Total Pageviews

Wednesday, January 30, 2013

Thank You :)


Thank you to Linda for roti boyan & coklat yg diterbangkan khas dari Singapore. Rajinnya mak dia buat banyak2.. tenkiu makcik! Memang sedap.. Nak2 lagi kalau kita panaskan then kasi dia crispy2 sket.. Pastu cicah ngan sambal.. wah mabeles.. Tapi tu semua imaginasi aku je.. haha.. Aku makan gitu je then kasi Chiam & housemate bagi peghabeh semua..  
Roti Boyan mak Linda :)
:D
Thanks too to Jannah sebab gigih angkut benda2 ni naik flight.. hehe.. Naseb encik2 kastam tak mintak sket.. LOL
Oh time kaseh gak for hadiah besday nih.. (tapi aku nak payung jugak.. haha-joking ;))
Dah rasmikan mlm tadi pakai pegi tusyen (xsempat2 nk basuh kan..hoho)

Monday, January 28, 2013

Terjawabkah Kontroversi?


Sambil2 online ternampak 1 hebahan yg agak menarik.. Tadaaaaaa…

Teruslah tanya Kak Wani kot dia nak pegi supaya roger2 aku.. Sebagai seorang yang pemalu aku takkan pegi sorang..

Lagipun dah lama tak pegi majlis2 ilmu akibat urusan2 duniawi yang melalaikan.. Eksaited gak lah nak jumpa TG Nik Aziz ni.. Bukan sebab dia pemimpin PAS tapi lebih kepada sebab ketinggian ilmu & amal beliau..  

Tak kira la parti mana pun, setiap individu tak perlu lah mengutuk para ulama. Setiap pendapat mereka pasti ada hujah.. Then cuba lah selami hujah mereka sebelum menghukum. Jangan hanya mengambil hujah dari TV. Mereka ini dah mengaji banyak kitab. Kita ni bahasa arab pun tak tahu apatah lagi nak mengaji kitab2 berlainan bahasa so rajin2 lah menceduk ilmu.. ahh ceramah plak aku.

Straight to the point. TG Nik Aziz tak jadi nak bagi kuliah maghrib sebab keuzuran beliau. Pagi tadi dia ada program lain. Umurnya dah cecah 80an dan dikhabarkan jantungnya tak kuat sangat.. Keciwa kat situ jugak..huhu.. Apapun moga TGNA diberi kesihatan yg baik utk terus menyebar ilmu.

Tempat beliau diganti dengan Dato Dr apatah tak ingat (Nampak sangat tak bagi perhatian..haha). Antara intiipati ceramah adalah tentang kalimah Allah. Malaysia Negara yang unik sebab kontroversi dan politik memang tak bleh dipisahkan. Terkadang penat nak tahu tapi kena ambil tahu.  
Surau AnNur Lebuh Nipah
Bila timbul isu kalimah Allah, ada side yang setuju dan ada yang tak. Utk pengetahuan PAS bersetuju kristian guna kalimah Allah dlm bible dan tapi UMNO tak ( Isu ini memang dah dipolitikkan).

Kalau ikut logic memang tak patutlah.. Kan bleh kelirukan org Islam.. So aku nak tahu lah apa rasionalnya PAS benarkan Kristian guna kalimah tu dlm bible. 
Ok ini hujah diorang:

“Kalimah ‘ALLAH’ ni agama sikh pun ada guna dalam kitab diorang. Ia juga digunakan oleh Kristian di Arab dan Pakistan. Kenapa Malaysia Kristian nak guna dpt tentangan?Takut kelirukan org Islam?Oh lemahnya akidah kita kan..
Ok kat Malaysia dah ada undang2 yang mana agama lain boleh didakwa jika didapati sebarkan agama diorang pada org Islam. So dah ada kawalan undang2 kat situ then kenapa nak takut. Then ada kah org Islam yang rajin baca Bible? Baca Quran pun malas kan?? Hehe.. Kalau pun keliru, menggambarkan lemahnya akidah kita. 
Memanglah dlm Bible mereka takkan kata Allah tu Esa hanya satu sebab agama diorang adalah agama yg mensyirikkan Tuhan.. Kalau mereka mengaku Allah itu satu lojiknya Islamlah mereka.. Bukan kafir lagi.. 
Kontroversi ni sebenarnya menerbitkan hikmah..  Ia jadi titik dakwah bila para Ustaz dijemput ke gereja mereka untuk bagi penerangan/debat secara ilmiah.. “

Ada lagi hujah ustaz tu tapi ni je yang aku ingat.. hehe K bye assalam~

psst.. bakar Bible tu bukan tindakan org yg bijak:)

Penang Run 2013

27 Jan 2013


Assalamualaikum..
Hari ini bangun seawal 5.10pagi tapi sambung tido 10minit lagi so kesimpulan aku bangun jam 5.20pagi.. :P Bangun2 terus SMS Farah sebab jap lagi kena ambek dia.. SMS tersebut berbunyi "I dah bangun". Tapi dia tak reply pun. Rupanya lupa nak tekan ‘send’.. ok mamai.

