Total Pageviews

Saturday, June 22, 2013

Unexpected Weekend Project

Assalamualaikum & Hello..

Pagi ni lepas balik jogging tiba-tiba datang mood nak buat tart buah. Terkenangkan kulit pastry kat dalam peti tu masih banyak dan bahan-bahan pun ada maka aku pun merajinkan diri bukak balik phone tengok resepi yang aku dah save.

Actually bulan lepas dah pernah buat dengan Jannah tapi harini nak kena buat sorang-sorang so nervous plak sikit.. 

Mudah je sebenarnya.. Kulit pastry tu pegi je beli kat kedai haha.. Kemudian panaskan susu, mentega, tepung gandum, tepung custard dan gula dalam  periuk dan kacau continuously sampai ia bertukar menjadi raksaksa separa pepejal. Part kacau tu penat sikit lah.. Terketar-ketar aku kacau.. haha.

Dah siap, taruklah adunan tadi dalam kulit pastry lalu susun buah atas dia. Nak sedap sikit sapu lapisan coklat atas pastry sebelum letak adunan. Tapi aku tak buat pun hehe.
Nak lagi ceria kena taruk buah yang lebih colorful.
Tak acilah tunjuk gambar yang comel je kan.. Dalam banyak-banyak mesti ada defect.. Yang bawah ni hasil yang tak ikut piawaian antarabangsa.. 


Top & Side View: Custard dah melimpah
Yang ni macam tak ikhlas langsung nak buat haha
Buah dah simpan dalam peti baru perasan satu ni seketul buah je atas dia.. Sian dia takdak kawan.. Malas pulak nak keluarkan buah balik.. hehe nasib lah.
Ditinggal sendirian dia atas custard.. sobbsss

Jemput makan.. Nyam-nyam.. 

Thanks reading & selamat berhujung minggu :)

Tuesday, June 18, 2013

Perkara Yang Aku Rasa Eeuuu


Perkara yang aku rasa agak meng’euuu’kan adalah bila ada yang dok post kat laman sosial jumlah susu badan yang berjaya di pam untuk si baby. Siap post gambar pulak. Mungkin bagi sang ibu ia perkara biasa tapi bagi aku ia perkara memalukan dan tiada keperluan.. Yang melihat akan membayangkan dengan seribu bayangan terutama guys. Thats why aku cakap tak ada keperluan pun nak tayangkan susu itu di khalayak ramai. 


Why not bila dapat pam susu dengan banyak tu bersyukur pada Tuhan sendiri-sendiri, sujud syukur ke apa.  Bagi aku ia terlalu open untuk dikongsi di Facebook. Kalau kongsi kat blog ok kot sebab lebih personal. Mehmeh. 

Breastfeeding adalah perkara yang baik dan mulia tapi menghebahkan hasil susu itu ke khalayak rasanya kurang sesuai.. Ini pendapat peribadi je so kalau tak kena selera jangan marah naa.. Ok bye :)

Saturday, June 15, 2013

Pendakian Gunung Syueshan, Taiwan (3886m)

June 2013

Assalamualaikum & Hello..

Setahun dulu, Abg Badrul ada memberi hebahan tentang trip ke Surabaya dan Taiwan. Setelah membuat pertimbangan, aku berhasrat untuk menyertai trip ke Taiwan sebab jarang orang buat dan aku fikir Indonesia bila-bila boleh pergi.. hehe..

Pada mulanya 4 orang sahabat dari Johor nak join tapi disebabkan masalah teknikal diorang tak jadi join. Dipendekkan cerita, trip Taiwan ini disertai oleh 13 makhluk yang rata-rata datang dari KL dan Johor.

Day 1 (Ximen)
Tanggal 1 June, aku dan Jannah telah berlepas ke Taiwan dengan menaiki AirAsia je.
Perjalanan ni agak membosankan sebenarnya
Sesampai di Taoyuan Airport  kami jumpa dengan Ijan (selaku tok ketua), Dr Zaid, Kak Yus, Masma, Kak Pah, Abg Mie dan Kak Yan.
Taoyuan Airport (mamat belakang tu mcm tak betul je =.=)
Berlaku sikit kekecohan bila beg aku dan Abg Mie menjadi perhatian anjing kastam. Sebabnya kami bawak buah. Ingatkan nak makan masa pendakian.. Sedih gak la. Bukan sedih sebab tak dapat makan tapi sedih sebab penat pikul tapi kena rampas lak. Mehmeh..

Btw ada 1 benda rasa nak komplen kat sini. Dah tandas tu canggih sangat kenapa tidak ada dwi-language tentang cara penggunaannya. Nama pun International Airport dan sepatut mereka peka tentang kebergantungan pelancong kepada tandas. kui2. 
Sigh~
Ok lupakan pasal tandas tadi. Setelah cukup semua ahli, kami naik bus dan MRT ke EzStay Backpackers yang terletak di Ximen. Ximen adalah bandar yang agak crowded, happening dan padat.
The MRT station and the city
Untung first day dah dapat kebab Tunisia :D
Day 2 (Wuling Farm)
Esoknya, lepas kemas barang kami pon naik MRT dan bus ke Yilan. Perjalanan dengan bus ke Yilan Bus Station mengambil masa 3 jam. Setelah sampai di Yilan kami tunggu bas pula untuk ke Wuling Farm.
Wuling Farm adalah starting point untuk ke Syueshan Mount
Sambil tunggu bus kami berpeleseran di kedai ala2 7E diorang sambil mencari makanan halal yang boleh menggembirakan perut.

Yilan Bus Station
Kira-kira jam 12.30pm bus pun sampai dan kami menaikinya dengan riang..  Perjalanan ke Wuling Farm mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami dihidangkan dengan pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan. Ada gunung-ganang, kebun2 kobis dan sungai2 dengan air yang jernih jauh dari pencemaran. 
Comel tak kak tooon?
Di akhir perjalanan agak horror sebenarnya sebab lalu kat lereng gunung. Rasa macam sipi-sipi je nak tergolek bus tu.

Wuling Farm

Campsite at Wuling Farm
Day 3 (Cika Cabin >2000m dari aras laut)
Awal pagi kira-kira jam 8, kami siap2 untuk gerak ke Cika Cabin. Pertama kena lalu jalan tar sepanjang 2km. Again, permandangannya sangat memukau sang pencinta alam.


Tiadalah Tuhan jadikan langit dan bumi dengan sia-sia


Berkat ketabahan, sampai juga ke rest house dia. Oh otw ke resthouse ni sebenarnya aku jalan sorang2.. Terkadang aku rasa macam salah jalan sebab dah jalan jauh tapi tak sampai2 lagi. Masa tengah ragu-ragu tetiba aku nampak lori yang bawak Ravi, Maiqi dan Jannah.. Fouh ok tak salah jalan.. Hati pun girang jugak sebab aku agak Jannah akan suruh uncle lori tu stop untuk tumpangkan aku.. Malangnya semua itu angan-angan kosong.. Depa lalu lambai-lambai kat aku sambil cakap "sikit lagi nak sampai Ayu". What??? hahaha.. Hampas betul.. kecewa kat situ jugak.. Jalan lah aku terhegeh2 sampai ke resthouse dia.. haha.. Kami melepaskan lelah di situ sambil ambil gambar dalam 30minit sebelum sambung masuk hutan pine nya untuk ke Cika Cabin sejauh 2km lagi.


Trek hutan bermula selepas pondok rehat ini
Tiade pacat ye :D
Walaupun penat, hutan pine nya mendamaikan jiwa. Around jam 1pm kami pun sampai di Cika Cabin.
Cika Cabin ni berbentuk dormitory. Terbahagi pada 2 bahagian dormitory dan dilengkapi dengan tandas dan tempat mencuci pinggan mangkuk. Perkara pertama yang kami buat adalah ‘cop’ tempat tidur. LOL. Kemudian bersihkan diri, tukar pakaian dan melegakan urat saraf yang tersimpul.
Cika Cabin

Menjelang petang, kami tak lepaskan peluang bergambar dalam hutan pine nya sampailah matahari dah nak tenggelam dan suhu mula sejuk.
:)
Bila perut mula ber'gwiyomi' kami mula mengeluarkan segala periuk belanga untuk masak dinner. Aku pun buat2 la tolong jugak.. kahkah
Tolong tengok juga adalah suatu bentuk pertolongan :P
Lepas dinner, kami rehat-rehat sambil mendengar kisah-kisah ke'tah*'an yang di kongsi oleh seorang ahli jemaah hiking kami. Walaupun menjijikkan namun ceritanya agak unik dan ada ke’asli’an di situ. Haha

Day 4 (Sanlioujiu Cabin >3000m dari aras laut)
Jam 9 pagi selepas breakfast kami bergerak pula ke Sanlioujiu Cabin. Jarak perjalanan adalah 5km. Sekali sekala perjalanan kami terganggu dengan keindahan alam yang merasuk sanubari.

Alam tidak pernah jemu bertasbih kepada Sang Pencipta

Sebelum sampai ke Sanlioujiu Cabin kami perlu melalui Crying Slope. Ia dinamakan Crying slope kerana ke’pacak’an treknya.. Around jam 5pm kami semua berjaya sampai ke Sanlioujiu Cabin. Ia sebenarnya hentian terakhir sebelum ke puncak.

Oh masa di sini, kami dikecohkan dengan kemunculan seorang pendaki perempuan dari Taiwan yang telah mengalami syndrome aneh. Wanita itu bagaikan hilang punca bila beliau bercakap sambil terjerit-jerit dan membuat kekacauan di ruang dapur. Semasa di Cika Cabin beliau masih waras. Tekanan akibat altitude mungkin.
Sanlioujiu Cabin
Ok lupakan tentang perempuan Taiwan tadi. Di sini cuaca agak sejuk hingga mencecah 4 deg C semasa awal pagi.. Jangan berangan nak ada water heater. Nak cuci pinggan mangkuk pun boleh mengigil. gegege

Day 5 (Summit 3886m dari aras laut)
Seawal jam 1.30 pagi kami bangun lalu bersiap untuk ke summit. Suhu ketika ini 4deg C. Selepas minum-minum kami mula gerak. Alhamdulillah cuaca sangat baik iaitu tidak hujan.
Sanlioujiu Cabin & Black Forest
Mungkin tak biasa hike awal pagi, aku adalah ahli paling lembik ketika itu. Mehmeh.. Rasa mengantuk yang bersangatan dan sedikit loya. Walaupun jauh ketinggalan di belakang perjalanan lambat tahap dewa diteruskan. Banyak juga berhenti sebab tak larat.. kuikui.. Actually ini adalah symptom yang sama masa naik Rinjani. Apapun terima kasih manyak-manyak diucap kepada Kak Yus, Fikry dan Masma. Menyusahkan orang plak.. hewhew.

