Total Pageviews

Thursday, October 24, 2013

Rendang Tok

Aku ingat petang semalam nak pegi jogging tapi awan pulak menangis. Hari ni cuaca elok tapi tetiba ada orang ajak meeting tergempar afterwork maka tiadalah beta jogging minggu ini. Cakap pasal jogging aku sebenarnya agak berkira2 skang ni untuk pergi jogging. Bukan malas tapi sejak USM tak benarkan orang luar jog kat dalam, aku rasa sikit keciwa. Err kecewa banyak sebenarnya. Ini semua gara2 penjenayah bedebah yang membuat kerusakan dan onar di dalam USM. Bak kata pepatah sebab nila setitis habis susu sebelanga. Skang aku hanya ada Bukit Dumbar je yang mana jaraknya lagi jauh dari USM dan pasti lebih petrol dan masa diperlukan. Sigh~

Lupakan pasal jogging tadi. Aku nak citer pasal Rendang Tok sebenarnya.. Minggu lepas aku masak Rendang Tok untuk kali ke 2. First time masak 5 tahun dulu ikut resipi mak aku. Resepi kali ni aku gugel jek. Nak cari resepi senang je. Type Rendang Tok pastu search image yang agak menggiurkan lepastu baru tenguk resepinya. Apapun terpulang la cara masing2 nak cari resepi hehe. 

Rendang Tok adalah rendang yang berasal dari negeri Perak. Mengikut kata 1 blog ni, ia dinamakan Rendang Tok sebab tok suka makan rendang itu. Macam tak adil lak kan opah yang masak tapi Tok dapat nama. Grr

Sebenarnya tak susah mana pun nak masaknya. Bahan2 sume beli kat pasar pastu hiris2, blend sikit, katuk2, tenyeh2, pijak2 masukkan dalam periuk then letak atas dapur tunggu pulak sampai kering dengan penuh kesabaran. 


Bahan-bahan
Masukkan santan hingga ia menenggelamkan perkampungan daging
Hasilnya aku bagi Jannah Syurga & Q sket. Jannah Syurga kata daging kurang empuk. Petua nak kasi empuk taruk sudu masa masak katanya. Pernah dengar jugak petua tu tapi sebab tak yakin maka aku tak buat. Mungkin boleh cuba lain kali dengan sudu, sudip, pisau dan segala jenis logam dalam jadual berkala. Baru betul empuk ekekeke. 

Wednesday, October 16, 2013

Kegilaan

Semperna cuti Raya Korban ni ramai yang ambil kesempatan pulang ke kampung halaman termasukla aku. Malam tadi aku memandu pulang semula ke Pulau Pinang. Disebabkan bertolak agak lambat dan menggagau ikut jalan lain, aku tiba di Jambatan Pulau Pinang agak lewat iaitu sekitar 9.30pm.

Sesampai simpang susur keluar Jambatan Pulau Pinang, aku nyaris langgar sorang pembonceng motosikal yang berani mati dan merasakan amalnya sudah cukup untuk membawanya ke syurga. Begini ceritanya.............................~

Masa kat simpang susur keluar dari bridge aku nampak ada sorang pembonceng motosikal yang agak berumur berbangsa India berhenti kat pinggir lorong 1. 
Jangan komplen drawing aku plis
Tanpa menghiraukan beliau aku dan kereta2 lain teruskan pecutan. Kereta yang keluar dari bridge dan E-Gate agak laju dan keadaan agak busy. Dengan tiba-tiba dan tak disangka oleh sekelian makhluk di awana, motor yang berada di bahu jalan lorong 1 tadi bergerak merintangi arus dengan kelajuan siput sedut untuk ke lorong 3. Aku yang kat lorong 2 terus tekan brake dan control steering sambil tekan hon tak puas hati dan rasa nak maki. Ikut hati mau je aku langgar tapi kang panjang lak kesnya. Lagi 1 inci je aku rasa nak langgar si uncle gilak tu tapi boleh dia buat2 macam takde perkara cemas berlaku lalu buat muka toya dia teruskan perjalanan. Kalau tayar aku haus rasanya memang dah melambung uncle tu atau dengan aku jugak melambung (nauzubillah). Grrr rasa nak lempar selipar kat kepala dia 100x. Aku rasa uncle tu silap lorong pastu nak ke lorong 3 dia main redah dan redho je kot. Tak pon beliau mabuk or cubaan bunuh diri. Habis tayar aku.. Hoho.  

Saturday, October 12, 2013

Standard Chartered KL International Marathon 2013

27 Sept lepas aku dan Jannah Syurga terbang dari Penang ke KL untuk menyertai Standard Chartered Marathon. Kalau ikutkan hati memang kak bedah malas tapi atas dasar ukhuwwah fillah (eceh) dan penyertaan yang disponsor kami gigihkan diri. 