Lepas ambik Farah jam 5.50 melilau cari coklat dan roti untuk lapik perut.. Banyak kedai yang tak buka termasuk kedai di petrol station. Sepatutnya bukak la kan.. Berpagi2 tu kan membuka pintu rezeki.. haiss...

Kemudian memecut laju ke stadium USM. Di sebabkan azan subuh dah berkumandang dan surau pun tak tau kat mana, aku decide utk solat kat sebelah keta je.. Hampar je ‘sun shade cover’ ikut kiblat kompas. Islam itu mudah. Jangan sempit2 dan jumud2 kan ia :D.
Dulu ingat nak buang sun shade tu rupanya ada kegunaan dia.. hee
Selesai solat dengan terkocoh2 pegi ke trek larian kat stadium sebab situ starting point.. Alhamdulillah sempat menelan 2 gigitan roti. Jadilah..

Basically ada 2 katogori iaitu Competition dan Fun Run. Untuk Competition, jarak larian ialah 17km dan bermula seawal 6am manakala Fun Run 4km bermula 6.30am.
Ini laluan untuk 'Fun Run'
Medal disediakan pada 17km runners yang berjaya habiskan larian dalam masa 2jam30minit tak silap.. Untuk Fun Run dapat sijil, mineral water dan roti jek.. huhu..
Fun Runners tak sabar nak lari dah

Collect certificate, bun and mineral water.
17km runners gigih habiskan larian.. Tengok pun dh tau penat gila.

Mohon kaunter tu ejas kasi rendah sket..huhu
Habis run kami terus balik. Malas nak tunggu lucky draw sebab selalunya harapan tinggal harapan.. huihui..  Lagipun si Farah nak print tiket flight dia.. Gigih dia lari walaupun tengahari dah nk fly.. 
Bye friend! Jgn lupakan scandal mu di sini..LOL

Thursday, January 17, 2013

Teluk Segadas, Perak

Terpaksa wat entry sebab terlalu mengantuk.. Orang kata tak elok buang masa sebab masa tu emas.. hehe..  Padahal semalam pun mengantuk gak.

Ok la tanak mengarut panjang.. Minggu lepas aku, Jannah dan Ema ke Teluk Segadas.. Bertolak dari Penang almost 6am.. Malas punya pasal pagi tu jugak packing barang.. Lepas berhenti solat dan bekpes di RnR Juru  kami teruskan perjalanan ke Teluk Batik sampai jam 9am. Tak sangka, ketibaan kami disambut mesra oleh MB Perak Dato Dr Zambri dari pelbagai penjuru kehidupan (poster je..heh). 
Zambri yang kontroversi.. uhuu
Dari pantai Teluk Batik kami naik boat plak ke Pantai Teluk Segadas yang ambik masa dalam 15 minit. Disebabkan air surut dan boat tersangkut kat coral kami terpaksa plak membasahkan diri redah laut dan coral untuk ke pesisir pantai Teluk Segadas. Redho je la.. Siapa suruh pegi? hehe

Sesampai, kami tolong tiup dan isi air dalam belon untuk sukaneka kejap lagi.. Ema dan Jannah sangat dedikasi dengan tugas yg diberikan.. Syabbasss Mr Sahab..  
Stay young girls! wohoh
Kami diganjari dengan makan tengahari beserta lauk kampung yang osem!
TQ pada tukang masak! Pandai gila masak.
Khusyuk gila makan.. senyaaaap je..LOL
Selesai solat, kami mengularkan diri dalam khemah dan sukaneka pun bermula.. Dibahagi pada 4 kumpulan. Dan aktivitinya jalan sambil kepit belon air, bawak belon kosong, bawak bola ping-pong dan muzik sandal (ala2 muzik chair). Banyak jugak aksi spontan pecah perut terjadi.. layann.. hehe

Lepas sukaneka, aktiviti bebas.. Time ni trio gadis melayu amek kesempatan berenang di pesisir pantai.. Jannah dan Ema sempat menceduk ilmu renang dari instructor tak terlatih.. 

