Total Pageviews

Friday, May 12, 2017

Kesabaran Dalam Potty Train

Salam..
Jauh di sudut hati malas nak tulis blog tapi disebabkan menulis adalah salah satu aktiviti untuk tingkatkan fungsi otak aku pun merajinkan diri.

Aku just nak share pengalaman potty train si Umar. InsyaAllah ada manfaatnya. Sebelum potty train Umar aku pun google dan baca pengalaman orang jugak.

Aku mula potty train Umar pada awal bulan April (umurnya 2tahun 3bulan) dan dia bebas lampin pada minggu ke 3 macam tu. Senang cerita lebih kurang sebulanlah. Memang capai target aku. Bebas lampin dalam kata lain tak pakai lampin keculi tido siang+malam. Bulan March aku ada try train dia tapi aku fed-up maka percubaan gagal. Lagipun time tu banyak berjalan. Letih.

Ini faktor-faktor membuatkan aku decided untuk potty train dia:

1. Lampin kurang basah dalam makna lain kurang kencing. Kadang dia tak kencing pun tapi lampin kena tukar sebab dia beron (berak). Kan dah rugi lampin macam tu.

2. Dah boleh bagitahu kita kalau beron atau kencing. Dengan kata lain boleh bercakap.

3. Lepas beron dia akan mintak dicebok dengan cepat. Maknanya dia dah geli dengan tahi/kekotoran.

4. Senang kalau nak masuk sekolah ke hape. Setengah sekolah tak nak terima budak yang masih pakai lampin.

5. Ambik kira keberadaan aku sebagai suri rumah sementara. Kang aku dah masuk kerja lagi susah nak potty train.

Sebelum mula, minda+emosi kena prepare sebab memang menguji kesabaran tahap angkasa lepas. Sabar bila dia:

1. Kencing dalam seluar/cadar/karpet
2. Beron dalam seluar/cadar/karpet
3. Tahi tercicir atas lantai
4. Asyik suruh bukakkan seluar cakap nak kencing tapi tak kencing pun. Kadang tiap 10 saat dia suruh bukak seluar tapi bila dah bukak seluar dia cakap tak nak pulak. Kita ni dah la nak siapkan banyak kerja2 rumah.
5. Marah kita bila kita tanya nak kencing tak? Mungkin dia annoyed dengan soalan berulang dan kerap.

Perkara-perkara kat atas tu memang boleh buatkan darah berdesuppp naik kepala haha. Aku bukanlah seorang yang begitu sabar. Banyak hari naik hantu dan macam mak tiri puaka kat TV huhu. So stepnya macam ni lah:

1. Gulung semua karpet dulu. Aku tak gulung awal-awal akibatnya ada tahi tercicir atas karpet. Nasebla karpet nipis, kecik dan tahi dia keras bukan lembik-lenyau tu haha. Terdetail plak.

2. Beli bekas kencing/beron dia. 

Nak tengok Didi punya pasal dia request letak benda ni depan TV. NO WAY man :D
3. Bagitau dia dah tak pakai pampes so kalau nak kencing cakap " Umi nak kencing". Suruh dia ulang balik ayat tu sampai terpahatt dalam minda dia. 

4. Selalu tanya dia nak kencing tak? Aku tanya terlalu kerap sampai dia marah. Dia nak main pun tak senang. Ada masa tu tak sampai 10 saat lepas aku tanya dia dah kencing dalam seluar. Mana aku tak hangin. Lepas kencing dalam seluar baru dia nangis cakap nak kencing. Stage awal2 ni memang stage nak bagitau dia kencing dalam seluar tu salah. Seluar akan basah. So kencing dalam seluar tu salah satu proses pembelajaran jugak.

5. Masa tukar seluar dia yang basah tu brainwash sikit. Tanya dia nak kencing cakap apa? Kencing kat mana? Kencing dalam seluar umi rotan. Contoh la. Pendekatan aku memang macam singa. Ikutla pendekatan memasing. Stage ni jugak dia tak dapat nak kenal sangat rasa kencing dan tak dapat nak control lagi.

