Total Pageviews

Monday, December 16, 2013

Bukan Simpati Ku Pinta

Syiria.. Sebuah negara yang sedang hebat dilanda peperangan. Kematian demi kematian berlaku setiap jam. Rumah dirobohkan rejim Assad laknatullah, anak2 kecil, wanita dan si tua yang tiada daya dibunuh ikut suka hati kepala atuk mereka.. Ramai yang menjadi pelarian dibumi sendiri. Masa depan masih jauh dari kesamaran. 
Wajah penghuni syurga :')
Mereka yang sekarang hidup dalam keadaan ketakutan, ketaktentuan dan trauma terpaksa pulak berdepan dengan musim sejuk yang extreme. Ya, musim sejuk yang extreme dalam tempoh beberapa dekad. Bak kata pepatah sudah jatuh, ditampa pulak dengan tangga. Bukan tangga kayu, tapi tangga konkrit. Aduh sakitnyew~

Mungkin ada antara kita merasakan sejuk itu menyeronokkan tapi hakikatnya ia mengazabkan dan jauh dari keselesaan. Apatah lagi kalau takde pakaian yang sesuai seperti glove, longjohn, winter jaket dll. Kediaman pulak hanyalah khemah yang diliputi salji tebal. Tiada heater ye. 
Ramai yang mula mati kesejukan termasuk kambing itu T_T
Sejuknya pegang tong gas itu >.<
Jika mahu rasa sedikit kesengsaraan mereka, boleh lah ke puncak Kinabalu dan cuba berkemah di puncak tersebut. Suhu di puncak hanya sekitar 3-15degCkalau tak silap dan diselang dengan angin dan hujan. Dijamin akan mengigil keras serta dimarah oleh guard disitu sebab buat kerja gilak. kahkah. Actually, bila tengok gambaq2 diorang aku tak dapat bayang macam mana diorang boleh bertahan. Based on my personal experience, suhu sekitar 5degree pon dah ketaq dan jari semua dah kebas.. Apatah lagi keadaan yang dikelilingi ais tapi kau hanya pakai selipar tanpa socks. Oh kekuatan apakah yang digunapakai.

Selipar... :'( 
Bagi mengurangi beban sudah jatuh ditimpa tangga konkrit itu, diharap sahabat2 yang budiman sekelian, yang baru dapat bonus atau akan dapat atau tak dapat langsung dapat menyebarluas rezeki kita kepada mereka.. Mana tau wang derma kita akan jadi asbab kita ke syurga Tuhan atau kebaikan melimpah ruah datang kepada kita.  Best bukan? InsyaAllah takkan miskin orang yang memberi. Moga Allah sayang :)




4 comments: