Total Pageviews

Sunday, October 26, 2014

Bali Trip Yang Dah Basi

Awas! Entry ni agak panjang. Wah ada amaran lagi. Al-maklum dah 7 bulan lebih blog ni terbengkalai so skali story kita kasi panjang sikit la.. Skang aku nak share trip ke Bali Mac lepas yang dah basi dan berkulat. 

Ni bukan trip naik gunung tapi trip santai2 dan malas2 je. Trip ni amek masa 5 hari termasuk hari sampai dan pulang. Itinerary aku susun sendiri berdasarkan info dari "Malaysian Backpackers Club". Lepas susun aktiviti, aku pun cari supir yang berkaliber. Aku share itinerary tersebut dengan beberapa supir sambil bertanyakan harga yang terbaik. Ternyata Mas Budhi punya service lebih murah dan feedbacknya pantas. Maka aku pon cop la Mas Budhi selama 5 hari.


Summary perjalanan 5 hari ( Denpasar-Seminyak-Lovina-Menjangan Island-Ubud)

Day 1. 
Sesampai di Ngurah Rai Airport, Denpasar sekitar jam 9 malam kami disambut dengan supir yang ramai sambil memegang sepanduk hapuskan GST. Melilau mata aku cari nama sendiri dan akhirnya jumpa jugak tapi macam bukan Mas Budhi. Muka tak sama langsung dengan gambar FB. Rupanya beliau adalah Mas Kedut, saudara pada Mas Budhi. Mas Budhi ada hal katanya. Tak kisah la kan.. Mas Kedut ni pun macam baik2 je aku tengok.

Disebabkan dah malam so kami terus ke A Residence iaitu sebuah hotel di Seminyak. 

Day 2.
Lepas breakfast kami terus check-out dan memulakan perjalanan berikut bersama Mas Kedut.
1. Handycraft souvenir shopping at Krisna.
Ini tempat shopping. Kami habiskan banyak masa kat sini melilau tak tahu nak beli apa. Mas Kedut pun dah bosan tunggu. LOL

2. Taman Ayun Temple at Mengwi.
Tample ni cantik gak.Nak masuk bayar beberapa IDR. Payung disediakan bagi yang bajet datin tak tahan panas. Heh.


Landskapnya di jaga rapi

3. Agrotourism Coffee Plantation.
Tempat ni free. Sesampai je disambut oleh seorang gentleman. Aku cakap gentleman sebab dia bukak kan pintu van jemput kami keluar. Tu je hehe. Di bawaknya kami melawat Musang Luwak dan merasai lebih 10 jenis kopi termasuk kopi taik musang tu. Mahal ya amat. 
Tempat ni terletak di kawasan tanah tinggi


Musang Luwak itu dibela khas supaya najisnya boleh dijadikan kopi..euu~~
4. Ulun Danu Temple at Beratan Lake (Bedugul).
Ni masuk kena bayar. Temple ni cantik sebab terletak tepi tasik dan kawasan tanah tinggi. Pemandangan diserikan dengan gunung-ganang yang kadang2 dilitupi salji kabus yang menyamankan.


Bedugul


5. Twin lake view of Tamblingan and Buyan lake.
Ni free.. Singgah sekejap saja untuk bergambar. Duduk minum2 kat situ sambil makan cucoq udang panas dengan milo panas kat tepi tu best gak kot hehe.
Amek gambaq macam nak nyanyi lagu Negaraku :P




6. Gitgit Waterfall.
Haa tempat ni free. Tapi kena lak menapak dalam 3km pegi balik untuk ke waterfallnya. Penapakan kami ke waterfall tu diiringi oleh sorang pemuda kat situ. Sebelum berpisah sempat hulurkan beberapa IDR tanda terima kasih.. Dia dah bawakkan ke waterfall maka huloq la sket. 
Air terjun Campuhan & Mekalangan

Ada kedai2 kecil dan kanak2 tempatan perdaganagkan hasil kraftangan mereka


7. Dinner di Restoran Bebek Tepi Sawah.
Disebabkan kami tak lunch, perut telah berdangdut riang. Mas Kedut yang sangat memahami bawak kami makan di sini.. Sedap oi.. Tepi sawah pulak tu tapi awas dengan nyamuk.. 
Ikan tu dimasak dalam buluh. Sodap!

