Assalamualaikum.
1. Lepas 2 malam di Makkah kami gerak pula ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 4 jam berkereta. Kami gerak keluar lepas jam 2 petang hari Jumaat. Mujur hotel checkout jam 2 petang. Sempat bersolat Jumaat (Zohor masuk jam 12.30tengahari).
2. Kami sengaja pilih umrah pada hari biasa untuk elak kesesakan pada hujung minggu. Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu dan kemungkinan besar rakyat Saudi sendiri akan datang buat umrah.
3. Sempat singgah di ZamZam Water Distribution Center iaitu tempat beli air zam-zam. Canggih gak ada zam-zam vending machine. Had maksimum adalah 20 botol tapi kami ambik 2 botol je.
4. Perjalanan diteruskan dan tiba di Madinah pada waktu Maghrib. Malam tu kami hanya intai Masjid Nabawi dari jendela kamar. Penat ngat aih.. Ni kalau naik unta hari apa baru sampai ni. Hebat orang zaman dulu.
5. Keluar hotel agak lewat pagi tu dalam jam 11am. Kami terus ke Jabal Magnet. Tarikan utamanya botol boleh bergolek naik bukit tapi aku macam tak dapat pembuktian kat situ haha. Maybe boleh tengok experiment kat Youtube.
6. Lepastu ke Muzium/Knowledge Center. Ok gak tempat ni sebab ada orang akan ceritakan sejarah Nabi SAW, kota Makkah dan Madinah.
7. Kami singgah solat zohor di Masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Nabi SAW. Masjid ni jugak ada disebut dalam beberapa Hadis.
8. Malamnya lepas budak2 tidoq, aku amek kesempatan untuk ziarah Masjid Nabawi. Tujuan utama adalah nak masuk Raudhah iaitu tempat mustajab doa dalam Masjid Nabawi. Raudhah adalah tempat favorite Nabi SAW. Nabi SAW suka beribadat kat situ.
9. Sebelum mulakan misi aku ada google step2 untuk masuk Raudhah. Ia sangat membantu dan terima kasih aku ucapkan pada blogger tersebut.
10. Semua karpet dalam Masjid Nabawi warnanya merah kecuali kawasan Raudhah ditandai dengan karpet warna hijau dan tiangnya warna putih.
11. Masuk je gate Masjid Nabawi aku serba salah nak ke kiri atau ke kanan. Masjid Nabawi ni besar. Akhirnya aku putuskan untuk ke kiri. Pintu masuk untuk wanita adalah pintu nombor 24/25 so misi aku yg pertama cari pintu masuk wanita dulu lah. Aku pikir kalau tak jumpa pusing saja lah satu masjid ni. Boleh kenal2 tempat ni gak.
12. Tak sampai 5 minit berjalan ada sorang makcik ni tanya sesuatu kat penjaga masjid. Aku pun berhenti menyibuk. Tak paham dia cakap apa tapi pengawal masjid tu jawab "gate 24" sambil tunjuk arah kanan. Maka tahu lah aku gate 24 adalah opposite direction. Aku patah balik dan jalan laju2. Rasa macam ada sinar harapan kat situ lol.
13. Akhirnya aku jumpa pintu masuk wanita. Syukur rasa. Sebelum masuk lebih dalam, aku ambik peluang untuk solat jamak dan solat hajat supaya Allah sudi jemput aku masuk Raudhah. Kalau boleh nak solat 2 rokaat juga dalam Raudhah. Tapi kalau tak diizinkan pun tak pe.
14. Usia solat aku pun ikut la jemaah2 wanita ni jalan sampai la jumpa kelompok jemaah yang tengah tunggu. Mak aih ramai sungguh. Ni pukul berapa aku dapat masuk kalau macam ni. Mau ke pukul 1 2 pagi?
15. Ada pengawal wanita yang jerit2 suruh jemaah duduk. Ada 4 kumpulan besar masa tu. Pastu aku terpandang 1 kumpulan jemaah yang pakai telekung tengah duduk tenang. Itu jemaah dari Asia! Maka aku pun join la group tu. Sempat aku tanya pada salah sorang jemaah Indonesia tu "ni tunggu nak masuk Raudhah ek?" "memang depa asing jemaah ikut region ek?". Yup. Jemaah diasingkan ya.. Maksudnya kita Asian tak campoq dengan Arab dll. Lega sikit. Al maklum asian ni kecik2 lemah-lembut sopan santun.