6. Adapun untuk beron, kita kena alert. Nampak muka dia lain macam atau ada mukadimmah nak beron cecepat tanya dia dan bawak dia pergi bekas. Memula dia akan rasa tak selesa dan boleh jadi hajatnya terbantut.

7. Bila keluar kejap beli barang or jalan2 bawak lampin bagi dia pegang sebagai reminder.


Lampin kat tangan :D
8. Pujilah bila dia dah boleh bagitau nak kencing. Kasi dia kembang sikit lol.

Bila dah mula potty train memang ada rasa nak give-up sebab letih+stress. Tapi bila asyik on-off, nanti dia jadi keliru nak kencing kat mana sebenarnya. Bila dia keliru nanti kita jadi lagi susah so baik teruskan je. Tak sanggup nak penat banyak kali. Ada gak terpikir awal sangat ke aku train dia. Bila baca2 balik ok je umur macam ni. Dah berjaya kena la rajin layan bila dia nak kencing+beron. Muahaa~
GoodLuck!

Monday, April 17, 2017

20 Perkara Unik

Setelah masuk 4 bulan bermastautin di negara pasir berdengung ni aku nak share sikitlah kelainan dan keunikan yang ada kat sini. Setiap bangsa/negara ada keunikan/kelainannya yang kita patut raikan.. Rai?lol. Tak ada bangsa yang perfect bagus terbaik 100%. Setiap bangsa mesti ada kelebihan dan kekurangan. Urm tu sebab Tuhan jadikan manusia ni berbangsa-bangsa supaya kita dapat kenal antara satu sama lain ambik yang jernih buang yang keruh. eh.

Benda yang aku share ni berdasarkan pemerhatian di Riyadh(capital of Saudi Arabia). Mungkin daerah2 lain tak sama. 

1. Semua wanita diwajibkan pakai abaya hitam bila keluar rumah termasuk non-muslim. Corak2 sikit boleh la tapi dasarnya kaler hitam. Kecuali kat aiport. Tudung tak kisah kaler apa. Tapi Saudis selalu pakai semua hitam from head to toe. Yang pakai tudung kaler2 selalunya bukan Saudis. 

Pertama kali keluar pergi mall nyaris tak pakai jubah biru 
2. Perempuan Saudi kebanyakannya berniqab. Ya niqab yang nampak mata tu je. Ada jugak yang tutup muka semua termasuk mata dengan kain hitam. Gigih kan? 

3. Lelakinya pulak kebanyakan berjubah putih dengan penutup kepala yg dipanggil kaffiyeh. Ala penutup kepala yang ada corak kaler merah tu lah.. Kalau orang balik Makkah kadang ada bawak balik sebagai cenderamata. Tapi selalu mak2 buat lapik TV je kan? haha. Benda tu sebenar diguna ntuk menahan kepala dari panas mentari dan debu2 dosa. Jubah2 di setiap negara Arab ada bezanya. Contoh jubah kat sini kolarnya macam baju melayu tapi kalau tengok di UAE lain lak design jubahnya. 

4. Perempuan tak dibenarkan memandu kereta. Nak kemana2 naik cab atau male guardian pandukan. Ia adalah satu2nya negara didunia yang tak benarkan perempuan memandu. Hope skill memandu aku tak hilang balik Malaysia nanti.

5. Semua premis akan ditutup bila tiba waktu solat. So kalau kita masih hegeh2 shopping, duduk je la dalam kedai tu sampai dia bukak balik dalam 20minit camtu. Petrol station pun sama.

6. Supermarket akan ditutup lebih awal untuk bagi laluan solat Jumaat. Sini Jumaat cuti so kalau nak beli barang waktu pagi tu pergi awal sikitlah. Kami pernah pergi shopping groceries kat Carrefour, 11.30 am dah kena halau keluar sebab nak tutup lama sikit (zohor 12.30). Perasaan dia macam kau tengah "melabur" tetiba ada orang gegar pintu tandas kuat2 suruh keluar cepat haha. 