Malamnya, kami amek kesempatan celebrate birthday cik Jannah dan Cikyu ;) dalam khemah.. Cik Jannah lahir awal sket iaitu Dec 1984 meanwhile me Jan 1985.. Tak sabar2 si Jannah ni keluar.. Kalu tunggu sat bleh sama ngan aku.. LOL
Gigih angkut donut redah laut
Bakat melukih terserlah.whoah
Lepas habis 18 ketuls JCo donut kami pon keluar khemah.. Tenguk2 orang tengah bakar ikan.. So kami pon join lah buat2 rajin.. Ikan pari telah menjadi rebutan malam tu.. Ikan kembung terus dipandang sinis. 
BBQ
Lepas tamat sesi membakar dan memakan, kami gosok gigi (gosok gigi pon nak bagi tau.. haha) dan terus tido.. Untuk stay young, memang kena ikut jadual tidur bayi. hihi

Esoknya lepas bekpes, kami trekking pulak ke atas bukit tu.. Tak jauh pun tapi view cantik.. Pacat ada jugak tapi kali ni depa tak berminat dgn aku.. Fouhh naseb!
Jumpa buah unik!
Tiadalah Tuhan jadikan langit dan bumi itu sia-sia.
Lepas trekking kami masuk khemah borak2.. Lepas dah habis isu keluar balik pegi jalan2 tepi laut.. Air tengah surut so semua coral terpamer kat situ.. Inilah hasil jumpaan kami:
Itu org Sabah bah
Coral
Coral hidup
Gamat yg menggelikan
Lepas jalan2 kami kemas2 barang dan makan lunch.. Lepas makan lunch kena kutip sampah lak.. haha.. Bagus. 

Akhir skali tunggu boat untuk pulang ke Teluk Batik semula. Yang cemasnya, boat tu dah macam sardin.. Rasa macam nak tenggelam.. Kalau tenggelam mungkin aku jadikan Ema sebagai pelampung. Sebab? Sebab dia duduk sebelah aku dan dia pandai berenang macam memerang.. haha (jgn mare Ema maniss)
Sayonara Teluk Segadas..
 *kEnapa hati damai bila teNguk Laut, Awan DaN pOkok2?? SebaB dIOrANG sEntiasa BerTasbih MeMuji TUhan. ManUsIA pLaK serIng LeKA+bERdosa :')

Friday, January 11, 2013

10 Januari...:)

Tahun ini 10 Januari jatuh pada hari Khamis dan genap juga umur aku 2_ tahun. (biarkan tempat kosong itu.. hihi) Orang pertama yang wish adalah abah. :D.. Wish beliau yang sangat panjang itu membuatkan anaknya yg sensitip ini sebak di awal pagi. Touching kut.. T__T

Sebenarnya, hari ulang tahun kelahiran itu adalah hari muhasabah diri.. Actually nak muhasabah diri tak perlu tunggu birthday pun tapi apakan daya time birthday feel dia lain sket.

Antara perkara yang datang menerjah adalah tentang kematian.. ia semakin mendekat.

Dan ada persoalan lain lagi yang malas nk di type.. hehe

Apapun moga nafas yang masih ada adalah nafas yang mengundang redha Allah dan kewujudan diri ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada orang lain..

Pssst! My birthday sama dengan beliau di bawah ni.. Mohon jangan jealous;) 
"Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya." (Riwayat Tirmizi)

Sunday, January 06, 2013

Kelas Pertama Tahun 2013


Hari ni 6 Jan adalah hari pertama aku buat kelas Add Maths untuk tahun 2013 dengan student baru. Lepas habis SPM last November ingat nak menjoli lama sikit tapi disebabkan ada request so aku on je lah. Boring gak dok melangut je. 
“Pemuda yang banyak masa lapang bisa dirosakkan oleh masa tersebut sebaGaimana air yg bertakung dirosakkan oleh air itu sendiri” -Pepatah Arab-
Student baru ni nama Aina, form 4. Sopan2 je budaknya.. Tapi kelas pertama je aku dah serabutkan fikiran dia.. wahaha.. Add Maths antara subjek killer tapi focus aku nak jadikan subjek ni subjek yang “fun” dan “interesting”.
Cakar ayam lagi lawa (kutuk tulisan sendiri.)
Last year aku ajar sorang boy. Student paling lama yang pernah aku ajar stakat tarikh ni. Masa dia form 4 aku ajar Fizik. Masuk form 5 mak dia request ajar Add Maths skali. So dari sini aku mula ajar Fizik dan Add Maths secara serius.