16. Dalam 15 minit tunggu kumpulan Asian dah bangun pergi ke kawasan depan. Lepas ni dah boleh masuk Raudhah. Berdebar rasa. Masa tunggu elok la zikir or doa apa yang patut. Tak perlu tolak2. Tapi ada 2 orang minah ni macam tak sabar lak. Duk tolak2 belakang aku. Aku bagi je la dia pergi depan. Mungkin dia ada hajat penting untuk mintak dikabulkan. Kita bersangka baik je lah kan. Ada rezeki memang tak kemana.
17. Sebaik dilepaskan jemaah meluru masuk. Terkejut aku. Semua duk tolak2. Aku ni macam tak payah jalan.. Ikut je orang tolak haha. Ada yang sampai tercabut2 tudung. Kuss semangat. Aku pulak duk sibuk nak cek dah sampai kapet hijau ke belum.. Payah gak nak tengok bawah.
18. Once nampak je kaki dah jejak kapet hijau apa lagi doa la kan.. Raudhah la tu. Ya Allah seronok sangat rasa. Yang pergi berteman tu siap jaga kawan berganti-ganti untuk solat sunat. Ye la takut orang sepak or pijak kepala. Aku yang tak berteman ni sedih pulak rasa. Tak apa lah kan.
19. Selesai doa (doa berdiri je ye) aku pun nak keluar lah.. Bagi chance lak kat orang belakang2. Teringat tulisan Prof Kamil, nak beribadat pun jangan selfish. Lagipun mak2 arab yang jaga situ dah suruh keluar. Tak silap dia bagi 15minit.
20. Masa nak keluar ke karpet merah tetiba ada 1 ruang kosong dalam Raudhah. Aku cek jugak kut ada orang berdiri solat kat situ. Rupanya memang kosong. Muat jugak nak solat situ. Apa lagi aku pun angkat takbir solat la lelaju. Ya Allah rasa syukur sangat.. Risau jugak sebenarnya sebab tempat tu macam crowd so takut ada yang pijak atau jatuh atas kepalaku ini huhu.
21. Malam tu aku berjalan pulang ke hotel dengan hati yang lapang dan gembira. Ditemani pulak oleh bulan terang seakan tersenyum kepadaku. Cewah.
22. Untuk info, waktu masuk Raudhah untuk wanita adalah lepas subuh sampai jam 11 pagi dan juga lepas Isyak.
23. Menurut hasben aku, kawasan lelaki lebih tenang dan takde pengasingan jemaah ikut region. Pengawal masjid buat isyarat tangan je semua boleh sabar. Kawasan wanita agak ribut. Pengawal wanita jerit2 nak kawal jemaah. Sian plak aku tengok.
1. Lepas 2 malam di Makkah kami gerak pula ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 4 jam berkereta. Kami gerak keluar lepas jam 2 petang hari Jumaat. Mujur hotel checkout jam 2 petang. Sempat bersolat Jumaat (Zohor masuk jam 12.30tengahari).
2. Kami sengaja pilih umrah pada hari biasa untuk elak kesesakan pada hujung minggu. Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu dan kemungkinan besar rakyat Saudi sendiri akan datang buat umrah.
3. Sempat singgah di ZamZam Water Distribution Center iaitu tempat beli air zam-zam. Canggih gak ada zam-zam vending machine. Had maksimum adalah 20 botol tapi kami ambik 2 botol je.
10L 5 riyal je baq hang |
Perjalanan Makkah-Madinah |
Jabal Magnet
|
Laju gila pak arab tu explain. |
8. Malamnya lepas budak2 tidoq, aku amek kesempatan untuk ziarah Masjid Nabawi. Tujuan utama adalah nak masuk Raudhah iaitu tempat mustajab doa dalam Masjid Nabawi. Raudhah adalah tempat favorite Nabi SAW. Nabi SAW suka beribadat kat situ.
9. Sebelum mulakan misi aku ada google step2 untuk masuk Raudhah. Ia sangat membantu dan terima kasih aku ucapkan pada blogger tersebut.
10. Semua karpet dalam Masjid Nabawi warnanya merah kecuali kawasan Raudhah ditandai dengan karpet warna hijau dan tiangnya warna putih.