7. Bila masuk waktu solat, azan akan dilaungkan termasuk dalam shopping mall. Diorang akan solat jemaah skali pakai microphone so 1 mall boleh mendapat hidayah (berdasarkan 2 mall yang aku pergi). 

8. Diorang solat merata. Aku pernah shopping time malam. Masa premis tutup time solat, ada yang solat depan pintu premis dengan anak2, ada yang solat kat penjuru kedai. Pernah gak aku nampak diorang buat jemaah kecik kat parking lot. 


Solat jemaah dalam Carrefour
9. Dalam surau/musalla tak ada tempat berwuduk. Selalu tempat wuduk dia attached sekali dengan tandas. Kebanyakan tandas mall yang aku pergi semua bersih dan wangi la. 

10. Panggil "Ahmad" atau "Muhammad" kalau nak tegur lelaki yang tak dikenali. Dulu hasben aku pernah panggil Ahmad kat sorang cashier tu. Aku tanya macam mana tahu nama dia Ahmad? Dia cakap panggil macam tu kalau tak kenal orang. Kalau perempuan aku tak pasti la nak panggil apa. Jangan memandai panggil Siti ke apa. Tak pernah dibuat orang haha.

11. Kedai makan ada section untuk single dan family. Contohnya kalau hasben nak bawak wife dan anak2 makan kat luar, kena cek kedai tu ada family section tak. Kalau takde tak boleh la pergi or takeaway je. Single section untuk makan dengan kawan2 atau makan sorang. Setengah kedai tak buat family section.


Family section di sebuah restoran makanan China

Family section di Kudu
12. Kaunter foodcourt kat mall contohnya ada seperation lelaki dan perempuan. Maksudnya perempuan dan lelaki beratur asing2. Sebelah menyebelah. Kadang depa buat partition kadang tak.

13. Tak ada pawagam.

14. Ada banyak shopping mall. 

15. Kebanyakan mall/kedai makan ada "children entertainment". Ala tempat main kanak-kanak. 
Kereta letrik goyang-goyang tu sekali ride dalam SR6 huhu
16. Bangsa yang suka picnic. Diorang akan bawak karpet kecik pastu duk santai kat padang or park sambil makan2.


Park di Jubail byk sampah huhu

17. Petrol murah. Kurang RM1/liter.

18. Highway tak ada tol tapi ada pos kawalan polis. Kalau polis tahan sila berhenti. Gagal berhenti boleh di tembak. 

19. Ada drive through ATM machine.

20. Dulu ada polis agama untuk laksanakan "amar makruf nahi munkar". Kuasanya lebih tinggi dari kuasa polis. Boleh main tangkap orang. Tapi dah setahun kuasanya disekat sebab over-ruled. Ikut wikipedia, kes paling dahsyat bilamana polis agama ni tak bagi school girls keluar sekolah yang sedang terbakar sebab diorang tak pakai abaya dan tudung kepala. Bomba plak lelaki. End up mati 15 orang. 

Personally aku nampak nilai2 Islam tu menebal jugak di kalangan masyarakat sini. Aku harap Tuhan pelihara. Mana yang baik tu kita sokong la. Ye dak? 

Tuesday, April 04, 2017

Singgah Madinah

Assalamualaikum.

1. Lepas 2 malam di Makkah kami gerak pula ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 4 jam berkereta. Kami gerak keluar lepas jam 2 petang hari Jumaat. Mujur hotel checkout jam 2 petang. Sempat bersolat Jumaat (Zohor masuk jam 12.30tengahari). 

2. Kami sengaja pilih umrah pada hari biasa untuk elak kesesakan pada hujung minggu. Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu dan kemungkinan besar rakyat Saudi sendiri akan datang buat umrah. 

