Total Pageviews

Tuesday, December 03, 2013

Negara Ke Arah Kejahanaman

Peh tajuk kasar gilak kan.. Tapi tu saje ayat terbaik yang aku boleh describe dengan keadaan Malaysia sekarang ni. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat
(petrol, gula, tol, tariff elektrik, rumah dll) dan jenayah makin pelik2 yang mungkin tak terfikir oleh orang dulu2 semakin berleluasa, rakyat jadi makin tersepit. Tersepit di negara sendiri yang dikatakan tanah tempat tumpahnya darah. 


Hentikan lawak ini
Tak kira lah penyokong BN atau PR atau tak menyokong mana2 parti sekalipun semuanya kena tempiasnya. Hentikanlah kata2 "bersyukurlah Malaysia masih aman, makan, minum keje semua senang.. Tengok negara lain nak makan pun susah". Ayat tu aku rasa dah tak relevant. Takkan nak tunggu jadi macam negara susah tu baru kau nak bising dan komplen. Hey itu dah terlambat kawan.

Sedarilah ini semua sebenarnya musibah. Musibah yang mungkin ada hikmah dibelakangnya. Tapi musibah paling besar yang menimpa rakyat Malaysia adalah bila pemimpin/pak menteri makin ramai yang dungu. Yes dungu adik beradik bebal atau bodoh. Aku sedikit hairan apa yang menyebabkan kedunguan itu meresap ke benak fikiran mereka. Nak kata tak sekolah, rata2nya lulusan universiti hebat2.  Bebal sorang2 tak apa tapi kalau kebebalan tu menyusahkan rakyat jelata dan bawak kemudaratan baik kau berambus. Eh makin kasar ayat aku. kahkah. Ini reality. Kau boleh tengok apa yang berlaku sekarang. Bila negara makin takde duit, pak menteri jadikan rakyat macam mesin ATM. Semua benda dinaikkan dengan alasan2 dungu seperti "kenaikan gula untuk elak rakyat terkena diabetes" atau "konsert K.Pop memberi pulangan berjuta kepada rakyat". Nak spin mohon logic dan pandai sikit. Bila orang lain berhujah kau meroyan pulak dalam parlimen. Apa punya manusia aku makin tak paham. 
:)
Dan yang terbaru yang menyebabkan aku meroyan kat sini adalah pemusnahan Candi Lembah Bujang. Dah la sebelum ni asek berbulu hati tengok gunung batu kapur kat Ipoh ditarah dengan rakus.. Sekarang musibah lain plak menimpa. Yang kelakarnya, dah diroboh baru pak menteri suruh hentikan kerja2 pemusnahan tu. Eh lawak. Sebelum ni siapa bagi kelulusan kat developer. Menteri ngan developer 2x5 jek. Peduli apa asalkan duit masyuk. 


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/248227
Alam sekitar dan nilai sejarah itu tak boleh dinilai dengan helaian kertas yang dipanggil wang. Harganya tak ternilai wahai manusia rakuss.. Aku sedih.. sobbssss :'(  

2 comments: