti depa tak layan request aku.. hehe. Boleh dikatakan sepanjang larian terpaksa menahan bau tersebut. Ada 1 point yg memang lalu dekat ‘habitat’ mereka sbb ianya hanya terletak beberapa meter dari jalan besar… Paru-Paru termasuk alveolus tak mampu lagi mengasingkan oxygen segar dan oxygen tercemar.  Aku menasihati paru-paru agar bersabar dengan keadaan ini dan beliau menuruti.
Aku rasa penduduk kat situ dah ‘immune’ dgn bau tersebut. Balik larian je tros headache sebab bau tersebut (kesalahan diletakkan diatas bahu vavi..LOL)
Ketibaan Yang Berbahagia Nor Jannah Bahrum

Start/Finish point
Actually, pelbagai gelagat peserta yang boleh dilihat masa larian. Ada yang tak pakai kasut, ada yg tak pakai baju (seluar masih ada.lol), ada yg lari sambil buka buku lagu tapi peserta paling comel adalah peserta kanak2.. 

Semuanya atas keselesaan masing2 untuk habiskan larian. Semuanya fokus. Menarik kaki/baju peserta lain atau meletakkan batu dengan harapan peserta lain jatuh tersungkur bukanlah amalan terpuji untuk mencapai kejayaan. Pendek kata kita takleh nak halang org lain dari terus maju. Apa yg perlu dilakukan adalah memotivasi diri dan melakukan semampu mungkin untuk mencapai apa saja dlm hidup (tetiba rasa mcm Dr Fadhilah Kamsah). Itulah 1 motivasi yg aku dapat dari larian tadi.. Hope esok tros jadi rajin..hehe
Okla okla mls nk membebel lagi sebab ia memerlukan beberapa lagi Joule tenaga. Layan je la gamba2 kat bawah ni.
Ahli Revert Sport Club- Adam, Yunos, Yeoh, Hafiz (keciciran seorang lagi pelari)
:D
*ingat nak p basuh paru2 la* 

Monday, December 03, 2012

Fobia?



Apakah itu fobia?
“Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya. Bagi sebahagian orang, perasaan takut seorang penghidap fobia sulit dimengerti.”-Wikipedia


Ni antara cth2 fobia :
Bibliophobia - takut pada buku<--ni alasan baik kalau malas baca buku hehe
Japanophobia - takut pada org Jepun<---apa punya fobia la ni
Venustraphobia - takut pada perempuan yang cantik<---apakah?

Dalam hidup aku rasa pernah berlaku fobia yg agak kronik masa form 2. Yg tau kwn2 asrama je aku rasa dan mungkin depa tak anggap siyes. Bagi yang mengalaminya, ia adalah perasaan yg x best.

Ok mari flashback (ilusi hitam putih saja). Tak silap time tu hari jumaat, dalam kelas cikgu tgh ajar maths. Di luar awan sangat mendung  dan tiba2 hujan turun sangat lebat beserta angin yg sangat kencang. Tiada pandangan diluar tingkap melainkan putih dan ribut ganas membadai. Cermin tingkap pecah sebab kena pokok tumbang, cikgu lari ke bawah kelas dapatkan anaknya sebab hari tu dia bawak anak dia. Kami girls semua menyorok bawah meja sambil berdoa. Ribut itu agak lama dan dalam hati memang tgh fikir eh kiamatkah? Maakk abaahhh L… Memang igt dah nak kiamat dan rasa sgt takut. Huhu..
My school :D
Alhamdulillah selepas beberapa lama tiada lagi ribut. Yang ada hanyalah kemusnahan. Kami girls sempat berkongsi kerisauan dan mohon doa. Bila balik ke asrama, ada sebahagian bumbung yg dah terbang melayang. Disebabkan banyak kebocoran yang berlaku dan ‘blackout’, kami semua tidur beramai2 di surau asrama sampai la keadaan pulih seperti biasa.

Tak sangka kejadian tu sebenarnya bagi kesan mendalam kat aku. Sejak dari itu aku tak bleh tengok pokok start goyang2 angin tiup. Jantung akan start berdegup kencang. Takut kalau2 kejadian sama berulang. Kalau di asrama,bila angin bertiup kencang tengah malam atau hujan terlalu lebat aku akan terus terjaga dan takut. Paling teruk aku akan jadi atlet lompat jauh.. melompat  ke katil kawan dan menyempit tidoq kat dia.. Pada kawan terlibat yg membaca sy mohon maaf.. Ada sekali tu, esoknya kena marah sebab menyempit kat dia.. (Rusidayu marah kat aku.. hehe)

Kalau di rumah pulak, paling teruk pernah aku menyorok dalam almari besar. Dah la time tu rumah depan padang so sgt ’expose’ pada angin kencang. Fobia tu aku rasa agak lama jugak la then tak ingat bila ia pulih. Yg pasti time PMR dah tak da fobia tu.. hehe Alhamdulillah.. 

Sunday, December 02, 2012

Alat Pengesan Kilat


Al-kisahnya masa form 5 kami ada pertandingan rekacipta. Sebenarnya ada katogori lain tapi taktau la mimpi apa nak masuk rekacipta. So aku, Nasira dan C-Yat pun formed satu grup. Grup kami ada nama tapi dah tak ingat nama apa..

Aku, Nasira & C-Yat (rinduuu semua...^.^)
Fikir punya fikir, bincang punya bincang akhirnya kami buntu tak tau nak buat apa.. Tiba2 muncul 1 mentol atas kepala aku.. Aku baru teringat yang atuk aku ada 1 device yang menarik iaitu alat pengesan kilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat (tolong buat suara doremon).

