Total Pageviews

Saturday, November 12, 2016

Malang Memang Tiada Bau

Malang memang tak berbau kan? Lepas kaki Umar baik siapa sangka kaki maknye pulak ditimpa musibah. Al kisah suatu pagi masa teman Umar mandi kat bathtub, aku duk tolak air yang bertakung ke lubang lantai bilik air. Tak suka air takung2 kat lantai ni. Penutup lantai tandas tu aku bukak kasi air cepat keluar. Tiba2 zasss! Kaki aku tergelincir sikit lalu terkena penutup lantai bilik air yang diperbuat dari besi tadi. Kulit kaki dekat dengan ibu jari koyak. Darah keluar banyak dan luka agak dalam sampai aku nampak ada part putih dalam luka tu. Aku agak tu tulang or tendon. Seram siuttt! Lekas2 aku siram kaki dengan air, ambik kain dan lalukan dengan minyak kasi darah berhenti keluar. Time cemas dan emosi tak stabil ni la si Umar buat perangai tak nak keluar bilik air. Nak duk main air lagi. Adui la.. Kena la tarzan ngan aku huhu.


T_T
Masa ni aku rasa 1st aid box tu banyak membantu. Ada minyak gamat, ubat kuning, bandage, gunting dll. So aku amek bandage dan balut kaki. Ingat nak ambik MC tapi aku batalkan niat sebab dah janji ngan student nak buat Test pagi tu. Malas dah nak re-schedule. So aku datang kerja macam biasa tapi jalan agak hencut-hencut menahan pedih di kaki. Tak cukup luka di kaki, luka di hati pulak ditambah. Masa test ada pulak student bawak "toyol". Sakit pulak hati aku ni ha.. Dah la kaki sakit. Aku ambik paper budak tu pastu suruh dia balik terus. No mercy! 

Tengahari lepas habis test aku pergi lunch dengan kawan lepas tu duk lepak kat ofis dulu. Malas pulak rasa  nak pergi hospital. Tapi takkan nak biar je luka tu ternganga. Bak kata kawan aku kalau tendon koyak nanti jari tu terkulai je hukhuk. So aku gagahkan diri ke Hospital Pakar Annur. Hospital ni je la aku rasa senang nak pergi dan ianya hospital panel GMI. Tunggu punya tunggu pukul 4pm baru masuk emergency room untuk jahit luka. Sebelum jahit doc cuci dulu. Pedih siut. Patut la Umar meraung haritu. Lepas tu cucuk bius tepi luka. Tu pun sakit gak huhu. Lepas kena 4 jahit aku balik tanpa dibekalkan antibiotik. Dr cakap tak payah plak. Pasaipa tah. MC pun tak dapat :'(

Lepas 2 hari aku ke hospital semula. Nurse cek luka dan coat luka dengan spray kalis air. Lepas 2 minggu datang balik untuk buka jahitan. Payah jugak bila dah luka macam ni. Nak solat pun tak boleh duduk dengan sempurna huhu. Ni baru Tuhan tarik sikit nikmat kaki. 

Malang menimpa lagi bilamana tak sampai 2 minggu kawasan luka mula gatal, merah dan bengkak. Bila picit kuat kat situ keluar nanah sikit so aku suspect memang dah infected lah ni. Aduhai.. sedih sungguh hati. Hujung minggu aku pergi hospital semula dan memang dah infected pun kawasan tu. Memandangkan luka dah cantum nurse bukak balik jahitan tu. Pedih jugak masa nk bukak jahit tu. Patut Umar pun nangis. hehee. Sebelum balik aku dapat antibiotik untuk dihabiskan. Dah infected baru nak bagi antibiotik. pui.
Kawasan jahit membengkak, merah dan gatal tanda infection
Lepas beberapa minggu kawasan tu beransur pulih tapi ada parut. Cantik lagi luka Umar. Tak kisahlah asalkan sembuh. Lepas kejadian tu aku terus beli selipar tandas yang tak licin. Penutup lantai tandas pun tak berani nak bukak dah. Fobia! Kemalangan boleh berlaku di mana2 hatta dalam rumah. Maka hati2 dan doalah selalu. Nite!

Friday, November 11, 2016

Kaki Yang Ditimpa Musibah

Ini cerita basi yang berlaku 2-3 bulan lepas. Alkisahnya sliding door almari baju bilik dah longgar. Umar suka main susun syiling or susun mainan kat situ. Kadang dia akan duduk dalam almari kadang dia main depan almari. Suatu petang Sabtu yang hening, masa dia khusyuk main truck depan almari bedebah tu, "gedebuk" bunyi 1 pintu sliding terkeluar dari landasan. Dengan tak semena Umar menangis sambil tekup muka kat atas karpet. Aku yang dah tahiyat akhir cepat2 habiskan solat. Hati dah tak sedap. Rupanya tapak kaki dia ditimpa bucu sliding door almari yang jatuh tadi. Luluhnya hati tengok darah yang banyak. Dengan panik aku angkat dia yang tengah nangis tu ke bilik air sambil darah menitis2 kat lantai dan siram kaki dia dengan air. Nak nangis rasa T_T. Tapak kakinya koyak berbentuk V. Time macam ni tak jumpa pulak minyak gamat so aku amek je minyak but-but lalukan kat luka dia dan balut dengan kain batik.LOL. Panik punya pasal kan. Tapi sebelum ke klinik aku tukar balutan dengan lampin.


Terkejut agaknya tu yang terus tido huhu
Luka agak dalam. Aku yang sebatang kara call in law untuk tolong bawak dia pergi hospital. Ye lah mana mungkin aku sorang boleh bawak dia. Takkan nak letak dia dalam carseat. Kang buatnya dia korek2 koyak tu naya je. Sambil tunggu in law datang aku susukan si Umar tadi dan dia terus tidur dengan kaki berbalut. Sian Umar :'(

Sesampai di Hospital Pakar Annur, aku bagitau nurse kejadian menimpa dan nurse mintak tunggu sekejap. Lepas tu bawak dia masuk emergency untuk jahit tapak kaki yang koyak tu. Seriau beb. Sebelum jahit depa cuci dulu luka tu dengan cecair macam garam. So pedih la. Lepas tu inject ubat bius sekitar luka pulak. Hui pedih kuasa 2. Meraunglah dia. Hasilnya kena 4 jahitan. Lukanya jagged so susah sikit la nak jahit cantik. Sebelum balik doktor bagi antibiotik untuk dihabiskan selama beberapa hari.
4 jahit yo

Lepas jahit kaki mak payung mainan sebijik.