3. Sempat singgah di ZamZam Water Distribution Center iaitu tempat beli air zam-zam. Canggih gak ada zam-zam vending machine. Had maksimum adalah 20 botol tapi kami ambik 2 botol je. 
10L 5 riyal je baq hang
4. Perjalanan diteruskan dan tiba di Madinah pada waktu Maghrib. Malam tu kami hanya intai Masjid Nabawi dari jendela kamar. Penat ngat aih.. Ni kalau naik unta hari apa baru sampai ni. Hebat orang zaman dulu.
Perjalanan Makkah-Madinah
5. Keluar hotel agak lewat pagi tu dalam jam 11am. Kami terus ke Jabal Magnet. Tarikan utamanya botol boleh bergolek naik bukit tapi aku macam tak dapat pembuktian kat situ haha. Maybe boleh tengok experiment kat Youtube.
Jabal Magnet

Tumfuk2 tahi unta
6. Lepastu ke Muzium/Knowledge Center. Ok gak tempat ni sebab ada orang akan ceritakan sejarah Nabi SAW, kota Makkah dan Madinah. 
Laju gila pak arab tu explain.

7. Kami singgah solat zohor di Masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Nabi SAW. Masjid ni jugak ada disebut dalam beberapa Hadis.

8. Malamnya lepas budak2 tidoq, aku amek kesempatan untuk ziarah Masjid Nabawi. Tujuan utama adalah nak masuk Raudhah iaitu tempat mustajab doa dalam Masjid Nabawi. Raudhah adalah tempat favorite Nabi SAW. Nabi SAW suka beribadat kat situ.

9. Sebelum mulakan misi aku ada google step2 untuk masuk Raudhah. Ia sangat membantu dan terima kasih aku ucapkan pada blogger tersebut. 

10. Semua karpet dalam Masjid Nabawi warnanya merah kecuali kawasan Raudhah ditandai dengan karpet warna hijau dan tiangnya warna putih.

11. Masuk je gate Masjid Nabawi aku serba salah nak ke kiri atau ke kanan. Masjid Nabawi ni besar. Akhirnya aku putuskan untuk ke kiri. Pintu masuk untuk wanita adalah pintu nombor 24/25 so misi aku yg pertama cari pintu masuk wanita dulu lah. Aku pikir kalau tak jumpa pusing saja lah satu masjid ni. Boleh kenal2 tempat ni gak.

12.  Tak sampai 5 minit berjalan ada sorang makcik ni tanya sesuatu kat penjaga masjid. Aku pun berhenti menyibuk. Tak paham dia cakap apa tapi pengawal masjid tu jawab "gate 24" sambil tunjuk arah kanan. Maka tahu lah aku gate 24 adalah opposite direction. Aku patah balik dan jalan laju2. Rasa macam ada sinar harapan kat situ lol.

13. Akhirnya aku jumpa pintu masuk wanita. Syukur rasa. Sebelum masuk lebih dalam, aku ambik peluang untuk solat jamak dan solat hajat supaya Allah sudi jemput aku masuk Raudhah. Kalau boleh nak solat 2 rokaat juga dalam Raudhah. Tapi kalau tak diizinkan pun tak pe. 
Entrance for women
14. Usia solat aku pun ikut la jemaah2 wanita ni jalan sampai la jumpa kelompok jemaah yang tengah tunggu. Mak aih ramai sungguh. Ni pukul berapa aku dapat masuk kalau macam ni. Mau ke pukul 1 2 pagi? 

15. Ada pengawal wanita yang jerit2 suruh jemaah duduk. Ada 4 kumpulan besar masa tu. Pastu aku terpandang 1 kumpulan jemaah yang pakai telekung tengah duduk tenang. Itu jemaah dari Asia! Maka aku pun join la group tu. Sempat aku tanya pada salah sorang jemaah Indonesia tu "ni tunggu nak masuk Raudhah ek?" "memang depa asing jemaah ikut region ek?". Yup. Jemaah diasingkan ya.. Maksudnya kita Asian tak campoq dengan Arab dll. Lega sikit. Al maklum asian ni kecik2 lemah-lembut sopan santun. 