8. Check In at Lovina Beach Cottage.
Lepas dinner kami terus check-in Lovina Beach Cottage. Kedatangan kami disambut pelayan yang ramah dan sopan. Tempat ni betul-betul di tepi laut dan kami ke sini semata-mata nak tengok Dolphin pagi esoknya. 

Bali Lovina Beach Cottages

Day 3
1. Lihat Dolphin
Lepas solat subuh kami keluar  ke pantai. Lebih kurang jam 6.30pagi kami di bawa ke tengah laut untuk menjala melihat Dolphin dengan menggunakan boat tirus yang comel.
Pasir pantai di situ memang berwarna hitam ye.

Sebenarnya peluang nak tengok Dolphin ni ikut nasib je. Menurut pekerja kat situ, Dolphin banyak muncul semalamnya. So hari ni Dolphin agak kurang. Nak berehat-rehat dengan family agaknya. hoho
Semua sibuk cari dolphin

OTW balik ke pesisir pantai tukang boat tanya samaada kami nak singgah ke taman laut. Dengan menambah beberapa IDR lagi kami pun singgah ke taman laut tersebut.

Ada banyak ikan kat situ dan aktiviti yang boleh dilakukan kat sini adalah snorkeling. Tak tahu lak aku kat Lovina ada tempat snorkeling. Dushh.. Rugi. Kat sini kami hanya bermesraan dengan ikan dari atas boat saja sebab nak kejar masa ke Menjangan pulak lepas ni.


2. Snorkeling di Menjangan Island
Lepas breakfast, kami segera siapkan diri dan checkout untuk snorkeling di Menjangan Island. Mengikut kata survey Menjangan Island antara tempat dive/snorkeling yg cantik di Bali. Atas dasar itu kami gigih pegi sana walau tempat dia jauh iaitu kat bahagian barat Bali.

Personally coral dan ikan2 kat sini macam yang terdapat di pantai Malaysia. Cuma uniknya lautnya macam ada gaung. Tengah best snorkel tempat cetek tetiba ada gaung yang agak dalam. Walau pakai life jacket kecut perut jugak aku hehe.


Gambar2 osem ni diver yang ambekkan :P

Lepas kulit jadi kemerahan akibat panahan terik matahari laut (bajet mat saleh harhar) kami bersiap dan terus ke Ubud.

Di Ubud kami menginap di Villa Kayu Lama. Private villa yang menawarkan harga berpatutan dengan kemewahan dan keselesaannya yang tersendiri (~RM200/nite). Hari ni aku cek agoda harganya dah naik~RM400 lepas diskaun. Ikut pembacaan aku, villa ni agak baru sebab itu kami dapat harga promo. Villa ini terletak di tepi sawah dan kawasan kampung. Ada private pool sendiri so kalau nak menyelam sambil menyeksi tu boleh la kot. kohkoh.

Breakfast dihantar terus ke villa :)
Kat pool siap ada bunga taboq lagi.. Suwit gittew

Bilik dengan ruang yang luas dan selesa 

Day 4
1. Barong & Keris Dance Performance
Lepas breakfast di tepi kolam renang dengan nyaman sekali kami bersiap untuk melihat persembahan kebudayaan Barong dan Keris. Overall aku rasa ceritanya agak berat (sebab aku malas nak baca risalah yang depa bagi haha). Persembahannya pun aku rasa agak lama dan kurang faham dialognya. Kalau dah bosan tu banyak plak alasan hehe. 
Barong & Keris dance

2. Art Village of Celuk (silver & goldsmith)
Selesai menonton si Barong tadi kami ke pusat membuat silver. Kami berkeliaran dalam kedai tu sambil mencongak2 apa yang nak di beli. End up, kami amek sebentuk cincin lelaki dan 2 bijik buah rantai. 

Mengantuk aku tenguk dia buat menda ni


3. Tegalalang Rice Terrace
Cantik kan teres2 padi ni. Kami sempat singgah sekejap ambik gambar dan tumpang toilet kat situ hew hew.. Lepak kat kedai tepi tu minum2 sambil menikmati permandangan indah dengan angin sepoi2 macam best gak kan.. hehe. Tapi semuanya tak sempat. Kami perlu berkejaran ke Kintamani
Tegalalang Rice terrace


4. Kintamani
Di Kintamani kami disajikan permandangan gunung yang indah. Cuaca agak dingin di sini. Untuk lunch kami memilih salah sebuah restoran di situ sambil menikmati permandangan gunung-ganang. Sajian boleh dipilih samaada buffet atau ala carte. Disebabkan nak rasa pelbagai jenis makanan maka kami pilih makan secara buffet.
Cucoq dia ja yang kena dengan tekak ini :P


5. Tirta Empul Temple
Kat sini ada tempat bersembahyang dan kolam ikan. Pengunjung perlu pakai lilitan kain di pinggang untuk ke kawasan sembahyang tertentu. Kami singgah sekejap je kat sini sebab terlalu ramai pengunjung ditambah dengan hujan.
Pengunjung perlu berkain batik atau melilit kain dipinggang.


6. Traditional Ubud Market
Ubud market terletak di kawasan pekan yang agak busy. Pelbagai barang dijual disini dengan harga yang menarik dan boleh ditawar seperti kain batik, songket, beg, perhiasan rumah, baju, alatan muzik dan macam2 lah kak.
Shopping ke abam?kihkih


7. Istana Ubud & SPA
Istana Ubud ni sebenarnya dekat sangat dengan traditional market. Jalan kaki dah boleh sampai tapi disebabkan terlalu 'capek' kami mintak supir hantar balik terus ke villa. Dah tak payah nak SPA sangat la kan haha. 


Day 5
1. Kuta
Lepas breakfast kami check out untuk ke Ngurah Rai Aiport. Dalam perjalanan terserempak dengan segerombolan penduduk berpakaian putih. Esoknya mereka ada sambutan hari nyepi iaitu tak ada sebarang aktiviti dijalankan termasuk perniagaan dan penerbangan katanya. 

Sesampai di Kuta, hari masih awal. Kami ambil kesempatan bersiar2 di tepi Pantai Kuta dan shopping complex berdekatan.
Kuta Beach

Lepas penat berjalan kami mendapatkan Mas Kedut untuk ke airport. Wang perkhidmatan Mas Kedut diselesaikan semasa kami berpisah di airport. Untuk makluman, ada air porttax kat sini maka sediakan lah IDR cash ok. Jangan jadi macam kami. Melilau cari ATM untuk withdraw cash hewhew~~

Saturday, March 15, 2014

Bahaya Troli

Adik2, Kakak2, Macik2, Pacik2 yang pakai baju kurung ke, skirt labuh ke, jubah ke, kain pelikat ke kalau shopping dengan troli tu mintak hati2.. Bukan apa, troli yang kita tolak tu kalau tak kena gaya boleh mengundang masalah. Masalahnya terletak pada tayar dia. Keberangkalian kain yang kita pakai tersangkut kat tayar tu agak tinggi. 



Masa jalan2 kat Mydin tadi nampak sorang makcik duduk tepi troli. Rupanya makcik tu tengah struggle nak lepaskan kain dia dari tayar troli dia. Aku pun bajet hero tawarkan bantuan. Al-maklum kain aku pun pernah sangkut kat situ kuikui.. Berkat ilmu engineering yang dipelajari di unibersiti dulu, kain macik tu berjaya dilepaskan dari troli tersebut tapi ada kesan koyak sikit plak. Lepas macik tu mengucapkan terima kasih, aku pun menyambung shopping sambil mengkontrol hidong.. Ada unsur riak terbit di jiwa. 

Bercakap pasal troli, aku paling benci kalau ada makhluk pemalas nak ambek troli pastu curi troli orang. Lebih sekali troli aku penah kena sapu dan yang tragicnya troli yang ada barang2 shopping aku. Perkara lain yang aku menyampah jugak adalah si selfish yang letak troli kat petak parking. Mohon jangan terlalu selfish. Kalau malas nak letak tempat troli, letaklah tempat yang tak susahkan orang.. Kena lempang kokedai dengan bomoh 1mesia baru tau.. haha takdak kaitan. 