Masalah lain aku pikir dengan luka yang masih baru macam mana nak kasi dia duduk saja tak jalan sana-sini, macam mana nak mandikan dia dan macam mana nak cebuk dia. Impossible cebuk pakai wet tisu je sebab najis dia dah macam org dewasa busuknya haha. 
Untuk permasalah pertama tu aku gunakan stroller. So dalam rumah aku stroller kan lah dia. Tapi bertahan 1 malam je. Lepas tu dia dah tak boleh tahan duduk dalam stroller. So dia jalan la kesana ke mari hencut-hencut. Untuk mandi dan cebuk, aku buat kat sinki dapoq sebab kaki yang luka boleh di jungkit naik atas so tak basah la. Setel masalah. 


Selang 2 hari bawak dia ke hospital untuk cek semula luka dan dapatkan tarikh buka jahitan iaitu 2 minggu selepasnya. Untuk tunggu 2 minggu tu aku kena bawak dia pergi mana2 klinik setiap hari untuk dressing kaki yang mana ia adalah impossible. Doktor di sebuah klinik cakap aku boleh buat sendiri kat rumah sebab senang ajo. So atas tunjuk ajar doktor tu aku pun buat sendiri je lah. Just tukar balutan dan sapu antiseptik tiap pagi lepas mandi dan balik dari rumah neneknya. Kena pastikan tempat tu bersih dan kering je sebenarnya. 

Alhamdulillah lepas 2 minggu benang jahit dibukak (meraung lagi) dan hari seterusnya hanya tukar balutan sampai luka kering dan elok. 


Dah nak baik :)

Pintu bedebah tu dah disorok bawah katil. Tak dapat nak bayang kalau pintu berat tu jatuh atas jari or dada dia T_T. Mujur tapak kaki je. Pastu aku rasa insaf sekejap bila sebelum ni ada marah2 dia bila dia datang kacau aku tengah masak dll. What if Tuhan ambik kaki dia dan dia dah tak boleh jalan datang kacau aku lagi wuwu T_T. Lepas kejadian tu gak aku terus beli 1st aid box dekat farmasi. Penting untuk keadaan2 yang tak dijangka. Belilah 1 kawan2. huhu

Tuesday, November 08, 2016

Travelog ET: Kembara Afghanistan

Yuhuuu.. busan busan busan. Maka marilah baca komen aku mengenai buku pertama yang berjaya dihabiskan untuk tahun 2016. Bukunya nipis je dan ada gambar. Buku ini mengisahkan seorang gadis yang mempunyai kegilaan mengembara ke tempat2 "rare" secara solo. Ofkos dengan restu mak pak dan family dia yang sentiasa bagi full support.


Gadis ni pergi merantau ke Afghanistan secara solo iaitu negara yang bukan pilihan pelancong. Beliau ke Kabul dan kawasan2 pedalaman untuk melihat keadaan Afghanistan dari kaca mata sendiri. Menempuh beratus2 kilometer jalan darat Afghanistan dengan menaiki pengangkutan awam bukan suatu yang selamat. Tawakkalnya sangat tinggi demi mendapatkan pengalaman berharga dan permandangan indah di sepanjang perjalanan. 

Antara cabaran yang diceritakan dalam buku ni ialah suhu sejuk yang melampau di sana, terpaksa melalui pos2 kawalan yang terlalu banyak dan ketat di sana, dipandang asing, diekori orang jahat, di"pau" oleh pemandu teksi dan kegagalan memasuki Iran melalui jalan darat setelah melalui sempadan beratus2 kilometer awal subuh.

Antara perkara manis adalah sentiasa datangnya pertolongan2 ikhlas dari insan2 yang tak dikenali dan dapat menikmati permandangan indah bumi Afghanistan.

Cerita beliau menarik tapi aku rasa lebih menarik kalau dia letak lebih banyak gambar dan gambar diselang-seli dengan cerita. Baru ada feel orang kata. 

Monday, August 15, 2016

Karbohidrat Akan Dianaktirikan

Entry ini khas buat kenaikan berat yang mendadak pada bulan ini. Warhg menaip dengan penuh semangat kesukanan. Dalam masa 1 bulan berat berjaya naik sebanyak 3kg. 3kg oi.. Mai datang dari mana. 

Lepas aku muhasabah diri, baru aku sedaq ia datang dari pola pemakanan. La ni aku banyak makan nasik. Kadang pagi aku masak nasik goreng. Pastu kadang bawak lak bekal makan lunch kat opis. Tak ke jadi 2kali nasik aku makan sehari? Selalu sekali je makan nasik. Lepas tu dengan kuih raya manis2 kat umah aku tu tak habis lagi. Kalo tak aku makan sape la pulak nak makan? Atas rasa tanggungjawab tu la aku makan wahaha. Lepastu adik aku duk datang rumah buat kukis dia berbalang-balang. Aku pun tumpang ngap lah apa lagi. Manis2 kan tak bagus jugak. Lepas tu aku duk makan gak banyak makanan bergoreng. Disebabkan nak jimat masa sebelum ni aku selalu goreng karipap frozen dan keropok leko. Aku duk ulang benda tu sampai naik cemuih. 


Now dengan terbongkarnya punca2 kenaikan ini aku akan menganaktirikan karbohidrat terutamanya nasik. Sebelumni aku raja kan dia dan anaktirikan sayoq2 dan lauk2. Now nyah kau.. Sayur2 dan lauk2 pls come to me. I will hug and eat you more and more. 
Senaman pulak aku akan consider dulu lah haha. Kalau rajin aku akan bawak Umar jalan laju-laju. Sekian kisah berat aku kakaka~  

DIY Body Scrub

Beras selain boleh ditanak menjadi nasik lalu dimakan untuk mengenyangkan perut, ia juga boleh digunakan pada kulit. Contohnya bedak sejuk. Bedak sejuk dibuat daripada beras. Beras akan direndam beberapa bulan lamanya. Baunya mmg "mengancham" oi.  Lepas tu aku tak pasti nak buat macam mana haha. Yang ku tahu ia akan berbentuk blok2 besar lalu dicairkan dan dititip atas kain batik atau pelikat dengan menggunakan corong. Titip2 bedak tadi akan dibiar mengeras dan kering lalu diasingkan dari kain tersebut. Untuk mewangikannya, boleh letak daun pandan atau bunga-bungaan. Proses ni adalah berdasarkan pemerhatian aku sebab dulu opah aku buat bedak sejuk sendiri dan dijual. Malangnya sekarang dia dah malas nak buat dan tiada di antara cucu2nya yang menuntut ilmu tersebut dari nya. Dulu masa kecik aku rajin titik bedak tu atas kain tapi tak sampai 15minit kut sebab bosan haha. 

