Total Pageviews

Thursday, March 30, 2017

Kembara Istimewa

01 March 2017
Assalamualaikum..

1. Walaupun kelajuan internet berada di bawah par, ku gagahi juga mencoret sebuah kembara yang istimewa. Istimewa sebab ia adalah pengalaman pertama. Yang pertama kan selalunya istimewa hehe. 

2. Syukur ke hadrat Ilahi sebab sudi menjemput hambaNya yang hina-dina ke tanah suci. Terima kasih daun keladi kalau boleh bawak lagi dituju pada hubby-chubby kerana sudi jadi mutawif dan membawak patik ke sana.

3. Perjalanan kami ke Makkah bermula dari Riyadh mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan menaiki kereta. Bertolak jam 9.30 pagi dan sampai di Taif jam 3.30 petang. Dari Taif terus ke Makkah.

4. Taif adalah tempat Miqat kami iaitu tempat kami memasang niat ihram. Adatempat  penginapan dengan kadar bayaran SR20/hr. Sesampai di Taif kami makan nasik. Makan nasik pun kena bagitau haha. Lepas makan nasik mandi sunat ihram, solat sunat 2 rakaat. Lelaki akan pakai kain ihram siap2. 
Tempat penginapan di Taif: Dari luar nampak macam tandas haha
Tempat penginapan di Taif: Ada katil, peti sejuk dan tandas dilengkapi heater.

Kat luar tempat penginapan ada jual kaih ihram dan beg.
5. Sebaik kenderaan bergerak niat ihram dibaca dan gerak ke Makkah. Ambik masa 2 jam nak sampai. Tak ada kehijauan kelihatan melainkan batuan gunung-ganang yang disinari cahaya senja kiri dan kanan jalan. Masa ni boleh la start talbiah.
Perjalanan dari Taif ke Makkah
6. Disebabkan parking kat tanah haram mahal (SR150/day), kami parking free kat masjid al-Qatari dan ambik teksi masuk ke Masjidil Haram. Jarak masjid al Qatari dengan Masjidil Haram hanya 10minit.

7. Sampai je Masjidil Haram terus masuk azan maghrib lalu kami terperangkap dengan jemaah yang solat kat perkarangan masjid. Melilau gak cari jalan ke hotel sebab ada laluan ditutup. Orang duk sujud kita duk tertegak kat tengah tak keruan haha.

8. Lepas check-in hotel kami rehat jap (menginap di Le-Meridian). Penat sungguh badan berkereta 8 jam lepas tu duk mengendong budak lagi nak ke hotel. Tetiba rasa tak larat lak nak tawaf malam tu jugak. Ngantuk pun ada. Dah rasa 50-50. Rasa nak buat subuh esok lak. Tengok live update kat tv memang padat kawasan tawaf tu.

9. Husband insist nak buat malam tu jugak sebab takut terkeluar ihram. Tapi aku diselubungi kepenatan. Tak join kang kena buat sensorang lak. Mustahil plak nak buat sorang2 kali pertama. 

10. Lepas menyedut semangat aku pun solat hajat 2 rakaat minta dimudahkan urusan. Dah la angkut baby. Apa akan jadi pun kita tak pasti. 

11. Dalam pukul 9pm kami tengok kawasan tawaf dah kurang padat. Apa lagi turun la kami dari hotel macam lipas kudung. Maka bermula la tawaf kami dengan tenang. Umar dengan abinya, baby Aisyah dengan aku. 

Masuk masjid selipar kena masuk plastik beg dan angkut sekali ya.
12. Tawaf kami ambik masa 1 jam. Lepas tu solat sunat 2 rakaat. Sebaiknya ambik area multazam (antara hajar aswad dan pintu kaabah) atau blakang Maqam Ibrahim sebab situ antara kawasan mustajab doa. 

13. Kendian kami minum air zamzam dan mula bersaie dari Safa ke Marwah 7 kali berturutan dengan total jarak dalam 3km (450m x 7). Masa saie tumit dah mula sakit. Dah macam orang tua plak aku haha. Ye la kendong budak tekanan kat tumit bertambah. 
Saie
14. Selesai Saie, husband gunting rambut SR5 untuk keluar ihram. Depa dah memang tunggu dengan gunting. Aku pulak pinjam gunting makcik2 yang tengah tunggu kat tepi2. Perempuan tak de plak khidmat gunting rambut ni. Gunting plak tak bawak. 

15. Dengan itu tamatlah sudah rukun umrah. Lega rasa. Balik hotel pengsan. Perkara2 rukun dan sunat boleh la google ye.. hehe

16. BTW masa tengah saie ada sorang mamat ni approach husban mintak sikit bantuan kewangan sebab luggage dia hilang ke apa ntah.. Macam scam je sebab sebelum tu aku perasan kawan dia datang depan dan bagi isyarat mata kat dia sebelum dia approach husband aku. Husband suruh dia pergi report polis je. Lepas tu dia blah. 

17. Hari ke dua lepas asar aku ingat nak buat tawaf sunat. Bebudak pun kat hotel tengah tido so cantek ah kan.. Tapi bila tengok kawasan tawaf padat rasa ragu2 lak dengan kemampuan diri. Ye la asar dengan maghrib jaraknya tak la lama sangat. Selalunya lepas waktu solat memang ramai kawasan tawaf tu. Kena tungga la dalam sejam macam tu. Akhirnya aku nekad je la buat. Tawakkal je.. Keadaan akan padat sendat start dari rukun Yamani sampai multazam sebab situ kawasan mustajab doa. Flow tersekat sikit kat situ. Dalam tersekat-sekat tetiba ada orang pegang 2 bahu aku, pastu duk picit2 lagi sampai lengan. Lelaki African kot. Meremang uit bulu roma aku. Dalam hati ni berdoa la tak jadi benda pelik2. Last2 mamat tu pergi ke depan tak silap. Aku pun tak ingat sangat haha. Mungkin dia nak jadikan aku perisai. Lepastu berlaku tolak menolak plak bilamana ada yang nak keluar dari tawaf potong flow macam tu je. Lepas tu aku yang kerdil pun tertolak lah dibawak arus. Bahu aku ni dah ke mana hala tah. Syarat sah tawaf bahu kiri kena hala Kaabah. So pusingan tu terbatal maka aku kena buat extra 1 lagi pusingan ganti. Risau masuk maghrib, engorged pulak pastu risau anak jaga nak susu lagi so aku pun keluar tawaf.. Inilah kisah tawaf sunat yang tak kesampaian. Haha. Aku ganti lepas isyak tak silap.

18. Sebelum berangkat antara persediaan yg aku buat tanya husband dan google tentang umrah. Lepastu minum air halia kasi buang angin.. Al maklum tawaf kena dalam keadaan berwuduk hehe. 

19. Masa kat sana aku sarankan mata jangan duk melilau sangat. Masa tawaf dan saie elok zikir or doa. Tapi kalau mata duk melilau hilang pulak fokus. Nanti tengok2 orang terdetik lak macam2 dalam hati "eh macam Mahatma Ghandi la, eh macam Jakie Chan pulak yang tu, eh comelnya dia, eh tu telekung ke apa". Saranan ni untuk diri sendiri sebenarnya bahaha.

20. Aku berdoa semuga ibu bapa, adik beradik, sedara-mara, sahabat-handai, guru2, kenalan dan semua muslimin dan muslimat berpeluang untuk menjejak kaki ke sini. Tempat yang dianjurkan untuk dikunjungi sekurang sekali seumur hidup.

Sekian..

No comments:

Post a Comment