Sampai peak 1 jam lewat dari ahli jemaah yang lain. Mereka hampir beku menahan sejuk di atas yang kadang kala hujan dan berangin. Sampai atas, diorang dah nak turun sebab sejuk. Sedih betul.. hehe. Aku stay dulu lah ambil2 gambar sebab penat kot nak sampai atas.
The summit

Peak nya dihiasi bunga-bunga yang menyegarkan mata 

Lepas betapa kat atas hampir 3 jam tak silap, kami pun turun. Masa turun kami disajikan permandangan indah “Black Forest”.


Black Forest


Black Forest
Around jam 11.30am kami sampai ke Sanlioujiu Cabin semula. Ahli yang lain sedang enak berhibernasi dalam sleeping bag.
Jam 2pm kami bersiap2 dan terus meninggalkan Sanlioujiu Cabin untuk ke Cika Cabin. Perjalanan ke Cika Cabin dirasakan terlalu jauh sebab hujan dan beg rasa macam makin berat plak.lol.. Sebab basah terkena hujan barangkali.

Jam 5pm sampai di Cika Cabin dengan kepala yang semakin memberat. Hanya ada 2 pilihan kat sini sama ada bertahan dengan kepala yang berat atau menahan kesejukan air untuk mandi. Untuk menyelamatkan diri dari demam lalu aku memilih mandi lepas beberapa hari tak mandi hihi.. Water heater memang tak ada.. Maka mandilah aku dengan air yang sejuk membatu itu.. Lepas tu menggigil. Hehe padan muka siapa suruh pergi :P

Day 6 (Ximen)
Esoknya, jam 7 kami bergerak pulang ke Wuling Farm iaitu di kaki gunung tempat mula hiking. Semua orang kelihatan riang semasa turun. Semasa di Wuling Farm, ada yang mengambil kesempatan untuk mandi dan membersihkan diri. Kami kemudian menaiki truck untuk ke Bus Stop nya. Uncle truck itu mulanya mengenakan bayaran tapi memulangkan semula semua wang pabila sampai. Mereka tidak mahukan wang sebenarnya. Mulia sungguh hati mereka.
Bye2 :)
Kami kemudian menaiki bus ke Yilan. Dari Yilan kami ambil bus lain untuk ke Ximen. Di Ximen kami naik MRT pulak untuk ke backpackers.
Selepas itu kami berjalan-jalan sambil menghabiskan dolar yang tersisa sementara menunggu hari pulang.
Cerita tamat :D

Sedikit fakta mengenai Taiwan:
1. English bukan bahasa common bagi mereka dan agak sukar untuk berkomunikasi kat sini.
2. Makanan Halal agak sukar didapati
3. Semua tandas tiada paip air. Maka pandai2 lah sendiri beristinjak. hehe
4. Subuhnya ketika summer ini agak awal iaitu kira-kira jam 4.30am  

Tuesday, June 11, 2013

Entiti Aneh di Sebuah Pergunungan

Assalamualaikum & Hello..

Suatu malam di sebuah tapak perkemahan di sebuah kawasan pergunungan di Taiwan, aku dan beberapa orang kawan lain berborak dan bergelak sakan tanpa mempedulikan malam yang semakin larut. Dalam hati ada juga terdetik “eh sakan sangat gelak ni” tapi aku hanya membiarkan suara hati itu bergema dan hilng begitu saja.  Kira-kira jam 11 malam kami pun masuk tidur.
Tapak perkemahan di Wuling Farm, Taiwan

Nak di jadikan cerita, masa nak lelap iaitu dalam separa sedar aku lihat ada lembaga putih yang berhenti di depan pintu kemah kami. Lembaga putih tu ala2 hantu cina macam dalam tv.
 
Ada eye bag tak cukup tidur barangkali
Seraya hati berkata “alamak dia dah tau”. Zup! Entity itu memberatkan jasad ini. Dengan kesungguhan aku pun baca ayat kursi dan ayat-ayat lain dengan tajwid yang dijaga rapi.. hakhak.. Entiti itu lalu keluar dan hilang begitu saja dan aku pun sambung tidoq dengan lena sampai matahari dah nak keluar. mehmeh…  Kejadian ni sebenarnya lebih kurang macam kat Perhentian dulu..

Puncanya ketawa tak ingat dunia.. Bila banyak ketawa, hati jadi lalai. Bila hati lalai syaitonnirrojim mudah menggangu.


Seram tak citer ni?haha Ok bye thanks reading ;)