June 2013
Assalamualaikum & Hello..
Assalamualaikum & Hello..
Setahun dulu, Abg Badrul ada memberi hebahan tentang trip ke
Surabaya dan Taiwan. Setelah membuat pertimbangan, aku berhasrat untuk
menyertai trip ke Taiwan sebab jarang orang buat dan aku fikir Indonesia bila-bila
boleh pergi.. hehe..
Pada mulanya 4 orang sahabat dari Johor nak join tapi
disebabkan masalah teknikal diorang tak jadi join. Dipendekkan cerita, trip Taiwan
ini disertai oleh 13 makhluk yang rata-rata datang dari KL dan Johor.
Day 1 (Ximen)
Tanggal 1 June, aku dan Jannah telah berlepas ke Taiwan
dengan menaiki AirAsia je.
Perjalanan ni agak membosankan sebenarnya |
Sesampai di Taoyuan Airport kami jumpa dengan Ijan (selaku tok ketua), Dr
Zaid, Kak Yus, Masma, Kak Pah, Abg Mie dan Kak Yan.
Taoyuan Airport (mamat belakang tu mcm tak betul je =.=) |
Berlaku sikit kekecohan bila beg aku dan Abg Mie menjadi
perhatian anjing kastam. Sebabnya kami bawak buah. Ingatkan nak makan masa
pendakian.. Sedih gak la. Bukan sedih sebab tak dapat makan tapi sedih sebab
penat pikul tapi kena rampas lak. Mehmeh..
Btw ada 1 benda rasa nak komplen kat sini. Dah tandas tu canggih sangat kenapa tidak ada dwi-language tentang cara penggunaannya. Nama pun International Airport dan sepatut mereka peka tentang kebergantungan pelancong kepada tandas. kui2.
Sigh~ |
Ok lupakan pasal tandas tadi. Setelah cukup semua ahli, kami naik bus dan MRT ke EzStay
Backpackers yang terletak di Ximen. Ximen adalah bandar yang agak crowded,
happening dan padat.
The MRT station and the city |
Untung first day dah dapat kebab Tunisia :D |
Day 2 (Wuling Farm)
Esoknya, lepas kemas barang kami pon naik MRT dan bus ke
Yilan. Perjalanan dengan bus ke Yilan Bus Station mengambil masa 3 jam. Setelah
sampai di Yilan kami tunggu bas pula untuk ke Wuling Farm.
Sambil tunggu bus kami berpeleseran di kedai ala2 7E diorang
sambil mencari makanan halal yang boleh menggembirakan perut.
Yilan Bus Station |
Kira-kira jam 12.30pm bus pun sampai dan kami menaikinya
dengan riang.. Perjalanan ke Wuling Farm
mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami dihidangkan dengan pemandangan yang
indah di sepanjang perjalanan. Ada gunung-ganang, kebun2 kobis dan sungai2
dengan air yang jernih jauh dari pencemaran.
Di akhir perjalanan agak horror sebenarnya
sebab lalu kat lereng gunung. Rasa macam sipi-sipi je nak tergolek bus tu.
Comel tak kak tooon? |
Day 3 (Cika Cabin >2000m dari aras laut)
Awal pagi kira-kira jam 8, kami siap2 untuk gerak ke Cika
Cabin. Pertama kena lalu jalan tar sepanjang 2km. Again, permandangannya sangat
memukau sang pencinta alam.
Tiadalah Tuhan jadikan langit dan bumi dengan sia-sia |
Berkat ketabahan, sampai juga ke rest house dia. Oh otw ke resthouse ni sebenarnya aku jalan sorang2.. Terkadang aku rasa macam salah jalan sebab dah jalan jauh tapi tak sampai2 lagi. Masa tengah ragu-ragu tetiba aku nampak lori yang bawak Ravi, Maiqi dan Jannah.. Fouh ok tak salah jalan.. Hati pun girang jugak sebab aku agak Jannah akan suruh uncle lori tu stop untuk tumpangkan aku.. Malangnya semua itu angan-angan kosong.. Depa lalu lambai-lambai kat aku sambil cakap "sikit lagi nak sampai Ayu". What??? hahaha.. Hampas betul.. kecewa kat situ jugak.. Jalan lah aku terhegeh2 sampai ke resthouse dia.. haha.. Kami
melepaskan lelah di situ sambil ambil gambar dalam 30minit sebelum sambung
masuk hutan pine nya untuk ke Cika Cabin sejauh 2km lagi.
Trek hutan bermula selepas pondok rehat ini |
Tiade pacat ye :D |
Cika Cabin ni berbentuk dormitory. Terbahagi pada 2 bahagian
dormitory dan dilengkapi dengan tandas dan tempat mencuci pinggan mangkuk. Perkara pertama yang kami buat adalah ‘cop’ tempat tidur. LOL. Kemudian bersihkan diri, tukar pakaian dan melegakan urat saraf yang tersimpul.
Cika Cabin |
Menjelang petang, kami tak lepaskan peluang bergambar dalam
hutan pine nya sampailah matahari dah nak tenggelam dan suhu mula sejuk.
:) |
Bila perut mula ber'gwiyomi' kami mula mengeluarkan segala periuk belanga untuk masak dinner. Aku pun buat2 la tolong jugak.. kahkah
Lepas dinner, kami rehat-rehat sambil mendengar kisah-kisah
ke'tah*'an yang di kongsi oleh seorang ahli jemaah hiking kami. Walaupun
menjijikkan namun ceritanya agak unik dan ada ke’asli’an di situ. Haha
Tolong tengok juga adalah suatu bentuk pertolongan :P |
Day 4 (Sanlioujiu Cabin >3000m dari aras laut)
Jam 9 pagi selepas breakfast kami bergerak pula ke Sanlioujiu Cabin. Jarak perjalanan adalah 5km. Sekali sekala perjalanan kami
terganggu dengan keindahan alam yang merasuk sanubari.
Alam tidak pernah jemu bertasbih kepada Sang Pencipta |
Sebelum sampai ke Sanlioujiu Cabin kami perlu melalui Crying
Slope. Ia dinamakan Crying slope kerana ke’pacak’an treknya.. Around jam 5pm
kami semua berjaya sampai ke Sanlioujiu Cabin. Ia sebenarnya hentian terakhir
sebelum ke puncak.
Oh masa di sini, kami dikecohkan dengan kemunculan seorang pendaki
perempuan dari Taiwan yang telah mengalami syndrome aneh. Wanita itu bagaikan
hilang punca bila beliau bercakap sambil terjerit-jerit dan membuat kekacauan
di ruang dapur. Semasa di Cika Cabin beliau masih waras. Tekanan akibat altitude mungkin.
Sanlioujiu Cabin |
Ok lupakan tentang perempuan Taiwan tadi. Di sini cuaca agak
sejuk hingga mencecah 4 deg C semasa awal pagi.. Jangan berangan nak ada water
heater. Nak cuci pinggan mangkuk pun boleh mengigil. gegege
Day 5 (Summit 3886m dari aras laut)
Seawal jam 1.30 pagi kami bangun lalu bersiap untuk ke
summit. Suhu ketika ini 4deg C. Selepas minum-minum kami mula gerak.
Alhamdulillah cuaca sangat baik iaitu tidak hujan.
Sanlioujiu Cabin & Black Forest |
Mungkin tak biasa hike awal pagi, aku adalah ahli paling
lembik ketika itu. Mehmeh.. Rasa mengantuk yang bersangatan dan sedikit
loya. Walaupun jauh ketinggalan di belakang perjalanan lambat tahap dewa diteruskan. Banyak juga berhenti sebab tak larat.. kuikui.. Actually
ini adalah symptom yang sama masa naik Rinjani. Apapun terima kasih manyak-manyak diucap kepada
Kak Yus, Fikry dan Masma. Menyusahkan orang plak.. hewhew.
Sampai peak 1 jam lewat dari ahli jemaah yang lain. Mereka
hampir beku menahan sejuk di atas yang kadang kala hujan dan berangin. Sampai
atas, diorang dah nak turun sebab sejuk. Sedih betul.. hehe. Aku stay dulu lah
ambil2 gambar sebab penat kot nak sampai atas.
Jam 2pm kami bersiap2 dan terus meninggalkan Sanlioujiu Cabin untuk ke Cika Cabin. Perjalanan ke Cika Cabin dirasakan terlalu jauh sebab
hujan dan beg rasa macam makin berat plak.lol.. Sebab basah terkena hujan barangkali.
Jam 5pm sampai di Cika Cabin dengan kepala yang semakin
memberat. Hanya ada 2 pilihan kat sini sama ada bertahan dengan kepala yang
berat atau menahan kesejukan air untuk mandi. Untuk menyelamatkan diri dari
demam lalu aku memilih mandi lepas beberapa hari tak mandi hihi.. Water heater
memang tak ada.. Maka mandilah aku dengan air yang sejuk membatu itu.. Lepas tu
menggigil. Hehe padan muka siapa suruh pergi :P
Day 6 (Ximen)
Esoknya, jam 7 kami bergerak pulang ke Wuling Farm iaitu di
kaki gunung tempat mula hiking. Semua orang kelihatan riang semasa turun. Semasa
di Wuling Farm, ada yang mengambil kesempatan untuk mandi dan membersihkan
diri. Kami kemudian menaiki truck untuk ke Bus Stop nya. Uncle truck itu
mulanya mengenakan bayaran tapi memulangkan semula semua wang pabila sampai. Mereka
tidak mahukan wang sebenarnya. Mulia sungguh hati mereka.
Bye2 :) |
Kami kemudian menaiki
bus ke Yilan. Dari Yilan kami ambil bus lain untuk ke Ximen. Di Ximen kami naik
MRT pulak untuk ke backpackers.
Selepas itu kami berjalan-jalan sambil menghabiskan dolar
yang tersisa sementara menunggu hari pulang.
Cerita tamat :D
Sedikit fakta mengenai Taiwan:
1. English bukan bahasa common bagi mereka dan agak
sukar untuk berkomunikasi kat sini.
2. Makanan Halal agak sukar didapati
3. Semua tandas tiada paip air. Maka pandai2 lah
sendiri beristinjak. hehe
4. Subuhnya ketika summer ini agak awal iaitu kira-kira jam 4.30am
4. Subuhnya ketika summer ini agak awal iaitu kira-kira jam 4.30am
Bab tandas takde air tu yang tak best
ReplyDeleteklu guna tisu sekilang pun rasa cam tak selesa,haha
syok la pi obersea memanjang je skang
ha ah.. selalu kami bawak sebotoi ayaq.. memang ada 1 botol kami bawak kemana2 utk cebok. LOL
Deletesetahun sekali je nuar.. hehe