16. Dalam 15 minit tunggu kumpulan Asian dah bangun pergi ke kawasan depan. Lepas ni dah boleh masuk Raudhah. Berdebar rasa. Masa tunggu elok la zikir or doa apa yang patut. Tak perlu tolak2. Tapi ada 2 orang minah ni macam tak sabar lak. Duk tolak2 belakang aku. Aku bagi je la dia pergi depan. Mungkin dia ada hajat penting untuk mintak dikabulkan. Kita bersangka baik je lah kan. Ada rezeki memang tak kemana. 
Menunggu masuk Raudhah
17. Sebaik dilepaskan jemaah meluru masuk. Terkejut aku. Semua duk tolak2. Aku ni macam tak payah jalan.. Ikut je orang tolak haha. Ada yang sampai tercabut2 tudung. Kuss semangat. Aku pulak duk sibuk nak cek dah sampai kapet hijau ke belum.. Payah gak nak tengok bawah. 

18. Once nampak je kaki dah jejak kapet hijau apa lagi doa la kan.. Raudhah la tu. Ya Allah seronok sangat rasa. Yang pergi berteman tu siap jaga kawan berganti-ganti untuk solat sunat. Ye la takut orang sepak or pijak kepala. Aku yang tak berteman ni sedih pulak rasa. Tak apa lah kan. 

19. Selesai doa (doa berdiri je ye) aku pun nak keluar lah.. Bagi chance lak kat orang belakang2. Teringat tulisan Prof Kamil, nak beribadat pun jangan selfish. Lagipun mak2 arab yang jaga situ dah suruh keluar. Tak silap dia bagi 15minit. 

20. Masa nak keluar ke karpet merah tetiba ada 1 ruang kosong dalam Raudhah. Aku cek jugak kut ada orang berdiri solat kat situ. Rupanya memang kosong. Muat jugak nak solat situ. Apa lagi aku pun angkat takbir solat la lelaju. Ya Allah rasa syukur sangat.. Risau jugak sebenarnya sebab tempat tu macam crowd so takut ada yang pijak atau jatuh atas kepalaku ini huhu.

21. Malam tu aku berjalan pulang ke hotel dengan hati yang lapang dan gembira. Ditemani pulak oleh bulan terang seakan tersenyum kepadaku. Cewah.
Kubah hijau tu kedudukan maqam Nabi SAW manakala kubah gold tu kedudukan imam dalam masjid

22. Untuk info, waktu masuk Raudhah untuk wanita adalah lepas subuh sampai jam 11 pagi dan juga lepas Isyak. 

23. Menurut hasben aku, kawasan lelaki lebih tenang dan takde pengasingan jemaah ikut region. Pengawal masjid buat isyarat tangan je semua boleh sabar. Kawasan wanita agak ribut. Pengawal wanita jerit2 nak kawal jemaah. Sian plak aku tengok. 


Thursday, March 30, 2017

Kembara Istimewa

01 March 2017
Assalamualaikum..

1. Walaupun kelajuan internet berada di bawah par, ku gagahi juga mencoret sebuah kembara yang istimewa. Istimewa sebab ia adalah pengalaman pertama. Yang pertama kan selalunya istimewa hehe. 

2. Syukur ke hadrat Ilahi sebab sudi menjemput hambaNya yang hina-dina ke tanah suci. Terima kasih daun keladi kalau boleh bawak lagi dituju pada hubby-chubby kerana sudi jadi mutawif dan membawak patik ke sana.

3. Perjalanan kami ke Makkah bermula dari Riyadh mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan menaiki kereta. Bertolak jam 9.30 pagi dan sampai di Taif jam 3.30 petang. Dari Taif terus ke Makkah.

4. Taif adalah tempat Miqat kami iaitu tempat kami memasang niat ihram. Adatempat  penginapan dengan kadar bayaran SR20/hr. Sesampai di Taif kami makan nasik. Makan nasik pun kena bagitau haha. Lepas makan nasik mandi sunat ihram, solat sunat 2 rakaat. Lelaki akan pakai kain ihram siap2. 
Tempat penginapan di Taif: Dari luar nampak macam tandas haha
Tempat penginapan di Taif: Ada katil, peti sejuk dan tandas dilengkapi heater.