Atuk aku ni walau tak belajar sampai U atau masuk matrikulasi, dia pandai bab2 letrik.. Kepandaiannya mengenai bidang letrik ni membuatkannya dikenali sebagai ‘Majid Api’ di seantereo kampong. Nama atuk aku bukan Majid tp xtau la napa org panggil Majid. Apa2 je la asal atuk aku hepi dgn nama tu.

Bila balik kampong, dengan tersipu2 nya aku tanyakan alat pengesan kilatnya tu.. Alat tu memang akan berbunyi kalau ada kilat. Beliau pasang kat tiang dalam rumah. Aku rasa dalam hati beliau ada sekelumit bahagia bila produknya mula memasuki pasaran antarabangsa. Lepas dia bersetuju untuk buatkan aku 1 set lain aku pun bagi la alamat asrama aku kat dia utk dia pos nanti.

Aku pon bagitau la berita gembira ni kat Nasira dan C-Yat dan nyata mereka lega. Di saat kumpulan lain berhempas pulas menyiapkan projek kami hanya buat slumber je.. maklum lah tunggu barang sampai je kan. Nak kalut apa.. hari pertandingan makin hampir tapi barang atuk aku tu masih tak sampai.

Kami mula panic. Aku tak ingat masalah teknikal apa yg atuk aku hadapi tapi rasanya ada part yang dia tak dapat cari.. keadaan ini tak boleh dibiarkan. Maka kami perlu mencari alternative lain andai pengesan kilat itu masih tak sampai.. tiba2 C-Yat teringatkan solar cap abangnya. Tanpa berfikir panjang kami terus bersetuju. Sebenarnya solarcap itu dibeli oleh abangnya di kedai serbaneka kalau tak silap. Ia berwarna biru dan di atasnya ada kipas yg digerakkan oleh panel suria.

Solar Cap
Tiba hari kejadian, pengesan kilat atuk masih tak sampai maka kami guna je solar cap tu.. Kami melantik Nasira utk jadi presenter alat ‘rekacipta’ kami.. padahal beli je.. haha..nakal gila!
Tiba saatnya aku tgk Nasira dpt present dgn penuh yakin depan cikgu. Siap explain secara teknikal mcm mana sambungan wayar tu.. dalam hati mmg aku rasa kagum dgn kebolehan dia temberang.. haha.. actually ada jugak rasa bersalah tapi nak buat macam mana.. darurat.

Lepas present semua lega.. Time pelajar lain datang melawat ada juga yg berbisik2 dgn kwn2 depa. Ada jugak tanya macam2 then ada jugak yg berani ckp korang beli kan topi ni?? Haha.. siapa nak mengaku.. mestila kami deny sekeras-kerasnya..

Aku memang harap solarcap kami ni tak menang sebab kalau menang kena masuk peringkat MRSM pulak.. habessss…  tengok2 solarcap kami berjaya mendapat tempat ke-3. Aduiii.. haru.. Tapi nasib baik projek lain yg dipilih untuk mewakili maktab. Aku rasa cikgu pn dh boleh agak.. hehe..
Itu je la penipuan yg aku pernah lakukan secara berjemaah. :P
Lepas habis pertandingan baru lah alat pengesan kilat atuk aku sampai.. hehe.. nasik dah jadi bubur..:p

Pengguna tegar 'Highway'

Assalamualaikum..

Minggu ni aku balik kampung. Apa yang istimewanya? Takda benda yang istemewa pon.. Cumanya bertolak agak petang dari Perak, around 5pm dan dijangka sampai Penang jam 8pm.. 

10km ke Juru hujan lebat pulak..Lepas je tol Juru aku layan je la drive sambil memikirkan masalah umat.. Tetiba aku terpandang kiri ada lorong lain.. Aikk lorong apa plak tu.. Lorong ke Penang bridge!...Aduiii terlepas simpangla plak.. Tak pernah2 terlepas simpang ni..  Malas nak bukak Papago aku pun ikut je la sign board.. Mcm poyo je plak kan nak pakai GPS padahal terlajak sikit je pun. Lagipun bukan x pernah sampai situ. Akhirnya berjaya buat U-Turn dan masuk bridge.. Hoyeah!!
Gigih cari jambatan~
Sepanjang 4 tahun jadi pengguna tegar highway banyak gelagat pemandu yang boleh dlihat. Nah tgh rajin nak senaraikan:

1. Yg bawak slow tapi duduk kat 'fast lane'.. hoh bengang gak la..
2. Yg suka main 'high beam'. Ni jenis x paham. Kdg2 dia tak nampak ke selonggok kereta berderet kat depan tu lagi nak bagi 'high beam' kat kita.. haih
3. Yg nak potong tapi bila kita dh bagi laluan dia lembab la plak nk potong. Apa masalah pun x tau la.. Bila kita masuk balik 'fast lane' tau plak dia bagi 'high beam'.
4. Yg suka main 'emergency break'.. Yg ni aku rasa dia ada 6th sense.. Maybe dia nampak org halimunan melintas jalan tu yg dia 'sudden break'. Lebih baik avoid duk blakang dia.. Kalau 'bang' kita gak yg kena bayar..
5. Yg tak tau guna signal..Actually kat tempat2 lain pun banyak.. Bagi aku, kalau ada kereta kat depan dan belakang bagi la signal.. Jgn susahkan org lain dan diri sendiri kalau accident kelak. Unless xda kereta lain kat jalan tu x yah signal pn x jd masalah..

Akhir kata, tak kira la bawak kereta mahal atau murah yg penting jadilah pemandu yg berhemah..:)