Actually banyak kelebihan mengajar. 
Antaranya:
1. Ilmu yg di ajar, kalau di praktikkan insyaAllah akan jadi pahala sampai ke kubur.
2.Salah satu cabang sedekah. (nasihat/kata2 yg baik itu sedekah).
3. Dapat membantu secara direct pada saudara seagama.
4. Dapat self-satisfaction (kalau student tu ada improvement walau sikit bangga gila rasa).
5. Dapat luaskan silaturrahim.
6. Improve communication skill (skill dealing with the students and their parents)
7. Dapat menggerakkan minda sendiri secara tak langsung melambatkan proses penuaan. wahaha.


Sebagai private tutor aku slalu ingatkan diri sendiri agar sentiasa ikhlaskan diri (rasa nk request up kan tuition fee je sebab umah student jauh :P) dan tak bersikap double standard. Maksud kat sini tak pilih kasih. Contohnya kalau anak orang kaya kemain bersungguh kau ajar nyah, tapi kalau anak orang sederhana tak sama lak kesungguhan tu.. Tak mau macam tu.. Tak mau. Tak baik! Treat all people equally.  

Apapun diharap apa yg di ajar bagi manfaat kat diorang walau sikit.. huhu.. Moga berjaya semuanya dunia dan akhirat :).
"Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat" ~ImamSyafie

Saturday, January 05, 2013

Bergayutan di Escape, Teluk Bahang

Tanggal 29 Dec 2012 5 gadis melayu terakhir telah ke Escape, Teluk Bahang Penang. Escape ni sepupu pada Skytrex kat Shah Alam. Ada tempat gayut macam monyet. Bayaran masuk RM48. Ini adalah aktiviti terakhir untuk tahun 2012.


Sampai kat sana around 9++pagi dan homo sapiens memang ramai gila. Lepas masuk, kami simpan beg di locker. Macam biasa la nak locker mesti kena bayar lain pulak -.-. Sebelum mulakan aktiviti masing2 ke tandas untuk termenung. Dalam tandas meriah dengan bunyi katak. Bunyi tu dari speaker yg sengaja dipasang untuk menimbulkan suasana desa.. huihui
The entrance 
Aktiviti pertama adalah meniti cabaran dari tiang/pokok ke pokok. Sebelum tu terpaksa tunggu turn hampir 1 jam.. Rasa nak gave up je sebab queue sangat panjang. Dah la pagi tu ada kejadian yg takbest berlaku kat henpon aku.. Memang dukacita jugaklah.

Actually benda gayut2 ni ada 3 stages. Stage 1 paling kacang dan stage 3 paling tinggi dan mencabar. Memula kami try stage 1 pastu tros naik stage 3. Stage 3 baru rasa kacak sket.. hehe.. Hah layan je la pic kat bawah ni:
Sebagai perempuan melayu terakhir kami hanya pilih laluan yg sopan saja. 
This is Stage 1
This is Stage 3.
The girl was hanging at the middle for a few minutes before a hero came to save her..  how sweet  LOL
Lepas penat bergayut kami rehat jap sambil makan ABC hambar mahal tergedik berharga RM5.
Kami kendian mencuba Atan’s Leap ala2 bungee jumping tapi bukan sebab still pakai harness ikat badan. Ketinggian hanya 20m tapi still ketar lutut.LOL. Actually takda la takot sangat sebab ada spring yang perlahankan terjunan.. So sambil terjun tu leh la relax2 sambil cungkil gigi (bongkak betul ayat..haha). 
Macam pilot heh :P
Atan's Leap
Aktiviti terakhir adalah tubby racer. Yang ni cam menarik jugak la.. Tapi yang takbest nya kena tarik donat yg berat tu naik sampai atas tapi bila gelungsur turun tak  sampai 1 minit pun.. Kami try skali je sebab tak kuase nak tarik lagi skali nyah..
Penat kak?
Get set and go!
Yeah
Sebelum balik sempat gak lawat souvenir shop sambil sepah2kan barang kat situ tanpa membeli..kehkeh.. Hanya cermin besar je yg menarik perhatian kami..
Perempuan dan cermin ibarat aur dan tebing
The escapees
 The End.