Kat luar tempat penginapan ada jual kaih ihram dan beg.
5. Sebaik kenderaan bergerak niat ihram dibaca dan gerak ke Makkah. Ambik masa 2 jam nak sampai. Tak ada kehijauan kelihatan melainkan batuan gunung-ganang yang disinari cahaya senja kiri dan kanan jalan. Masa ni boleh la start talbiah.
Perjalanan dari Taif ke Makkah
6. Disebabkan parking kat tanah haram mahal (SR150/day), kami parking free kat masjid al-Qatari dan ambik teksi masuk ke Masjidil Haram. Jarak masjid al Qatari dengan Masjidil Haram hanya 10minit.

7. Sampai je Masjidil Haram terus masuk azan maghrib lalu kami terperangkap dengan jemaah yang solat kat perkarangan masjid. Melilau gak cari jalan ke hotel sebab ada laluan ditutup. Orang duk sujud kita duk tertegak kat tengah tak keruan haha.

8. Lepas check-in hotel kami rehat jap (menginap di Le-Meridian). Penat sungguh badan berkereta 8 jam lepas tu duk mengendong budak lagi nak ke hotel. Tetiba rasa tak larat lak nak tawaf malam tu jugak. Ngantuk pun ada. Dah rasa 50-50. Rasa nak buat subuh esok lak. Tengok live update kat tv memang padat kawasan tawaf tu.

9. Husband insist nak buat malam tu jugak sebab takut terkeluar ihram. Tapi aku diselubungi kepenatan. Tak join kang kena buat sensorang lak. Mustahil plak nak buat sorang2 kali pertama. 

10. Lepas menyedut semangat aku pun solat hajat 2 rakaat minta dimudahkan urusan. Dah la angkut baby. Apa akan jadi pun kita tak pasti. 

11. Dalam pukul 9pm kami tengok kawasan tawaf dah kurang padat. Apa lagi turun la kami dari hotel macam lipas kudung. Maka bermula la tawaf kami dengan tenang. Umar dengan abinya, baby Aisyah dengan aku. 

Masuk masjid selipar kena masuk plastik beg dan angkut sekali ya.
12. Tawaf kami ambik masa 1 jam. Lepas tu solat sunat 2 rakaat. Sebaiknya ambik area multazam (antara hajar aswad dan pintu kaabah) atau blakang Maqam Ibrahim sebab situ antara kawasan mustajab doa. 

13. Kendian kami minum air zamzam dan mula bersaie dari Safa ke Marwah 7 kali berturutan dengan total jarak dalam 3km (450m x 7). Masa saie tumit dah mula sakit. Dah macam orang tua plak aku haha. Ye la kendong budak tekanan kat tumit bertambah. 
Saie
14. Selesai Saie, husband gunting rambut SR5 untuk keluar ihram. Depa dah memang tunggu dengan gunting. Aku pulak pinjam gunting makcik2 yang tengah tunggu kat tepi2. Perempuan tak de plak khidmat gunting rambut ni. Gunting plak tak bawak. 

15. Dengan itu tamatlah sudah rukun umrah. Lega rasa. Balik hotel pengsan. Perkara2 rukun dan sunat boleh la google ye.. hehe

16. BTW masa tengah saie ada sorang mamat ni approach husban mintak sikit bantuan kewangan sebab luggage dia hilang ke apa ntah.. Macam scam je sebab sebelum tu aku perasan kawan dia datang depan dan bagi isyarat mata kat dia sebelum dia approach husband aku. Husband suruh dia pergi report polis je. Lepas tu dia blah. 