Berbalik pada tajuk entry, selain boleh dijadikan bedak sejuk, beras juga boleh dijadikan sebagai body scrub untuk menghilangkan segala daki-maki degil, sel kulit yang dah meninggal dan menghaluskan kulit. Kaedah senang je. Ambik beras dan sangai terus dalam kuali. Agak dah kuning sikit angkat dan sejukkan beras tadi. Kendian blend la sampai halus. 

Sengaja aku blend kasar2 sikit

Ini kuantiti untuk secawan beras.
Masa mandi boleh la kau sental daki2 tu termasuk la tapak kaki. Hasilnya kulit perasan terasa halus walau baru sekali penggunaan. Ni masa rajin je la buat. Time malas kau mandi P.Ramlee sudah la haha.
Aku buat benda ni sebab tetiba muncul kulit kering kat siku dan lutut. Konon nak buang kulit kering tu la. Lepas scrub pakai losen. Hope hilang la kulit kering tadi huhu

Monday, August 01, 2016

Ikan Emas Dibawa Berlayar

Assalamualaikum..

Hai hai hai.. Alhamdulillah 2nd raya haritu sempat aku dan Linda beraya di rumah baru Syahirah di Fernvale, Sgp. Jadi tetamu pertama lagi. Kellass kau jah.. Lama jugak tak jumpa si Syahirah ni so dapatla gosip2 and catch up apa2 yang tertinggal hehe. Rumah Linda dah macam rumah wajib lak aku raya tiap tahun haha. Tahun lepas raya rumah dia jugak. Ramah betul mak Linda. 

Masa kat rumah Syahirah berkenan pulak aku dengan aquarium dia. Cute je dia letak kat sudut ruang tamu. Tapi tak perasan dia bela ikan apa. Masa balik Perak aku raya rumah pakcik aku. Lepas tu dia tunjuk ikan dalam aquarium kat Umar. Sejak tu Umar duk pish pish je kalau nampak ikan kat buku. Atas 2 faktor ni aku pun google kedai ikan area Bangi lalu jumpa 3B Aquatics Aquarium Shop. Kedai ni barisan kedai Makcik. Kedai aquarium ni ada jual ikan, aquarium, hiasan aquarium, kelengkapan aquarium, makanan dan keperluan haiwan lain juga. Maksud aku haiwan peliharaan. Harga ikan bermula dari RM1 seekor hingga lah puluh2 dan ratus kalau tak silap. Sama untuk aquarium. Ada dari harga murah sampai mahal. So sesuai untuk yang baru nak berjinak2 dengan hobi ni. 

Lepas lakukan sikit istikharah tinjauan aku pun decide untuk beli aquarium kecik. Konsepnye mesti simple but nice (poyo je haha). Ini total barang yang aku beli:

Aquarium RM25
Pokok hiasan
Pasir RM4 
Tempat keluar oksigen
Pump
Makanan ikan RM1
Cecair dechlorination
Ikan emas 2 ekor RM5

Total loss adalah RM56. oK lah tu. Huhu. Ikut hati malas nak beli pump dan tempat oksigen tu tapi pekedai tu cakap nanti ikan mati oksigen tak cukup. Ikan 2 ekor tu pun cun2 je. Maksimum boleh letak 3 ekor ikan emas. Kalau ikan kecik boleh la letak banyak sikit tapi tak boleh campur dengan ikan besar. Racist betul. Air pulak kalau dah kotor cuma keluarkan separuh dan ganti dengan air baru. Jangan lupa titiskan dechlorination. Tak perlu basuh aquarium. Kalau dah berlumut sampai ikan pun tak nampak haruslah cuci semua ye. Ni panduan untuk air keruh sikit2 je. huhu. Makan pulak 2x sehari. Tapi aku tengok ikan emas ni macam kuat makan. Pantang nampak kelibat aku dia dah tak tentu hala macam tengah kebuluran. Aku taboq je kelam kabut makan. Tak kira brapa kali aku bagi makan. Lepas makan berjela najis dia keluar haha. Jijik.


Comel ke KakTon?

Aquarium ni walau kecik tapi dah letak air dan pasir dia jadi berat. Sebab tu aku pilih yang kecik2 je hehe. Tak lalu nak angkat. Lokasi pulak aku letak kat luar bersama pokok2 kesayangan. Dah jadi macam mini garden gittew. Mula2 letak dalam rumah tapi Umar lebih berminat main suis pump dan socket plak longgar so aku pindahkan kat luar atas faktor keselamatan dan ruang yang terhad. 
Baru datang dah kena halau duduk luar.


Harapnya ikan emas dibawa berlayar ni dapat hidup dengan sihat dan obes. Nama untuk 2 ekor tu masih takde. Sape ade pendapat boleh la usulkan. So far Umar panggil pish je. huhu

Monday, July 18, 2016

Tragedi 1 Syawal

Masih tak terlambat rasanya aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang sudi jengah story aku yang sangat tragic ni keh keh. 

Macam tahun lepas, tahun ni kami beraya di Singapore lagi. Saja kasi can. Nanti ada yang nangis pulak kih kih. Bertolak ke Singapore pada hari Selasa lepas subuh. Boleh tahan mengantuk jugak walaupun bukan aku yang drive. Dalam perjalanan baru sedar aku tak bawak lesen kereta. Nak tak nak kami singgah di JPJ Johor untuk laporkan kehilangan lesen. Konon2 hilang lah. Bila pegawai JPJ cek rupanya lesen aku pun dah mati so buat je lah baru RM60 untuk 2 tahun. Alhamdulillah prosesnye cepat. 

Kami kemudian singgah di Larkin untuk membeli sikit kuih raya. Selalunya ada bazar kuih raya kat situ. Lepas tu aku pun take over jadi driver untuk masuk ke Singapura. Aku jadi fulltime driver dalam Singapore sebab as a Singaporean, husband tak boleh drive kereta Malaysia. Kena ada permit or tukar kereta import yang canggih sikit kih2 :P. 

Kami check in hotel dalam jam 2 petang. Lepas merehatkan diri, sekitar jam 6.30petang kami keluar ke rumah nenek di Bedok. Stress jugak aku drive sebab asek kena hon. Perut dah la lapo. Pastu yang bagi arahan dok salah2 plak. Angin plak aihh haha. 

Sebaik azan kami sampai di parkir kereta rumah nenek. Org dah halfway makan dah tu. Bila sampai rumah nenek aku dengan moody makan lah selahapnya. Hampir semua juadah raya ada. Aku pun makan la sup tulang merah 2 ketui bersama roti, sambal paru pengantin, sambal sotong yang pedas, murtabak singapore dan apatah lagi tak ingat. Rasa membuyut je perut. 