11. Masuk je gate Masjid Nabawi aku serba salah nak ke kiri atau ke kanan. Masjid Nabawi ni besar. Akhirnya aku putuskan untuk ke kiri. Pintu masuk untuk wanita adalah pintu nombor 24/25 so misi aku yg pertama cari pintu masuk wanita dulu lah. Aku pikir kalau tak jumpa pusing saja lah satu masjid ni. Boleh kenal2 tempat ni gak.
12. Tak sampai 5 minit berjalan ada sorang makcik ni tanya sesuatu kat penjaga masjid. Aku pun berhenti menyibuk. Tak paham dia cakap apa tapi pengawal masjid tu jawab "gate 24" sambil tunjuk arah kanan. Maka tahu lah aku gate 24 adalah opposite direction. Aku patah balik dan jalan laju2. Rasa macam ada sinar harapan kat situ lol.
13. Akhirnya aku jumpa pintu masuk wanita. Syukur rasa. Sebelum masuk lebih dalam, aku ambik peluang untuk solat jamak dan solat hajat supaya Allah sudi jemput aku masuk Raudhah. Kalau boleh nak solat 2 rokaat juga dalam Raudhah. Tapi kalau tak diizinkan pun tak pe.
Entrance for women |
15. Ada pengawal wanita yang jerit2 suruh jemaah duduk. Ada 4 kumpulan besar masa tu. Pastu aku terpandang 1 kumpulan jemaah yang pakai telekung tengah duduk tenang. Itu jemaah dari Asia! Maka aku pun join la group tu. Sempat aku tanya pada salah sorang jemaah Indonesia tu "ni tunggu nak masuk Raudhah ek?" "memang depa asing jemaah ikut region ek?". Yup. Jemaah diasingkan ya.. Maksudnya kita Asian tak campoq dengan Arab dll. Lega sikit. Al maklum asian ni kecik2 lemah-lembut sopan santun.
16. Dalam 15 minit tunggu kumpulan Asian dah bangun pergi ke kawasan depan. Lepas ni dah boleh masuk Raudhah. Berdebar rasa. Masa tunggu elok la zikir or doa apa yang patut. Tak perlu tolak2. Tapi ada 2 orang minah ni macam tak sabar lak. Duk tolak2 belakang aku. Aku bagi je la dia pergi depan. Mungkin dia ada hajat penting untuk mintak dikabulkan. Kita bersangka baik je lah kan. Ada rezeki memang tak kemana.
Menunggu masuk Raudhah |
18. Once nampak je kaki dah jejak kapet hijau apa lagi doa la kan.. Raudhah la tu. Ya Allah seronok sangat rasa. Yang pergi berteman tu siap jaga kawan berganti-ganti untuk solat sunat. Ye la takut orang sepak or pijak kepala. Aku yang tak berteman ni sedih pulak rasa. Tak apa lah kan.
19. Selesai doa (doa berdiri je ye) aku pun nak keluar lah.. Bagi chance lak kat orang belakang2. Teringat tulisan Prof Kamil, nak beribadat pun jangan selfish. Lagipun mak2 arab yang jaga situ dah suruh keluar. Tak silap dia bagi 15minit.
20. Masa nak keluar ke karpet merah tetiba ada 1 ruang kosong dalam Raudhah. Aku cek jugak kut ada orang berdiri solat kat situ. Rupanya memang kosong. Muat jugak nak solat situ. Apa lagi aku pun angkat takbir solat la lelaju. Ya Allah rasa syukur sangat.. Risau jugak sebenarnya sebab tempat tu macam crowd so takut ada yang pijak atau jatuh atas kepalaku ini huhu.
21. Malam tu aku berjalan pulang ke hotel dengan hati yang lapang dan gembira. Ditemani pulak oleh bulan terang seakan tersenyum kepadaku. Cewah.
Kubah hijau tu kedudukan maqam Nabi SAW manakala kubah gold tu kedudukan imam dalam masjid
23. Menurut hasben aku, kawasan lelaki lebih tenang dan takde pengasingan jemaah ikut region. Pengawal masjid buat isyarat tangan je semua boleh sabar. Kawasan wanita agak ribut. Pengawal wanita jerit2 nak kawal jemaah. Sian plak aku tengok.
No comments:
Post a Comment