17. Hari ke dua lepas asar aku ingat nak buat tawaf sunat. Bebudak pun kat hotel tengah tido so cantek ah kan.. Tapi bila tengok kawasan tawaf padat rasa ragu2 lak dengan kemampuan diri. Ye la asar dengan maghrib jaraknya tak la lama sangat. Selalunya lepas waktu solat memang ramai kawasan tawaf tu. Kena tungga la dalam sejam macam tu. Akhirnya aku nekad je la buat. Tawakkal je.. Keadaan akan padat sendat start dari rukun Yamani sampai multazam sebab situ kawasan mustajab doa. Flow tersekat sikit kat situ. Dalam tersekat-sekat tetiba ada orang pegang 2 bahu aku, pastu duk picit2 lagi sampai lengan. Lelaki African kot. Meremang uit bulu roma aku. Dalam hati ni berdoa la tak jadi benda pelik2. Last2 mamat tu pergi ke depan tak silap. Aku pun tak ingat sangat haha. Mungkin dia nak jadikan aku perisai. Lepastu berlaku tolak menolak plak bilamana ada yang nak keluar dari tawaf potong flow macam tu je. Lepas tu aku yang kerdil pun tertolak lah dibawak arus. Bahu aku ni dah ke mana hala tah. Syarat sah tawaf bahu kiri kena hala Kaabah. So pusingan tu terbatal maka aku kena buat extra 1 lagi pusingan ganti. Risau masuk maghrib, engorged pulak pastu risau anak jaga nak susu lagi so aku pun keluar tawaf.. Inilah kisah tawaf sunat yang tak kesampaian. Haha. Aku ganti lepas isyak tak silap.

18. Sebelum berangkat antara persediaan yg aku buat tanya husband dan google tentang umrah. Lepastu minum air halia kasi buang angin.. Al maklum tawaf kena dalam keadaan berwuduk hehe. 

19. Masa kat sana aku sarankan mata jangan duk melilau sangat. Masa tawaf dan saie elok zikir or doa. Tapi kalau mata duk melilau hilang pulak fokus. Nanti tengok2 orang terdetik lak macam2 dalam hati "eh macam Mahatma Ghandi la, eh macam Jakie Chan pulak yang tu, eh comelnya dia, eh tu telekung ke apa". Saranan ni untuk diri sendiri sebenarnya bahaha.

20. Aku berdoa semuga ibu bapa, adik beradik, sedara-mara, sahabat-handai, guru2, kenalan dan semua muslimin dan muslimat berpeluang untuk menjejak kaki ke sini. Tempat yang dianjurkan untuk dikunjungi sekurang sekali seumur hidup.

Sekian..

Friday, February 24, 2017

Kasihan Umar

1. Tadi aku marah-marah Umar. Ala marah-marah sayang gitu lol. Tak habis-habis lepas makan pankek makan cereal pastu suruh bukak botol air nak minum. Lepas tu masuk bilik aku tutup balik botol nanti tumpah satu hal lak. Pastu dia datang balik nak minum lagi. Lepas minum suruh bukak biskut atas meja pulak. Lepas makan 1.5 bijik dah taknak pulak. Bukan marah dia makan, marah sebab makan sikit pastu taknak dah. Kite ni udah le mengantuk emo la jadinye haha. Pastu aku cakap "eh Umar pergi tidur la dah macam2 sangat dah ni". Kalau macam-macam sangat dia memang dah mengantuk sebenarnya. Lepas aku cakap macam tu dia terus pergi. Aku ingat dia pergi intai makanan lagi atas meja or korek peti sejuk. Rupanya dia baring sebelah adik dan terus tidur. Sayu pulak rasa huhuhu.. Lalu aku ambik fon amek gambar dia sebab nak cerita kat blog haha. 


:'(
2. Dia ni boleh dikatogeri sebagai "abam yang manja". Kalau terjaga dari tidur tak nampak kelibat Umi mesti jerit "Umeeeekkk". Kalau nak pastikan dia tidur lama siang kena duduk baring kat dia. Kalau dia jaga kena peluk2 tepuk2 gitu. Ni tengah type dia terjaga plak. Sanggup intai balik laptop nak cek aku ada ke tak haha. 

3. Kadang tidur mintak tepuk. Tapi bila dah lena kadang dia tolak2 pulak kita suruh tepi.

4. Now bila nak susu tengah malam dia akan jerit nangis. Dah lama nangis jerit pekik baru dia pergi ambik susu dalam peti sejuk. Dulu sebelum ada adik elok je bangun ambik sendiri tak jerit2 huhu.

5. Agak jeles orangnya. Jeles ngan adik. Semalam lepas pangku Ecah dia lak merengek nak pangku. 

6. Protective jugak. Minggu lepas masa dukung Ecah ada lah soran girl acan Ecah dari belakang. Lepas tu dia merengek suruh aku letak Ecah dalam stroller. Aku lak tensen bila dia duk merengek.

7. Sekarang suka mintak maaf. Kadang out of sudden dia mintak maaf. Cth dia tunjuk mainan kat aku. Aku pun respond lah yang sepatutnya pastu sambung tengok fon. Tetiba dia datang salam cium tangan cakap maaf umi. Bila dia betul buat salah then nangis2 mintak maaf, pastu aku cium dia lagi kuat dia nangis haha. Terharu la konon

8. Penyayang. Selalu sebut "sayang ummi" sambil peluk. Ucapan tu pun tak kira masa. Kadang masa aku gosok gigi tiba2 datang peluk cakap sayang ummi. Aku pun cakap sayang Umar, nanti ummi gosok gigi dulu haha. Kadang lepas basuh berak, lepas mandi, nak pakai baju, nak tido. 

9. Rajin buang pampes adik dalam tong sampah. Lepas mintak tolong dia akan jawab "jap ye" then terus buang sambil buat muka bangga. Mainan akan dikemas bila aku umpan main bola kat luar atau tengok kartun. 

10. Tak boleh tinggalkan berdua dengan adik. Bahaya. Kadang dia suka tekup muka adik dengan bantal. Kadang dia buat nak cium tapi dia gigit. 

Tu lah serba sedikit ttg Umar Khaleel yang cuba menarik perhatian kedua orang tuanya selepas kemunculan adik baru haha. sekian

Masalah Lipas

Hairan sunggoh mana datang lipas banyak riang berkeliaran kat sini.  Dalam bilik, kat sinki, bilik air, meja makan. Eh banyak lah.

Fizikal lipas kat sini tak sama macam kat Malaysia. Lipas sini jauh lebih kecik, berani dan tak mudah terpedaya. Aku guna pelekat perangkap lipas bawak dari Malaysia hanya sekor dua je lekat. Lepas tu aku guna campuran minyak masak dan susu manis sebagai perangkap. Sekoq pun tak dapat. Ada sekor tu dah datang dekat. Dia hidu2 lepas tu patah balik. Tensen pulak aku tengok.

Lipas
So aku biar je kewujudan diorang sampai satu hari kaki Umar kena sengat serangga masa tidur. Suspek utama memang lipas bedebah ni la. Tak de plak aku nampak serangga lain selain dia. Esoknya aku jalankan operasi membanteras lipas dalam bilik dan ruang antara dapur. Aku guna spray khas utk lipas. Spray lain tak lut.Hasilnya aku jumpa 1 perkampungan dia bawah peti ais. Habis tok nenek cucu semua terbunuh.

Tapi lepas tu aku nampak lagi berkeliaran atas meja. Hasil operasi didapati dia banyak menyorok kat celah2 bungkusan makanan. Habis dibanteras. Lega rasa..

Tapi sekejap je. Pastu aku nampak lagi dia rayap kat sinki. Aku taboq serbuk khas utk lipas kat tepi2 sinki dan dinding. Tak tau la berkesan ke tak sebab nampak dia terlanggar serbuk tu dia macam "ouch terpijak lak" pastu dia patah balik haha.

                                        

Now kalo nampak aku sembur terus dgn spray lipas. Kalo malas aku biar je kasi chance. Huhu. Hasben ckp masa musim panas tak de. Masuk musim sejuk ada. Dia nak berlindung dari cuaca sejuk barangkali.