Lepas kenyang dan rehat2 bagai ular sawa kami pun balik hotel. Esoknya raya. Pagi raya macam biasa lah pergi masjid jam 8 pagi. Masjid Sultan dilimpahi jemaah. Aku ngan Umar duduk paling belakang saf lelaki bersama makcik2 Indonesian. Dah tak boleh nak jalan. Macam2 jenis orang boleh tengok kat Masjid Sultan ni. Ada Indonesian, ada Indian berpakaian mcm sari, ada Pakistani, ada Korean, ada Chinese eh macam2 lah. 

Masjid Sultan lepas solat raya
Usai solat kami balik ke hotel. Jam 11.30pagi kami keluar ke rumah nenek. Masa nak keluar perut aku dah tak sedap. Kruk2 bunyinya. Sesampai rumah nenek, sebelum sempat aku jamah apa2 aku terus cari tandas. Tanpa diduga sakit perut aku berlarutan hampir seharian. Kebanyakan masa aku spent dalam tandas tunggu berlian keluar sampai berbintang2 mata haha. Serious keluar bintang kelip2. Time tu la aku pikir kenapala nasibku jadi begini di raya pertama. Mula menyesal makan banyak2 masa buka puasa semalamnya. Mungkin juga kafarah sebab aku angin ngan hasben sebab bagi salah direction semalam >.<. Bil air nenek aku mesti melambung bulan ni sebab aku yang guna. Tandas memang jadi milik aku. Sape yang ada dalam tandas masa perut aku memulas mesti aku suruh cepat keluar haha. Yang nak buang air kecil or benda2 tak penting boleh buat kat rumah sendiri. Hal aku lagi mustahak muahahahaha. Akibatnya raya pertama taun ni aku tak makan apa pun. Jadi fobia nak makan. Malam baru lah cari makan iaitu mee korea yang sedap. yeahh!

Sekian cerita tragic 1 Syawal aku.

Friday, June 17, 2016

Sesi Soal Jawab Agama Radio.


Pemanggil: Assalamualaikum Ustaz.
Ustaz: Waalaikumsalam warohmatullah.
Pemanggil: Saya bacakan terjemahan Alif Lam Mim ye ustaz.
Ustaz: Ye2 sila.
Pemanggil: Alif laam miim.Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. (baca laju macam keretapi) Betul tak ustaz.
Ustaz: Ye2 betul. Ayat pertama hingga ke lima tu.
Pemanggil: Ok terima kasih.

Jadi, soalannya apa? haha.. Kadang2 lucu jugak pemanggil2 dalam sesi soal jawab kat radio ni. Naseb ustaznya penyabo :)

Cerita Sendu di Bulan Yang Mulia

Salam Ramadhan dan salam 1 Meleizia..

15 June, Rabu bersamaan dengan 10 Ramadhan aku telah ditugaskan untuk jadi hostel usherette untuk Registeration Day GMI. Dengan tergopoh-gapah pagi2 aku siap dan hantar Umar ke taska. Mandi pun tidak budak tu. Selalunya sebelum ke taska aku mandikan dulu. Taska boleh mandikan tapi aku saja lah nak mandikan dia. Yelah time kecik ni lah nak mandikan dia. Dah besar panjang esok tak kuasa aku nak mandikan lagi haha. 

Kena ada kat tempat kejadian jam 8.30pagi. Dalam e-mail takde plak dia suruh pergi kat Hostel terus. Haissss. Bagitau terus kan senang. Sesampai di hostel semua dah duduk di meja kaunter. So aku yang lewat ni dah xde kerja lah. So aku ngan beberapa org lain lagi yang takde specific job ni menempel je kat kaunter sambil borak2 sampai pukul 1 petang.

Pukul 1 petang aku tumpangkan Fazy untuk ke bangunan KT5. Lepas drop dia aku pun zoom kereta nak balik rumah. Tak sampai 5 minit bawak kereta ada bunyi geduk-geduk-geduk. Something wrong ni. Maka aku pun berhentikan kereta depan KWSP. Rupanya 1 tayar flat habisss. Acaner nak buat nih. Dulu masa ambik lesen depa tak ajar cara nak tukar tayar. Aku rasa aku tahu nak tukar mcm mana tapi tak yakin plak haha. Pastu mcm kederat tak cukup. Takkan nak tahan sebarang orang untuk tolong. Nak mintak tolong kawan2 kerja segan pulak. Aku pun wasap lah husband aku yang nun jauh beribu batu. Dia mintak tolong adik dia tapi adik dia ada hal lak dah. Aku pun wasap lah adik aku untuk datang. Dalam panas terik mentari sorang pakguard KWSP datang ke kereta. Aku pun turunkan cermin kereta.

Pakguard: Tayar pancit ke puan?
Aku yg tengah sendu: Ha ah.. Tengah tunggu adik ni.
Pakguard: Tunggu la kat dalam. Redup sikit. Sini panas. Puan drive pelan2. 
Aku yg tengah menahan sendu: Ok2. TQ ye. 

Aku pun drive masuk KWSP. Sorang pegawai KWSP mcm dah tua2 sikit siap tunggu dan suruh aku park bawah pokok. Pastu dia tgk tayar dan selongkar segala pekakas yg diperlukan dlm boot. 

Aku yang kesenduan lagi: Macam mana encik boleh tahu tayar kereta saya pancit?
Encik KWSP berhati suci: Oh, rumah saya sebelah tu je. Saya nampak puan tadi berenti. Ingat nak jawap fon ke apa tapi lama pulak. Tgk2 tayar pancit tu yang saya suruh pak guard panggil masuk. Panas sana tu kalau nak tukar tayar.
Aku yang tengah menahan saki-baki sendu: Ooo mcm tu.

So dengan kudrat yang ada pakguard dan pegawai KWSP tu pon menolong aku tukar tayar. Time tu la adik aku pun sampai. Selesai tukar tayar depa suggest cek tayar kat kedai Sham dekat traffic light. Sebagai tanda terima kasih aku pun hulurkan 2 bekas kuih cakar ayam kah2. Bagi duit sure lah depa taknak. Tapi aku pun takde duit time tu haha. Tapi encik tu memang taknak langsung kuih aku bagi tu. Nanti jadi lain katanya. Mungkin takut pahalanya kurang. Urm tengs banyak2 atas pertolongan dan moga encik dimasukkan ke dalam Syurga Firdausi.. Aminn~

Teringat suatu kata2. "Barangsiapa mudahkan urusan orang lain Aallah SWT akan mudahkan urusannya di akhirat kelak."