Ada beberapa katogori yang dipertandingkan iaitu full marathon 42km, Honda half marathon 21km, Ekiden 21km dan lain2. Katogori yang paling unik adalah Ekiden 21km sebab ia adalah lari berganti2 dalam kumpulan. Setiap kumpulan ada 5 orang runner iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan. Pecahan larian adalah 5km-3km-3km-5km-5km. Perempuan melayu terakhir ambik 3km sorang manakala lelaki 5km. 
Pelari pertama untuk Ekiden
Aku group ngan Jannah Syurga manakala 3 lagi runner lelaki adalah dari KL yang baru kami kenal. Runner pertama adalah Hamdan, ke-dua Jannah, ke-tiga aku, ke-empat dan ke-lima aku tak ingat lak namanya hehe. Sebelum larian bermula kami telah dihantar dengan bus ke tapak larian masing2. Disebabkan runner pertama mula lari jam 5.45am, maka sempatlah aku dan Amy bersolat subuh dulu di tepi jalan. Best gak solat tepi jalan sebenarnya. Heh.

Lepas solat kami pun tunggu pelari yang ke 2 dengan penuh debaran. Matahari dah mula terbit tapi bayang Jannah aku tak nampak lagi. Gelisah dan sikit psiko bila ramai runner lain yang dah sampai.. Sekitar jam 6.40am baru bib no aku dipanggil dan aku nampak Jannah tengah termengah2 lari. Sian aku tenguk haha. 
Batman & Flintstones  
Jam 7+am  sampai ke runner yang ke 4 dan terus naik bus yang disediakan untuk ke Dataran Merdeka. Sesampai di Dataran Merdeka terus pergi kat Jannah yang tengah queue untuk amek gambaq free.. holala~ Panjang gila queue tapi Jannah dah kat depaaan nun. Pandai Jannah beratoq hihi. Masa beratoq ada jugak yang berminat nak tahu kami dari persatuan apa oleh kerana keunikan mesej2 yg Islamic di belakang baju. Banyak jugak muslim dan non muslim yang tertarik nak baca mesej2 tu sebenaqnya. Aku ingat tak da sapa nak peduli. hehe
Penang & KL Reverts Sport Club
Terserempak  :D
Kami kendian dipelawa untuk makan dim sum bersama ahli2 RSC lain di Hotel Quality. OTW menapak ke Hotel Quality terserempak pulak dengan segerombolan kanak2 comel berlari lintang pukang bagai dikejar Sang Kelembai. Rupanya diorang tengah lari untuk 700m competition. 

Alolooooii
Tengah syok bagi sokongan tetiba sorang budak jatuh tersungkur depan kami. Bibirnya sikit berdarah lalu beliau menangis wuwuwu~ Semua panic tapi yang paling panic kat sini Amy. Siap dukung lagi budak tu. Lepas dukung dia letak balik sebab tak tau nak bawak budak tu pegi mana haha. Ramai jugak yang cuba pujuk budak tu selain amek kesempatan untuk bergambar. Kami pujuk budak tu dengan M&M dan sebotol ayaq. Budak tu makan dengan bersungguh kemudian bangun dan terus lari sambil bawak lesap sepeket M&M tu. Semua bersorak bagi sokongan tapi aku tenguk Jannah tengah lap ayaq mata. Terharu pulakkk dia haii.. haha.
Not bad :)
Sampai di Hotel Quality kami dihidang dengan pelbagai makanan cina yang halal lagi yummeh. Kami makan dengan penuh kesyukuran dan gelojoh tanpa rasa malu. Kami mula memperlahan kunyahan pabila menyedari perut tidak tumpah bagaikan ular sawa yang baru menelan seekor buaya (perumpamaan yang extreme) . Selepas kenyang kami pun bersalam2 dan mengucapkan selamat tinggal dengan ahli2 lain lalu pulang semula ke rumah makcik Jannah dengan menaiki LRT dan kereta Amy. 
Makan tak padan langsung dengan jarak larian haha
Tak sempat nak rehat Jannah dah paksa aku pack semua barang dan keluar berambus dari rumah makcik dia. Aku terkesima dan terkilan. Oh rupanya kami akan ke rumah Tok Jin beliau di PJ pula. Sesampai di rumah Tok Jin Janah, kami dipelawa makan lagi. Ingin menolak tak manis pula rasanya tapi perut sudah kenyang. Nak tak nak aku gagahkan diri makan kuew tiaw tomyam, pasemboq dan red velvet. Ambik kau haha. 
Mesyuarat tingkap Tok Jin 
Lepas makan aku duduk2 diruang tamu. Angin sepoi2 bahasa menerpa diri membuatkan mata semakin memberat. Akhirnya pakcik Jannah cakap "eh ni ada bantal kat sini". Wah2.. Bila aku tenguk Jannah dah landing aku pon join dan melelapkan diri dengan gembiranya sampai la Jannah kejut, "oi2 bangun nak balik dah". Aku bangun dengan keterpaksaan dan tudung yang renyuk seribu. Disebabkan masih awal, kami pulang semula ke rumah makcik Janah dan aku sambung tidoq kat situ sampai petang. Bangun tidoq, solat dan terus ke LCCT untuk ke Penang. Tak sempat flight take off aku dah tidoq semula sampai la landing. Pastu gopoh gapah turun flight nak balik sambung tidoq kat umah plak. haha.  Inilah kisah marathon, makan dan tidoq aku yang panjang berjela dan membosankan.. harhar. bYE.