Thursday, February 27, 2014

Berakhir Sudah Kelas Cikgu Yang Hot

Semalam adalah kelas Add Maths terakhir aku dengan satu2 nya student yang aku ada iaitu Aina. Mengimbas kembali setahun lepas aku dapat student melalui HomeTuitionKing.com. Apa yang perlu dilakukan adalah hanyalah mendaftarkan diri sebagai tutor disitu dan melengkapkan maklumat diri. Pendaftaran adalah percuma. Tutor boleh mencari sendiri student atau agen tersebut akan menghubungi tutor jika ada kekosongan. 

Aku suka cermin besar ni  wahahaha
Si Aina adalah anak sulung kepada pasangan doktor dan jururawat yang busy. Aku klasifikasikan sebagai busy sebab depa selalu tak dak kat umah kehkeh. Adapun begitu, beliau mempunyai sifat ingin berjaya dan kerajinan yang tinggi. Kerajinan beliau untuk mengadakan kelas setiap minggu mengalahkan cikgunya yang pemalas dan selalu buat2 busy ini. 

Aku mula mengajar si Aina sejak tahun lepas iaitu masa beliau form 4 dan tahun ini beliau bakal menduduki SPM. Personally aku prefer ajar dari awal macam ni sebab senang nak tengok progress. Kalau dah nak exam baru panggil mengajar tu mungkin aku akan berfikir beberapa kali sebab aku dan student akan terbeban dan stress nak lagi jenis yang malas nak buat homework. 

Dalam pembelajaran, pengajar dan pelajar kena buat kerja. Pengajar kena ajar sampai student faham dan student kena belajar sampai faham dan buat banyak latihan. Kalau pengajar je yang beria ajar tapi student tak buat homework aku rasa usaha aku sia2, memenatkan dan sikit demotivated. Aku pernah ajar student yang malas sampai 1 tahap aku rasa nak berhenti je sebab rasa bersalah kalau anak dia tak dapat good grade. Masa kelas 1.5jam aku boleh monitor anak dia tapi kat umah jadi tanggungjawab parents pastikan anaknya buat homework dll. 

Berbalik pada si Aina ni. Mula2 ajar dulu aku rasa payah jugak. Al maklum dari form 3 nak masuk subjek form 4 tu memang banyak lainnya. Semalam aku tinggalkan beliau dengan menghabiskan chapter 6, berbaki lagi 3 chapter. Ikut perkiraan aku, lagi 1.5bulan boleh habis silibus seterusnya boleh fokus pada menjawab soalan2 past years.

Apapun selamat maju jaya pada Aina. Moga jadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara 1mesia kita ini. :P


Tuesday, February 18, 2014

Bukit Larut, Taiping

Ehem.. pejam celik pejam celik dah 1 purnama patik tak merepek di sini. Maka ijinkan patik membuat sikit coretan tentang suatu perbukitan yang terletak di Taiping, Perak iaitu Bukit Larut atau nama mat salehnya Maxwell Hill. 
Cendana Hut Cafe
Maxwell Hill ni telah ditemui pada tahun 1884 oleh Laksamana Sunan William Edward Maxwell. Ketinggian perbukitan ni 1250m dari aras laut dan mencatat suhu antara 10-25degC. Masa kami pegi 2 minggu lepas suhunya tak lah begitu sejuk. Cuma bila malam melabuhkan tirai dan angin sepoi2 menyapa diri baru la rasa sejuk.


Jarak dari kaki bukit ke atas dalam 10km dengan jalan yang sekali-sekala curam dan bengkang-bengkok. Untuk sampai ke atas, pengunjung boleh memilih untuk hiking atau naik jeep. Disebabkan ini trip santai, kami memilih untuk naik jeep saja. Jeep plak perlu dibook lebih awal. Masa naik tu kami disumbatkan dalam 1 jeep bersama 3 orang lagi pengunjung lain. Keadaan jeep yang agak sempit ditambah pulak dengan bau diesel menyebabkan kepala agak pening.   

Kami menginap di Cendana Hut iaitu satu2nya banglo yang ada cafeteria. Ikut sejarah ia dibina pada 1889 dengan kos RM2000. Ia mula beroperasi untuk para pengunjung pada tahun 2012. 

