Total Pageviews

Monday, November 11, 2013

Ada Apa Dengan Straits Quay

Straits Quay yang letaknya di sebelah Tesco Tanjung Pinang adalah salah satu tempat santai yang tak begitu dikenali orang luar. Ia tak se'popular Batu Feringgi tapi agak menarik untuk dikunjungi.

Harap membantu :P
Entrance
Straits Quay adalah gabungan shopping complex dan shipyard. Shopping complex yang bersaiz sederhana itu dimeriahkan dengan pelbagai restoran di bahagian ground floor yang sebahagian tempat makan menghadap shipyard. So sambil makan boleh la feeling2 sambil tengok kapal layar yang ada. BTW aku tak pernah makan kat situ sebab hampir semua takde status halal dan menyediakan wine. Kapal2 kat situ aku rasa banyaknya kepunyaan kerabat Francis Light mat saleh atau businessman yang mempunyai duit berkepuk2 dalam bank lalu di'infakkan duit tersebut dengan membeli kapal sebagai memenuhi hobi berlayar. 
Ground floor
Janah beli baja 

Salah satu kapal aku kat sini dah bagi sewa kat orang :P
Di level 1 pulak ada kedai2 tapi tak begitu banyak. Terbaru masa aku pergi depa buat jualan barang2 yang unik dan comel. Booth2 kecil dibukak di level 1 di sepanjang corridor. Yang bestnya aku rasa pasal Straits Quay ni adalah dengan kesopanan peniaga kat situ. Selalunya diorang akan layan pelanggan dengan baik dan senyum walaupun kita masuk kedai dia just nak tengok2 sambil serelakkan barang2 dia. Kalau tak selerakkan nanti depa melangut je takde keje kan.. ekeke. Gurau jek :P. Kalau dalam hati depa menyumpah seranah tu aku tak tau la tapi so far semuanya sopan je. hehe.


Level 1
Dah boring dalam shopping complex boleh la keluar ke shipyard melihat kapal2 dengan lebih dekat sambil menghirup udara segar. Ada juga disediakan trek untuk berjalan/jogging/berbasikal. Trek tersebut menghadap laut dan di hujungnya ada playground dan kawasan rumah orang2 kayap. Di sini jugak ada disediakan khidmat sewa basikal dan kayak. Jannah tanak naik tandem bike ngan aku sebab takut aku tipu tak kayuh sama. haha. Alasan tak munasabah langsung.


Bike rental
Trek untuk ambil dan buang angin.
Akhir kata marilah berkunjung ke Straits Quay. Boleh park kerata di mana2 tanpa risau akan saman mahupun jenayah (insyaAllah selamat :P) dan tiada bayaran masuk dikenakan. 
Lai lai lai~~

No comments:

Post a Comment