Aku pun pergi ke kedai Sham yang dimaksudkan. Mak aih kedainya atas bukit curam. Tinggi betul martabat. Brake kalau tak makan jangan lah naik. 

Lepas dianalisa, ada macam kesan torehan kat tayar dan Wak tu tolong tampal dengan getah lembik. 


Deep scratch yo!

Aku yang tak sendu lagi: Ni ada orang toreh ke Wak?(memandai aku panggil dia Wak)
Wak dengan lenggok jawanya: Tak usah pikir begitu. Tak baik. Ini mungkin zink ni. 

Eh baik pulak Wak ni.. Insaf lak aku. Ye lah sapa yang nak sabotaj aku. Aku bukan kenal org sgt. Orang pun tak kenal aku keh2. Mungkin jugak zink atau objek tajam. Hari2 lalu kawasan construction. 
Selepas ditampal
Lepas tampal dah takde gelembung kebocoran lagi. Tapi aku pulak tak puas hati sebab tampalannya tak kemas. Wak tu kata dah pakai dan panas nanti getah tu kembang lalu menutup seluruh lobang tu. Jawapan Wak tu make sense dan memuaskan hati.

Moral of the story: Rajin2 tolong orang. Walau pertolongan tu kita rasa kecik tapi kita tak tahu ianya besar di mata orang dan di sisi Tuhan. Mungkin menjadi asbab ke Syurga. Suatu hari kalau kita pulak dalam kesusahan mungkin Allah akan berikan pertolongan yang tak disangka2. Wallahualam :')

Friday, April 22, 2016

Kisah Seorang Anak Kecik

Assalamualaikum..
Kalau blog ni roti, aku rasa dah lama tumbuh spora. Lama betul tak jenguk. Maklumlah balik rumah sibuk dengan Umar, dengan mengemas, dengan pokok2 kesayangan yang perlu perhatian siryus. Aku dah macam obses dengan pokok lak skang. Almaklum orang asyik tebang pokok dan bumi makin panas maka aku ambil inisiatif untuk "bela" lebih banyak pokok. 

Mengenai si Umar, budak kenit tu makin membesar. Takkan makin kecik plak kan ahaha. Aku ni pun. Semalam masa ambil dia di taska teacher tanya Umar ni banyak cakap tak kat rumah? Aku cakap ada la jugak. Teacher dia cakap kat taska asek potpet je mulutnya. Pastu kuat makan lak tu haha. Minum air masak pun banyak. Memang tak dinafikan dia kuat makan sekarang. Balik taska kena sua sebotol air masak dulu kat dia. Dia akan sedut macam tak minum sebulan haha. Tak menyempat2 maknya nak buka tudung dulu ke hape. Lepas tu sibuk tinjau atas meja mintak kismis la biskut la roti la. Fav snack dia now adalah kismis, natural/plain yogurt dan keju. Macam mat saley lak kahkah. Kalau keju aku bagi unsalted/natural cheese. Cheesedale or processed cheesed terlalu masin. Aku pun tak lalu makan macam tu je. Then lately dia bangun punya awal. 5.30pagi bangun tarik tangan aku pergi dapur. Nak minum la nak makan la. Kadang ngamuk kalau aku salah teka. Aku rasa sebab dia memang lapar. Semalam sebelum tidur aku bagi dia makan kenyang2 hasilnya pagi tadi dia bangun pukul 8pagi. Yes!! HAha.

Interest dia adalah truck, kereta dan benda2 beroda. Standard boy lah kan. Bila jalan kat shopping complex kadang aku saja sua anak patung baby pastu dia tolak buat muka "euuu". Bajet lelaki sejati meskulin tak layan anak patung lah kunun.



Tapi yang tak boleh blah, kalau main truck cepat je mood dia swing. Contoh last time dia susun truck 3 lapis. Bila gerakkan haruslah benda tu collapsed. Then dia nangis and jerit2 mintak aku susunkan semula. Stress plak mak ni haa. haha. End up aku suruh dia ambik buku dan baca. Truck dia aku sorok bawah sofa hahaha. 

Pantang aku bentang sejadah nak solat kat situlah dia nak baring2, golek2, buat2 tidur. Nak suruh dia bangun aku suruh la dia cari lori or truck2 kesayangan dia tu haha. Bila dah mula solat kadang dia main cak-baa pulak. Kadang dulu disuapnya kerepek masa aku tengah kumat-kamit. Sabo je la mak ni haa.

And now dia suka pakai songkok abinya. Songkok sendiri tak mahu pulak pakai. Kadang sambil main lori elok je songkok atas kepala dia haha. Kalau bentang sejadah dah pandai pergi amek songkok dan pakai. Tertonggeng2 buat2 solat. Moga dah besar nanti jadi seorang yang jaga solat dan rajin solat ye nak oi.. 

Pagi tadi saja lah aku bagi dia tengok vid kartun2 islamic. Time ada baca2 doa sibuk cari songkok haha. 

Umar.. Umar.. :)


Thursday, February 25, 2016

Ubat Stress

Rasa stress bersangatan. Lalu aku buat appointment untuk skin consultation di Aster Spring Bangi. Kulit aku bermasalah jerawat yang tiada kesudahan. Rasa low self-confident lebih2 lagi bila kerja menghadap orang. Sedih. :(


Lepas membuat skin analysis dan menerangkan segala-mala pakej, aku pun swap kad plastik untuk jadi ahli dan ikut facial treatment beserta penggunaan produk. Lepas swap aku rasa stress level menurun dengan mendadak dan lega. Betullah antara ubat stress perempuan adalah shopping atau manjakan diri. Now boleh senyum sikit hihi :). Tapi mungkin stress balik bila tengok bil kad plastik wakaka T_T. Duit boleh cari. Mari berhuhu sekejap. 

Thursday, January 21, 2016

2015 Yang Mencabar

Hari ini adalah hari ke 21 untuk tahun 2016. How fast time flies ye. Sudah nak habis Januari. Walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang membaca entry ini. 

Kalau diimbas kembali banyak perkara/kejadian yang berlaku pada 2015 yang merubah hidup. Ia berlaku begitu pantas. 

1. Perubahan Fasa Tido Hidup.
Kehadiran orang baru yang kenit yang hanya tahu tido, menangih, makan dan yak2 telah merubah banyak jadual hidup. Daripada banyak "me time" kepada "mu time". Mu tu maksudnya kamu yang merujuk pada Umar kehkeh.
Si busuk Umi hehe
Ye lah, masa dah banyak tertumpu pada dia. Lapar kena suap, ngantuk kena pok2 buntut, yak2 kena cuci, masyam kena mandikan. Selain dari tu masa banyak dihabiskan dengan mencuci baju, mengemas, melipat baju, menyidai baju, masak, kemas rumah, google resepi, usha barang2 baby online dan lain2.

Lepas balik vacation haritu dia demam seminggu. Lepas demam dia terus jadi sangat clingy. Ada jugak rasa tersirap darah muda ni. Tapi sabo kan aje. Ye lah balik keja mesti nak masak2 sikit tapi once letak je dia mengamuk. Lepas tu datang peluk kaki kita macam minta ampun dalam citer sinetron. Sebenarnya mintak dukung. Masuk tandas sekejap pn dah meraung. But alhamdulillah now dah tak clingy. Cuma malam kalau sedar maknya bangun pergi tandas or solat haaa siaplah dia punya histeria. Bapaknya pujuk memang tak lut. Tensi woo dengar. Tapi mak sabo je.. Pagi tadi siap peluk kaki kita masa kita solat. Haih. 

2. Abah Operation Tulang Belakang
Ni perkara yang besar dan banyak dugaan juga. Pre dan post operation ada dugaan tapi yang lebih diduga adalah post operation.

Alhamdulillah operation tu berjaya. Lepas 1 bulan discharge abah demam plak disebabkan infection ditempat operation dan terpaksa masuk OT semula untuk cuci luka dalam tu. Doctor kata bakteria tu jenis boleh berulat. 

Post operation memang ulang alik HUKM jugak lah. Ditambah pulak sampai bulan Ramadhan. Memang dugaan. Now pun masih diduga bila kesakitan datang semula dan fisioterapi terpaksa ditangguh buat sementara. Tunggu masa untuk rujuk doktor. 

3. Tukar Profesyen
Dari FA engineer kepada tenaga pengajar. Bila tukar profesyen gaji pun bertukar kahkah. Nangis. Tapi takpolah, husband cakap biar sikit asal berkat. Maksudnya dok jauh2 takut hilang berkat. Ok lah aku terima tu. Plus makan2 boleh korek husband haha haha haha. Gelak berhenti2. Hidup sekarang lebih memerlukan flexibility so kerja sekarang lebih sesuai. Plus no more debar2 jantung bila ada conference dgn US bos. Phiew~~
                                                                      

No more hotel hunting every weekend ya hehe. Masa kerja di Penang, every friday kena hunt for hotel sbb husband akan datang. Disebabkan terlalu penat angkut barang sampai aku tak bagi dia datang lalu dia me-ra-juk kahkah.  

4. Rumah dimasuki Pencuri
Ini terjadi lepas raya. 3 days after masuk kerja tak silapnya. Aku balik kerja tengok botol Dinamo dan penyapu berubah tempat. Nak buka sliding window dapur tak boleh pulak. Bila cek, tingkap tu dah terkupil sikit. Then cek cash atas almari cermin dah takde. Ada duit raya Umar dlm SGD200+duitRM dan duit  Riyal husband dlm ratus2 juga tak silap. Aku letak duit raya Umar kat situ sbb tak nak bagi lupa untuk pergi money exchanger. 
Terkilan jugak rasa tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki dia. Then aku cek cincin, semua 3 bentuk lesap termasuk cincin tunang, nikah dan cincin yang mak aku paksa beli haha. Aku ni jenis x suka pakai cincin. Semak je rasa. Bila ambik wuduk rasa was2 je air tak lalu.. Erm sedih juga mulanya.. Tapi xpe la.. xde rezeki kan. Rezeki Tuhan bagi. Kalau dia nak ambil balik ikut Dia lah kan. Itu jela yang hilang. Pastu aku sikit trauma. Tu baru jenayah yang bukan depan mata. Yang  berlaku kat org lain yg depan mata aku tak dpt bayang dia punya trauma.
Apapun diharap 2016 memberi lebih kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan pada kita semua. Amin ya Robbal'alamin~~

Saturday, January 09, 2016

Beautiful Sapa -Day 4 and 5

Sesampai di OldQuarter dari Halong Bay, kami check-in bilik sekejap sebelum berangkat ke Sapa pada malamnya. Sepatutnya tak ada check-in hotel. Ini semua atas ihsan si Kevin. Lepas masuk bilik hotel mak segera turun ke bawah untuk ke pharmacy berhampiran bagi dapatkan ubat mata. Mak kena infection mata pulak huhu. Bijik mata mak ni jadi merah macam jembalang dah.  Atas bantuan staff hotel iaitu Emily, mak berjaya mendapatkan eye drop yang sesuai. Emily sangat membantu mak. English pun payah jugak kat sini. Tak ramai yang fluent or tahu cakap omputey. Emily ni la jadi perantara mak. Tanpa Emily mak takut dapat ubat telinga je haha.


Lepas tu mak naik balik bilik, siap2 apa yang patut dan cek out hotel semula. Disebabkan train jam 9.30 malam maka kami ambil kesempatan untuk shopping sikit lah. Memang tak ada masa lain dah nak shopping. Kami pun merayau2 sekitar Old Quarter dan berjaya dapatkan sikit fridge magnet, beg dompet dan beg galas. Mak aku pesan belikan beg sekolah adek aku. Jauh betul beli haha. Ingat boleh shopping lama sikit tapi terpaksa balik semula hotel sebab Umar dah mengamuk nak susu dan tido. Dia bukan nak susu botol. 

Sesampai di hotel mak pun cari lah port sesuai untuk susukan Umar. Mak pergi cafe hotel di bahagian bawah. Bukak 1 lampu dan susukan Umar sambil layan FB. Bila Umar pun dah tido mak pun lega. Tiba2 ada suatu entiti bergerak laju dan kelam kabut ke arah mak sambil "gong gong". Hoi gila tak terkejut. Terkeluar suara jantan mak haha. Rasa nak gugur jantung haku. Rupanya tuan cafe punya anjing. Lepas anjing dia muncul, tuannya pulak muncul. Tuannya cuma cakap "jangan.. jangan.." camtu je. Bedebah punya anjing. Naseb tak di gigitnya. Tak semena2 je kena cari tanah plak nak sertu. Umar pun dah terjaga akibat terkejut dengan jeritan jantan mak haha. 