Kat atas ni tak ada aktiviti menarik melainkan bersantai jalan2 tengok pokok. Ada jambatan gantung dan menara peninjau je atas ni so spent 1 malam pun dah cukup kalau tak mati kutu-kutu kat kepala hangpa semua. 

Banglo Cendana tempat penginapan kami terletak agak tinggi berbanding banglo2 lain. Ada banyak bilik iaitu standard room dan family room. Yang bestnya bilik kami terletak agak tersorok dibelakang dan menghadap pokok2 so sambil guling2 boleh tengok pokok. Nyaman bukan? Tandas pulak terletak disebelah luar bilik dan dilengkapi heater yang tak ikhlas menjadi heater. Agak tak menyenangkan bila tengah mandi tetiba keluar cicak kat dinding. Cicak bukan sebarang cicak, ni cicak saiz anak biawak haha. Besar gila. 

Lupakan pasal cicak bedebah tadi. Keesokan paginya kami pun turun semula ke kaki bukit dan terus balik ke Beach Street, Penang. 

Oh terlanjur ke Taiping anda boleh singgah makan di Kompleks Penjaja di belakang Balai Bomba. Ada pelbagai makanan melayu kat situ termasuk Yong Tau Fu dan ABC special. Masa kami singgah, hanya kedai masakan Melayu je bukak.


Kedai2 Yong Tau Foo masih belum beroperasi. Aku rasa tempat ni meriah time petang dan malam. Tempat ni terbahagi pada 2 bahagian iaitu bahagian penjaja Melayu dan Cina. So siapa yang ke Taiping jangan lepaskan peluang untuk cuba try test di sini. Ok bai.  


Tuesday, January 07, 2014

The Secret Life of...Me


Kemarin aku tengok muvi "The Secret Life of Walter Mitty". Itupun lepas terpengaruh dengan review si Amad. heh.


Cerita yang dibintangi oleh si kacak Ben Stiller ni mengisahkan tentang pengembaraan dia mencari seorang photojournalist Sean O'Connor untuk dapatkan negative filem yang hilang. Part yang paling best aku rasa masa dia jatuh kat Lautan Artik, sampai kat Iceland dan berdepan dengan volcano eruption. Si Ben Stiller ni akhirnya jumpa dengan Sean O'Connor kat Pergunungan Himalaya. Gigih gila dia cari Sean O'Connor.  Jalan citer ni aku rasa simple jek tapi menarik, kelakar dan yang penting scenery gunung-ganang yang osem. 

Masa pengambaran filem ni, diorang pergi ke 7 tempat yang berbeza kat Iceland iaitu dari tempat yang femes ke tempat yang agak isolated. Scene masa di Pergunungan Himalaya sebenarnya di ambil di Iceland jugak. 

A scene from 'The Secret Life of Walter Mitty"
Kalau nak dibanding filem kita dengan filem mat salleh, memang sangat jauh beza so tak payah la nak banding haha. Aku rasa director filem negara kita ni boleh je buat filem2 yang hebat. Cumanya kena kurangkan kisah2 tahyul yang karut-marut dan kisah2 cinta yang sangat complicated yang kau rasa eh takde benda lain ke dalam dunia ni selain dari cinta terhalang, cinta 3 segi, konflik keluarga, laki/bini main kayu 3 dll. Nape semua contoh negative je aku bagi ni haha. Kalau nak kata kita kekurangan modal untuk menghasilkan filem hebat, aku rasa itu bukan alasan yang munasabah sangat. Sebuah filem Iran yang berjaya mendapat anugerah Oscars," Children of Heaven" tak guna teknologi canggih pun aku rasa. Citer pon pasal kasut iaitu kisah si abang yang berusaha keras untuk menggantikan kasut si adik. Citer ni citer lama dan aku tengok pon masa tingkatan 1 ke 2 tah. Itupun sebab 'tertengok' :P.

Watak utama dalam "Children of Heaven"
Apapun tu semua pendapat aku jek. Aku tengok je citer2 Melayu ni. Cuma sekarang jarang layan sebab kat umah tak ada TV haha.