Total Pageviews

Tuesday, February 18, 2014

Bukit Larut, Taiping

Ehem.. pejam celik pejam celik dah 1 purnama patik tak merepek di sini. Maka ijinkan patik membuat sikit coretan tentang suatu perbukitan yang terletak di Taiping, Perak iaitu Bukit Larut atau nama mat salehnya Maxwell Hill. 
Cendana Hut Cafe
Maxwell Hill ni telah ditemui pada tahun 1884 oleh Laksamana Sunan William Edward Maxwell. Ketinggian perbukitan ni 1250m dari aras laut dan mencatat suhu antara 10-25degC. Masa kami pegi 2 minggu lepas suhunya tak lah begitu sejuk. Cuma bila malam melabuhkan tirai dan angin sepoi2 menyapa diri baru la rasa sejuk.


Jarak dari kaki bukit ke atas dalam 10km dengan jalan yang sekali-sekala curam dan bengkang-bengkok. Untuk sampai ke atas, pengunjung boleh memilih untuk hiking atau naik jeep. Disebabkan ini trip santai, kami memilih untuk naik jeep saja. Jeep plak perlu dibook lebih awal. Masa naik tu kami disumbatkan dalam 1 jeep bersama 3 orang lagi pengunjung lain. Keadaan jeep yang agak sempit ditambah pulak dengan bau diesel menyebabkan kepala agak pening.   

Kami menginap di Cendana Hut iaitu satu2nya banglo yang ada cafeteria. Ikut sejarah ia dibina pada 1889 dengan kos RM2000. Ia mula beroperasi untuk para pengunjung pada tahun 2012. 

Kat atas ni tak ada aktiviti menarik melainkan bersantai jalan2 tengok pokok. Ada jambatan gantung dan menara peninjau je atas ni so spent 1 malam pun dah cukup kalau tak mati kutu-kutu kat kepala hangpa semua. 

Banglo Cendana tempat penginapan kami terletak agak tinggi berbanding banglo2 lain. Ada banyak bilik iaitu standard room dan family room. Yang bestnya bilik kami terletak agak tersorok dibelakang dan menghadap pokok2 so sambil guling2 boleh tengok pokok. Nyaman bukan? Tandas pulak terletak disebelah luar bilik dan dilengkapi heater yang tak ikhlas menjadi heater. Agak tak menyenangkan bila tengah mandi tetiba keluar cicak kat dinding. Cicak bukan sebarang cicak, ni cicak saiz anak biawak haha. Besar gila. 

Lupakan pasal cicak bedebah tadi. Keesokan paginya kami pun turun semula ke kaki bukit dan terus balik ke Beach Street, Penang. 

Oh terlanjur ke Taiping anda boleh singgah makan di Kompleks Penjaja di belakang Balai Bomba. Ada pelbagai makanan melayu kat situ termasuk Yong Tau Fu dan ABC special. Masa kami singgah, hanya kedai masakan Melayu je bukak.


Kedai2 Yong Tau Foo masih belum beroperasi. Aku rasa tempat ni meriah time petang dan malam. Tempat ni terbahagi pada 2 bahagian iaitu bahagian penjaja Melayu dan Cina. So siapa yang ke Taiping jangan lepaskan peluang untuk cuba try test di sini. Ok bai.  


3 comments:

  1. waaah CT suka blog jalan-jalan blog makan-makan ni..
    salam kenal CT follow sini.. jemputlah singgah blog CT

    www.sitiyangmenaip.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hi, thanks for the good info... Sy cadang nak stay kat Cendana Hut ni... boleh tau macam mana nak book bilik kat sini?? And kalau ingat lagi, room rate & brapa org boleh masuk utk family room tu... Tq!!

    -Jiji-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jiji,
      Thanks for reading. You can try contact this number for reservation:

      Bukit Larut Recreational Area Office
      Tel : +6 05 8077 241/243

      Delete