Ok lupakan pasal kisah anjing bedebah tadi. Jam 9pm kami ke train station dengan menaiki taxi. Staff hotel hantar kami sampai la ke cabin. 1 gerabak ada banyak cabin. 1 cabin ada 4 berth/katil. Ada juga 1 cabin 2 katil tapi harga lebih mahal. Oh untuk ke Sapa ada 2 pilihan sebenarnya. Samaada menaiki train atau bus. Bus lebih murah, masa lebih pendek dan akan terus ke Sapa town manakala train sedikit mahal, ambil masa lebih lama dan sampai di Lau Cai train station. Dari train station kena ambil minibus/van ke sapa town pula (lebih kurang 1 jam).


Night train to Sapa
Kami berkongsi cabin dengan lagi 1 Europe couple. Tak pasti dari negara mana sebab aneh betul bahasanya. Alhamdulillah depa tak smoke or minum alcohol. Umar tido je depa mula cakap bisik2. Perjalanan malam tu sangat smooth dan Umar tido sangat lena. Kami dibekalkan dengan air mineral, sebijik bantal dan selimut tebal. Selesa. 

Day 4
10 minit lagi nak sampai depa dok pasang lagu kuat2. Mungkin ini cara mereka kejut penumpang.. Sesampai je di train station kami cari driver yang dah dibook awal oleh Kevin. Driver kemudian bawa kami ke Sapa town. Sesampai, kami kena menapak pulak ke atas bukit untuk ke Sapa Panorama Hotel. Lepas sikit briefing kami pun breakfast sambil menikmati Fanxipan Mount yang cantik dari jauh. 


Morning in Sapa
Sementara tunggu trekking time kami sempat ronda2 kawasan sekitar. Pukul 9.30 pagi kami mula trekking. Aku ingat trekking mudah2 je.. Rupanya trek di lereng2 padi bukit depa. Dengan selut licinnya.. Memang perlu bantuan si Black Hmong tu la. Hmm masa trekking aku dapat agak kenapa masa perang dulu US boleh kalah di Vietnam. Orang kata kecil2 cili padi. Oh Black Hmong ni adalah kaum yang terdapat di Sapa. Mereka asal dari China sebenarnya. Depa akan ikut tourist group trekking tanpa dipinta. Bila tiba time rehat depa akan minta kita beli kraftangan depa. Harganya jauh lebih mahall dari di Hanoi ye.. Di Hanoi mungkin bleh dapat RM8 macam tu tapi depa jual RM40! 


....

View along the track
Aku yang bawak baby ni dibantu oleh Zue. Dia boleh bercakap English dengan baik. Tak semua boleh cakap English. Some of them memang pergi kursus tourism and some of them (termasuk kanak2) belajar English hanya dari tourist yang datang. Kagum jugak la aku dengan diorang. Bila trekking tamat sempat juga aku beli kraftangan dari Zue tanda terima kasih. Lepas tu datang plak orang lain mintak beli barangnya.. Dia kata tak adil aku tak beli dari dia sebab tadi dia ada tolong husband aku hahaha. Malas nak layan


Their village
Total trekking pagini adalah 10km T_T. Sampai di kampung Black Hmong kami makan lunch. Aku tak makan hehe. Lepastu kami di bawa lawat rumah 2 kaum yang berbeza. Daif je aku tengok rumah depa ni. huhu. Ada juga rumah yang dijadikan homestay. Kami juga dibawa melawat sekolah rendah di situ. 


Jualan harian
Kami balik hotel dengan menaiki minibus. Kaki dah sakit. Dapat hotshower memang nyaman. Lepas dinner kami keluar merayap survey2 kedai. Banyak juga kedai yang buka sampai lewat malam. Jika di Hanoi, jam 8malam banyak kedai dah tutup. Malam di Sapa agak meriah. Penduduk keluar menikmati malam walaupun cuaca dingin. Ramai anak muda yang bermain bola di lapangan. 

Aku singgah 1 kedai runcit untuk tengok2 kopi or teh. Banyak yang tak ada price tag. Nak tahu harga kena tanya dan aku rasa ini satu cara depa nak "makan" kita. Ada 1 box teh ni aku tanya harga berapa? Lepas tu dia dok sengih2 dgn kawan dia. Lepas tu dia kata 50k Dong. Bila aku cek box tu dan box2 lain aku cakap kenapa semua ni tulis 40k Dong? Kantoii.. Pastu dia kata "no no.. 50k".. Tak puas hati aku pun blah. Puii..

Malam ni sempat la aku grab 3 helai seluar. 2 untuk abang dan adek aku dan sehelai untuk aku. Suar aku dapat 18USD (brand JackWolfskin) manakala suar adek and abg aku 13USD each (brand NorthFace). Tak tahu la mahal ke murah dah tu huhu. Suhu 13 degree dengan angin kuat memaksa kami pulang segera. Aku ok, anak aku ni kesian pulak.  Balik hotel mata mengantuk kaki sakit. 

Day 5
Pagi ni kami ada trekking 7km ke CatCat Village. Lebih mudah katanya sebab takde selut bagai. Disebabkan kaki dah sakit dan kami nak explore Sapa Town, kami skip the trekking. Rugi juga rasanya tapi nak buat macam mana lutut longgar haha. So pagi ni kami relax2 je dulu. Kul 11 pagi check-out hotel dan terus jalan2 sekitar Sapa menambah barang belian kehkeh. Hasilnya kami dapat tambah 2 bekpek kecik dan 1 kasut nike dengan total harga rm100+. Ingat nak grab kasut Salomon tapi tak sempat huhu :(. 


Rambang mata
Hasil carian kami berjaya jumpa Cosiana Hotel. Ada apa dengan Cosiana hotel? Pastinya makanan halal haha. Cosiana Hotel ada di Hanoi dan Sapa dan satu2 nya hotel yang sediakan makanan halal. So kami ke restaurant nya dan order spring roll, Vietnamese noodle dan coffee shake. Ambe bukan peminum kopi tapi ambe rase kopinya sgt lazat.

Lepas perut kenyang kami jalan2 lagi dan balik hotel. Kami perlu berada di hotel sebelum 5.30pm kerana 5.30pm kami akan dihantar pulang ke train station untuk balik ke Hanoi.

OTW turun ke train station Umar tak banyak ragam pun. Baik je. Cuma kepalanya rasa dah suam2 nak demam. huhu. Pulang ke Hanoi kami berkongsi cabin dengan 2 mamat saleh. Disebabkan demam banyak kali Umar bangun menjerit tengah malam. Terpaksa la apaknya bawak ke luar cabin tenang kan dia. Aku rasa malam tu 1 gerabak tu tak lena tido especially 2 mamat saleh tu haha. Naseb la no.

Sapa is a beautiful place that will leaves you great experience. Aku rasa untuk explore Sapa, 2 days 1 night is not enough. Sapa ada few waterfalls and Dragon Mountain yang boleh di explore. Jika tak mahu guide, boleh rent motorbike around USD5/day. Untuk trekking better guna English speaking guide so that dapat la sikit info/knowledge.

Old Quarter, Hanoi - Day 1

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Alhamdulillah pada 1 hingga 6 January baru ni telah diizinkan Tuhan untuk mak menjelajah utara Vietnam. Seminggu sebelum trip Umar telah demam dan sakit mata. Dalam kerisauan mak berdoa agar masa trip nanti Umar sihat walafiat dan kalau sakit pun biarlah mak yang sakit. Wah sanggup tu.  Yelah.. Budak kalau sakit lagi kesian. Kita tak tahu dia selesa ke tak. Tapi tak sangka Tuhan makbulkan. Hewhew~ Mak dan husband diserang demam yang bisa2, sejuk di dalam, panas di luar. Memang tak larat sungguh. Lepas kesan PCM hilang demam datang balik sampai la ke Hanoi. Terasa jugak nak cancel trip tapi sayang pulak semua dah book.


Trip 6 hari ni mak ambik pakej under Kevin's Travel. Jika nak dibanding dengan banyak travel agency lain dan kos jika plan sendiri, mak tengok Kevin's travel jauh lebih murah so mak pun ambik lah dia. Total kos termasuk airport transfer, land transfer (pergi balik Halong bay, pergi balik hotel-Lau Cai train station-sapa-hotel sapa) , hotel dan makan (selected) ialah USD250 per person. 


Maka jam 3 pagi 1 January berangkatlah mak ke KLIA2. Flight jam 6 pagi dan semuanya lancar kecuali masa dalam flight Umar buat perangai. Mungkin dia rimas sebab tak dapat gerak ke sana ke mari dan buntutnya bertahi sampai bocor ke seluar mak. Naseb la perjalanan hanya ambil masa 3 jam huhu~

Day 1. 
Sampai di Noi Bai Airport jam 10am, mak terus ke tandas menukar pempes Umar. Noi Bai airport tak lah terlalu besar tapi selesa. Kami dijemput oleh taxi driver ke Asia Star Hotel, Old Quarter, Hanoi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit. Taxi driver bawak pelan seh. 

Polis pun di babai nye
Sampai di hotel kami disambut oleh Kevin si pemilik hotel dan dihidangkan dengan teh Vietnam. Rasanya agak pekat. Lepas tu kami bersarapan dan check-in bilik. Ada 1 heater disediakan dan ianya agak membantu.


Bilik hotel
Jam 12+ staff hotel suruh tunggu di bawah lagi 1 jam untuk ke "Water Puppet Show". The show supposedly at 5pm tapi disebabkan penonton terlalu ramai maka di awalkan sikit. 

Seat row agak sempit dan crowd agak ramai. Duduk je Umar dah menjerit. Kahkah. Dia bukan boleh duduk saje. Hampir2 nak keluar je dari hall tu tapi disebabkan taknak susahkan orang nak kena bangun bagi laluan kat kami macam mak tuan so stay je la.. huhu. Bila show mula, Umar terus terpana. Phiewww~~ Lega mak rasa. He really enjoyed the show. Siap tepuk2 tangan lagi. 


Water Puppet Show
Lepas 30min show pun tamat. Kami dibawa jalan ke Ho Kiem Lake oleh staff hotel bernama Emily. Ho Kiem yang bermaksud "the return sword" terletak depan water puppet theater tu je. So jalan kaki je. Lake tu sangat ramai orang ye sebab winter time dia kata mmg ramai. Based on googling, time winter la tak ramai huhu. Mungkin new year. 

Sekitar Ho Kiem Lake memang ramai juga yang ambil kesempatan berniaga seperti kraftangan, buah-buahan dll. Disini juga ada disediakan tong-tong sampah di mana, ibu bapa akan bawa anak kecil berumur sekitar 3 tahun untuk kutip sampah di sini. Tujuannya untuk ajar anak2 tersebut tentang kebersihan katanya. Selain itu, ada pelajar yang cuba meng'improve' English dengan cara conversation dengan 'mat saleh'. Contohnya jika diorang nampak 'mat saleh' sekitar sini, diorang akan tegur dan mulakan perbualan.


Ho Kiem Lake and Church
Lepas tu Emily tunjukkan kami tempat untuk beli kopi dan teh Vietnam, Church dan pasar basah di sekitar Old Quarter. Jam baru pukul 6 tapi banyak kedai dah nak tutup. Winter memang tutup awal. Kami lunch di Indian Restaurant yang harganya boleh tahan la mahal huhu. Halal food agak susah nak cari kat sini. I have few halal restaurant list tapi masa sangat terhad. 

Emily pesan, biar dia belikan kopi jika nak sebab if foreigner beli harga dah jadi mahal. Kat sini, tourist memang mudah jadi mangsa. So kena nego sampai dapat. Kalau tak puas hati baik tak payah beli. Some peniaga, akan panggil balik kita dan beri harga yang kita nak kalau kita refuse beli barang dia.

Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Old Quarter ni ada pasar malam besar yang mana ada jual everything dari kopi, teh, silk, outdoor gear dan barang2 kraftangan. Di sini boleh dapat harga yang lebih murah. Ia mula jam 7.30 sampai 11.30 malam. Disebabkan jam baru pukul 6 malam so kami decide untuk rehat dulu di bilik (6 malam dah gelap ye). Rehat punya rehat semua dok tidoq macam ada gam kat mata. Tak boleh nak buka. Maka terlepas la pasar malam kami haha~ 


The Old Quarter
Di Old Quarter semua jalan agak busy ya. Semua main hon je. Hotel kami terletak di simpang jalan dan agak bising. Tapi ok je sebab semua boleh tidur dengan lena hehe~

Sebenarnya banyak lagi attractions di Hanoi ni seperti, old prison, Ho Chi Minh Museum dll lagi. Disebabkan masa yang sangat terhad dan bawa baby ni tak boleh sebarang2, so kami tak pergi pun tempat2 tu. Personally, mak rasa kalau betul2 nak explore Hanoi dan Old Quarter ni maybe need 2 fulldays and 1 night here. Kedai2 kraf, silk, coffee, outdoor gear, beg, semua ada di Old Quarter. Better shopping here sebab Sapa agak mahal. Tawar menawar buatlah dalam Dong ya. Jgn jadi macam mak. Mak beli seluar kat Sapa, tawar menawar dalam USD. Tetiba nak bayar dalam Dong. Haruslah peniaga tu guna exchange rate yang tinggi. huhu. If peniaga sebut harga dalam USD, minta dia harga dalam Dong sebelum mulakan tawar menawar.