Total Pageviews

Wednesday, November 20, 2013

Penang Bridge International Marathon 2013


Helloooo...

Tora Penang Bridge International Marathon datang lagi.. Event pada tahun ini mulanya akan diadakan di Penang 2nd Bridge tapi disebabkan berlakunya runtuhan konkrit pada Jun lepas, ia akhirnya diadakan di jambatan asal. Dari awal lagi aku dah ada rasa ragu2 nak lari kat 2nd bridge. Tiba2 berlaku pulak petaka yang meragut nyawa itu terjadi dan event di tukar ke jambatan pertama sikit sebanyak bagi kelegaan. Untuk pengetahuan, Penang Bridge sepanjang 13.5km ini dibuka pada Sept 1985 dengan purata kenderaan 130 000 melaluinya setiap hari. Secara purata tol dikenakan RM7 so RM7 x 130 000 = RM910 000. Maka kutipan tol hampir RM1 juta setiap hari @_@. Macam dah untung banyak je.. Bila nak turunkan plak harga tol ehehe~
2nd Penang Bridge
Eh berbalik pada citer marathon, tahun ni aku, Cik Farah dan Janah Syurga masuk 10km Women Open. Selewat 4.45am aku bangun, menung kejap, siap2 sampai la 5.20am baru kuar umah dan terus amek  Cik Farah. Sedikit cemas bila jam dah nak pukul 6 tapi kami terperangkap dalam jem. Larian kami bermula jam 6am. Lepas dapat parking, kami bergegas ke starting point. Parking dan starting point jauh gila dan kami terpaksa melajukan langkah supaya sempat bersolat subuh. Lepas solat subuh aku tinggalkan kompas kiblat kat tepi rumput sebab malas nak masuk poket. Dalam poket aku dah cukup sarat dengan kunci kereta, minyak angin, coklat dan sapu tangan. Kalau ada orang ambik kompas tu moga ia bagi manfaat kalau tak ada orang amek, aku boleh amek bawak balik. Balik marathon kompas dah tak ada. Alamatnya kena cari yang lain dengan saiz yang lebih kecik. Senang masuk poket. 
Woman Open Champion
Disapu bersih oleh Kenyan
Larian kali ni aku rasa agak competitive. Semua bersaing dan potong memotong antara satu sama lain terutamanya 1km terakhir yang mana ramai yang membuat pecutan. Aku rasa km terakhir tu dah macam nak burst je paru2 ni. 3km terakhir terserempak plak ngan Jannah Syurga. Bleh plak dia kejar aku. Dah tu siap ajak borak LOL. Tak cukup oxygen aku nak borak.    
Rasa nak pengsan hoho
Sampai ke finish line sekitar jam 7.30am dan terus ke booth V-Soy, Simplot & 100plus untuk ngap2 glup2. Lepas beberapa minit aku, Jannah Syurga dan Cik Farah berkumpul dan bergossip sekejap lalu kami membuat tour ke setiap booth untuk bergambar. 


Well done!
Ermm sepanjang larian aku nampak ada yang muda, tua, gemok dan kurus. Peserta yang aku agak kagum pastilah yang berbadan gempal sebab mereka gigih berlari walau berbadan besar. Bukan mudah sebenarnya sebab ia perlukan kekuatan fizikal dan mental. Boleh dikatakan mereka berani untuk keluar dari comfort zone iaitu dari duduk depan TV sambil makan pop-corn dan berkipas ke keadaan yang panas, penat, sakit kaki. Tahniah. Setiap orang ada alasan tersendiri mengapa mereka berlari.


Laju betul si Kenyan lari =.=
Sebenarnya setiap kali larian aku ada rasa sikit penyesalan sebab rasa jauh sangat dan tak larat. Impian untuk upgrade ke half-marathon berkecai seketika masa larian.. Ayaq yang diminum rasa menari2 didalam perut dan rasa nak terbuwek tepi jalan je. haha. Tapi lepas dapat complete larian, akan wujud 1 kepuasan dalam diri. Hihihihihi. Lagipun as a muslim, eloklah kita mengekalkan gaya hidup yang sihat. Orang Islam kena sihat, fit dan tak menjadi penyumbang kepada masalah obesity (cis mcm poyo lak bunyinya). Moga lagi sihat lagi rajin dan bersemangat hendaknya beribadah dan melakukan kebaikan.  



Akhir kata bravo to all participants. No matter how slow you are, you still running better than "the government". kihkih  ;)

2 comments:

  1. running better than government, oppps
    kelas ayat kak yu skang, wakaka

    tahniah dapat medal
    tengok gambar pun dh perit nk lari jauh2 ni
    last 22km di sepang dulu.. nk muntah rasa,lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. meme perit pon.. masa lari rasa menyesal masuk wahaha...
      ko lari apa 22km? hebak tu.. baper jam?

      Delete